Thursday, November 17, 2011

2 Sebab Aku Tak Suka Perokok


Assalamualaikum semua..

1. Suka buang puntung rokok merata-rata..

Paling aku tak suka buang kat kedai2 makan ngan buang ke luar kereta..Sangat2 biadap..Korang tahu tak setiap puntung rokok memerlukan sepuluh tahun untuk diurai..Lepas tu buang merata2..Memang tak reti nak jaga alam sekitar kita..Dahlah asap korang tu mencemari udara lepas tu puntung rokok korang boleh diurai selepas 10 tahun..

Apalah salahnya korang sediakan tong sampah dalam kereta untuk buang puntung rokok korang tu..Jagalah kebersihan sikit..Sebab tu janganlah marah kalo orang kaitkan perokok dengan pengotor..Tapi tak semualah..Ada jer aku tengok perokok jaga kebersihan..Itupun tak ramai..



2. Suka hembus asap kat siapa2 pun..


Diorang ni tak kira kau mengandung ke, kau ada anak kecil sikit pun tak peduli..Sungguh tak hormat orang lain..Macam sengaja hembus asap banyak2 bagi kat orang..Kita kat sebelah ni bagi hint pun tak peduli..Memang dasar tak hormat orang..Korang pernah dengar tak asap tu kawan jin..Dah tu yang pergi hisap lagi buat hapakan..


So, kepada perokok2 di luar sana silalah berhenti merokok jika anda bertanggungjawab dan sayang pada alam sekitar dan orang disekeliling korang..


Pesanan masyarakat dan ikhlas ni dari Hajar yang comel..;p


P/S: Alhamdulillah sangat Zamri dah berhenti merokok..Aku rasa lebih 3 tahun dah..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...