Monday, August 15, 2011

Ajal & Maut

Assalamualaikum semua..





Baru-baru ni kawan baik adik aku meninggal sebab accident..On the way nak pergi sembahyang Jumaat kat Masjid..Langgar lari tapi dapat tangkap..Mungkin ramai saksi yang tampil..Dia meninggal sebab pendarahan dalaman..Mak dia memang tak dapat nak terima..Asyik pengsan sahaja..Secara tiba-tibakan anaknya tinggalkan dia..


Dan secara tiba-tiba aku mula sedar yang ajal maut tu tak kira masa dan keadaan..Selama ni banyak kejadian macam ni berlaku tapi aku macam tak ada perasaan..Tapi kali ni berbeza..Aku mempunyai perasaan yang luar biasa..Tiba-tiba aku sedih..Andaikata ajal aku dah sampai, adakah amalan aku didunia ini sudah cukup?


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 


"Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."


(Riwayat At-Tirmidzi)


Mengingati mati adalah cara terbaik untuk menasihatkan diri kita sendiri sebenarnya..Supaya kita sentiasa melakukan kebajikan dan tidak melanggar larangannya..Maka, marilah sama-sama kita mengingati mati selalu..

Renung-renungkan dan selamat beramal..Tapi jangan renung lama sangat..;p

2 comments:

far_east said...

yup betul tue, bila terjadi macam tue baru kita mula menginsafi diri..

Muhammad Burn said...

jgn takut pd mati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...