Monday, January 31, 2011

Pentingnya Budi Bahasa

Assalamualaikum semua..

Kita ni tak lawa, tak comel, tak bergaya pun tak apa..Asalkan kita ada budi bahasa..Penting tau kalau kita ni ada budi bahasa..Entry ni memang nak tegur seseorang..

Kau dahlah tak lawa..Lepas tu budi bahasa pun tak ada so orang nak pandang kau apa je..Mulut pun macam mulut longkang..Aku rasa mulut longkang lagi baik dari kau kot..Lepas tu kau tak berhenti-henti nak dengki dengan orang..Memang cukup pakejlah..Lagi satu aku nak tambah busuk hati sekali..So, last sekali orang tengok kau pun tak ada seri tau..Tak lawa bertambah hati busuk memang muka macam tenuklah..Tak kiralah kau buat facial sekali pun tetap tak nampak seri muka kau tu..

Petua nak nampak seri senang je..Aku memang amalkan..Berbuat baiklah dengan manusia lain..Tak payah dengki-dengki..Dan kalau boleh muka tu senyumlah selalu ye..

P/S: Aku ni tak berapa nak lawalah tapi sebab aku ada budi bahasa bertambah2 kelawaan aku..hehe~

Make Up Sponsor By Elianto

Tak tahan tajuk..Tak nak kalah..Siapalah aku atau kitorang ni ada orang nak sponsor make up ye..Aku bukanlah glamor macam redmummy tu..Sorrylah entry ni lambat sikit..Actually entry ni sambungan dari aku pergi bowling hari tu..Sebelum kami main bowling kami singgahlah Elianto dan ada kakak manis yang rajin make upkan kawan-kawan aku tak berapa pandai nak make up..Kira dia sponsorlahkan..Yelah guna Elianto punya barang..

Ini Liyana yang tak pernah make up sebelum ni..Dia tak nak make up tapi kami paksa gak..Kesian dia..Muka dia berseri lepas make up..

Kakak manis yang rajin make upkan kami..

Kakak manis tu make up orang lain yang dua orang ni pun sibuk gak..

Pilih jangan tak pilih..Time ni kami nak beli tapi nak cukupkan 7 barang baru dapat 30%..Aku terpaksa ambil 2 barang bagi mencukupkan 7 barang..Terpaksalah konon..Kalau make up kaulah no 1..

Seorang lagi yang tak pernah make up..Kakak manis ni ajar sekali cara nak pakai eyeshadow dengan betul..

Aku tak di make upkan sebabnya already make up lorr..Kakak manis just touch up aku je..Aku ni bukan tiba2 pandai make up aku ambil kursus make up juga..Tapi bukan kursus mak andam just kursus personal make up untuk menambahkan confident level aku bila jumpa orang..

Kembar tak seiras..Muka riang lepas kena make up..

Once again gambar aku tak banyak sebab aku jadi cameraman..Tak sukalah..Aku punya kamera tapi banyak gambar orang..Nak buat macam manakan..Aku je yang dah make up..Tak pelah aku berkorban untuk korang..

Bestkan ada orang sponsor make up..Kira sponsorlah tu..Nak tunggu jadi artis entah bila so angan-angan jelah ye..


Saturday, January 29, 2011

Resepi : Ayam Masak Lada Hitam

Resepi minggu ni pula ayam masak lada hitam..Mula2 ingat nak buat sup tapi yang tinggal daging ayam sahaja..Tulang tak ada..Apalagi tengoklah buku resepi Kak Liza..Kak Liza pun ada blog tau..Rajin2lah ke blog dia..Tengok semua bahan ada untuk masak lada hitam so aku pun mulakan operasi..hehe~Kat bawah ni aku kongsi resepi siapa nak mencuba..Ikut resepi ni rasa macam kat kedai tau..

Gambar memang nampak tak best tapi rasa sedap tau..Angkat bakul sendirilah ye..

Bahan A
  • 500 gram Ayam
  • 1 batang lobak merah (dipotong kecil)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
  • 2 sudu makan lada hitam (tumbuk tau jangan main masuk je)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan B (bagi menumis)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
Bahan C (sebagai hiasan)
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • 1 biji tomato (dipotong 4) - aku potong 8..
  • 2 biji cili merah (dihiris)
Cara Membuat:
  1. Buangkan kulit ayam, kemudian potong kecil.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi dan layu.
  3. Masukkan ayam dan gorengkan sehingga masak.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan garam.
  5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
  6. Angkat, hidangkan dan makan...
Ok.Selamat Mencuba..:)

Tipah Tertipu

Kuala Lumpur, 28 Jan (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia, (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini adalah palsu.

"PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diwar-warkan. Terima kasih," kata PDRM dalam laman sosialnya.
Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi ini gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.

