Monday, February 28, 2011

Ibu Mertuaku..

Soalan panas yang sentiasa ditanya oleh sesiapa yang jumpa aku..

'Kau dengan mak mertua macam mana?Ok ke?'

Jawapan aku pula :

'Aku ok je dengan mak mertua..Mak mertua yang tak ok ngan aku..'


Nasihat aku pada menantu-menantu sekalian janganlah ambil hati sangat dengan mak mertua tu..Dia tu mak kepada laki kita..Buruk baik pun mak laki kita..Dah hampir 6 tahun aku masih bersabar..Tips aku senang je buat bodoh je..Dia cakap apa pun aku tak kisah..Stail aku masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

Mula2 memanglah berdarah juga telinga dengan hati tapi nak buat macam mana..Orang tua memang begitu..Mak aku selalu pesan bila kita tua nanti kita pun macam tu juga..So, lebih baik jangan buat apa2..Nanti bila kita tua menantu kita pula buat macam tu.."What u give u get backlah"..

Bagi aku yang penting Zamri sayang & cinta aku..Jangan sesekali burukkan mak mertua depan laki..Depan semua orang pun janganlah..Kita letak pada diri kitalah..Marah tak kalau orang kutuk mak kita..Marahkan?Macam tulah perasaan laki kita bila kita kutuk mak dia..

Itu je tips aku kali ni..Tips ke?Kira tipslah tu..;p

P/S: Aku dah tension sangat buat assignment so aku beralih arah ke blog..:)

Dialog Biasa Bagi Suami & Isteri

Hai korang..


Sorry sejak akhir2 ni tak update blog..Very busy lorr..Banyak assignment sangat..Ni aku share kawan aku email pasal ni..Lawak untuk hilangkan stress aku yang tengah banyak assignment ni..Untuk korang juga..:)


> > Laki talipon,




> > Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?


> >


> > Bini jawab,


> > Takmau bang, bini awak diet...


> >


> > Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...


> > Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot


> > Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....






> >


> >


> > Bila laki query balik,


> > Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....


> >


> >


> > Bini jawab,


> > Memangla orang kata takmau apa-apa...


> > Tapi belikan jerla apa-apa....


> > Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....


> >


> > Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?


> > -----------------------------------------------------------------


> >


> >


> > Laki talipon bini,


> > Petang ni awak nak masak apa Yang?


> >


> >


> > Bini jawab,


> > Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!


> > Balik keja ni Abang makan siap-siaplah


> >


> >


> > Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak


> > Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.


> > Sampai umah, sendawa bau kamben...


> > Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!


> > Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,


> > Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!


> >


> > Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,


> > Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!


> > Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!


> > Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?


> >


> > ----------------------------------------------------------------


> >


> > Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!


> > Bini abang penat tau nak kemas umah semedang


> > Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...


> > Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih


> >


> > Si laki punyala seronok weeiii....


> > Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...


> >


> > Bila dah siap, kuar bilik...


> > Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...


> > Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?


> >


> > ----------------------------------------------------------------


> > Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?


> >


> > Abang keja lah yang....


> >


> > Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,


> > Pastu abang balik la KL balik


> >


> >


> > Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,


> > Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.


> >


> >


> > Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.


> > Abang bila nak balik ambik kitorang bang?


> >


> >


> > ----------------------------------------------------------------


> > Abang ni asyik tengok tv jer dari semalam tau


> > Abang tak kesian bini abang ker...


> > Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer


> > Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...


> >


> > Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain


> >


> > Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir


plak..


> > Apa awak lipat kain mcm ni banggg?


> > Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?


> > Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?


> > kenapa spender ni awak lipat tiga?


> > kenapa? kenapa? kenapa?


> >


> > ---------------------------------------------------------------


> > Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...


> > bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....


> >


> > Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya


> > Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...


> > pakaikan jerlah baju mana-mana pon...


> > bukan ada org nk tengok ponnn...


> >


> > Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....


> > Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!


> > Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?


> > kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...


> >


> > ----------------------------------------------------------


> >


> > Kesian lelaki... otak lurus sgt... xleh bengkang bengkok sket.


