Friday, June 17, 2011

Nasi Goreng Kampung Tak Nak Bilis Satu..!!!

Assalamualaikum semua..

Korang mesti pelikkan nak nasi goreng kampung tapi tak nak bilis..Itulah aku..Kalau aku order nasi goreng kampung mesti tak nak bilis sampai kedai yang biasa aku makan pun dah tahu..Bukan aku tak suka makan ikan bilis..Aku suka tapi kalau letak dalam nasi goreng aku tak suka sangat..Tak tahu kenapa..Pelik aku nak makan bila makan nasi goreng ada bilis..Lain orang lain tekaknyakan..

Inilah nasi goreng kampung tanpa bilis..Favourite aku bila makan kat kedai yang selalu aku pergi..Halwa Seafood namanya..Diorang pun dah kenal kami sebab pelanggan tetap kononnya..Kalau korang pergi kat Puchong korang mesti try kedai ni..Tom yam dia sedap, ikan siakap masak stim pun sedap..Semua sedaplah..Murah pun murah jugaklah..Aku makan ikan siakap stim, tom yam campur untuk 2 orang makan, kangkung masak belacan, telur dadar dengan nasi dengan air jus bagai..Baru RM40+..

Zamri pulak suka makan nasi goreng USA kat kedai ni..Sedap jugak..Daging dia lembut..Cukup rasalah..

Dan tak lupa yang selalu aku order adalah cili padi tanpa kicap..Tak suka juga bubuh kicap sebab masin nanti..

Motif utama nak cerita pasal nasi goreng kampung tak de bilis tapi dah alang-alang aku tolong promotekan kedai ni..Dalam seminggu aku mesti makan kat kedai ni dalam 3-4 kali sebab makanan dia semua best dan yang paling penting sedap..Siapa datang Puchong aku akan belanja dia makan kat sini..;p

5 comments:

Mommy Fara said...

Halwa Seafood? Kat mane tu Hajar? Boleh bgtau tmpt?

Murah. Sedap. Yummeh!

Siti Hajar Masri said...

Mommy Fara:
kat putra perdana,puchong..malam ni mungkin kita pergi lagi..

KAMIHIDUP said...

kak, ikan bilis ada baru sedap, baru kampung, heee. :)

Siti Hajar Masri said...

kamihidup:
kira akak mkn bukan kampunglah ni ye..;p

umiwafi said...

salam..siti hajar..
boleh saya tahu macam mn dah makn jamu mak dara..lh kongsi x..
saya br mkn seminggu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...