Friday, June 3, 2011

Kenapa Orang Melayu makan Dengan Tangan?

Assalamualaikum semua..

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......

P/S: Aku selalu makan guna tangan kecuali makan mee dan benda bersuplah..Tapi yang paling aku tak suka ada jer orang akan pandang serong bila kita guna tangan..

10 comments:

Mommy Fara said...

sape la yg suke pandang serong tu? adeh...lantok kat die!

penaberkala said...

makan dengan tangan tu lebih puas kot
xyah berperang ngan sudu dan garpu,hehe
lagi satu, makan dengan tangan adalah sunnah

KAMIHIDUP said...

makan pakai tangan ni puas. feel dia tu lain. :)

Wyna Nubies said...

As Salam,

~Hikmah makan menggunakan tangan~

Memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak:
"Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan".

1. kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan
kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

jadi,orang melayu ni bertuah la kiranya sbb byk kelebihan pada adab makan kita dgn guna tangan...so,xpyh rasa malu atau segan ;)

maza said...

errr.. ada tak org melayu makan pakai kaki? hehehhee

psst: nabi makan pun guna tangan, kan? tiga jari lagi gitew.. hehehhe

Siti Hajar Masri said...

mommy fara:
selalu memg abaikan jer..;p

Siti Hajar Masri said...

penaberkala:
setuju 300%..;p

Siti Hajar Masri said...

kamihidup:
setuju dik..;p

Siti Hajar Masri said...

wyna nubies:
tq for hadis tu..;p

Siti Hajar Masri said...

maza:
ada je guna kaki sbb dia cacat..hehe~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...