Thursday, April 7, 2011

Langgar Pantang

Assalamualaikum semua..

Aku dah langgar pantang makan fast foodlah..Aku ingat Pizza Hut bukan kategori fast food..Rupanya fast food juga ye..Baru aku tahu..Elok aku tak tahu kalau tidak kempunan aku nak makan kat pizza hut..;p

Lagipun Zamri yang nak belanja tak akan aku nak tolak plakkan..Alasan je..Tak menjadilah diet aku..Zamri adalah pemusnah diet aku..Dia ajak makan kat situlah kat sinilah..Tak nak cerita panjang2..Jom layan gambar..


Menunggu order sampai..Posing jap..Anak dara ni akan potong rambut weekend ni..Aku rimas tengok diorang rambut panjang..Kalau nak diikat tak pe juga..Ni tak nak..Ikat sekejap cabut balik..

 


Posing lagi..Kakak nampak kabur je..Budak berdua ni memang suka berposing..Dalam h/p aku penuh gambar diorang je..Ambil sendiri plak tu..Kalau h/p Zamri dia tak berani sebab Zamri memang tak bagi..

 

Order dah sampai kita makan dulu..Anak dara ni memang suka makan sup kat pizza..

 


Pizza yang kami order..Kami ambil yang kecil je sebab confirm tak abis..Aku siap bawak ofis lagi besoknya..


Spagheti favourite aku kat pizza..Spicy Arabbiata..Tapi kat restoran ni spagheti dia tak sedaplah..Pernah aku makan kat mana aku tak ingat sedap giler..Tu yang jadi favourite..


Yang ni Zamri punya..Zamri suka Spagheti Prawn Olio..Tapi yang ni sedap pulak..

Sebenarnya sebelum kami sampai kat restoran pizza hut ni kami pergi ke restoran pizza hut dekat depan IOI Mall..Rupanya restoran tu buat deliver je..Makan-makan tak de..Dalam IOI Mall ada tapi kami malas sebab parking kena bayar..Lepas tu kami pergilah yang dalam Giant Bandar Puteri tu..

Walaupun terlanggar pantang diet aku kira tak pelahkan..Bukan aku makan selalu pun..Tapi MC'D & KFC memang dah lama aku tak makan..Siapa-siapa nak belanja aku kalau boleh elak fast food ye..;p

12 comments:

KAMIHIDUP said...

kira oklah to kak, jgn makan selalu je, kadang2 kena makan jugak nak lepaskan nafsu. :)

Mommy Fara said...

ooo...dah lama tak mkn pizza...heheheh!

relevan said...

kalau kome belanja aok makan patin tempoyak ok ke?..

SoLy SoLicious said...

lapanye perut tgk pizza!!!

noraim said...

laa, pantang larang diet ke akak? hihi.

Nur Hanani said...

bestnya makan pizza..tak pe langgar pantang skit je.. :)
Jom baca ni: Tipah tertipu..opss bukanlah, Cikgu Tertipu..Hahahaha..

Ila said...

hehehe..sesekali langgar pantang takpe..aku ni selalu sgt..tu yg diet asyik ke laut jer

Arpiiz said...

huhu, lamanya dah tak makan pizza hut, ni yang nak kena pergi beli ni..hehe

maza said...

semalam maza sudah jumpa seorang doktor di Putrajaya.. buat retune medical check-up...

sekali dia sudah bagi warning sama maza sambil2 jari telunjuk terpacak tegak menjolok langit..

dia cakap kolestrol sudah tinggi.. dia surah jgn makan malam. makan sup sayur aje sudah!..

aderkkkkk... terasa seksalah fulaks.. huhuhu

Liza @ Adzriel AB said...

akak suka spageti ... rasa nak ke pizza hut pulak.

Solihin Zubir said...

eleh.. buat2 xtau yg pizza tu fast food plak.. haha.. ;-p

Liza @ Adzriel AB said...

dah ada 2 yg comel ni.. bak kata dlm entry akak dulu "kenapa tak de anak". Allah lebih tahu kemampuan kita. boleh buat don't know ajelah dgn bisikan2 yg menyakitkan hati tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...