Thursday, March 31, 2011

Gempa Bumi Lagi

Assalamualaikum semua..

Gempa bumi berlaku lagi di Jepun..Kali ni aku cerita kat sini sebab kat ofis aku rasa gegarannya..Tak tahulah korang rasa ke tak? Tapi kat ofis aku memang rasa..Kami check kat Jabatan Meteorological Malaysia memang ada gempa bumi di Jepun..Kalau korang nak tahu bolehlah pergi kat website diorang..



Aku tak tahu nak cakap apa..Yang pasti kita ni bukannya jauh benar dengan Jepun..Hanya Allah yang tahu..

Pemandu Wanita Memandu Secara Berbahaya?

Assalamualaikum semua...

Isu ni diperkatakan dimana-mana sahaja..Di blog-blog, di forum-forum, di ofis, di rumah, di kedai dan sebagainya..Aku tak marah pasal isu ni..Mungkin diorang ada buat research..Mungkin benar apa yang diperkatakan..Tapi aku nak cerita kat sini pasal pemanduan yang berbahaya..

Semalam,

Aku drive kereta di highway plus menghala ke Putrajaya..

Ada satu kereta ni memandu secara bahaya..Tanpa signal main masuk line orang walaupun memang kereta tu tak boleh masuk sebab kereta semua tengah laju..Dan mengejutkan pemandunya adalah LELAKI.

Ada juga satu kereta ni suka himpit-himpit kereta depan iaitu kereta depan tu akulah..Walhal waktu tu semua kereta memang tengah slow sebab ada lori nak masuk..Kereta ni nampak macam kelam kabut..Aku rasa nak beraklah kot..Dan lagi sekali mengejutkan pemandunya adalah LELAKI.

Dekat dengan tol..Satu kereta ni dari arah kanan dan nak menghampiri tol dia boleh kekiri tanpa signal dan pemanduan agak laju..Tidak mempedulikan kereta yang ada..Kami terpaksa brek mengejut.Rupanya dia mahu ke tol tunai..Dan lagi-lagi sekali pemandunya adalah LELAKI.

Semalam juga ketika aku berada dalam kereta nak pergi makan, kereta kami dikejutkan dengan hon yang sangat kuat..Aku rasa jantung aku nak jatuh waktu tu..Sebabnya Zamri main keluar tanpa tengok kanan dulu..Kan dah kena hon..Zamri adalah LELAKI..

Maknanya?Sekarang baru aku nak persoalkan. Adakah pemandu wanita sahaja yang memandu secara berbahaya?Lelaki bukan ke?

Jauhilah Perbuatan Aniaya

Assalamualaikum semua..

Sabda Rasulullah SAW:

'' Jauhilah perbuatan aniaya, kerana sesungguhnya aniaya itu kegelapan pada hari kiamat."
(Hadis sahih: R. Ahmad & Thabrani)


Aku dikelilingi oleh perbuatan aniaya..Aku berharap mereka-mereka yang menganiaya orang baca hadis ini dan muhasabahlah diri tu..;p

Wednesday, March 30, 2011

Cantik Sempurna Macam Fazura

Assalamualaikum semua..

Dah lama tak membebel kat sini..Ada yang rindu ke dengan penulisan aku..Perasan jap..Sekarang ni aku busy sikit..Hampir-hampir nak exam..Mungkin aku akan buat scheduled post untuk tatapan pembaca setia aku..Aku nak tumpu 100% pada exam aku..

Korang tengok tak iklan Lux?Aku terus terpikat nak beli barangan Lux ni sebab duta dia cantik..Fazuralah siapa lagi..Aku memang suka dengan dia sebab dia cantik sempurnalah bagi aku..Cukup packagelah..Walaupun ada yang cakap dia pakai silikon ke apa..Aku tak kisahlah sebab sebelum fitnah tu dia memang dah cantik..

Aku kalau ada orang nak jual barang mesti aku belilah apatah lagi kempen kau bagus..Lux ni tak payah kempen banyak-banyak sebab aku nak jadi cantik sempurna macam Fazura..haha~


Produk lux yang colour purple nilah aku beli..Fazura kata haruman dia boleh tahan sepanjang hari..Macam dia bagitahu aku je..;p



Cantikkan dia..Tak cantik pun cakap cantik..Kalau tak aku tak mahu kawan..Siapa nak jadi cantik sempurna macam Fazura silalah ke kedai berhampiran beli produk Lux..;p

Monday, March 28, 2011

Sekian Lama Bertapa..

Assalamualaikum semua..

Sorry pada yang setia kunjung kesini blog ni tak berupdate..Tuan rumah kedaung demamlah..Dari hari Sabtu aku demam..Setelah sekian lama aku tak demam..Hamik kau sampai 3 hari demam..Nasib baik tak seminggu..Kalau seminggu tak tahulah..

Hari Sabtu aku balik kampung sebab ada kenduri..Aku pergi kenduri tak makan apa-apa pun..Tak selera langsung..Memang merugikan..Kat kenduri tu siap ada cendol lagi..Aku pandang je..Sabar jelah..Kata Ustaz aku Allah bagi penyakit kat kita sebab dia sayang kat kita..

Hari Ahad plak ada kelas..Aku kuatkan semangat je..Diikutkan aku yang tak larat malas nak datang tapi disebabkan ada test aku gagahkan juga..Lagipun last kelas untuk semester ni..

Pada yang komen dan blogwalking kat sini InsyaAllah esok akan aku balas..Malam ni nak siapkan banyak assignment..Banyak assignment tertangguh sebabkan aku demam..

Ok.Bye2..Nak sambung buat assignment..;p

Friday, March 25, 2011

Fast And Furious 5 Bakal Ditayangkan Jun 2011

Assalamualaikum semua...

