Monday, May 30, 2011

Macam-Macam Dugaan

Assalamualaikum semua..

Lama betul aku nak cerita pasal dugaan kami nak ke konvo adik aku..Aku tahu benda ni dah lama lepas tapi aku still nak cerita jugak..Kami pergi naik 2 kereta..Kalau 2 kereta baru muat semua orang..Al-maklumlah adik beradik aku ramai..Satu kereta adalah kereta abang ipar aku..Dia tak bawa kereta dia sebab rosak so dia pinjam kereta abang dia..Tapi rupanya kereta yang dipinjam juga rosak..

 Kami pergi ke bengkel yang ada kat Sekinchan tu..Lama jugaklah kami tunggu sampai mekanik tu check2 bagai..

Masih menunggu..Inilah kereta yang rosaknya..

Sekali tauke tu cakap kereta ni tak boleh bawak jauh sampai kat Ipoh..Aku tak fahamlah pasal kereta ni..Aku tahu bawak jer..hehe~Yang penting memang tak boleh bawak..Bila diorg tanya kos repair dan tukar semua barang dekat RM500 kau..Nasib baik Zamri pakar gak bab kereta..Abang dia ada bukak bengkel so dia tahulah harga2 barang dengan repair sekali..Dia kata kedai ni tipu jer..Abang ipar pun call abang long dia pula untuk pinjam kereta..Nasib baik ada kereta..Zamri dengan abang ipar akulah yang pergi ambil kereta dekat Sabak Bernam pulak..Dugaan2..

Sementara menunggu aku macam biasa ambil gambar semua orang..Tapi tak adalah aku publish semua kat sini ye..Ini adik aku yang no-4..Namanya dia Erma..Dia pakai speak mata sebab dahi dia kena cium dengan tebuan so effect kat mata jugak..3 hari jugaklah dia tak pergi sekolah..

Gambar kat atas ni kami dah sampai tapi sampai dalam pukul 3 petang..Adik aku punya konvo start pukul 2 petang..Kami terlewat satu jam..Itupun menantu2 mak dengan abah aku dah pecut habis semata-mata nak kejar masa..Mula-mula mak abah aku risaulah tak dapat masuk dewan sebab dari Sekinchan nak ke Ipoh ambil masa dalam 3 jam lebih..Tapi aku cakap dengan mak aku jangan risau menantu mak semua kaki racer..haha~Sebelum masuk dewan kami makan dulu..Mak aku bawak bekal nasi dengan lauk ayam masak usik..Korang mesti first time dengarkan..Itu masakan nenek aku cipta..Memang sedap..

Selesai je makan hujan turun selebat-lebatnya..Nasib baik kami dah selesai makan segala..

Tapi kami tak dapat pergi ke dewan disebabkan hujan lebat sangat..Inilah dewannya..Waktu gambar ni diambil hujan mulai renyai2..

Kami berteduh kat tepi bangunan ni..Kesiankan..Bila hujan terlalu lebat dan kena tempias juga kat tempat kami berteduh kami terpaksa bersembunyi dibelakang tabir cameraman punya kanvas..Macam merempat jer kami..Kelakar rasanya..Inilah namanya dugaan..Bila hujan dah reda kami pergilah ke dewan sekejap..Lepas tu kena halau dengan guard sebab orang besar dan berpangkat lagi mahu lalu..Aku cakaplah dia lalu kat carpet merah buat apa kau nak halau orang yang duduk tepi tu jer..Diorang tak faham apa kat luar hujan..Aku rasa tak semua orang yang datang kat situ adalah orang yang senang lenang..Mungkin macam kami juga..Betul tak?

Lepas habis semua majlis tu kami menuju ke masjid berdekatan untuk mandi manda dan solat sebelum teruskan perjalanan balik ke Sekinchan semula..Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah juga..Itulah dugaan yang kami alami..Tak delah teruk sangat tapi bagi aku sangat2 memberi kami pengajaran dan pengalaman..;p

2 comments:

maza said...

aduhai... kesian...
hujan rahmat tu, kalau main hujan sekali tontu lagi best kan? ahaks

Siti Hajar Masri said...

maza:
kalo boleh memg nk main hujan tp nnti anak dara ikut plak..;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...