Monday, April 18, 2011

Away

Assalamualaikum semua..


                                              
She's currently away to prioritize her final exams.


Tapi sebelum tu aku nak ucapkan 'Hai' pada pembaca baru blog aku yang tak seberapa ni..Tak lupa juga pada pembaca setia blog aku yang rajin nak baca dan komen..Kalau boleh memang aku nak buat macam-macam entry untuk tatapan korang tapi tunggu lepas habis final exam aku ye..Awal bulan Mei InsyaAllah ada entry untuk tatapan korang..Buat sementara waktu ni tak ada sebab aku nak tumpukan perhatian pada final exam aku..Aku harap korang-korang semua memahami & doakan aku boleh jawab semua soalan ye..Love uols..


P/S: Nak cuti belajar tak dapat kena memahami orang lain tak dapat jaga tempat aku tapi adakah mereka faham yang aku memerlukan cuti tersebut untuk aku study..

Friday, April 15, 2011

Showdown 2011 Kembali Menggegarkan Malaysia

Assalamualaikum semua..

Kepada peminat-peminat showdown marilah beramai-ramai kita saksikan rancangan showdown setiap hari Rabu jam 9.30 malam hanya di 8TV..Aku suka tengok show ni..Dah tentulah sebab show ni pasal menari-menari..

Yang bestnya show ni satu-satunya show yang menaikkan tarian krew jalanan ke satu tahap yang lebih tinggi..Baguskan..Pengacara bagi show ni adalah Hafiz Hatim penyampai radio FlyFM..Manakala juri pula menampilkan Joe Flizzow dan Maple Loo..

Minggu ni aku tak dapat tengok sebab pukul 9.00 malam aku sudah tidur kesan ubat selesema dan batuk yang aku makan..Tak pe kalau korang tertinggal macam aku juga boleh tengok kat http://www.8tv.com.my/  atau www.tonton.com.my


Aku suka tengok cerita ni sebab Alam ada hantar group dia juga..;p

Thursday, April 14, 2011

Bang Bang Boom Version Tak Ada Beruk

Assalamualaikum semua..

Hari ni hari yang penuh emosi bagi aku..Gembira,gelabah,sedih,geram dan macam-macam lagilah..Mana taknya hari ni aku kena bang bang boom dua kali..Cuma tak da beruk je aku punya version..


Semuanya berkaitan handphone aku..First sekali, diorang sorokkan cover h/p aku..Ala yang macam silicone tu..Benda tu aku beli RM20 tu..Mahal bagi aku..Kira nak nangis dah..Yang peliknya nak curi cover h/p bukannya h/p..Rupanya kena bang bang boom..Jahat korang..Tak baik tau..Aku ni dahlah jenis pelupa..Letak h/p memang merata je..Kepala pulak tengah serabut nak exam next week..

Yang kedua pulak h/p aku hilang..Aku letak atas meja..Aku tinggalkan meja sebab nak ambil faks..Bila dah ada faks tu aku nak hantarlah permohonan cuti exam aku..Aku pergilah ke HR..Balik je dari HR h/p aku dah hilang..Cuaklah aku..Tapi aku relaks je..Aku fikir apa nak jawab ngan Zamri..Yelah Zamri yang belikan h/p aku tu..Bila aku nak call no aku masih dapat..So, tak cuaklah sebab kalau orang nak curi mesti dia dah off h/p tu..Rupanya aku kena dengan orang yang sama juga..Geram semua ada..Diorang cakap aku nyanyuk..Sabar jelah..

Sekarang kepala aku dah mula berdenyut2 sebab banyak benda yang aku dah fikirkan dari pagi..Mulai hari ni nak start studylah..Sebenarnya aku ingat lama lagi nak exam rupanya next week je..Sesiapa ada tips study yang best2 bagilah ye..Mana tahu korang punya tips aku boleh ikut dan boleh cemerlang gemilang..;p

Wednesday, April 13, 2011

Cucur Udang Sedap

Assalamualaikum semua..

