Thursday, April 14, 2011

Bang Bang Boom Version Tak Ada Beruk

Assalamualaikum semua..

Hari ni hari yang penuh emosi bagi aku..Gembira,gelabah,sedih,geram dan macam-macam lagilah..Mana taknya hari ni aku kena bang bang boom dua kali..Cuma tak da beruk je aku punya version..


Semuanya berkaitan handphone aku..First sekali, diorang sorokkan cover h/p aku..Ala yang macam silicone tu..Benda tu aku beli RM20 tu..Mahal bagi aku..Kira nak nangis dah..Yang peliknya nak curi cover h/p bukannya h/p..Rupanya kena bang bang boom..Jahat korang..Tak baik tau..Aku ni dahlah jenis pelupa..Letak h/p memang merata je..Kepala pulak tengah serabut nak exam next week..

Yang kedua pulak h/p aku hilang..Aku letak atas meja..Aku tinggalkan meja sebab nak ambil faks..Bila dah ada faks tu aku nak hantarlah permohonan cuti exam aku..Aku pergilah ke HR..Balik je dari HR h/p aku dah hilang..Cuaklah aku..Tapi aku relaks je..Aku fikir apa nak jawab ngan Zamri..Yelah Zamri yang belikan h/p aku tu..Bila aku nak call no aku masih dapat..So, tak cuaklah sebab kalau orang nak curi mesti dia dah off h/p tu..Rupanya aku kena dengan orang yang sama juga..Geram semua ada..Diorang cakap aku nyanyuk..Sabar jelah..

Sekarang kepala aku dah mula berdenyut2 sebab banyak benda yang aku dah fikirkan dari pagi..Mulai hari ni nak start studylah..Sebenarnya aku ingat lama lagi nak exam rupanya next week je..Sesiapa ada tips study yang best2 bagilah ye..Mana tahu korang punya tips aku boleh ikut dan boleh cemerlang gemilang..;p

5 comments:

KAMIHIDUP said...

sabar jela kak, heee.

Arpiiz said...

ish2, sabor je lah.. kenapa dorang snaggup buat macam tu.. (lebih2 pulak,hehe)

Ila said...

hehehe..sian kena bam bong bang

Solihin Zubir said...

ahahaha.. siannya kena buli.. ;-p

maza said...

petua dari pak tua yg tak berapa nak tua dan masak ranum...

rendamkan buku nota itu ke dalam air rebusan limau. Direbus hingga tinggal segelas.. sebelum gi exam selawat tiga kali dan minum air itu.. insyallah anda akan dapat MC dan tak payah susah2 gi exam..

hehehhehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...