Aku minat mana-mana cerita fast & furious ni..Dari cerita pertama sehingga yang keempat..Memang bestlah cerita ni..Jangan ingat aku perempuan aku tak layan ye cerita ni..Salah satu cerita favourite aku..Ingat aku suka tengok cerita korea & indon je ke..Sebulan sekali malam minggu aku suka tengok drift tau..Aku malas nak cerita je sebabnya aku pernah cerita rasanya dalam blog..Karang aku cerita lagi korang muak plak..

Cerita ni ada 4 siri kalau ada yang tak tahu..
  1. The Fast And The Furious (2001)
  2. 2 Fast 2 Furious (2003)
  3. The Fast And The Furious : Tokyo Drift (2006)
  4. Fast And Furious (2009)


Yang kelima untuk pengetahuan korang 'Fast Five'..Pelakon masih sama dalam mana-mana siri fast & furious cuma ada penambahan iaitu 'The Rock'..Mesti lagi gempakkan..Kalau korang nak tahu filem ni akan ditayangkan dalam bulan Jun 2011..Harap-harap korang bersabarlah ye..Sebenarnya aku pun dah tak sabar ni..;p

Bila Tak Ada Kerja..

Assalamualaikum semua..

Sorry lately ni aku tak banyak update..Alasan biasa dah tentu busylah..Kebetulan ofis aku network problem so aku ambil masa ni untuk update..Update via broadband sendirilah..Nasib baik aku bawa..Bukan ke tiap-tiap hari aku bawa..haha~


Berbalik pada tajuk aku sebenarnya nak cerita bila aku & Zamri tak ada kerja macam kat atas tulah..Jarang tau nak tengok Zamri online..Bila tengok Zamri online aku pun gatal tanganlah..Sebenarnya ni salah satu tips nak eratkan hubungan suami isteri tau..

Perbualan seterusnya tidak dapat nak dipertontonkan kerana ada topik yang 18sx..;p

Thursday, March 24, 2011

Sakit Dada Tak Semestinya Sakit Jantung

Assalamualaikum semua..

Hari ni nak cerita pasal sakit dada..Kenapa tiba-tiba aku nak cerita ye..Sebabnya aku sendiri yang alaminya..Kan aku ada cerita yang aku tak dapat nak update sangat sebab kesihatan aku tak mengizinkan..Aku mengalami sakit dada yang teruk..


Sebenarnya dah lama aku sakit dada ni tapi tak teruk sangat..Hari Selasa tu aku sakit dada yang teruk sangat..Aku tak boleh bergerak sangat..Nak cakap pun sakit..Aku duduk satu tempat & tak gerak2 sebab sakit sangat..Last2 Zamri bawa aku pergi klinik..Mula-mula aku risaulah dan cuak..Adakah aku ada sakit jantung?Aku muda lagi..Mulalah aku fikir yang bukan-bukan..Anak dara tu macam mana..Zamri aku tak risau sebabnya orang lelaki kalau bini mati mesti kahwin lainlah..

Rupanya bukan..Alhamdulillah sangat..Lega kau..Doktor cakap jantung sebelah kiri..Aku sakit sebelah kanan..Lepas tu kalau sakit jantung bila tekan tak sakit..Aku punya sakit dada tekan sakit..Doktor cakap tulang rusuk aku dah berlanggar dengan tulang dada kot..Aku tak pandailah nak explain..Sebab tu aku sakit..Doktor kata punca ada 2 iaitu bersenam & angkat berat..

Aku senam pun seminggu sekali je..Angkat berat tu rupanya aku hari-hari pergi ofis usung laptop aku..Beg laptop tu memang beratlah..Doktor tidak menggalakkan aku bawa berat & senam..Tak boleh senam tu yang aku suka..haha~Doktor bagi pain killer dengan ubat sapu..Tapi bila aku makan pain killer aku sakit kepalalah..Macam mana plak tu ye..Weekend ni aku akan jumpa doktor semula..

Korang doakan aku sihat semulalah ye..;p

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM Hari Ini

Assalamualaikum semua..

Tahukan hari ni keputusan peperiksaan SPM keluar hari ni..Jangan buat-buat lupa..Aku saja tensionkan sepupu aku yang nak amik result..Bagi dia tambah tension lagi..Berdebar-debar dia nak amik result..


Kepada semua calon-calon SPM 2010 jangan lupa ambil result ye..Harap korang dapat apa yang korang targetkan..Kepada sepupu aku tu, jangan lupa update dengan kakak sepupu yang paling comel ni ye..;p

Hari Kedua Tanpa Botol Susu

Assalamualaikum semua..

Sepatutnya entry ni diupdate malam tadi..Tapi tak dapat sebab yang sama juga..Kesihatan aku tidak mengizinkan..Asal aku sakit je malam..Asal malam je aku sakit..Itu namanya sakit malas & nak tidur..haha~

Semalam aku ambil anak dara kat Taska tanya juga pada cikgu dia macam mana perkembangan dia tanpa botol susu..Cikgu kata si adik mintak dengan cikgu jangan buat susu untuk dia..Dia siap cakap yang adik dah besar & nak sekolah so tak payah buatkan susu..Macam dialog aku cakap dengan dia je..Aku terkejut dia boleh cakap macam tu..Untuk siapa yang baru baca Hajar punya blog ni adik baru nak masuk 4 tahun..

Aku ajar dia tanpa pampers pun senang..Nak ajar tak minum susu pun senang..Alhamdulillah senang kerja aku..Kakak yang susah sikit..Pagi tadi dia menangis nak minum susu pakai botol..Minah cengeng macam tulah..Zamri buat gak..Aku malas nak layan sebab kakak nak masuk 5 tahun dah..

Nak ajar anak semua kena ada kesabaranlah..Kadang2 ada benda yang buat kita marah tapi istighfar banyak-banyak..Dugaan tu..Lagi-lagi kita penat kerja balik nak kena masak & kemas rumah lagi..Sabar jelah..Itu baru dua ye..Mak aku jaga 9 orang anak tak kecoh pun macam aku..;p

Tuesday, March 22, 2011

Hari Pertama Tanpa Botol Susu & Susu di Taska

Assalamualaikum semua..

