Thursday, March 17, 2011

Kereta Mewah Tak Ada Lampu Signal

Assalamualaikum semua..

Korang perasan tak kereta mewah tak ada lampu signal?Kalau tak perasan dia anak luar nikah..haha~

Sebenarnya bukan tak ada tapi diorang tak nak menggunakan lampu signal sebab tu aku kata kereta mewah tak ada lampu signal..

Orang yang pakai kereta mewah jangan nak marah dulu ye..Tak semua yang buat macam tu..Sebahagian sahaja..Sepanjang aku drive kereta selama 3 tahun ni aku dah lama perhatikan kereta mewah ni susah nak bagi signal..Kalau nak tukar lorong idaknya bagi signal..Main masuk je..Apatah lagi  jalan jem..

Aku tak boleh salahkan diorang juga sebabnya diorang ni dah terbiasa hidup sentiasa orang bagi laluan bila mereka lalu..Mungkin yang drive kereta mewah ni golongan Dato2, Tan Sri2 so diorang dah terbiasa orang akan ketepi bila mereka lalu especially kat ofis diorang..Diorang ingat kat atas jalan raya pun macam tu..

Tapi untuk pengetahuan korang semua kat atas jalan raya kitorang tak tahu siapa korang sebenarnya..Melainkan kau bubuh tanda nama besar2 kat kereta korang..Bila berada atas jalan raya semua orang sama je..Kau nak orang hormat kau so kau kena hormat orang dulu..Ikut peraturan bila ada kat atas jalan raya..Lagi satu kami ni tak boleh nak baca korang nak pergi mana..Kami tak ada magik so haruslah bagi signal..

Macam aku beritahu tadi tak semua macam tu..Aku pernah jumpa satu Datin ni bila dia drive kereta dia akan hormat orang contohnya orang bagi dia laluan terus dia akan angkat tangan & senyum..Datin tu bangsa Cina tau..Aku memang kagum dengan orang macam ni..Selain dia kaya harta dia juga kaya budi bahasa..

Moral of the story jangan ingat bawak kereta mewah kau boleh buat sesuka hati..Kita kongsi jalan sama-sama so amalkan sikap timbang rasa bila memandu..;p

21 comments:

relevan said...

Dia ingat jalan tu dia sorang yang punya..

KAMIHIDUP said...

yg xbg signal igt die sorg byr cukai agaknya, heee. :)

Arpiiz said...

agaknya nak kena bagi dorang guna kereta biasa baru nak reti guna signal kot..hehehe

Ila said...

setuju tu..nanti kalau dah terlanggar,kita plak yg pening kepala nak bayar kan

AmyZana said...

haha
tp kalau PM yg wt cm 2 ?

mrs Gee :) said...

sbb dorg tau keta dorg mahal n mewah, so kita nih la yg nk kena hati2 xlanggar keta dia yg mewah... kl langgar pecah kepala laa nk ganti tu..huhuhuhu..

Sunah Mohammad said...

betul..satu kes lain, pernah tau, depa siap bagi satu lorong tol tu untuk satu kete VIP tu je..da la ade 2 lorong je...tinggal 1, panjang lerr linenye...adoiiii...

Mommy Fara said...

respek org yg suke bg jln kat org lain....kite nak potong jln bkn sbb nak bt perangai gelojoh...cth sy, saya potong jln sbb nak belok kiri atau kanan...ape salahnye bagi, tak luak pun, tak nak pun potong jln die..bongok!

noraim said...

sy setuju kak! sy dgn kawan² pernah kena dan hampir accident. dan driver tuh blh jek blah buat muka xnampak. hampeh sungguh!

Adzriel AB said...

semalam ada satu... kerabat plet 38. rugi le beli keta besar takde signal.

http://adzriel.blogspot.com/2011/02/lampu-signal-kereta-rosak.html

http://adzriel.blogspot.com/2011/03/nak-tukar-kereta-tak.html

Siti Hajar Masri said...

relevan:
tau x pe..dia ingat dia je bayar..:)

Siti Hajar Masri said...

kamihidup:
itulah pslnya..ingat dia sorg byr cukai agaknya..

Siti Hajar Masri said...

arpiz:
mungkinlah..

Siti Hajar Masri said...

Ila:
kalau kita langgar kita yg bankrap..

Siti Hajar Masri said...

amyzana:
kalau PM x blh nk kata apalah..

Siti Hajar Masri said...

mrs. Gee:
tau x pe..kita yg pengsan nk bayar..

Siti Hajar Masri said...

mommy fara:
sy pun selalu gak kena mcm tu..bukannya kita x bg signalkan..

Siti Hajar Masri said...

noraim:
tu lg satu mslh..drebar tu takut kena marah ngan bos dia..tu yg dia wat mcm tu..sabor jelahkan..

Siti Hajar Masri said...

adzriel:
betul tu..rugi je beli keta mahal2 signal x nk pakaikan..

Siti Hajar Masri said...

sunah mohammad:
mana2 nk jaga bontot org penting je..kita x penting ni bengkak je hati..

Solihin Zubir said...

biasalah..
manusia bila ada nama dan pangkat, mereka rsa mereka tak perlu ikut undang2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...