SMS yang diedarkan berbunyi, "PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.
"Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yang ada di dalam kereta pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar." Sila sebarkan.
-- BERNAMA

Hajar: Tak baik tau siapa yang menyebarkan berita palsu ni..Aku pun tertipu jugak..Ingat tak sebelum ni ada kes sama tapi bila dia sebarkan orang tak percaya..Yang tu betul tapi anak yang ada dalam kereta ditinggalkan kat tepi jalan..Lepas ni kalau ada berita2 macam ni orang tak akan percaya dah..Beria2 aku mendoakan anak tu selamat tau..

Sumber: Blog Cek rasalah..Thanks to Solihin beritahu pasal ni..

Friday, January 28, 2011

Perhatian!!!..Sila Sebarkan..

PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternmpk MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar ank ke nursery baru sebentar tadi diarea Puchong..keprihatinan anda amat dihargai ni berita benar..sila sebarkan..

Hajar: Aku ambil dari blog Mat Gebu..Puchong area aku..Mana tahu aku ternampakkan..Minta jasa baik semua yang baca blog aku sila sebarkan..

Sebelum Kejadian

Nak cerita kat korang sebelum kami sampai ke Sunway Mega Lanes..Balik ofis kami terus tukar-tukar baju..Lepas tu geng aku gerak satu kereta je..Senang..Korang tahu jelah Sunway Pyramid punya parking tersangatlah senangkan..Aku drive kereta Cik Lulu sebab owner dia tak berani nak bawak ke shopping complex..

Membawa Cik Lulu ke destinasi..Bawak dengan penuh tumpuan..

Dah sampai..Berposing jap sementara tunggu lif..

Anne Sepit yang gila nak ambil gambar..Aku ngah cakap ngan Zamri sibuk gak nak ambil gambar..

Suz yang tengah memberi report detail pada suami dia..Jangan marah ye..Dalam kitorang 5 orang ni aku ngan Suz je dah kahwin..Yang lain bujang trang tang tang..No..no..no..Single but not available..haha~

Anne sepit yang tension terpaksa mengeluarkan duit..

Sementara orang atas tu cucuk duit, aku testing kamera..Al-maklumlah aku ni tahu tangkap tapi tak tahu setting..Zamri je yang tahu..Lepas ni harus belajar..

Lepas tu masing-masing lapar..Kami makan di Mcd..

Sebahagian dari makanan kami..Gambar tengah makan tak de sebabnya semua kebulur selepas kena make-up..Nanti aku cerita pasal make-up ye..Siap ditaja lagi..

Siap dapat menatang ni lagi..

Comelkan..mood perasan jap..Orang sebelah tu tak comel..haha~

Bowling Bersama Kawan-kawan Satu Ofis

Kelab sukan ofis aku ada buat tournament bowling kat Kuantan..Kitorang kat hq ni kena hantar 2 team je so kenalah buat pemilihan sebab ramai nak masuk..Dah lama tak main bowling memang rasa excited semacam..Aku ni juara masuk longkang..Mencuba nasib je..Lagipun dah lama tak enjoy bersama kawan-kawan..Jom kita layan gambar..

Berposing bila sampai entrance Sunway Mega Lanes..Abaikan aku yang nampak gemuk sikit..

Ada orang gila amik gambar..Aku bagi kamera macam-macam gambar dia amik..Dia siap kata aku tak ada seni ambil gambar..Memanglah aku tahu posing je..

Budak-budak terlepas dari kurungan..haha~Happy semacam..

Lagi2 gambar diorang ni..Anne sepit dan Suzana..Kitorang panggil dia sepit sebab dia suka pakai sepit..

Yang lelaki tu sesat..Sibuk je..Dia paling kecoh..Asyik ejek aku je..

Seronok semacam..Dah lama tak keluar ngan kawan2..

Atiqa..Praktikal kat IT..


Sekali lagi tak ada gambar aku..Tak suka..Kalau Zamri ada best..Gambar aku mesti banyak..


Budak sepit ni lagi..Tension aku..haha~

Geng aku terpilih sebab tak cukup orang..Yeah..Seronoknya..Boleh pergi Kuantan..Bersuka ria bersama geng aku lagi..Tak sabar nak pergi sana..Anyway, thanks a lot to Zamri bagi aku bersuka ria bersama kawan-kawan..

Minta maaf blog tak berupdate..Anak dara saya tengah demam..So, mamanya tak da mood nak berblog..Baru ada mood nak berblog setelah mereka sihat..

Wednesday, January 26, 2011

Tikam Bayi Sendiri Bertubi-tubi - Kejam Betul..

Malam tadi macam biasa tengok berita utama TV3..Terkejut aku bila berita pasal baby kena tikam bertubi-tubi oleh maknya sendiri..Mak dia ni manusia ke haiwan?