Sorry lambat nak update hari ni..Busy sikit..Lepas je post entry ni nak sambung balik buat kerja..Karang orang cakap aku makan gaji buta..;p

Sepatutnya semalam aku update pasal benda ni tapi kesihatan aku tidak mengizinkan..Bermula semalam aku tak bagi anak dara tu botol susu & susu ke Taska..Niat sebenar nak ajar anak dara minum susu tanpa menggunakan botol..Jangan cakap aku mak yang kejam ye..Tak bagi botol susu tak bermakna tak bagi susu..Susu itu penting untuk tumbesaran diorang..

Tahun depan diorang semua akan bersekolah so aku tak naklah diorang masih minum susu dalam botol susu lagi..Malu seh..Lagipun diorang dah besar..Bila ambil mereka semalam aku tanya pada cikgu diorang macam mana..Cikgu kata si adik dia tengok je bila budak lain hisap botol..Kakak ok je..

Bila malam aku kesian sangat tengok diorang so aku offer susu..Anak dara tu langsung tak nak..Aku tanya berkali-kali lagi..Aku macam tak percaya je..Tapi pagi tadi diorang bangun je aku dah bancuh susu..Aku kesianlah..Diorang minum je..Anak dara tu ok tapi mak dia yang kalah ujian..Tak kuat aku ni..

Kita tengok macam mana hari kedua pula..Malam ni aku update ye..Oklah korang..Aku nak sambung buat kerja..

Monday, March 21, 2011

Ayam Oh Ayam..Kenapa Kau Mahal Sangat??

Assalamualaikum semua..

Semalam aku pergi pasar malam kat area rumah aku..Kononnya nak beli ayam sebab stok ayam kat rumah dah abis..Bila nak beli tu aku tanyalah sekilo berapa sebab Zamri cakap ayam mahal sekarang ni..Aku terkejut sangat bila orang tu cakap sekilo RM8.50..Aku terus cakap makan sendirilah bang..Aku tak kiralah kau nak cakap aku kerek..Tak heran..

Agak-agaklah ye..Aku tak kisah tak makan ayam pun..Last week Zamri beli pun RM7.40 sekilo minggu ni terus naik mendadak..Aku tengok berita semua orang mengadu pasal benda ni..Peniaga pun cakap supplier yang bagi harga tinggi..Dan alasan supplier yang tak boleh terima akal ialah sebab tsunami kat Jepun..Satu soalan aku nak tanya sejak bila Jepun bekalkan ayam kat kita???Halal ke?

Alasan lagi sebab cuti sekolah & kenduri banyak..Tak berkat tau korang cari untung macam tu..Korang menganiaya orang namanya..Ingat senang ke kami nak cari duit semata-mata nak bayar ayam mahal-mahal?Aku mintak kerajaan ambiklah action pasal benda ni..Melampau sangat harga ayam..

Sorry jika entry ni teremo sikit..;p

Animasi Kartun Boboiboy Yang Sangat Best..

Assalamualaikum semua..

Korang tengok tak cerita ni?Cerita ni best tau..Kartun ni sesuai untuk tontonan semua peringkat umur tau..Anak dara aku suka sangat..Bukan anak dara je tapi mak dara pun suka..Mak dara tu akulah..Aku tahu kartun ni dari Auntie Nani..Anak auntie Nani jadi suara latar dalam cerita ni..


Cerita ni setiap hari Ahad jam 7.00 malam di TV3..Cerita ni kalau tengok ala-ala macam cerita upin ipin..Pengarah yang sama rupanya..Barulah aku tahu..Kartun ni menarik sebabnya menggunakan animasi 3D tau..Sangat menarik..Jalan cerita dia pun best..

Dalam cerita kartun ni diorang satu geng yang mempunyai kuasa tanah, petir & angin..Selain Boboiboi, ada Yaya, Ying & Gopal..Aku suka Yaya sebab dia comel..Bila cerita ni keluar menunjukkan kita punya animasi pun setanding dengan animasi dari luar negara..Terbaik..;p

Saturday, March 19, 2011

iPad2 Sebagai Upah

Assalamualaikum semua..

Zamri bagi tugasan kat aku. Tugasan tu  untuk projek dia..Dia kata kalau projek dia berjaya aku nak apa?Aku terus jawab aku nak iPad2 sebagai upah..Tak agak2kan aku mintak..Dia fikir aku akan minta barang kemas..

Halooo..Aku tak minat barang kemas ok..Confirm barang kemas tu hilang sebab aku tak minat nak pakai lepas tu aku letak merata-rata..Zamri cakap mahal tu iPad2..Tak kira aku nak juga..Dahlah tugasan tu susah..Nak kena aku buat research bagai..Assignment pun tengah berlambak..Quiz lagi..Kira berbaloilah permintaan akukan..;p


Korang nak tahu kenapa aku minat sangat dengan iPad2 ni..Sebabnya aku bolehlah berlagak sebab kat ofis aku tak ada siapa lagi yang pakai..haha~Bukan tu niat sebenar..Bengang je budak ofis aku baca..Sebab sebenarnya aku memang suka gadjet-gadjet ni..iPad2 ni lebih ringan dari i-phone 4 tau..Lepas tu dia ada kamera depan & belakang..Sangat suka..Yang penting dia lebih pantas dari iPad 1..

Tak sabar nak miliki iPad2..;p

Gila Sata..!!

Assalamualaikum semua..

Dulu aku tak suka makan sata sebab tak sedap..Semua orang cakap sedap waktu tu..Aku pun try beli kat bazar ramadhan punya..Tak sedap pun..

Hari tu aku ada trip ke Kuantan dan sebelum balik KL kami singgah Kemaman untuk beli keropok lekor dengan sata..Diorang ajak aku beli sata. Aku cakaplah tak nak sebab aku pernah rasa tak sedap tapi kawan aku belikan sikit so aku rasa dan persepsi aku terus berubah bahawa sata memang sedap..Dengan pedasnya dan rasa ikan yang segar..Aku terus jatuh cinta..