HAHAHAHA


P/S: Ini kira update jugaklahkan..;p

Thursday, February 24, 2011

Heliza Helmi, Cuma Aku - Comel Sangat..


Lirik Cuma Aku :

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu

Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi

Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi

Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang

Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang

P/S : Comelkan macam aku..:)

Wednesday, February 23, 2011

Cocoa Collagen Power Plus - Memang Power

Kali ni nak share dengan korang produk yang sangat bagus untuk kaum wanita try..Ini kira iklan freelah..

Korang pernah dengar tak pasal produk ni?Kalau tak pernah dengar atau baca baik korang baca kat bawah ni..Aku belum try lagi..Stok belum sampai..Testimonial dari aku sendiri akan aku share kat korang..Feedback yang aku dengar pasal produk ni sangat memberangsangkan dan harganya pun murah..RM50 untuk 3 kotak..Kalau 3 kotak ni tahanlah untuk sebulan..Murahkan..Sebulan hanya spend RM50 untuk kelihatan cantik menawan..Tak nak ke?

Untuk orang yang berdiet macam aku sangat-sangatlah sesuai..Sebab produk ni boleh menahan nafsu makan yang over macam aku..:)

Cocoa Collagen Power Plus

RM50 untuk 3 kotak..Cocoa Collagen Power Plus adalah produk terbaru berasaskan Kolagen @ Collagen yang paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalam....

Koko Pracampuran... adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat..

Cocoa Collagen Power Plus mengandungi :

  1. Marine Collagen ~ Membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
  2. Kacip Fatimah ~ Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.
  3. Lobata ~ Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
  4. Krimer bukan tenusu ~ Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.
  5. Dextrose Monohydrate ~ Melambatkan proses penuaan.
  6. Oligo Saccharide ~ Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

Kebaikan Dan Khasiat:

  • Membantu mengimbangi hormon.
  • Merangsangkan pertumbuhan sel baru/anti kedut.
  • Mencantik, menghalus dan menggebukan kulit.
  • Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah.
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi.
  • Memberi tenaga.
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut.
  • Melancarkan peredaran darah dalam badan.
  • Mengimbangi berat badan.
  • Meningkatkan daya penghadaman.
  • Mengurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot.

SESUAI UNTUK DIMINUM UNTUK :

  1. Wanita sudah /belum berkahwin
  2. Ibu-ibu lepas bersalin(amat digalakan untuk mempercepatkan penyembuhan dalaman)
  3. Wanita yang inginkan kecantikan & kesihatan
  4. Di larang sama sekali untuk wanita yang mengandung & juga lelaki


CARA-CARA PENGAMBILAN COCOA COLLAGEN

Untuk mendapat kesan yang efektif: Cocoa Collagen hendaklah di sediakan atau di bancuh dengan air panas supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut. Kemudian barulah di campur dengan air untuk suamkan dan minum setengah jam sebelum sarapan pagi atau setengah jam sebelum makan malam. Seeloknya makan malam pada jam 6.30 petang. Boleh juga diminum 2 kali sehari. Tetapi sudah memadai hanya satu sachet sehari untuk merasai perbezaannya!

So, dah abis baca?Menarikkan..Apalagi jom reramai order kat kawan aku ni..Reramai boleh cantik dan muda..Aku suka bab yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri tu..Zamri lagi suka..:)

Nak order?Email je kat Cik Mira a2miera@yahoo.com. Beli banyak-banyak tau mana tahu dia boleh kasi diskaun lagi..

Memang Benar Cinta Itu Buta...!!!

Aku selalu kutuk orang yang berkahwin dengan orang tua bukan orang yang lebih tua..Tapi aku lupa cinta itu buta..Membuatkan aku tiba2 nak cerita pasal ni sebabnya orang yang berkahwin dengan orang tua tu add aku di facebook..Aku terima tapi bila aku tengok gambar dia dengan suami dia yang tua tu aku macam tak boleh terima pulak..

Aku sering tanya dengan diri aku macam mana dia nak hidup dengan orang tua tu..Aku tengok dia bahagia je..Mungkin pemikiran aku dah disogok dengan mitos bila berkahwin dengan orang tua ni teruk..Jangan salahkan aku ye..Dari kecil aku dah disogok dengan mak aku ye..Jangan nyanyi waktu tengah masak nanti kahwin dengan orang tua..Waktu tu aku membayangkan moyang aku yang dah tua tu..Siapa nakkan?