Kalau tak nak baby tu pun janganlah tikam sampai bertubi-tubi..Apalah salah baby tu?Nasib baik bukan orang Malaysia..Orang Myanmar punya angkara..Dalam surat khabar Utusan hari ni beritahu yang dia melakukan pelbagai kerja termasuklah melacur untuk menyara hidup..Mungkin baby ni lahir dari salah satu customer dia..Tu yang dia sanggup bunuh baby ni..

Minta maaflah ye kalau pasal dera budak2 dengan pasal baby ni aku emosi sikit..Mesti jadi isu dalam blog aku ni..Orang lain nak anak tak dapat2..Aku ada kawan yang dah tunggu hampir 9 tahun tak dapat anak lagi..Orang lain yang senang dapat anak dibunuh2 pula..

Tuesday, January 25, 2011

Bercerita Pasal Abah Aku

Kenapa hari ni tiba-tiba aku nak cerita pasal abah aku..Sebabnya aku rindu sangat kat dia..Semalam aku kemaskini fail-fail gambar aku..Aku bukalah satu file gambar raya tahun lepas..Tiba-tiba aku terus tersentap bila tengok gambar abah aku..Bila tersentap mulalah aku mengeluarkan air mata..

Aku suka gambar ni..walaupun abah aku tak pandang kamera..Abah aku pemalu untuk pengetahuan korang..

Actually, hampir sebulan aku tak balik..Bukan jauh pun kampung aku..Dalam Selangor juga tapi keadaan aku yang tidak mengizinkan aku balik..Setiap hari Ahad ada kelas je..Hari Sabtu plak Zamri keje..Ot sokmo..Dia kata nak bayar saman sebelum bulan 2 ni..Sekali dia check saman ada 7 kau..Surat tak pernah sampai pun kat kitorang..Boleh aku nak balik dengan anak dara 2 orang tu tapi korang tahu jelah akukan rabun..Mana boleh drive malam2..

Sekali lagi abah aku x pandang kamera..Anaknya yang over..

Aku memang tak boleh kalau ada orang cakap pasal abah aku..Aku mesti sentap..Tak tahu kenapa?Mungkin aku terlalu sayang kat dia..Dulu, bila time sekolah budak2 nakal suka ejek nama abah aku..Depan diorang memang aku tak nangis kononnya tabah padahal belakang diorang aku nangis bagai nak rak..

Dan one thing yang buat aku selalu terharu kat abah aku dia tahu aku susah tau..Contohnya satu masa tu memang aku kesuntukan duit..Dia boleh termimpikan aku yang aku tengah susah tak ada duit..Dia selalu nak bagi dan selalu jugalah aku tolak..

Zamri cakap aku anak abah sebab tu asyik ingat kat abah je..Taklah..Mak pun aku rindu je..Abah aku telefon asyik tanya bila balik..Raya cina ni aku balik ye..Tunggu kepulangan siti ye abahku..Siti nama panggilan dalam family aku so aku tak suka bila orang bukan family panggil aku Siti..Orang bukan family kena panggil Hajar ye..hehe~

Personal Blog Tak Boleh Naik Ke?

Aku baca di blog redmummy pasal isu ni..Tak habis-habis lagi pasal isu ni ye..Sejak-sejak terpapar kat surat khabar hari tulah..Bagi aku personal blog boleh naik je..Dah terbuktikan redmummy boleh buat..Tengoklah income dia..Dia berjaya dengan blog dia tau..Bukan setakat berjaya tapi popular juga..

Bukan sebab aku personal blog juga aku nak pertahankan ye..Blog aku belum berjaya lagi dan mungkin akan berjaya..Orang yang asyik bercakap pasal tu sudah-sudahlah ye..Korang tak dapat apa pun bercakap dan dengki pasal orang lain berjaya..Tak fahamlah kenapa ada je orang yang ada phd ni?Korang bercakap atau dengki dengan redmummy dia makin kaya juga..Betul tak?

Renung-renungkan dan selamat beramal..Lagi satu korang kena ingat itu dah memang rezeki dia..Kita tak ada hak nak mempertikaikannya..

Monday, January 24, 2011

Sinetron Bukan Diriku - Last Episode Hari Ini

Tak sabar nak tunggu pukul 6.30 hari ni..Cerita Bukan Diriku last hari ni..Nak tahu sangat ending cerita ni..Cerita ni best sangat..Kisah cinta yang penuh dengan cabaran dan halangan..Bila aku tengok cerita ni memang aku membayangkan diri aku sebagai Ayla..Penuh perasaan tau..Aku suka babak Loki nak pujuk Ayla..Best sangat..Sedih pun ye..Kalau anak dara 2 orang tu tak ada mesti aku dah nangis dah..Control2..Kalau aku tak cover mahu anak dara tu banyak tanya..