Bila dah balik KL ni mana nak cari sata yang sedap tukan..Aku beli kat bazar ramadhan subang jaya waktu tu..Kawan aku cakap kat sini punya memang tak sedap..Patutlah..

Tapi hari tu aku pergi pasar malam area rumah aku dan aku nampak satu gerai ni jual sata..Aku pandang je sata tu..Nak beli tapi takut tak sedap..Membazir namanya..Godaan sata tu sangat dasyat sehingga aku beli juga..Mahal sikitlah dari aku beli kat Kemaman..Part yang paling best sata tu sedaplah..Tapi tetap tak boleh lawan sedap sata terengganu..Jadilah dari aku terliurkan..

Kerana sata ni jugalah aku ajak Zamri holiday kat Cherating hujung tahun ni..;p

Friday, March 18, 2011

Tahniah Man..!!Juara Raja Lawak Musim Ke-5

Assalamualaikum semua..

Raja Lawak sebelum2 ni aku tak layan sangat tapi musim yang ke-5 ni aku suka plak tengok..Aku suka tengok sebab ada Man..Tak sangka dia menang..Aku rasa kemenangan dia memang dijangka..Tahniah Man..


Man ni lawak dia semua menjadi..Tak macam pelawak-pelawak yang lain..Malam ni punya raja lawak sangat best..Zizan dengan Johan memang bestlah..Tak kering gusi kami gelaklah..Syabas Astro..;p

Tahniah sekali lagi pada Man & yang lain..

Video Tsunami Di Jepun Yang Sangat Dasyat

Assalamualaikum semua..

Aku share video ekslusif tsunami kat Jepun..Selalunya kita tengok dari atas..Yang ni dari tepi sahaja..Boleh nampak air tu makin naik & makin naik..


Dasyatkan..

Alhamdulillah..Rezeki Lagi..

Assalamualaikum semua..

Sebelum ni ramai blogger mengeluh pasal BE..Tapi blog aku tak pernah putus mesti ada BE..Bukan niat aku nak menunjuk dan riak tapi inilah hakikatnya..Ayat buat orang menyampah dengan aku..haha~Bila satu kempen habis kempen lain pulak menjelma..Itu namanya rezeki..Alhamdulillah sangat..


Tapi kali ni yang buat aku share kat korang sebabnya aku dapat lebih dari satu..Biasanya aku dapat BE satu je dalam satu masa..Kali ni 2 kempen kau..Sebelum ni pernah dapat lebih dari dua pun tapi tu dulu..Sekarang kena bersaing dengan ramai blogger..Blogger semakin ramai yang berdaftar dengan nuffnang..

Tips aku mudah je..Selalulah update survey kat nuffnang..Tips ni aku dapat dari Eyriqazz..Selain tu kenalah rajin update blog..Trafik kalau boleh kencanglah tapikan untuk pengetahuan korang trafik blog ni x sampai pun 300++..Itu namanya rezeki aku..;p

So, tunggu apa lagi pergilah update survey tu..

Thursday, March 17, 2011

Kereta Mewah Tak Ada Lampu Signal

Assalamualaikum semua..

Korang perasan tak kereta mewah tak ada lampu signal?Kalau tak perasan dia anak luar nikah..haha~

Sebenarnya bukan tak ada tapi diorang tak nak menggunakan lampu signal sebab tu aku kata kereta mewah tak ada lampu signal..

Orang yang pakai kereta mewah jangan nak marah dulu ye..Tak semua yang buat macam tu..Sebahagian sahaja..Sepanjang aku drive kereta selama 3 tahun ni aku dah lama perhatikan kereta mewah ni susah nak bagi signal..Kalau nak tukar lorong idaknya bagi signal..Main masuk je..Apatah lagi  jalan jem..

Aku tak boleh salahkan diorang juga sebabnya diorang ni dah terbiasa hidup sentiasa orang bagi laluan bila mereka lalu..Mungkin yang drive kereta mewah ni golongan Dato2, Tan Sri2 so diorang dah terbiasa orang akan ketepi bila mereka lalu especially kat ofis diorang..Diorang ingat kat atas jalan raya pun macam tu..

Tapi untuk pengetahuan korang semua kat atas jalan raya kitorang tak tahu siapa korang sebenarnya..Melainkan kau bubuh tanda nama besar2 kat kereta korang..Bila berada atas jalan raya semua orang sama je..Kau nak orang hormat kau so kau kena hormat orang dulu..Ikut peraturan bila ada kat atas jalan raya..Lagi satu kami ni tak boleh nak baca korang nak pergi mana..Kami tak ada magik so haruslah bagi signal..

Macam aku beritahu tadi tak semua macam tu..Aku pernah jumpa satu Datin ni bila dia drive kereta dia akan hormat orang contohnya orang bagi dia laluan terus dia akan angkat tangan & senyum..Datin tu bangsa Cina tau..Aku memang kagum dengan orang macam ni..Selain dia kaya harta dia juga kaya budi bahasa..

Moral of the story jangan ingat bawak kereta mewah kau boleh buat sesuka hati..Kita kongsi jalan sama-sama so amalkan sikap timbang rasa bila memandu..;p

Wednesday, March 16, 2011

888...Cantiknya Nombor..

Assalamualaikum semua..

Cantikkan nombor follower aku..Terima kasih pada yang follow aku..Nombor bertuah ni dimiliki oleh DZ LADYZ..Blog shopping online..Bolehlah kalau korang nak beli kain ela,telekung,produk Mac dan jubah yang cantik2 bolehlah ke blog dia..

Aku berkenan jubah dia yang colour putih tu..Tapi aku tak nak beli..Bagi sebagai hadiah boleh??Banyak cantik kau Hajar oi..;p

Tuesday, March 15, 2011

Bubur Nasi Special Untuk Anak Daraku

Assalamualaikum semua..

