Wednesday, April 13, 2011

Cucur Udang Sedap

Assalamualaikum semua..

Dah lama tak cerita pasal masak-masakkan..Aku busy dan gigih menyiapkan assignment yang last2..Kebanyakannya Zamri yang masak..Tapi lama-lama dia bising gak..Aku malas nak dengar bila lelaki membebel-bebel ni..Perempuan membebel aku ok lagi..Tapikan korang sepanjang kami kahwin ni aku rasa Zamri yang banyak membebel..haha~

Weekend yang lepas tetiba je aku rajin sebabnya perut ni asyik berkeroncong je bila kepala dah lapang dengan assignment bagai..Tengok dalam peti ais ada udang..Lepas tu teringat kat entry auntie Nani pasal resepi cucur udang yang sedap..Apa lagi ambil resepi dan berperang ngan tepung kuali bagai..Akhirnya siap juga dan cucur udang tu memang sedap..


Gambar memang tak menarik tapi rasa memang sedap..

Kalau korang nak try pergilah terjah blog auntie Nani pasal resepi ni sebab aku malas nak copy paste..Korang pun jangan nak malas klik resepi ni..

Selamat mencuba..;p

8 cakap hajar comel:

KAMIHIDUP said...

aik, KAMI tengok gambar pun macam sedap, inikan kalau makan. :)

zubect said...

dah bergendang perut tgk gambar sje

Ila said...

bila lelaki membebel memang sakit kepala kan..hehee...rajin hubby hajar masak...

Nini Hartini said...

banyak assignment pun still sempat masak memacam...tabik spring lah. hehe

Arpiiz said...

ye, saya pun nak pergi belajar masak lah..hehe

Siti Nurhayati Dollah said...

Laparnya malam-malam ni tengok gambar ni, perut dah bunyi.

maza said...

banyak sangat makan cucur udang takut kena gaut. hahahha

Mohd Norhiesyam said...

sedap tu cucur udang tu...sama-sama kita tambah ilmu dengan inovasi revolusi baharu di www.i4malaysia.blogspot.com,terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...