Sinetron ni kali kedua aku suka selepas cerita Benci Bilang Cinta..Tapi cerita ni paling best aku rasa..Siapa yang tengok cerita ni tahulah macam mana aku rasa..Sekarang ni Baim Wong top ye..Lepas ni ganti cerita ni pun dia juga yang berlakon..Tapi dia berlakon memang best..Nampak real je..

Apa2pun tak sabar nak tunggu petang ni..hehe~

Kalau Dah Rabun Tu Mengaku Jelah..

Ok..Aku mengaku aku rabun..Sebelum ni pernah pakai spec tapi tak sampai seminggu pun..Sebabnya macam ada something kat mata ni..Tak suka dan lagi satu bila pakai spec nampak macam dah tua..Tak cantik pulak tu..Macam ko tu cantik sangat Hajar oi..

Semalam aku ada kelas aku terlambat 5 minit so tempat kat depan dah penuh terpaksa duduk belakang..Kononnya bila duduk depan lecturer tengok bagus budak ni padahal dia tak tahu aku ni rabun..Bila dah duduk belakang memang aku kaburlah tengok lecturer tulis apa..Aku nekad aku kena buat something ni..Tapi tak mungkin aku pakai spec lagi..Tak minat..Aku nekad nak beli contact lens..Aku tengah fikir nak pakai colour apa yang menyerlahkan mata aku ni..hehe~

Adakah biru?...No..no..no..Nampak macam celup je tau..Aku nak cantik tapi nampak natural..Cerewetlah ko ni Hajar..Ahh..Peduli apa aku..Aku yang bayar tapikan nak minta sponsor dari Zamrilah..Boleh tak?hehe~

Korang rasa untuk orang melayu sawo matang macam aku ni sesuai colour apa?Pendapat korang amat-amat dialu-alukan..

Friday, January 21, 2011

Wanita tunjukkan ciri kewanitaan mudah naik pangkat

RICHMOND, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian yang dilakukan para penyelidik Universiti George Mason di Virginia mendapati wanita yang menunjukkan ciri-ciri kewanitaan mudah dinaikkan pangkat, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian itu melibatkan personaliti 80 orang remaja lelaki dan wanita selepas lapan tahun mereka belajar dalam bidang sarjana pentadbiran perniagaan di universiti tersebut.

Para penyelidik itu mendapati wanita yang lebih bersifat kewanitaan mudah dinaikkan pangkat berbanding wanita yang bersikap agresif.

Menurut kajian itu, pengurus wanita yang mengawal diri mereka dengan baik lebih mudah dinaikkan pangkat.

Kajian itu diterbitkan oleh jurnal British Psychological Society. - Agensi

Sumber: Kawan ofis aku yang email..

Hajar: Kalau tiba-tiba aku jadi wanita sejati mahu pengsan bos aku..haha~

Cemburu Biarlah Kearah Kebaikan

Hari ni hari Jumaat walaupun aku rasa macam hari Isnin..Sebab semalam cutikan..Aku sebenarnya malas nak cerita benda-benda yang remeh temeh ni tapi sebab kau dah kacau aku dan demi nak menyedarkan kau..Aku terpaksa cerita juga..

Aku tahu kau cemburukan aku sebab tu kau sibuk cerita pasal aku pada orang..Kalau cerita yang baik-baik tak pe..Semua yang kau cerita pasal aku memburukkan aku..Kau nak semua orang yang suka pada aku jadi tak suka sebab tu kau cerita pasal keburukan akukan..Kau nak orang suka kau pulak..Tapi orang akan suka kau ke dengan cara macam tu?

Aku pun tak lari dari cemburu dekat orang lain..Aku cemburu dengan orang yang berpangkat, yang kaya, gaji besar dari aku..Tapi aku tak adalah sampai nak jatuhkan orang tu..Cara aku ialah aku berusaha kearah itu..Nak jadi yang berpangkat, nak kaya dan nak gaji besar macam diorang..Kira aku punya ni cemburu kearah positif..Kalau kau nak jadi macam aku usahalah wei guna cara yang elok..Jangan nak burukkan dan jatuhkan aku..Faham?

Aku tahu kau baca blog ni sebab tu aku cerita kat sini..Apapun busuk-busuk hati kau secara tak langsung kau dah membantu menaikkan trafik blog aku..Terima kasih kerana naikkan trafik blog aku..

Nasihat aku kita boleh nak cemburu dengan kejayaan orang lain tetapi biarlah secara positif..Usaha untuk jadi macam orang yang berjaya..Kau pergi sana sini bawak mulut kau tak dapat apa pun..Dosalah kau dapat..Satu perkara je aku nak cakap dengan kau..

