Saturday, October 29, 2011

Hari Sabtu

Assalamualaikum semua..



Hari ni hari Sabtu ye..Macam semua orang tak tahulah kau ni..hehe~

Apa aktiviti korang?Aku hari ni duduk rumah jer sebab Zamri ada kerja kat PD..Bila kerja rumah semua dah siap aku pun ngadaplah laptop layan drama korea online..Tak lupa jugak update bloglah..

Sepatutnya hari ni aku ada kat satu tempat..Semalam ada orang call dari Esso, Meru call aku kata aku dapat lucky draw..Aku memang selalu isi minyak kat sana otw nak balik kampung aku..Aku gatal tangan hantar resit..Kononnya nak cuba nasib..Tak sangka dapat tapi tak dapat pergi sebab Zamri guna kereta..

Hari ni diorang ada buat event untuk meraikan customer yang selalu isi minyak kat situ..Tu yang diorang buat lucky draw..Siap ada makan free lagik..Rasamas tau..Aku dah pernah makan kat situ..Sedap gaklah makanan Rasamas ni..

Pagi tadi diorang call lagi..Dia nak aku datang gak..Tapi aku cakap dengan diorang memang aku tak dapat datang..Hadiah menarik agaknya..Rasa rugi plak tak datang..Mana tahu diorang nak bagi aku Ipad 2 ke..Laptop ke..Tak pelah bukan rezeki akulah tu..

Hope korang semua happy hari ni..Aku nak sambung tengok drama korea..Babai korang..;p


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...