Hari ni anak-anak dara aku tu demam so aku masakkan bubur nasi untuk diorang..Ye..Aku EL hari ni..Menjaga diorang..Kalau hantar Taska apa sangatlah diorang buat untuk anak aku..Aku memang tengah hot dengan Taska diorang ni..Lain entrylah ye..Malas nak cite kat sini..


Aku tak pandai sangat masak bubur nasi ni..So, aku googlelah..Aku amik resepi dari sini..Selalunya kalau diorang demam aku pergi beli bubur kat mcd je..Punyalah malaskan..Tapi hari ni aku malas nak keluar tapi rajin nak masak..:)

Aku copy paste je resepi dia..Sedap..Lebih sedap dari bubur mcd..

Bahan-bahanya

1 cawan beras
8 cawan air (terpulang la nak lembik atau pejal bubur tu nanti)
2 biji kentang (potong kecil2)
1 labu bwg besar ( hiris)
2 ulas bwg putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
4 ketul daging ayam
sedikit perasa ayam, lada hitam, lada putih & garam

Cara-cara

1. Tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau.
2. Masukkan air, biarkan mendidih.
3. Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dgn api besar.
4. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan2 perasa.
5. Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang. Tambah air jika tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala.

Selamat Mencuba..

Aku Kagum Dengan Dia Yang Bernama Ana

Assalamualaikum semua..

Aku diperkenalkan oleh kak azie seorang blogger ni..Mungkin ada yang kenal juga..Nama blogger tu Ana..Aku kagum dengan dia sebabnya rumah dia tersangatlah cantik..Rumah dia pernah masuk dalam Anjung seri, Impiana Dapur & Impiana Laman..


Selain rumah dia cantik aku rasa dia mempunyai kehidupan yang sangat sempurna..Dia tak perlu bekerja pun suami dia mampu bagi apa sahaja pada dia..Baru2 ni dia bercuti di Paris..Korang jangan jeles sebab dia booking business class punya untuk 1 family dia..Aku sungguh jeles ok..

Dia suka makan juga macam aku..So, banyak entry dia pasal makan..Tempat yang dia pergi aku rasa tak semua orang mampu pergi..Aku jeles lagi..Bila aku baca blog dia aku terus melekat..

Korang tunggu apa lagi jom terjah blog dia..Aku rasa korang pun akan kagum macam aku gak..;p

Sah..!!Aku Memang Pelupa..

Assalamualaikum semua..

Semalam aku tumpang Su balik kerja..Tengah berborak-borak Su tanya aku pergi kelas tak hari ahad semalam?Aku ngan selamba jawab..Kelas apa pulak ni..Minggu nilah..Su kata kau kan sama tarikh kelas ngan aku..Aku terus terdiam sambil berfikir..Maknanya aku dah ponteng kelaslah ye..

Aku terus call member aku yang satu kelas..Dia ingat aku mogok ngan lecturer ECO sebab tu aku tak datang..Aku cakaplah apa jadahnya aku nak mogok..Ye..Memang aku marah dengan lecturer tu sebabnya aku email & faks assignment dia kata tak terima..Yang peliknya emel dia reply kata dah terima..Tu yang aku sakit hati tapi kes tu settle sebab aku suruh Zamri hantar byhand kat lecturer tu..

Ya Allah, macam manalah aku boleh terlupa pasal kelas yang sangat penting bagi aku..Kelas ECO sangat penting bagi aku sebab bila kau belajar sendiri kau tak akan boleh fahamlah..Hari Ahad tu Zamri memang ada tanya tapi aku ngan confident cakap tak ada..Jadual aku tinggal kat ofis..Waktu tu broadband slow nak mampos..

Bermacam2 persoalan muncul kat kepala aku sekarang ni..
  1.  Adakah lecturer boleh terima alasan yang aku lupa ada kelas?Tolak 1 markah tu..
  2. Member aku cakap lecturer ajar pasal 'Market Structure' dan bab ni memang selalu keluar final exam..Adakah aku boleh buat dan belajar sendiri?
  3. Adakah aku sudah nyanyuk sampai tak ingat ada kelas?
Aku boleh kena migrain kalau macam ni..Aku ingat nak mintak lecturer buat kelas tambahan..Tapi aku ni siapakan..Walhal aku seorang je yang tak datang..

Aku ni pelupalah..Apa nak buat ye?

Monday, March 14, 2011

Doa Kecergasan Menjauhkan Lemah & Malas

Assalamualaikum semua..

Nak share satu doa bagi semua orang yang tengah monday blues ni..

" Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah, daripada lemah dan malas. Aku berlindung daripada ketakutan dan kebakhilan, daripada kesulitan-kesulitan hutang dan penindasan orang"

Hajar: Sesungguhnya aku tengah malas nak update blog tapi tengah rajin buat assignment..Maknanya?Tak de maknalah..;p

Sunday, March 13, 2011

Ratu Porno Selamat Dalam Gempa Bumi

Assalamualaikum semua..

Hari ni baca di kosmo pasal gempa bumi di Jepun..Satu artikel yang menarik minat aku pasal ratu porno kat Jepun tu..Orang indonesia risau bebeno pasal dia..Benda lain tak nak tanya ye..


P/S : Kita hanya mampu berdoa semoga rakyat Jepun selamat..Lagi2 rakyat Malaysia yang ada kat sana..Harap sangat mereka selamat..Amin..

Friday, March 11, 2011

1 Malaysia Song - I Like This Song



Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Verse 2

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Sumber Lirik :  Lirik Lagu Muzik

Penghargaan Pada Yang Rajin Komen Kat Blog Hajar

Assalamualaikum semua..

Mungkin ada yang perasan dan ada yang tak perasan juga..Pada yang rajin komen kat blog aku yang biasa-biasa je ni aku ucapkan terima kasih banyak2..Dan untuk menghargai korang-korang yang rajin komen kat sini aku telah mewujudkan satu bloglist khas untuk korang "Blog Sahabat Maya"..