"See u in akhirat"

Thursday, January 20, 2011

Resepi : Fetucini Carbonara

Assalamualaikum semua..

Seperti dijanjikan aku nak share resepi yang aku try guna buku '1 Hari 1 Resepi'..Kali ni aku try resepi fetucini carbonara..Sebenarnya aku suka sangat makan spagethi, pasta dan sewaktu dengannya..Bila dah suka kenalah pandai masakkan..Aku selalu masak spagethi je kali ni nak kelainan sikit..Aku masak memang sedap..Perasan jap tapi aku tak boleh makan sangatlah fetucini carbonara ni..Dah namanya tekak melayukan..Aku kena ubah sikit resepi ni untuk tekak melayulah macam resepi spagethi aku..Itu akan aku buat esperimen nanti..hehe~Aku share dengan korang ye resepinya..

Bahan-bahan:
  • 300 gram fertucini (direbus hingga lembut)
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 300 gram sosej (dipotong kecil)
  • 1 cawan susu segar
  • 10 biji cendawan (dipotong nipis)
  • 1 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
  • 1 biji capsicum merah (dipotong dadu)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 125 gram keju cheddar (dipotong kecil)
  • 100 gram keju parmesan (dicincang halus)
  • 30 gram daun parsli (dicincang halus)
  • 1 sudu makan serbuk oregano
  • garam secukup rasa
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak jagung, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan sosej, tomato, cendawan dan susu segar. Kacau rata.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam. Kacau rata.
  4. Masukkan keju cheddar, capsicum merah dan hijau. Masak hingga pekat.
  5. Tuangkan di atas fertucinni dan taburkan daun parsli dan keju Parmesan.
  6. Hidangkan..
Selamat Mencuba semua..

Wednesday, January 19, 2011

Pesta Kutip Duit Syiling RM75,000 kat Rembau

Gambar diambil dari Utusan Online..

Siapa tak nak duitkan..Aku pun nak tapi aku tak delah sampai nak turun dari kereta kutip duit macam yang diorang buat semalam kat Susur Keluar Pedas Linggi..Malulah..Jatuh saham aku..Lagi satu pun dah terang-terang tahu duit tu bukan hak kita..

Korang tengok mana ada orang perempuan kutipkan..Rakyat Malaysia ni prihatin sungguh ye..Ada kemalangan sibuk nak slow kereta nak tengok..Ada kemalangan melibatkan barang semua sibuk nak kutip ye..Macam-macamlah..Bukan prihatin nak tolong orang kemalangan ye..

Anyway, kemalangan ni melibatkan kereta pacuan empat roda dengan kereta BMW. Katanya kereta BMW tu yang rempuh kereta pacuan empat roda..

Korang rasa ada lagi tak yang kutip duit syiling tu sekarang?

Tuesday, January 18, 2011

Isu Poligami

Isu poligami ni memang jadi isu hangat bagi yang lelaki..Hangit bagi wanita macam aku..Kalau cerita pasal poligami bukan main suka lagi yang lelaki tu ye..

Semalam kat office, officemate aku yang lelaki bukan main rancak bercerita pasal poligami..Gelak terbahak2 lagi..Siap cakap ngan aku, kalau aku bagi laki aku kahwin lagi satu aku akan dapat payung emas..Aku terus jawab "Aku dapat payung emas yang lelaki masuk neraka sebab tak adil"..

Dalam dunia ni mana ada manusia yang adil..Betul tak?Lagi satu yang aku cakap sampai diorang semua terdiam..

Cuba korang bayangkan bini korang tidur dan main satu katil dengan lelaki lain?Apa perasaan korang?Rasa macam nak bunuh orang tukan..Macam tulah perasaan kami sebagai wanita bila kami dimadukan..

Bila aku cerita kat Zamri, dia memang ada keinginan nak kahwin lagi satu tapi dia kata nak jaga Siti Hajar sorang ni pun dia dah pening kepala apatah lagi nak tambah lagi satu..Hampeh betul laki aku..

So, apa pendapat korang?

Monday, January 17, 2011

Baby Baru Aku

Minta maaf banyak yang sudi singgah blog ni 2-3 hari ni blog tak berupdate..Tak balas lagi kunjungan yang datang sini..Busy sangat..Hari Sabtu aku uruskan yuran dan pengambilan modul semua..Dah abis urusan tu kena luangkan masa bersama suami dan anak2..Hari Ahad kelas macam biasa..

Dalam sibuk-sibuk tu aku dapat baby baru..Zamri belikan h/p baru..Niat sebenar bukanlah nak beli h/p baru pun..Nak repair h/p aku yang dah retak tu..Kalau orang hantar mesej memang tak nampak..Zamri yang jatuhkan h/p aku..Tu yang dia ganti baru..Sangat best..Sayanglah awak..Harga nak repair tersangatlah mahal tu yang ambil keputusan beli baru je..