Tapi sekarang persepsi aku dah berubah..Kadang-kadang kita lupa yang hidup kita ni sudah ditentukan oleh Allah..Segala yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya..Sekarang aku boleh cakap dengan orang dah itu jodoh dia..Lagipun dia pun sayang dengan lelaki tu..Maknanya CINTA ITU MEMANG BUTA..:)

Tuesday, February 22, 2011

Al-fatihah Pada Dato' Sudirman Haji Arshad

Upah Bersenam..:)

Setelah aku penat bersenam..Malam tu Zamri belikan durian untuk aku..Sayanglah awak..Memang aku teringin sangat nak makan durian ni..Diet aku tak menjadilah ye..Dah makan durian ni..Sekarang tengah musimkan..Merata tempat orang jual..Aku makan tak ingat dunia..Malam tu ambil kau kepanasan..

Durian ni sangat sedap..Cukup rasa..Abaikan nampak kaki segala..Nak cepat amik gambar sebelum dingap..

Ini orang hantu durian juga..Kakak sangat suka durian..Makan mengalahkan orang tua..

Adik plak tak gemar sangat..Kita makan berulas2 dia tak abis pun seulas..

Selain durian, Zamri juga belikan jeli kelapa..Sangat sedap..Favourite aku..

Misi nak kurus tak menjadi sangat sebabnya makan tak ingat dunia..Asyik nak menternak lemak je..Zamri pulak macam sengaja je belikan aku macam2..Actually dia tak nak aku kurus..Dia kata bila aku kurus tak cantik..So, macam mana?

Monday, February 21, 2011

Dividen KWSP 2010 Paling Tertinggi 5.8%

Seronok ye siapa ada KWSP tu..Termasuklah yang tengah menaip ni..Hari ni katanya boleh check tapi aku check online server down je..Mungkin terlalu ramai yang tengah check..Agaknya kat kiosk KWSP pun mesti ramai orang..Mana taknya semalam diumumkan dividen untuk tahun 2010.

Cuma tahun 2010 berbeza sikit sebabnya dividen 2010 paling tertinggi berbanding tahun sebelumnya..So, jom reramai check di i-akaun, kiosk dan kaunter KWSP mulai hari ini..:)

Sumber: Utusan Online.

Saturday, February 19, 2011

Tangan Aku Dah Rupa Macam Popeye

Hari nikan aku start main badminton..Memang best dapat berpeluh..Cuma tangan aku sakitlah..Aku rasa tangan aku dah macam tangan popeye dah..Mana taknya aku hentam main sampai 2 jam..
Esok aku ada kelas plak tu..Harap2 janganlah lecturer tu suruh banyak tulis..Tapi aku rasa mesti banyak menulislah sebabnya subjek ECOkan..Malam ni memang aku kerahkan Zamri urut tangan aku ni..

P/S: Siapa ada masalah bolehlah mintak tolong aku..Yelah tangan akukan dah macam popeye..;p

Resepi : Popia Jejari Ketam

Petang tadi aku terlebih rajin..Baru bersenam sikit dah rajin ye..Bagus2..Sebenarnya dah lama nak buat..Tapi tak ada masa..Alasan je cakap jelah kau malas..Hari ni menu untuk minum petang pulak..Sedap sambil minum air teh kurang manis..:)

Bahan-bahan:

Bahan A
  • Kulit popia secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 2 sudu makan tepung gandum (dibancuh dengan 3 sudu makan air sebagai gam kulit popia)
Bahan B (Untuk inti)
  • 16 batang jejari ketam
  • 1 batang lobak (disagat kalau rajin potong kecil2)
  • 1 mangkuk sengkuang (disagat ataupun dipotong halus)
  • 1 pokok daun bawang (dipotong halus)
Cara Membuat:
  1. Kulit popia dilerai dan diletakkan di dalam pinggan.
  2. Letakkan isi ketam, lobak merah, sengkuang dan daun bawang diatas kulit popia.
  3. Lipatkan seperti membuat kuih gulung. Gamkan dengan bancuhan air tepung gandum.
  4. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan popia dengan api yang sederhana.
  5. Balikkan popia supaya masak rata.
  6. Apabila nampak kuning keemasan, angkat dan tuskan minyak.
  7. Hidangkan dengan sos cili.
Selamat mencuba semua..