Tak perlu korang buat entry untuk aku macam blogger lain buat..Sebenarnya aku buat entry ni takut terlepas pandang pada yang rajin komen tapi tak ada dalam bloglist aku ni..Kalau ada silalah kabor ye..Jangan kecil hati tau..Aku terlepas pandang je..:)

Dan benda yang buat aku terharu ada yang letak blog aku dalam bloglist diorang juga..Mak terharu tau..Tak sangka blog ni jadi pilihan..Sedih jap..Sob..Sob..Sob..

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih banyak2 kat korang..Tanpa korang blog ni sunyi je..Tak lupa juga pada silent reader aku..Kawan2 akulah tu..Love uols..;p

P/S: InsyaAllah aku akan singgah blog korang hari2..

Bukti Aku Busy..

Assalamualaikum semua..

Korang tak percaya ye aku busy semalam..Aku busy wat assignment..Aci tak?Inikan company Abah aku punya..haha~

Kalaulah bos aku baca blog aku mati aku..Tak baca kot..Bos aku buta IT..Sedap je aku kutuk bos aku..:)




Actually gambar-gambar diatas ni diemel oleh satu makhluk Allah ni..Kira stalker jugaklah..Ambil gambar tanpa kebenaran aku..Yang last tu je aku benarkan..Gambar ni kira bukti aku busylahkan..Secara kebetulan je..

Pagi ni aku kena marah dengan salah satu reader aku yang setia sebab tak update blog..Sorrylah lalink..I busy lorr..Hari ni I update ye..Geli mak ber 'I' ni..

TQ sangat pada yang singgah sini dan aku akan balas kunjungan korang semua jap lagi..;p

Thursday, March 10, 2011

Buat-buat Busy

Assalamualaikum semua..

Hajar sekarang tengah buat2 busy so sesiapa yang singgah ke sini tinggalkan jejak ye supaya Hajar dapat datang ke blog korang semua balik..:)


Pesanan Hajar: Thanks pada korang yang sudi datang sini..;p

Wednesday, March 9, 2011

Pantang Kena Puji..

Assalamualaikum semua..

Pagi-pagi tengok chat box aku rasa aku berada di awangan..Pantang kena puji kau ye..Terus aku nak tengok siapa empunya blog..Inilah empunya blog..Memang rocker..CROMIRAMA.


Sebenarnya ni tips blogwalking juga tau..Taktik nak bagi empunya blog klik siapa yang puji dia..Apatah lagi puji orang macam aku yang pantang dipuji terus nak tengok siapa yang puji..

So, lepas ni sesiapa nak buat blogwalking tinggalkanlah ayat power macam tu..Mesti empunya blog kunjung balik blog korang..;p

Selamat Berblogwalking..

Tuesday, March 8, 2011

Skim Rumah Pertamaku

Assalamualaikum semua..

Aku terdengar kat berita utama TV3 pasal skim ni..Skim ni untuk membantu golongan muda macam aku yang berpendapatan kurang dari RM3,000 untuk membeli rumah..Skim ni untuk rumah yang berharga bawah RM220,000..Sangat menarik skim ni..

Berita selanjutnya kalau korang nak baca bolehlah kesini..BERITA HARIAN ONLINE.


Tahun ni memang target nak beli rumah dan dalam proses pun..Dato' Seri Najib Razak mohon pada semua institusi kewangan yang berkaitan memudahkan proses pembelian..Kitorang baru nak submit loan so memang harap sangat loan kitorang diluluskan dengan mudah..Amin..

P/S: Tak sabar nak pindah rumah baru..;p

Update : Sesiapa ingin maklumat lanjut bolehlah ke website ini..http://www.srp.com.my/

Foundation Yang Best

Hari ni nak cerita pasal make up plak..Actually ada permintaan..Ada yang nak tahu aku pakai produk apa untuk make up..Tapi kali ni aku pilih untuk bercerita pasal foundation..Lain-lain nanti dulu..

Make up penting untuk aku sebabnya bila aku tak make up muka macam hantu kak limah jadi zomba..Muka aku licin sebab make up..Tiada petua2..

Foundation yang memang aku guna ada 2 jenis..

1. BB cream Maybelline

BB cream ni memang best..All in one..ada pelembap, pelindung matahari, foundation, base make up juga..Yang penting murah..Aku pakai ni tiap-tiap hari..Kecuali ada event atau majlis2 yg nak aku menonjolkan diri aku akan pakai foundation lagi satu..


2. Foundation Mac NC37

Foundation ni paling best aku pernah pakai..Benda mahal memang bestlah ye..Walaupun dia mahal tapi dia tahan untuk 5-6 bulan gak tau..Sebelum aku try BB cream memang aku pakai ni saja..Pergi kerja, pergi kelas, pergi shopping, outing ngan kawan2 dan sebagainyalah..Untuk sekarang ni aku rasa kalau aku pakai untuk event atau majlis2 sahaja mungkin lebih tahan lama lagi ye dok..


Benda yang paling aku tak suka orang cakap ngan aku tak sempatlah nak make up..Lainlah kau ada maid..Untuk pengetahuan korang aku dah tak de maid..Aku ngan Zamri jadi maid..Anak dara jadi mem besar..

Nak cantik jangan bagi alasan banyak tau..Aku tahu semua perempuan memang dilahirkan untuk cantik..Aku juga..So, tunggu apa lagi jangan bagi banyak2 alasan..Orang yang request entry ni dia suka tengok aku make up..Aku pun adalah ajar sikit2..Bagi yang baru baca blog aku aku pandai make up pun aku amik kelas ye..Tiba2 pandai namanya bukan Hajar tu sebabnya make up pun perlukan seni juga..Aku bukan orang seni..;p

P/S: Gambar aku tak payah bubuhlah ye..Nanti korang menyampah plak..:)

Sumber gambar : Mr. Google

Header Baru..

Assalamualaikum semua..