Lawa tak?Comelkan..Warna pink lagi kau..Kalau ada merah lagi best..Yang aku tak sukanya kamera dia tak cantik sangatlah..2MP je..


Lupa nak cerita Zamri pun beli h/p baru juga..Samsung Wave..Dia punya dah tentulah lebih mahal dari aku punya..Aku punya limit kalau nak beli h/p sampai RM500 je..Ikut kemampuan akulahkan..Walaupun Zamri bayar tapi aku sedar dirilah..Tak layak pakai h/p yang riban2 punya..

Bila aku pergi kedai tu ramai beli blackberry tau..Musim kata orang kedai tu..Dia tanya aku tak nak pakai blackberry ke?Aku terus cakap tak nak sebab aku tak minat..Orang kedai tu cakap second hand blackberry pun bawah RM500..Patutlah ramai pakai aku cakap..Murah rupanya..

P/S: Bahagia sangat dengan baby baru aku..hehe~

Friday, January 14, 2011

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Beritahu Lelaki

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja gagang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Hajar: Thanks to my friend email this..Nak bagi Zamri baca..

Pesakit Jantung Orang Muda Semakin Meningkat

Aku baca utusan online pagi ni..Aku tertarik dengan tajuk 'Pesakit Jantung Muda Meningkat'..Aku kategori muda lagilahkan..Baru nak masuk 24 tahun..Penyakit jantung bukan lagi penyakit pakcik makcik lagi ataupun penyakit ni akan menyerang orang-orang kaya sahaja..Buang persepsi yang tu ye..Nasihat pada diri sendiri juga..hehe~

Sekarang ni banyak kes sakit jantung yang menyerang orang muda..Contohnya yang kita boleh tengok baru-baru ni kematian pelakon Mohd Faisal Yusup yang dipercayai diserang sakit jantung..


Setelah baca petikan ni para-para lelaki sekalian take note ye..Jagalah kesihatan anda ye..Artikel ni aku nak Zamri baca gak..Walaupun dia dah berhenti merokok..Benda lain pulak kena jaga..Kita yang muda-muda ni kenalah jaga kesihatan..Jangan ingat muda tak ada penyakit..

Kalau ada mengalami sakit dada cepat-cepatlah pergi buat pemeriksaan ye..

Wednesday, January 12, 2011

I Love You Hajar

Siapa cari keyword 'I Love You Hajar' ni?Menyeramkan betul..Aku tahu ramai nama Hajar ni dan bukannya aku nak perasan tapi agak-agaklah nak cari keyword pun..Selain tu, aku pernah gak tengok yang cari keyword 'Siti Hajar kemalangan'..Sampai hati..Alhamdulillah setakat ni aku tak pernah terlibat dalam kemalangan..Janganlah doakan aku ye..

Korang tengoklah sendiri ye..Klik untuk tengok lebih jelas..

Siapa Nak Makan Free?

Aku tahu dari blog posh76 pasal ni..Siapa nak makan free cepat-cepatlah pergi ke Kenny Rogers hari ni..Sebabnya hari ni je dia bagi korang-korang makan free..So, apa tunggu lagi jom reramai serbu..Aku tak minat sangat kalau nak kena beratur panjang ni..Tak kisahlah dia kata free pun..

Tapi-tapi sebelum serbu tu kena tahu syarat dia dulu..Kena pakai apa-apa yang colour merah..Aku suka yang ni..Maklumlah akukan suka merah..Kalau aku pergi dah kena dah sebab aku pakai jam merah..Selain tu korang kenalah beli 1 kenny's Quarter meal barulah dapat free 1 kenny's Quarter Meal juga..Macam best..Bab makan memang ko bestlah Hajar oi..

Apalagi jomlah pergi..Siapa nak belanja aku makan?Angkat kaki..hehe~

Tuesday, January 11, 2011

1 Hari 1 Resepi

Aku dah beli baby baru kak liza..Buku 1 Hari 1 Resepilah..Hari tu aku beli alat-alat tulis nak sekolahkan..Bukan anak nak sekolah tapi maknya..Pilih-pilih nampak pulak buku ni..Wajib beli sebab kalau ikut resepi Kak Liza mesti menjadilah..

Awal-awal lagi Zamri dah cakap jangan tak masak sudahlah ye..Tak baik tau cakap macam tu..Membuatkan aku down..Awal-awal dah cakap macam tu..Cakap tu satu doa tau..Bila seseorang nak buat something bagilah semangat janganlah buat orang tu down ye..Abaikan yang tu..