Sumber: 1 Hari 1 Resepi dari Chef Hanieliza

Pantai Balok, Kuantan

Resort kami dekat dengan pantai..After mandi manda kat bilik kami terus keluar nak pergi ke pantai..Pantai dia cantik sangat..Tenang je..Air pun jernih..Aku ingat nak ajak Zamri datang sini next time..Anak dara tu mesti suka..Jom kita layan gambar..Thanks to Cik Lulu ambil gambar yang cantik2..

Welcome to Pantai Balok..:)

Kanak-kanak riang macam first time jumpa pantai..

Cantikkan..Kalaulah rumah aku tepi pantai..

Ada orang bermain layang-layang besar..Mat salleh je..

Model baru Pantai Balok..

Aku main air je..En.Zamri tak bagi aku berenang..Dia takut aku lemas sebab bininya tak pandai berenang..

Hiasan semata-mata..

Bestkan siap ada pondok untuk lepak lagi..Ngan angin sepoi2 bahasa..Memang bestlah..

Dah nak senja..Sebenarnya kami nak tengok matahari terbenam tetapi tak dapat sebabnya petang tu cuaca mendung so tak de matahari..


Sebelum balik wajib posing dulu..:)

Lepas tu kami pergi makan kat Tanjung Lumpur..Next entry aku cerita ye..

Saturday Morning..

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Hari ni bangun dengan ceria sekali..Nak tahu apa sebabnya?..Setelah sekian lama aku tak bersenam kali ni nak bersenam..Itu yang bangun ceria dan bersemangat..

Main reason bukanlah sebab nak kurus tetapi nak jaga stamina..Kalau kurus lagi aku suka..:)

Bukan apa sejak akhir-akhir ni badan jadi malaslah..Asal baring je mesti terlelap..Berjalan sikit pun dah letih..Nak baca buku lagilah malaskan..Buka buku je mengantuk..Itu wajib..Makanya aku nekad mulai hari ni aku nak bersenam..

Aku bersenam bukanlah joging bagai ye..Aku pilih main badminton je..Janji senam..Selain aku nak jaga stamina..Nak jaga kesihatan juga..Sekarang ni penyakit jantung tak kira muda atau tua ok..



Apalagi jomlah join aku main badminton..Jangan baring atas katil je ye..Wish me luck and doakan aku juga jangan hangat2 tahi ayam je..;p

Happy Weekend for u ols..

Friday, February 18, 2011

Perkara Yang Menarik Perhatian Di Kuantan, Pahang

Pizza Heart ye bukan Pizza Hut..

Kalau baca ni tak reti2 nak ketepi..

Rasa bersalah tak?Aku bila baca tersentap siot..Makan dalam punya ayat..

3 benda ni sangat menarik perhatian kitorang di Kuantan, Pahang..Negeri ko hado?

Tol PJS 2 di NPE dikurangkan kepada RM1

Seronoklah siapa yang lalu kat NPE ye..Akulah yang tak seronoknya..Yelah aku tak lalu NPE..Hari-hari aku lalu LDP..Agak-agak bila tol LDP nak dikurangkan?Kalau kurangkan kepada RM1 aku dah jimat banyak..Dah boleh beli Honda Civic sebiji..:)

Kalau korang nak baca berita penuh lagi sensasi bolehlah kesini ye..

