Wednesday, August 10, 2011

Menu Berbuka Puasa : Nasi Ambeng



Assalamualaikum semua..

Semalam aku pergi bazar ramadhan kat SS18, Subang Jaya..Zamri ambil aku kat ofis semata-mata nak pergi bazar ni..Aku suka pergi bazar ni sebab banyak choice dan kadang2 boleh jumpa artis kau..Tahun lepas aku jumpa yuna dengan kekasih hati dier..

Tetiba ngah jalan-jalan usha makanan nampak nasi ambeng dari Tanjong Karang..Eh ni dari warung ibu kat area kampung aku..Terus aku beli..Dah lama kau tak makan nasi ambeng ni..Selalu dapat makan bila kat kampung aku ada kenduri jer..Itupun berebut dengan adik2 aku yang lain..;p

Murah tau diorang jual..Banyak2 ni baru RM5.00..Boleh makan untuk 2 orang..Murahkan..Aku siap tambah nasi untuk anak dara tu..Diorang cas aku extra RM1 jer..Nasi dia banyak plak tu dia bagi..

Aku tanyalah diorang kenapa jauh sangat jual sampai kat sini..Diorang kata dari tahun lepas diorang dah jual kat area Shah Alam..Tahun ni baru nak try kat Subang Jaya..Diorang ulang alik dari Tanjong Karang..Kalau korang nak try boleh pergi kat bazar Stadium Shah Alam atau kat bazar SS18, Subang Jaya ataupun korang boleh pergi kat kedai dia kat Tanjong Karang..Nama kedai dia Warung Ibu..

Selain tu, kitorang ada beli gak makanan lain..

Aku beli char kuey tiaw tapi aku tak rekomen sbb memg tak sedap..Rasa hangit..Awal2 Zamri kata tak sedap tapi bininya degil nak jugak..Pulak tu mahal kau..Macam ni je RM5.00..Kerang aku rasa 2 ketul je..Ini namanya berniaga asal dapat duit..Tak pentingkan kualiti..

Lepas tu beli sata..Nasib baik sedap cuma tak pedas..Aku potong cili padi bubuh dalam sata ni baru makan..Lagi sedap kalau pedas..;p

Dessert kitorg..Kuih bakar tu ofis aku bagi..Buah melaka tu sudah lama kuidamkan..
Alhamdulillah semua makanan kat atas habis..Tidak berlaku pembaziran..Kuey tiaw hangit tu aku telan gaklah sebab mahalkan..Korang plak buka apa semalam?

4 comments:

Munna said...

sdptnya nasi ambeng...pnh mkn sekali je seumur idup....

Siti Hajar Masri said...

munna:
memg sedap..

Mommy Fara said...

Sy tak bape suka ke PARAM SS18 sbb most of them jual makanan agak mahal dan result makanan adalah mengecewakan.

Dalam byk2 PARAM pnh sy pegi walau smpi ke Cheras atau Shah Alam...Kelana Jaya yg terbaik. Tak tahulah kenapa. Hahahaha. Mungkin setiap kali beli, asyik sedap je rs.

=D

maza said...

aduh! lama sudah tak merasa nasi ambang ni..uhuk!

tekak pun sudah gatal2 mahu menjamahnya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...