Hari ni baru aku ada semangat sikit nak update blog..Nak tahu kenapa?Tak kan korang tak perasan kot..Blog aku ada header baru..Suka tak?Kalau suka angkat tangan tak suka angkat kaki..:)

Header baru ni dah tentulah bukan aku yang design..Aku ni tak berseni dan tak minat seni langsung..Waktu tingkatan 4 aku sanggup ambil add math yang susah tu semata2 tak nak ambil seni..Dahlah tak berseni buta IT pulak tu..

Header blog aku didesign oleh Ezan..Dia pun design header blog Fatin Liyana tau..Kalau korang berminat bolehlah terjah blog dia sekarang..Thanks pada awak, Ezan..

Sunday, March 6, 2011

Murtabak Singapore Memang Sedap..

Semalam aku menemankan Zamri jumpa kawan-kawan dia..Kawan-kawan dia bawa makan kat Murtabak Singapore, Bangi sebelah futsal padang UKM..Aku ni tak suka murtabak sangat..Tapi disebabkan lapar dan naluri ingin mencuba aku order je..Aku order 2 lapis..

Picture credit to google..Waktu makan tu aku tak ingat langsung nak ambil gambar..Lapo bebeno..:)

Korang jangan terkejut aku boleh habiskan setengah dari gambar kat atas..Setengah lebih kot sebab Zamri makan suku je..Dia bila jumpa kawan makan pun tak ingat..Aku makan banyak sebab sedap atau lapar sangat pun tak pasti..Kalau lapar semua benda boleh jadi sedap ye dok..

Sebenarnya memang sedap pun murtabak dia..Untuk anak dara aku orderkan roti telur..Roti telur dia pun sedap..Anak dara aku makan sampai habis..So, kalo nak try bolehlah pergi sana..Memang puas hati..Harga jangan tanya aku..Zamri yang bayar..Aku tak nak tanya banyak karang dia cakap banyak2 tanya ni nak bayar balik ke?Orang lelaki memang begitu..Malas nak layan..

Siapa nak pergi ajaklah aku sekali ye..Belanja sekali..;p

Friday, March 4, 2011

Pengaruh Cerita Seram @ Hantu

Assalamualaikum semua..

Aku bawa anak dara aku 2 orang tu waktu melawat nenek saudara aku yang meninggal tu..Takkan aku nak tinggalkan diorangkan..Malam plak tu..Sebenarnya tak elok bawak..Orang2 tualah yang cakap..Aku ni mak moden..Ok je..

Bila dikafankan aku tak tengok..Sebab aku ni penakut tapi sebelum tu aku adalah tengokkan..Kebetulan aku duduk kat dapur waktu dikafankan..Anak dara tu tengok..Aku tak perasan..Rupanya dia ikut emak aku..Korang nak tahu tak dia cakap apa?

"Mama, kenapa hantu tu ada kat sini..siap kena balut lagi..Hantukan selalu bergerak2.."

Aku terkejutlah dia cakap macam tu..Aku tak fikir lain dah..Mesti dia terpengaruh tengok cerita2 seram atau hantu kat tv..Aku tak adalah marah sangat sebabnya itu kira pengalaman pertama dia nampak situasi macam ni..Dalam family aku tak pernah alami lagi..

Lepas tu aku kena explainlah kat anak dara tu..Tapi dia bukan faham betul..Dia tetap nak cakap hantu gak..Pening kepala aku..

Kalau korang perasanlah tv @ astro sekarang ni asyik nak pasang cerita hantu je..Tak eloklah untuk tumbesaran budak-budak..Kesan yang paling nampak diorang jadi penakut tau..Berimaginasi macam2..Aku rasa tv-tv @ astro kena alertlah benda ni..Memanjang cerita hantu dipasang..

Bukan budak je takut mak budak pun takut..;p

Pergi Tak Kembali

Hari Rabu aku ada terima khabar yang nenek saudara aku meninggal pada pukul 4.00petang..Aku sangat terkejut..Yelah minggu lepas baru aku melawat dia kat ICU..Memang dia tak sedarkan diri langsung..Puncanya hanya jatuh dari bilik air..Kalau boleh aku memang nak balik time tu juga tapi aku sedar diri company ni bukan bapak aku punya..Kalau bapak aku punya confirm aku dah balik..

Lepas tu dia ok..Cuma tangannya patah..Selepas beberapa hari aku terima berita yang jantung dia berhenti selama 8 minit..Sangat lama..Doktor kata otak dia dah tak berfungsi sebab oksigen dah tak masuk otak..Waktu tu kami semua fikir mungkin dah ajal dia tapi rupanya tak..Allah masih panjangkan umur dia lagi..Alhamdulillah..

Rupanya Allah lebih sayangkan dia..Walaupun dia nenek saudara tapi kami agak rapat so memang sangat terasa bila dia dah tiada..Semalam kebetulan memang aku ambil cuti..Mungkin ada hikmahnyakan..Aku cuti sebab nak uruskan sesuatu dan urusan tu tergendalalah..

Al-fatihah untuk arwah..

Wednesday, March 2, 2011

Alhamdulillah..Diskaun Saman Trafik Dilanjutkan Sehingga 10 Mac 2011

Assalamualaikum semua..

Tadi baca kat blog kancil biru pasal ni..Syukur sangat sebabnya hari tu tak sempat bayar dah sistem offline..Tinggal lagi satu saman je nak setlle..Lepas tu bolehlah senang hati sikit..

Actually kereta aku eh kereta Zamri ada 7 saman..6 dah settle tinggal satu je..Bukannya kami suka kumpul saman tapi kami baru tahu bila kami renew roadtax..Siapa ada saman boleh renew road tax 6 bulan je..So, waktu tu memang terkejutlah kami ada saman sebabnya surat tak pernah sampai..

