Tuesday, June 21, 2011

Isteri Nusyuz


Pengertian Nusyuz

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

Antara perkara-perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu ialah sebagaimana berikut:

i. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadhi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dan suami tidak memintakan fatwa untuknya.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

ii. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami
berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.

iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

vi. Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

Hukum Nusyuz Dan Kesannya

Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah haram, bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat.



(Hadis riwayat al-Bukhari)

Dengan berbuat nusyuz itu, hak isteri terhadap nafkah dan qasm iaitu hak giliran bermalam bagi isteri yang mempunyai lebih dari seorang isteri yang wajib ditunaikan oleh suaminya kepada
isterinya akan gugur.


***Kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal isteri nusyuz dan segala ni..Yang penting bukan aku ye..Mulalah tu nak fikir bukan-bukan..Aku just share untuk pengetahuan semua orang dan untuk tatapan kawan aku yang hadapi masalah ni..Isteri dia dah balik kampung hampir 9 bulan..Bukan dia yang hantar tapi mak bapak dia yang ambil..Bila ajak balik isteri dia suruh tanya mak bapak dia..Anak pun dia tak bagi jumpa..

Puncanya gaduh biasa jer..Biasalah suami isterikan..Aku ngan Zamri pun selalu jugak gaduh tapi tak adalah aku melibatkan orang luar dan perbesar2kan hal tu..Lagi satu isteri kawan aku ni tak boleh nak hidup susah..Nak kata family dia kaya sama jer macam family aku kat kampung..Bukan anak jutawan pun..Entahlah tapi bagi aku 9 bulan tu lama dan boleh dikategorikan isteri nusyuzlahkan sebab dia cuma nak dengar cakap mak abah dia dan tak nak dengar cakap suami..Tapi untuk kawan aku tu better refer kat pejabat agama..

P/S: Bila baca pasal hukum nusyuz ni aku takut sangat..Kenapa ada yang berani lagi buat macam tu..:(

6 comments:

Nurul Jannah said...

hmm..sesetengah wanita zaman skrg tak kesah pon nak kuar rumah tanpa izin suami..

Kancilbiru said...

dosa tak nampak, macam tu..berani jer buat...mintak dijauhkan..nauzubillah..

NURUL AINI NORAZMAN said...

aini blom kahwin,.tpi berharap satu hari nnti dpt jadi isteri yg baik,.
baca entri akk ni teringat kat Jimmy,.kesian dia,.

Siti Hajar Masri said...

nurul jannah:
betul tu..mungkin diorg x tahu hukum..;p

maza said...

siapa kata lelaki/suami tak pernah kena dera atau dicederakan oleh isteri?

Bahkan ramai suami yg menjadi mangsa kpd isteri..

Ini dibuktikan dgn hukum nusyuz yg ramai para isteri lakukan tapi tak sedar!

mental suami boleh jadi senget weii.. hahahhaa

nan said...

sye pye kes plak.. mcm nie.. sye dh lme dh b'sbr akan tingkah laku isteri sye.. pasal rumahtangga dia crite kt kwan2 die.. pas tue psal dlm bilik die citer kt mak die.. pas tue dia tuduh sye tk pernah bg nafkah..x layan die dgan baik.. pukul die.. baru skarang nk amek thu pasal anak2.. hmmm okay.. die kata sye pernah 'pkul dia' knapa dia tk wat report kt jawi jer... atau direct terus ke syariah.. dan skang bermacam-macam die yg die buat supaya saye lepaskan dia dan jugak sentiasa hendak mencari kesilapan saya... saya tk takut, allah maha m'ngetahui.. dan sgala bukti2 spt nafkah ada pada saya.. dan jugak bukti2 lain... dan skarang sye tgah tuntut nusyuz.. diatas tindakan dia dan ibunya menampar sye di khalayak ramai.. dan jugak menjatuhkan maruah@air muke sye d dpan org ramai.. kali nie sye bnar2 tercabar akan tindakan nya itu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...