Monday, June 20, 2011

Sayaaaaang Abah..!!!

Assalamualaikum semua..

Selamat hari bapa pada abah aku, pada Zamri dan tak lupa semua bapa-bapa kat luar sana..Jasa-jasa korang semua sangat-sangat kami hargai..Aku tahu aku dah lambat untuk ucapkan tu semua..Weekend aku busy sangat..My MIL masuk hospital..Macam-macam hal jadi..


Bila cerita pasal abah aku ni mulalah aku rindu kat dia..Yelah semalamkan hari bapa tapi aku tak dapat nak sambut bersama-sama dengan dia..Aku dapat call dia jer..Bila aku tanya abah nak apa nanti sebagai hadiah..Abah aku cakap nak kereta..Aku cakap kereta mainan bolehlah..Aku pun tak ada kereta..Lagipun abah aku tu mana ada lesen..Ada hati nak mintak kereta dengan aku..Aku cakap kereta sorong bolehlah aku belikan..haha~

Bila abah mintak macam-macam susahkan kita nak tunaikan..Tapi bila kita semua mintak macam-macam dulu abah kita sanggup lakukan..Itulah abah-abah kita semua..Sebenarnya bukanlah kemewahan yang abah kita harapkan dari kita..Janji kita boleh bahagiakan dia dan boleh jaga dia..Aku rasa itu dah cukup untuk seorang abah perlukan bila anak dia masing-masing dah besarkan..

Korang pernah dengar tak yang kejayaan kita berkat doa ibu bapa kita..Aku pernah dengar seorang jutawan ni boleh jadi jutawan disebabkan berkat doa ibu bapa dia..Sebabnya setiap bulan dia akan bagi separuh gaji dia kepada ibu bapa dia..Nampak simplekan tapi dia punya impak sangat besar..

Sebab tu aku sayaaaang sangat kat abah aku..Bukan sebab dia akan doakan aku jadi jutawan tapi memang aku sayang sangat kat dia..Abah aku banyak berjasa kat aku dengan adik-adik aku..;p

3 comments:

Ila said...

semua abah2 kat dunia ni nak yang terbaik utk anak2 kan...

maza said...

sekarang maza sudah jadi ayah utk 3 org baby.. huhhu

KAMIHIDUP said...

selamat hari bapa kepada KAMI yang bakal jadi bapa tak tahu berapa tahun lagi ni, heeeee.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...