Tuesday, April 5, 2011

Cabaran Hidup Yang Perlu Dilalui Setiap Insan

Assalamualaikum semua..

Tajuk tak boleh blahkan..Skema je..Watak aku kat luar sebenarnya aku seorang yang suka bercakap..Kalau orang jumpa aku mesti tak terlayan nak layan aku punya cakap..Tapi bila aku nak menulis kat blog aku terfikir-fikir ayat apa aku nak tulis ni..Karang tulis yang menyinggung perasaan nanti blog aku kena block pulak..;p

Berbalik pada topik dalam hidup aku, aku memang sukakan cabaran..Aku tak suka hari-hari hadapi benda yang sama je..Kalau boleh aku nak ada aktiviti je dalam hidup aku..Sebab tu aku kerja,belajar dan berblog lagi..Ramai tanya aku macam mana aku bahagikan masa segala..Dengan kerja, dengan family lagi, dengan belajar, dengan berblog lagi..

Sebenarnya secara jujur aku tak pandai bahagikan masa..Aku bukan manusia sempurna yang pandai bahagikan masa secara adil & saksama..Tapi aku kena juga bahagikan masa untuk semua tu..Untuk belajar memang aku prefer waktu malam..Kadang-kadang bila assignment tak sempat siap aku bawa juga ke ofis..Tapi-tapi tak selalu sebab orang sentiasa lalu lalang tempat aku so memang line tak clear..

Kalau kerja memang hari-hari kena datanglahkan..Kalau tak mana ada gaji..Kalau company ni bapak aku punya aku tak payah datang pun tak pe..Abah aku punyakan..Itu cerita KALAU..Ni pulak cerita masuk lif tekan sendirilahkan..Rekod kedatangan aku cantik kau..Aku bukan kaki MC you..Bukan kaki EL juga..Setakat kelas satu hari Ahad idaknye aku MC atau EL hari Isnin..Sesiapa majikan nak staff yang jarang MC bolehlah ambil aku..haha~

Family ni memang susah sikit..Kadang-kadang Zamri pun marah..Sokmo buat assignment je..Family belah aku memang sangat-sangat memahami aku..Namanya mak abah akukan..Lagipun aku belajar pun nak naik tarafkan family aku juga..Belah mertua tak payah kabor pun memang tak faham aku..Baik ke buruk aku juga..Pulak tu kadang-kadang Zamri boleh bagi alasan kami tak balik kampung sebab aku ada kelas walhal waktu tu aku tak de kelas..Tak baik menipu tapi alasan tu paling kukuh..;p

Bukan senang nak jadi senang sebenarnya..Bukan senang juga nak bahagikan masa dengan baik tapi pandai-pandai diri kita manage dengan baik..Tapi aku akan usaha ke arah senang tu..Aku bukan nak kaya bagai..Aku nak hidup senang..Mak abah aku minta duit anytime, anytime aku boleh bagi..Aku nak macam tulah..InsyaAllah aku akan capai kearah itu..Korang doakan je ye..

6 comments:

Mommy Fara said...

sambung belajar bila dah berumahtangga dan ada anak...mmg mencabar....

teringin nak sambung belajar...

KAMIHIDUP said...

amin, akak xnk ambik PA ke? heeee. :)

relevan said...

Nak juge sambung belajar..dapat naik gred pemandu ok lah...hehe!

Tapi..masalah pula timbul ..sana sini..

Siti Hajar Masri said...

mommy fara:
memg susah..tp sabar jelah..trylah smbung belajar..best giler..hehe~

Siti Hajar Masri said...

kamihidup:
kau nak x jd PA akak?

Siti Hajar Masri said...

relevan:
boleh naik gred jd supervisor..hehe~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...