Lepas ni aku try banyak resepi akan aku postkan kat sini ye..Sebenarnya dah beberapa resepi dah try tapi biasalah lupa nak ambil gambar..Dah namanya Hajarkan..Buku ini lengkap semua resepi..Aku memang tak terror nak masak kuih-kuih tradisional..Mak ajar tak pernah nak amik tahu..Baru sekarang nak belajar..hehe~

Kalau korang nak beli buku ni hanya ada di popular sahaja..Harga dalam RM39.90 je..Murahkan..Yang penting buku ni sangat menarik sebab banyak gambar yang boleh melelehkan air liur aku..Apalagi jom reramai serbu Popular..

Kanak-kanak 3 Tahun Mati Didera

Malam tadi aku tengok berita tentang kanak-kanak mati didera..Memang terasa sebak..Mana aku tak sebak punca budak tu mati kerana 73 kesan penderaan diseluruh tubuhnya..Organ dalaman budak tu pun rosak dan berdarah..Mereka yang tak berperikemanusiaan je sanggup buat macam tu..

Pagi ni aku baca kat utusan pula..Ada pula gambar kanak-kanak ni lagilah aku sedih sebab bila aku tengok gambar dia aku tahu yang dia sangat menderita..Lagi pulak dia sebaya anak dara aku yang no.2 tu..Mana aku tak sedih..

Mak kandung dia pengsan 3 kali..Kalau aku pun tak tahulah keadaan aku macam mana..Gambar kat atas aku ambil kat Utusan Online..

Kalau korang nak baca berita penuh dia bolehlah kesini..Katanya yang dera budak ni mak tiri dia..Sampai hati dia..

Hajar: Al-fatihah untuk adik Nordiana Qistina..

Monday, January 10, 2011

Aku Lupa Aku Seorang Student

Baru cuti sebulan setengah aku terus lupa aku masih belajar rupanya..Itu belum beberapa bulan uitm bagi cuti..Aku rasa jalan nak ke INTEC pun lupa..haha~

Pejam celik pejam celik aku dah masuk sem 5..Sekejap jekan..Lagi 2 sem habislah aku belajar..After 2 years aku nak sambung ambil degree pula..Alhamdulillah sangat..Harap-harap lepas ni rezeki mencurah-curah..Zamri pun tahun ni naik gaji lagi..Aku entah bila..

Semalam aku dah start kelas..Nasib baik jalan ingat lagi..Sejak-sejak ada blog nikan aku asyik lupa je nak masuk student portal..Selalunya setiap pagi wajib masuk student portal..Sekarang ni asyik lupa je..Semalam subject ECO..Nasib baik dapat lecturer yang ok..Tak delah rasa macam dia syok sendiri bila ajar kitorang ni..Ahad ni ada kelas lagi..Harap-harap dapat lecturer yang ok jugak..

Ada tips untuk kuatkan ingatan tak?Aku dah amalkan makan kismis hari-hari..Doa kuatkan ingatan pun aku dah amalkan..Apa lagi tips nak diamalkan..Share kat aku ye..

Sunday, January 9, 2011

Indah Khabar Dari Rupa

Semalam aku teringin sangat nak makan char kuey tiaw..Area rumah aku ada satu tempat ni sedap tapi dah tutup plak..Majlis kacau so Zamri cadang pergi ke satu kedai kat TTDI Shah Alam..Ramai kata sedap dan pernah juga masuk dalam jalan-jalan cari makan, TV3 tu..Aku pun setuju..Tapi kecewalah..Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir aku makan kat situ..Tak seperti yang dikhabarkan oleh orang..Makanan dia tak sesedap yang dikhabarkanlah..

Inilah kedainya..Aimar Corner..Tagline dia rasa macam best jekan..

Untuk anak dara tu aku orderkan satay..Ada juga satay kat situ..Tak sedap juga..Selalunya anak dara tu makan satay memang habis tapi kali ni tak..Mungkin dia rasa tak sedap juga..

Dah pergi sini mestilah makan char kuey tiaw..Aku tak tahu kenapa orang cakap sedap sangat sebabnya bila aku makan semalam memang tak sesedap yang dikhabarkan..Masin pulak tu kuahnya dan udang pun tak fresh..Kopek kulitnya dengan isinya pun tertarik sekali maknanya udang lamalahkan..

Ada jual nasi lemak juga..Nasi lemak ni oklah..

Order jugak otak-otak..Otak-otak salah satu makanan kegemaran aku..Tapi yang ni tak berapa sedap jugalah..Aku pernah rasa yang lebih sedap kat Melaka..Cukup rasa..

Selain char kuey tiaw macam-macam juga ada..Yang lain tu dipanggil Santai Aimar..

Actually anak dara aku yang sulung ni demam..Dia tak ada moodlah..Dia gelak besar bila aku buat lawak kat dia..Lepas tu terus ok..Habis je makan bawak dia pergi klinik..Suhu dia 38.5..Panaskan..Alhamdulillah pagi ni dia dah ok..