Apapun terima kasih pada PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin mengurangkan kadar tol..Mungkin lepas ni aku ada lalu NPE plak..Ye dok..Tapi kalau boleh kurangkan tol LDP lagi mak suka..haha~

Thursday, February 17, 2011

Duta Village Beach Resort, Kuantan Pahang

Kami menginap di Duta Village Beach Resort, Kuantan..Resort ni oklah..Bilik dia best, persekitaran pun ok..Banyak kemudahan disediakan contohnya macam gymnasium..Aku tak sempat pergi pun..Cuma yang aku tak berkenannya toilet dia..Tak ada paip atau senang cerita paip getah..Kalau nak berak kau kena tadah airlah..Agaknya dia ingat semua yang nak menginap kat situ mat salleh kot..Aku kalau pergi mana2 hotel mesti tengok toilet dulu..

Korang layanlah gambar yang diambil..Tak banyak ambil gambar hotel sebab kamera tak ada ditangan aku..


Kolam renang ni kami tak sempat mandi pun..Bukannya tak nak mandi tapi orang lelaki dah kuasai kolam renang ni..Tak best betul..Macam diorang je duduk hotel tu..

Cafe sebelah kolam renang..Sambil makan boleh cuci mata sekali..

Chalet yang ada semua untuk orang lelaki..Yang perempuan semua duduk dalam bilik..Aku baru berangan nak duduk chalet ni..

Buat telan air liur je..

Perkara wajib bila sampai kat resort..Wajib posing dulu..

Dan wajib bersembang..hehe~

Dan juga ambil gambar yang tidak berfaedah..

Lepas tu barulah check in..

Apalagi jom masuk bilik..Mandi manda dan tidur..

Ok.Bye..Jangan bosan tau..Cerita pasal Kuantan tak abis lagi..

Wednesday, February 16, 2011

Aniaya Orang Yang Lebih Tua

Assalamualaikum semua..

Kita lupakan sekejap cerita Kuantan, Pahang yang tak abis-abis tu..Aku nak share satu cerita yang boleh membuatkan aku sedih..Ada orang sanggup aniaya orang yang lebih tua dari kita..Sampai hati ye buat macam tu..Dimana rasa kesian korang tu ye?Orang tua tu pun bukan orang sembarangan..Orang yang ada kaitan dengan korang..

Korang rasa hidup korang berkat ke buat macam tu?

Aku cerita kat sini bukanlah minta simpati tetapi aku nak korang yang aniaya orang yang lebih tua tu muhasabahlah diri tu..Kalau korang buat macam tu kat abah atau mak aku sampai bila-bila pun aku tak akan maafkan korang..Ini contoh ye..

Tak kesian ke orang tu dahlah miskin dari dulu baru nak senang sikit sekarang ni korang tipu duit dia sikit demi sedikit..Kalau dah tak ada duit sangat janganlah buat macam tu..Doa orang teraniaya ni termakbul tau untuk pengetahuan koranglah..

Siapa makan cili confirm dia akan rasa pedas..So, kepada yang tidak berkenaan sila abaikan entry ni..:)

Perjalanan Ke Kuantan, Pahang

Perjalanan ke Kuantan aku rasa tersangatlah jauh..Aku drive dari KL ke Kuantan..Penat siot..Aku rasa petang tu aku nak pengsan je tapi mengenangkan aku dah sampai tak kan nak duduk dalam bilik je kan..Baik tak payah pergi..On the way tu macam biasalah perut berkeroncong sudah..So, kami singgah makan di D'Paya Serai kat highway Karak kot..Betulkan aku kalau aku salah..Mak ni tahu bawak je..Mahal giler makan kat situ..

Mahal2 pun kami makan gak sebab dah bayarkan..

Korang cuba teka makanan ni harganya berapa?Hampir RM8.00 tanpa air tau..

Buat2 gembira walaupun dah kena 'paw' dengan orang kedai tu..

Kalau korang nampak kedai ni janganlah makan kat sini..

Semua orang yang kena tipu..

Kalau korang perasanlah semua pinggan dia bubuh plastik tapi aku dajalkan diorang balik..Aku kotorkan pinggan diorg..Siapa suruh cas mahal2..Kononnya bila letak plastik tak payah basuh pingganlah ye..Tapi salah orang ye..Ini Hajarlah..

Dalam entry ni langsung tak ada gambar dalam kereta..Sebabnya kami lupa nak ambil..Masing2 penat kot..Yang drive ni berganda2 penatnya..

