Friday, June 24, 2011

Kakak Yang Kurang Berat Badan

Assalamualaikum semua..

Sorrylah akhir-akhir ni aku jarang update blog..Tak ada mood..Tak tahu kenapa..Mungkin terlalu banyak kerja..Malam bila aku nak update blog broadband ni macam kura-kura plak..Zamri kata nak tukar unifi..Sangat best..Ada unifi aku layan cerita Korea jer lah..;p

Habis introduction aku yang merepek-repek tu..Hari ni aku nak cerita pasal anak dara aku..Jarangkan aku cerita pasal diorang..Anak dara aku tu macam biasa jer menjalani hidup sebagai kanak-kanak yang riang..Dalam riang-riang tu aku mestilah jaga makanan diorangkan..Untuk pembesaran diorang juga..Paling aku jaga ialah bab susu..Walaupun diorang dah tak minum dalam botol aku masih bagi susu kat diorang..Apatah lagi baru-baru ni diorang dapat susu kat Taska..Puncanya kakak kurang berat badan..


Tiap-tiap pagi memang aku kerah anak dara minum susu..Wajib..

Tapikan dalam aku bagi susu semua aku tengok adik jer yang berisi..Kakak tetap maintain kurus..Memang waktu pregnant dia aku tak lalu makan langsung..Minum air pun muntah apatah lagi makan..Mungkin dari dia dalam perut kurang zat..Aku tak nafikan..Teruk sangat waktu pregnantkan kakak sampai masuk hospital..

Kadang-kadang memanglah risau..Bila taska sampai dah bagitahu yang kakak kurang badan aku terus risau..Aku refer kat doktor..Doktor bagilah nasihat..Setiap 6 bulan mesti ambil ubat cacing..Itu memang aku buat..Aku siap suruh doktor remind kat aku..Doktor juga suruh dia ambil appeton lysine..Appeton lysine ni untuk menambahkan selera makan kakak..Kakak kalau makan nasi memang dengan kicap sahaja..Tak nak lauk lain..Cerewet macam Zamri..kihkihkih..


Appeton lysine untuk menambahkan selera makan anak-anak..

Selain tu doktor juga tanya pasal susu..Aku cakaplah diorang minum susu dutch lady..Doktor cakap susu dutch lady pun ok tapi lagi ok kalau kami bagi susu PediaSure..Doktor kata susu tu memang boleh untuk tambahkan berat badan..Dengan kakak yang umur 5 tahun doktor cadangkan minum sekali sehari pun dah cukup..Sebabnya doktor kata susu ni mahal wooo..Tapi benda elok memang mahalkan..Kami akan cuba beli sebab nak tengok kakak naik berat badannya..


Inilah susu yang mahal tu..Dulu, aku pernah bagi juga kat kakak tapi sejak adiknya lahir tak laratlah nak beli susu mahalkan..Dah dua orang yang minum susu..Mungkin sekarang kami akan beli juga untuk kebaikan kakak..Jangan kakak obesiti plak lepas ni..Korang jangan ingat budak-budak tak ada yang obesiti tau..Adik susuan aku kena..Baru sekolah rendah..Nurse yang datang kat sekolah suruh dia diet..Kecil-kecil lagi dah berdiet..Kelakar jer..

Bagi yang ada anak kurang berat badan macam anak dara aku ni bolehlah cuba nasihat yang doktor bagi kat aku ni ha..Yelah kita semuakan nak tengok anak kita sihat..Betul tak..?

4 comments:

SaRaa said...

anak kakak sy minum pediasure pun sama je berat badannya..hehe..kalau dah metabolisma bebudak tu tinggi, mmg xleh nk wt ape kan..asal dia sihat, alhamdulillah..(^_*)

Mommy Fara said...

takpe....janji sihat!

KAMIHIDUP said...

yang penting sihat kak. :)

Rai said...

anak2 saya pun kurang berat.. 2 minggu lagi ada appoinment ngan PAED. skang ni tengah usaha menambah berat badan diorg. bagi protein powder..hahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...