Kesimpulannya makanan kat sini tak memuaskan hati akulah..Tak tahulah bila orang lain pergi sedap pulakkan..Agaknya tukang masak sebenar sakit..Waktu aku datang dapat penggantinya..Itu yang tak sedap..Manalah tahukan..Fikir positiflah..Siapa pernah makan kat sini bagilah feedback ye..Manalah tahu lain pendapat dari aku..Tekak orangkan lain-lain..

Saturday, January 8, 2011

Mee Kari Best In Town

Aku tak suka mee kari..Sebabnya mesti mee kari tu berminyak..Kononnya jaga kesihatanlah..Tapi bila Zamri suruh try mee kari satu tempat terus aku suka..Mee kari dia sedap sangat..Tak pernah rasa mee kari sedap macam tu..

Inilah mee kari yang sedap tu..

Kalau aku balik dari Perak, Penang atau Langkawi hari tu mesti aku singgahlah nak makan mee kari ni..Mee kari ni ada kat R&R Ulu Bernam..Korang cari je gerai 'Zul Mee Kari'..Dah rasa sekali mesti nak lagilah..Aku kalo makan mee kari ni mesti 2 mangkuk..Hebat tak hebat..Abah aku cakap aku beruk lantak..haha~Kalau korang lalu kat R&R Ulu Bernam singgahlah makan mee kari mesti korang pun suka..

P/S: Makan dengan Hajar memang tak boleh dipisahkan..

Friday, January 7, 2011

Pantai Chenang, Langkawi

Entry Langkawi lagi..Jangan bosan ye..Lepas pergi UnderwaterWorld kami semua balik hotel dulu..Rehat-rehat dan mandi segala sebab sepanjang hari dah berjalan je..Badan pun dah bau bacam..Nak pergi pantai mesti petang-petanglahkan..Baru best..Cakap jelah kau tu puteri lilin..Tak boleh kena panas..Selain aku ni sleeping beauty version moden aku juga puteri lilin..hehe~Jom layan gambar kat sana..

Dah ready.. jom pergi Pantai Chenang..Actually gambar ni Zamri testing je..Tapi biasalah akukan..Wajib letak dalam blog..Seluar ni aku beli semata-mata nak pergi Pantai Chenanglah..Bila aku pakai seluar ni semua orang pandang aku..Lawa ke apa ke tak pastilah..

Macam-macam aktiviti ada..Tapi kami sampai dah lewat..Pulak tu diorang semua nak buat game..Tak berpeluang aku nak try semua bende..Rugilah..


Wajib posing dulu..Waktu ni aku lapor giler..Kalau aku tak join game diorang buat memang aku dah melantak kat belakang tu..Banyak kedai..Pilih je..
Bergambar sat laki bini..Buat kenangan..

Dah nak start game ni..Aku join game ni je..Game ni aku tak suka sebab kena makan biskut..Siapa yang habis cepat dialah menang..Aku memang tengah lapo tapi biskut dia tak sedap..Aku pilih biskut yang sedap je..

Geng ni yang menang..Macam mana entah diorang boleh menang..Agaknya tengah lapor cam aku kot..Hadiah dia best..Duit..Bestkan..

Anak dara tu apa lagi main pasirlah..Lepas tu Zamri belikan alatan untuk buat istana pasir..Apalagi memang rancaklah dia main pasir..Tak pandang kiri kanan..
Ini semua gambar candid..Banyak sebenarnya adik aku ambil..Memang fokus pada aku je..Aku suka sangat..Nak tengok lagi pergi kat facebook aku ye..Cari je nama aku mesti jumpa..

Game kerusi anak dara aku yang sulung menang..Itupun atas bantuan orang lain gak..

Topi tu anak dara semua lantingkan kat aku..Senang aku pakai je..

Berebut gula-gula..Anak aku kalah..

Mengenang masa hadapan..

Lepas tu kami pergi makan kat Restoran Haji Ramli..Kitorang order macam2lah..Tapi lama tunggu..Dekat 1 jamlah..Kami tanya dekat 3 kali baru order sampai..Dahlah aku tengah lapar..Sebab tu aku kata depa semua ni kena training kat KL..

Ikan siakap stim..Menu wajib kami..Tak berapa sedaplah kat sini punya..Masin sikit..

Lupa pulak nak cerita kat korang..Pasir pantai chenang ni lain dari pantai kita kat sini..Bila pijak je rasa macam ko pijak tepung..Halus sangat..Balik je dari sini kami terus pergi Uptown Langkawi..Dia punya Uptown siap ada DJ..Boleh buat permintaan lagu lagi..Aku rasa macam tak puaslah nak pergi sana..Macam nak pergi lagilah..Siapa nak support aku??hehe~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...