Monday, February 14, 2011

Juara Longkang Jadi Naib Juara Bowling..

Tak sangkakan..Group aku boleh menang..Memang peliklah kitorang boleh menang..Saingan hebat2 tu..Hari ni aku update ni je..Nak share dengan korang aku jadi juara eh silap naib juara..Berbaloilah kami pergi..

Nilah group kami..The 87's..Sebabnya kami semua lahir tahun 87..

Bukti kami menang..Ramai tak percaya kami menang..Jangan pandang sebelah mata ye..

Actually sebab kami boleh menang ialah semangat berpasukan dan tips2 yang telah dibagi oleh urus setia bowling..Bagus tips tu..Selalunya aku main masuk longkang je tapi kali ni tak..Lepas tu yang buat kami semangat nak main lagi sebab big boss company aku main bowling sebelah kami..Dia pun bagi semangat gak kat kami..Best2..

Kali ni entry ni je..Sebenarnya banyak gambar nak share tapi lain entry ye..Penat sangat hari ni..Tak cukup tidur..Ok..Bye semua..

Friday, February 11, 2011

Seronok Sangat Hari Ni..Redmummy Komen Semua Entry Aku Yang Pasal Dia..

Assalamualaikum Semua..

Hari ni rasa seronok sangat sebabnya redmummy komen kat entry aku yang aku cerita pasal dia..Actually semalam redmummy suruh tinggalkan link apa2 yang berkaitan dengan dia..Tak sangka mak dia komen ko..

Kalau korang nak baca dia komen bolehlah ke link bawah ni ye..Mak malas nak print screen..:)

http://hajarpunyablog.blogspot.com/2010/11/red-mummy-again.html
http://hajarpunyablog.blogspot.com/2010/10/terpengaruh-dengan-redmummy.html
http://hajarpunyablog.blogspot.com/2010/09/aura-mak-merah-lagi.html
http://hajarpunyablog.blogspot.com/2011/01/personal-blog-tak-boleh-naik-ke.html

Hajar: Seronok terlebih sebab diakan idola aku..

Thursday, February 10, 2011

Nak Update?

Hari ni tak de updatelah..Aku busy sangat..Banyak assignment nak kena buat..

Al-maklumlah weekend ni aku nak berfoya-foya sakankan..Aku kena siapkan supaya bila aku kat sana aku tak fikir sangat pasal assignment..

Hari ni pulak ada test dalam kelas mengaji..Sambil buat assignment sempat lagi jeling iqra tu..

Siapa-siapa singgah sini malam nanti akan ku singgah balas..:)

Wednesday, February 9, 2011

Duta Village Beach Resort, Kuantan - Tunggu Aku..

Tak sabar nak tunggu this weekend ni..Aku akan ke Kuantan, Pahang..So, orang Pahang tunggu kedatangan aku..Ko ingat ko diva sampai orang nak tunggu ko..Lupa plak..hehe~

Sekarang mood aku mood berfoya-foya kat sanalah..Tiada mood blogging lorr..Minggu ni kurang entrylah sikit..Lepas tu assignment ada yang nak kena hantar minggu ni..Memang merosakkan mood akulah..Banyak plak tu..Siapa polunteer nak tolong aku..Pleaselah..

Sempena aku nak pergi kesana kami akan bermalam di Duta Village Beach Resort, Kuantan..Tempat dia macam menarik je..Dan part yang paling best sebab aku pergi single..No Zamri & no anak dara follow me..Single buat not available..haha~

Menarikkan tempat dia..Nanti akan kuambil gambar menggunakan kamera aku plak..Mesti lagi cantik..

Ko tunggu kami akan terjun dalam ni..Siaplah ko..

Pantai ni pun akan ku jelajah..Tunggu je..Nak bersantai sambil pakai bikini..Teeetttt..

Bilik ni kot kami akan duduk..Sebabnya satu bilik 4 orang..Best2..

Cantikkan..

Macam rumah kampungkan..

Lawanya..Tak sabar nak pergi..

Sebenarnya aku pergi sana sebab ada tournament bowling..Korang rasa aku boleh menang ke?Juara longkang kot..haha~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...