Tuesday, March 22, 2011

Hari Pertama Tanpa Botol Susu & Susu di Taska

Assalamualaikum semua..

Sorry lambat nak update hari ni..Busy sikit..Lepas je post entry ni nak sambung balik buat kerja..Karang orang cakap aku makan gaji buta..;p

Sepatutnya semalam aku update pasal benda ni tapi kesihatan aku tidak mengizinkan..Bermula semalam aku tak bagi anak dara tu botol susu & susu ke Taska..Niat sebenar nak ajar anak dara minum susu tanpa menggunakan botol..Jangan cakap aku mak yang kejam ye..Tak bagi botol susu tak bermakna tak bagi susu..Susu itu penting untuk tumbesaran diorang..

Tahun depan diorang semua akan bersekolah so aku tak naklah diorang masih minum susu dalam botol susu lagi..Malu seh..Lagipun diorang dah besar..Bila ambil mereka semalam aku tanya pada cikgu diorang macam mana..Cikgu kata si adik dia tengok je bila budak lain hisap botol..Kakak ok je..

Bila malam aku kesian sangat tengok diorang so aku offer susu..Anak dara tu langsung tak nak..Aku tanya berkali-kali lagi..Aku macam tak percaya je..Tapi pagi tadi diorang bangun je aku dah bancuh susu..Aku kesianlah..Diorang minum je..Anak dara tu ok tapi mak dia yang kalah ujian..Tak kuat aku ni..

Kita tengok macam mana hari kedua pula..Malam ni aku update ye..Oklah korang..Aku nak sambung buat kerja..

5 comments:

relevan said...

betul tu elok di ceraikan botol susu.kalu tak berkesan bubuh je tembakau kat puting botol tersebut..

Maria James said...

pengalaman yang menarik :) follow u.

Adzriel AB said...

anak2 akak kalau kat rumah memang bagi botol je, kat sekolah tidak le. mcm tu lah yg akak pesan. kalau guna botol tu banyak sikit minumnya. rugi kalau kecik2 tak minum susu.

Arpiiz said...

adik saya dulu berhenti hisap botol masa umur 4 tahun kalau tak silap..

Mommy Fara said...

err, kwn sy....darjah satu msh minum susu dlm botol (dulu)...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...