Sekali check kat myeg ada 7 saman..Ambik ko..Sesiapa tak sempat bolehlah pergi bayar sekarang..Zamri kebetulan cuti so bila aku mention pasal ni terus dia pergi bayar..Mengelakkan beratur panjang..;p

Thanks pada kak niza @ kancil biru share info ni..Nak tahu lebih lanjut pergilah terjah sana ye..

Ending Lestary Hani Yang Tak Best..

Siapa tengok lestary Hani malam tadi last episod?Sila angkat kaki..

Macam mana? Puas hati tak dengan endingnya?Aku memang tak suka ending macam tu..Aku rasa kalau ditayangkan kat pawagam mahu terbakar pawagam tu..Yelah dia punya heroin mati pulak..Nasib baik tengok kat rumah dan tv sendiri..Kalau tak rasanya dah kena bakar..Tv sendiri sayang ye..Mana taknya LCD TV..;p


Berbalik pada cerita Hani ni seeloknya janganlah bagi Hani mati..Bagilah Hani hidup lepas tu dia bersama dengan Irfan..Irfan dengan bini dia bercerai ke apa ke..Barulah happily ever after..Ini pengarah Siti Hajar punya cadanganlah..

Korang punya cadangan apa pula??

Anda Dah Buat??

Assalamualaikum semua..

Hari ni aku dapat statement dari Lembaga Zakat Selangor..Ye..Aku ada buat pemotongan gaji untuk zakat pendapatan..

Mungkin bagi uols benda gini pun nak cerita ke..Bukan niat aku nak riak aku bayar zakat tetiap bulan..Bukan nak elak income tax pun..Aku tak layak lagi kena income tax..Aku ni gaji bukan besar pun..

Niat aku bayar zakat pendapatan sebab aku ni dah layak membayar dan nak gaji tetiap bulan aku dapat lebih berkat..Amin..

Walaupun sikit tapi oklah dari tak de langsungkan..Untuk bekalan aku juga..:)

Aku nak share firman yang ada didalam statement tersebut..

"Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (daripada berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
al-baqarah; ayat 277

Lagi satu firman:

"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu seratus biji. Dan Allah melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas kurnia-Nya lagi Mengetahui."
al-baqarah; ayat 277

Semoga kita semua dilimpahkan keberkatan dari Allah s.w.t..

So, anda dah buat??



Kartun Menarik Mengenai Makanan Halal

Aku nak share email yang dihantar oleh officemate penjelasan mengenai makanan halal..Pengetahuan untuk kita juga sebagai orang Islam..


Klik untuk pembesaran..

P/S: Senang sikit nak explain pada orang bukan islam..;p

Tuesday, March 1, 2011

Aku Masih Setia Dengan Nuffnang

Assalamualaikum semua..

Beberapa hari ini aku banyak terbaca ramai blogger yang buang nuffnang dari blog mereka..Sebabnya nuffnang tidak memberi keuntungan sangat pada mereka..

Ini pendapat aku pula ye..Mungkin mereka yang buat begini kerana mereka terlalu bergantung pada pendapatan blog..Senang cerita memang mencari duit melalui blog..


Benda ni terpulang pada masing-masing..Kita betulkan niat kita dulu kenapa kita buat blog pada awal2 dulu..Kalau memang niat nak duit aku rasa nuffnang bukan tempatnya..Dengan nuffnang ni kita kena banyak2 bersabar..

Niat aku buat blog sebenarnya aku minat nak menulis..Dan minat bila ada yang baca..Rasa macam penulisan kita tu dihargai..Dan lagi suka share apa yang aku alami dalam kehidupan seharian aku..Kawan aku yang minta aku daftar dengan nuffnang..Dan sekarang kawan aku pula senyap dari dunia blog..Mungkin dia nak bagi aku rezeki lebih sikit..Thanks to Faj..

Aku ada buka blog redmummy seperti biasa dan dia ada buat Vlog..Kat situ banyak dia bagi tips..Salah satu tips nuffnanglah..Dia kata ramai benar yang bagi emel kat dia tanya pasal Nuffnang ni..Baru buka blog sebulan dah bising2 nuffnang duit tak masuk..Nampak sangat buka blog semata-mata nak duitkan..

Ingat satu je kalau ada rezeki insyaAllah ada..Usaha kena ada jugak ye dan yang penting aku masih setia bersama nuffnang..Aku percaya rezeki aku ada kat Nuffnang..;p

Diet Fast Food

Assalamualaikum semua..

Sebenarnya aku diet fast food..Aku start dari bulan lepas..Aku nak tengok aku berjaya atau tak?Wish me luck ye..Dugaan memang banyak..Kawan-kawan ofis ajak pergi makan kat mcdlah..Tapi setakat ni aku boleh bertahan lagi..Niat sebenar bukanlah nak kurus tapi nak sihat..Bila kita makan fast food ni fast jugaklah penyakit datang..Ye dok?

 Kalau pergi KFC wajib order yang ni..Rindunya kat kau..

Favourite aku..Set Big Mac yang sangat sedap..

Tergoda memang tergoda tengok gambar kat atas ni tapi nak buat macam manakan..Sabar Hajar..Nanti aku update tau samada aku tahan godaan ke tak..

Lega..!!

Assalamualaikum semua..:)

Alhamdulillah assignment semua dapat disiapkan ontime..Beberapa assignment lagi ada tapi lama lagi duenya..Nak rileks sekejap..Discussion dalam i-class aku buat slow2..

Sebenarnya belajar part time ni banyak dugaannya..Aku dengan kerja,anak,suami lagi..Dengan kerja rumah lagi..Dulu aku ada maid aku buang dia sebabnya bila aku relaks dia pun relaks..Baik aku jadi maid..Kalau cerita pasal maid ni 2 hari pun belum tentu abis..Penat memang penat..Tapi yang membuatkan aku semangat ialah $$$$$..Aku nak naik gaji..

Hari ni nak fokus pada blog..Akukan part time blogger..Cari duit melalui blog juga..Nak balas kunjungan yang datang kesini juga..Rindu nak baca blog kawan2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...