Thursday, May 12, 2011

Insurans..Perlu ke??

 Sticky post, please scroll down for new entries.

Assalamualaikum semua..

Bagi aku tersangatlah perlu dan penting..Hari ni kita sihat esok lusa tak pasti lagi..Hari ni kita larat lagi nak buat kerja esok lusa plak kita larat ke?..Bak kata pepatah "Sediakan payung sebelum hujan"..Tapi sekarang ni musim panaskan..

Tak kiralah musim panas ke musim hujan ke musim salji ke (sejak bila plak Malaysia ada musim salji ni..hehe) kita semua kenalah sediakan insurans sebelum terlambat..Dekat market sekarang ni macam-macam insurans yang ada..Kadang2 sampai pening nak pilihkan..Aku tak pening sangat sebab kawan aku memang ejen untuk prudential BSN..

Aku amik insurans dengan dia untuk family aku termasuklah abah ngan mak aku..Punca aku ambil untuk mak dan abah aku lepas kematian arwah bapa saudara aku..Dia dimasukkan ke hospital kat salah satu hospital kerajaan..Korang tahu jelahkan kerjaan punya hospital macam manakan..Dengan jagaan nurse yang tengah praktikal..Korang faham-faham jelahkan..Sejak tu aku ambil insurans untuk abah aku..Aku hanya nak yang terbaik untuk abah dan mak aku..

My family

Banyak juga aku dengar yang bila suami meninggal, si isteri terpaksa menanggung hutang dan terpaksa menyara hidup mereka..Si isteri pula tak bekerja..Kalau suami tadi amik insurans mesti ni semua tak terjadikan..So, kepada isteri-isteri yang tak bekerja make surelah suami anda ambil insurans..;p

Sekarang ni juga cuaca sangat tak menentu..Penyakit pun banyak juga yang datang..Macam aku yang tengah selesema sekarang ni..Asyik pergi klinik ulang-alik jer..Tanpa insurans rasanya aku beli panadol je..hehe~So, dekat sini aku memang tekankan sangat pasal kepentingan insurans apatah lagi untuk anak-anak kita..Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan so lebih baik kita persiapkan awal2..

Untuk ambil insurans ni aku rasa korang kena ambil dengan ejen yang betul2 boleh dipercayai..Aku ambil dia bukan sebab dia sekadar kawan tapi kawan aku ni bukan jenis nak paksa-paksa..Kalau kau fikir masa hadapan baik ambil..Nak tahu banyak-banyak pasal benefit insurans ni korang bolehlah tanya kawan aku ni ye..Tanya tak ambil pun tak apa..Kalau ambil lagi bagus..;p

Ni detail2 dia..
Khafiz
017-3277423


P/S: Khafiz, kau kena belanja aku makan ni..:)

6 comments:

maza said...

err.. maza lak insuran tak nak maza. kecuali insuran motor, kereta, rumah... huhuhu

maza insured kan isteri dan anak2 jerk.. huhuhu

KAMIHIDUP said...

penting gila benda ni, tengok kaum cina, anak mereka baru lahir je dah ambikkan insurans. :)

Solihin Zubir said...

betul tu.. kalau ada insurans, duduk lama2 kt spital swasta pon xpa.. tetap free.. ;-p

Mohd Khafiz Bin Mohamad Todzah said...

jar, TQ. kang aku belanja ko yer...

Jepun, percentage org yg ada insuran nyawa 400%, Singapura 120% tapi malaysia baru 43%. Betapa byk nya subsidi yg kita dpt kan (Hospital Gov), tapi sampai bila????

Maza: Pilihan bijak, kesenangan utk anda jika tanggungan ada insuran. Tapi bahaya, dikhuatiri nanti tanggungan menanggung anda plak jika kena musibah. Kesian mereka...

NaimYmanI said...

Hai semua, setuju dgn tips, kenali agen anda..hehehe...saya pun ambik dengan yang dikenali. Bukan apa senang skit kita belasah dia kalu dia tipu kan..

YaNNie said...

betol2 penting sangat. nak bayar sendiri private hospital tak mampu kan... dah ada jugak satu family termasuk mak ayah adik semua, pasai suami pun agent prudential BSN takaful. hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...