Friday, October 28, 2011

Mentarang Bakar

Assalamualaikum semua..

Weekend yang lepas aku balik kampung..Lama dah tak balik since raya hari tu..Hari Ahad kami nak pergi melawat atuk ngan nenek aku kat Simpang Lima, Sungai Besar..Sepanjang jalan merata orang jual mentarang..Last2 aku paksa Zamri berhenti salah satu stall yang jual mentarang bakar..

Family kami tak makan mentarang ni..Pernah masak rasanya macam pelik..Tapi, kak ijan dan kak fizah pernah beli mentarang bakar dan aku rasa sedap plak..Sebab tu aku paksa Zamri beli..Aku nak bagi semua orang rasa mentarang bakar ni..

Mentarang tengah dibakar..

Mentarang mentah lagi..Kami tak beli pun..

Part paling best pemilik gerai ni sediakan tempat makan yang agak best bagi aku..Tepi sungai..Sambil makan sambil nikmati pemandangan ikan yang dibela..
Bila letak jer mentarang bakar ni dalam pinggan kejap jer licin..Semua orang suka..Tak sangka aku..Aku dah kata sedap semua tak percaya..

Korang semua bolehlah cuba makan mentarang bakar kalau kebetulan lalu kat sini..Dari Sekinchan ke Sungai Besar merata orang jual mentarang ni..Gerai ni juga jual makanan lain macam nasi lemak, cucur udang juga..Air tebu pun ada..Tebu memang diorang tanam sendiri kat sebelah tu..Gerai Faridah tak silap haku..

Lepas tu boleh terus pergi Sungai Besar shopping kat sana..Syurga kainlah kat Sungai Besar..;p






3 comments:

AziE said...

Baru kenal dgn mentarang tahun ni. Tu pun jumpa kat Kuala Selangor.

isal said...

rasa lala ke??

faeez said...

mmg gler sedap mentarang ni ...3kg sekali adap je...1st time jumpa masa g cuti kat homestay di sekinchan....kat melaka x de mentarang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...