Dah lama tak cerita pasal masak-masakkan..Aku busy dan gigih menyiapkan assignment yang last2..Kebanyakannya Zamri yang masak..Tapi lama-lama dia bising gak..Aku malas nak dengar bila lelaki membebel-bebel ni..Perempuan membebel aku ok lagi..Tapikan korang sepanjang kami kahwin ni aku rasa Zamri yang banyak membebel..haha~

Weekend yang lepas tetiba je aku rajin sebabnya perut ni asyik berkeroncong je bila kepala dah lapang dengan assignment bagai..Tengok dalam peti ais ada udang..Lepas tu teringat kat entry auntie Nani pasal resepi cucur udang yang sedap..Apa lagi ambil resepi dan berperang ngan tepung kuali bagai..Akhirnya siap juga dan cucur udang tu memang sedap..


Gambar memang tak menarik tapi rasa memang sedap..

Kalau korang nak try pergilah terjah blog auntie Nani pasal resepi ni sebab aku malas nak copy paste..Korang pun jangan nak malas klik resepi ni..

Selamat mencuba..;p

Gambaran Kiamat

Assalamualaikum semua..

Untuk muhasabah diri lagi..Kali ni aku C&P je..Thanks to Sharol email benda ni..

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


sumber daripada : Amar Sufi

P/S: Renung-renungkan & Selamat Beramal..;p

Dugaan Buat Kami

Assalamualaikum semua..

Hari Isnin yang lepas Zamri ambil aku balik kerja naik motor..Tiba-tiba kat selekoh nak menghala ke Subang Parade motor tu tayar pecah..Zamri tahan guna kaki dia supaya kami tak jatuh..Kalau aku yang bawak confirm dah terbalik bagai..Tapi kalau jatuh juga time tu confirm aku dah tak nak naik motor..

Sebabnya aku pernah bawa motor jatuh kat area situ gak..Kejadian tu dah hampir 3 tahun tapi aku still tak berani nak bawak lagi..Jadi pembonceng je aku berani..Kami tersadailah sekejap kat tepi jalan tu..Nasib kami kira baik juga sebab Zamri ramai kawan kat area Subang ni..Dari dia remaja sampailah kami kahwin dia memang menetap kat Subang..Kawan-kawan dia pun datanglah untuk tolong..Alhamdulillah sangat..


Inilah kawan-kawan dia yang tolong..Zamri upahkan duit diorang tak nak..Itulah namanya kawankan..Sedia membantu bila kawan-kawan susah..

Time ni dah nak hampir pukul 7.00 malam..Masih tak settle lagi..Aku cuma risaukan anak dara tu je..Kebetulan pada hari itu kami nak jumpa dengan owner rumah & lawyer pasal pembelian rumah tu pada 8.00 malam..Dugaan-dugaan..Zamri call owner cakap kami lewat sikit..

Bila dah siap semua Zamri pun pecut tapi jantung aku ni berdebar-debar sebab takut jadi lagikan..Dalam hati ni berdoa je supaya selamat sampai nak ambil anak dara cepat..Bila sampai taska je rupanya tinggal anak dara tu je..Kesian anak aku..Tak pernah-pernah kami ambil lewat macam tu..

Sampai je rumah mandi manda & solat bagai..Itu pun rasanya buat dalam keadaan kelam kabut sebab tak nak owner rumah dengan lawyer tunggu kami..Alhamdulillah sampai juga rumah owner tu..Ingatkan lawyer tu dah sampai rupanya belum lagi..Terpaksa tunggu lagi..


Owner rumah dengan wife dia..Tak pernah jumpa owner rumah yang sebaik macam diorang ni..Kitorang baru 1st time nak beli rumah dan diorang banyak membantu kami..

Urusan sign agreement bagai siap dalam pukul 11.00 malam..Mata kami ngantuk dan perut pun lapar..Kami terus menghala ke kedai makan nak isi perut yang lapar ni..Bila dah sampai makanan aku pulak tak selera nak makan sebab dah malam satu dengan sakit tekak sangat..Nak telan pun sakit..Semalam memang aku cuti sakit sebab demam,batuk & selesema..

Aku rasa ni mungkin dugaan kami nak beli rumah..Hari ni kami akan submit loan kat bank..Aku harap sangat bank tak banyak kerenah..Dan harap sangat loan rumah lulus dengan senangnya..Korang doakan ye..;p

Monday, April 11, 2011

Muhasabah Diri..

Assalamualaikum semua..

Kalau kita naik kereta, pandanglah orang yang naik motor..

