Saturday, August 20, 2011

Peristiwa Yang Memalukan

Assalamualaikum semua..

Semalam kami pergi ke pasaraya nak beli barang-barang untuk berbuka puasa..Aku ingat nak masak spagethi..Macam-macam aku ambil..Bukan untuk masak spagethi je shampoo segala aku ambillah..

Dah habis ambil barang semua turn kami untuk bayar..Semua dalam 200++..Zamri pun nak bayar sekali dia kata duit tak cukup..Dia tanya aku..Sorrylah aku kalau shopping pasaraya kecil2 ni manalah aku bawa dompet..Takut kena ragut..Alasan je kan..

Aku tanyalah Zamri takkan awak tak tahu duit awak ada berapa..Tiba-tiba dia tepuk kepala..Dia kata dia dah guna duit yang dia keluarkan beli barang aircond..Dia dapat job buat aircond..

Aku dah geleng kepala waktu tu..Tengok belakang ramai betul yang beratur..Tiba-tiba aku rasa malu sangat..Kononnya nak cover malu aku pun tanyalah guna kad kredit boleh..Budak cashier tu cakap mesin kad kredit rosak..Lagilah malu berdouble2..

Atm pun mana ada area pasaraya tu..Terpaksalah cakap ngan cashier tu separuh barang terpaksa pulangkan..Tak jadi beli..Mesti ramai ngata kitorangkan..Nasiblah..Lepas tu aku bukan main laju keluar dari pasaraya tu..Malu kot..Confirm lepas ni aku tak g pasaraya tu..

Kat dalam kereta mulalah kami gaduh..Zamri salahkan aku dan aku pun salahkan dia..Last2 kami gelak..Buat malu jer..Moral kat sini kalau nak beli barang tu checklah dulu duit tu ye..Ni tak main ambil jer barang2..Lagi satu jangan nak tinggalkan dompet macam aku..Kononnya tak nak bayarlah..Kan dah dapat kemaluan..

Lepas buka puasa kami keluar balik beli barang kat carrefour plak..Kali ni kami check dulu duit ada ke tak ada..Takut jadi kemaluan lagi..;p

6 comments:

nuhara said...

xpe pengajaran.....

Princess Nur said...

Alahai kesiannya..Kelakar pun ada..Takpela hajar ye..Jadikan ia pengalaman utk mengajar awak supaya lebih beringat dilain masa ;-)

mzhany said...

xpe hajar, pengajaran. hishh bahaya tau xbawak purse ni, risau jadi ape2 kan

Solihin Zubir said...

kantoi.. ko kedekut.. ahaha.. ;-p

pena rozie said...

jangan risau buat iktibar ek....

Mommy Fara said...

Pengajaran lagi. Wallet jgn ditinggal tatkala keluar shopping hatta pasaraya kecik sekali pun. Heheheheh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...