Tuesday, June 7, 2011

Semangat Nak Exercise..!

Assalamualaikum semua..

Korang ingat tak entry aku pasal aku kononnya aku nak exercise main badminton..Tak ingat pun tak pe..Tak istiqamah pun exercisenya..Tapi kali ni aku semangat balik sebabnya office aku buat latihan badminton setiap hari Jumaat malam..Bukan aku jer yang bersemangat Zamri pun sama..Dia siap beli racket yang baru..Baru jer semalam dia ambil kat kedai tu..Dia beli untuk aku sekali..Sebelum ni kami pakai racket cap ayam..Pernah dengar tak?

Image by google

Semalam dah rasmikan dekat depan laman jer..Bunyi memang sedap..Tak sabar nak tunggu hari Jumaat ni..Tapikan yang sedihnya ada orang cakap aku makin berisi..Aku cakap dengan Zamri pasal ni..Zamri cakap senamnya seminggu sekali makannya 3 tan..Mana tak berisi..Lagi aku sedih..Hampeh punya laki..Sabor jelah..

Aku harap kali ni aku istiqamahlah buat exercise..Aku nak sihatkan badan aku juga..Kalau kat rumah tu asyik baring jer..Asal baring jer mesti terlelap..Alasan je sebenarnya malas ye dok..Jom ramai-ramai kita senam..Amalkan hidup sihat..Kalau suruh aku joging memang kirim salam..Main badminton oklah..;p

5 comments:

KAMIHIDUP said...

chaiyok kak!!! heee.

NURUL AINI NORAZMAN said...

hahah~ klu dah berazam mesti boleh kak,.bunag penyakit M je,.mesti sume bleh,.gudluck!!=)

Ila said...

aku nak kurus...raya dah dekat tapi aku tak kurus2 lagi

maza said...

wkakaka.. eloklah tu

maza pun dah lama sangat sebenarnya tak mengangkat reket ni.. adalah dalam 11 bulan gitew..

masuk bulan depan sudah setahun.. aderkkkk

Putri Zieha said...

reti ke kau main..hahahahahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...