Saturday, October 15, 2011

Peringatan: Pin ATM


Assalamualaikum semua.. 


Baru2 ni kawan aku kena ragut..Semua barang dia lesap termasuklah dompetkan..Kad atm semua ada dalam dompet tu..Dia ambil masa juga nak pergi block dia punya kad atm..Dalam jangkamasa dia nak block peragut tu cuba nak keluarkan duit guna kad atm kawan aku..

Tapi tak berjaya..Pihak bank cakap kad atm dia memang dah kena block sebab 3 kali salah pin..Maknanya peragut tu punya kerjalah..Salah satu pin yang dia try adalah tarikh lahir dia sbb ada ic dalam dompet tu..Kawan aku bertuah sebab dia tak guna tarikh lahir dia sebagai pin atm..

Dan salah satu no pin yang dia try juga terbalikkan tarikh lahir kawan aku..Maknanya janganlah sesekali kita menggunakan tarikh lahir sebagai no pin atm kita..Bahaya woo..Manalah tahu waktu tu time gaji masak duit kita lenyap gitu jer..

Peringatan untuk diri sendiri dan semua orang..Sebenarnya aku pun guna tarikh birthday sebagai no pin aku tapi sekarang tak lagi atas nasihat kawan aku..Cepat2 aku tukar..Dari kad atm sampailah kad kredit semua aku dah tukar..Kalau boleh no pin tak ada bersangkut paut dengan kita especially apa yg ada dalam dompet..

Sekian, khidmat pesanan masyarakat dibawakan oleh Hajar yang comel sgt2..;p


4 comments:

ijatnuar87 said...

ahaks...tau xper...biar la no pin tu sesuatu yg kiter tau jek..kalu boleh jgn la kirim2 kad kat org lain suruh cucuk....bhaya gak tu...

pena rozie said...

Nak tukar jugak la....

cindyrina said...

harap semuanye ok untuk kawan u...

ctpayong said...

Bismillahirrahmanirrahim

betol lah. terima kasih SHM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...