Thursday, August 25, 2011

Shopping Raya

Assalamualaikum semua..

Aku rasa dah 18 kali shopping baru aku nak cerita kat blog kot..Sebelum ni shopping barang aku memang tak sempatlah nak ambil gambar bagai..Excited terlebih..;p

Malam kelmarin aku pergi IOI Mall untuk shopping lagi..Barang Zamri ngan anak dara jer tak settle lagi..Kami memang suka pergi kat sini sebab dekat dan kami dah biasa kat sini..

Jom layan gambar..Gambar dari hp aku so tak berapa nak jelas sebab aku pakai hp cokia jer..

Waktu ni aku alihkan perhatian anak dara sebab Zamri ngah pilih und**wear..Jadi, anak dara ni tak boleh tengok gambar yang seksi meksi..Karang mulut diorang macam2 tanya..

Zamri kalau pilih apa2 memang lama..Bosan gak waktu ni menunggu dia..Last2 tak beli pun..Beli kat tempat lain..Buat penat jer..

Lepas tu kasut dia plak..Nasib baik dia dah usha lama kasut ni so bila sampai try terus beli..

Barang-barang yang kami beli setakat malam ni jer..hehe~

Sambil aku tunggu Zamri tengok seluar jeans bagai aku makan takoyakilah..Kongsi dengan anak dara..

Dalam jusco sementara tunggu Zamri jugak mencari barang2 elektronik dia baik kami bertiga berurut..Lagi best..


Actually korang mesti tengok kitorang semua nak beli baru ye..Kami jarang2 nak beli barang macam ni kecuali time nak raya..Bukan niat membazir tapi setahun sekali beli barang memang patutlah kan..;p

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...