Kalau kita naik motor, pandanglah orang yang naik basikal..

Kalau kita naik basikal, pandanglah orang yang jalan kaki..

Kalau kita jalan kaki, pandanglah orang yang tak boleh jalan langsung..

Renung-renungkan & selamat beramal..;p

P/S: Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada..Janganlah sesekali kita riak dengan apa yang kita ada..

Katak Di Bawah Tempurung

Assalamualaikum semua..

Aku memang rasa diri aku seperti katak di bawah tempurung..Sebabnya aku dah lama tak online fb..Aku tak tahu birthday siapa bulan ni..Ramai juga kawan aku yang sambut birthday bulan ni termasuklah kakak aku..Sorry ye korang semua aku tak wish birthday pun..Aku sibuk menyiapkan assignment yang last2 ni..Dah nak exam pun masih ada lagi assignment..Ingat aku dah boleh enjoy bagai..Rupanya masih tak..


Korang jangan ingat birthday kakak aku, aku kena tengok kat fb baru aku ingat..Idaklah begitu..Aku sentiasa ingat cuma kalau wish brithday kat fbkan jimat..Tak payah guna credit pun..Berkira punya adikkan..haha~

Sempena birthday kawan-kawan & kakak aku, aku buat ucapan khas untuk korang dalam blog aku..Selamat hari jadi buat kakak aku, Kak Sally, Kak Hali & tak lupa juga buat adik aku Erma..Sepatutnya dia lahir bulan 8 tapi pendaftar lahir tu salah tulis tarikh dia tulis bulan 4..So, kena sambut jugaklah ikut ic dia..Seronok ye kak Hali dapat h/p dari Husband..Nak jugak..;p

P/S: Pada yang rajin bebeno datang sini walaupun tak berupdate kuucapkan terima kasih banyak-banyak..Blogger2 yang datang buat blogwalking aku akan balas hari ni..InsyaAllah..:)

Thursday, April 7, 2011

Langgar Pantang

Assalamualaikum semua..

Aku dah langgar pantang makan fast foodlah..Aku ingat Pizza Hut bukan kategori fast food..Rupanya fast food juga ye..Baru aku tahu..Elok aku tak tahu kalau tidak kempunan aku nak makan kat pizza hut..;p

Lagipun Zamri yang nak belanja tak akan aku nak tolak plakkan..Alasan je..Tak menjadilah diet aku..Zamri adalah pemusnah diet aku..Dia ajak makan kat situlah kat sinilah..Tak nak cerita panjang2..Jom layan gambar..


Menunggu order sampai..Posing jap..Anak dara ni akan potong rambut weekend ni..Aku rimas tengok diorang rambut panjang..Kalau nak diikat tak pe juga..Ni tak nak..Ikat sekejap cabut balik..

 


Posing lagi..Kakak nampak kabur je..Budak berdua ni memang suka berposing..Dalam h/p aku penuh gambar diorang je..Ambil sendiri plak tu..Kalau h/p Zamri dia tak berani sebab Zamri memang tak bagi..

 

Order dah sampai kita makan dulu..Anak dara ni memang suka makan sup kat pizza..

 


Pizza yang kami order..Kami ambil yang kecil je sebab confirm tak abis..Aku siap bawak ofis lagi besoknya..


Spagheti favourite aku kat pizza..Spicy Arabbiata..Tapi kat restoran ni spagheti dia tak sedaplah..Pernah aku makan kat mana aku tak ingat sedap giler..Tu yang jadi favourite..


Yang ni Zamri punya..Zamri suka Spagheti Prawn Olio..Tapi yang ni sedap pulak..

Sebenarnya sebelum kami sampai kat restoran pizza hut ni kami pergi ke restoran pizza hut dekat depan IOI Mall..Rupanya restoran tu buat deliver je..Makan-makan tak de..Dalam IOI Mall ada tapi kami malas sebab parking kena bayar..Lepas tu kami pergilah yang dalam Giant Bandar Puteri tu..

Walaupun terlanggar pantang diet aku kira tak pelahkan..Bukan aku makan selalu pun..Tapi MC'D & KFC memang dah lama aku tak makan..Siapa-siapa nak belanja aku kalau boleh elak fast food ye..;p

Wednesday, April 6, 2011

Sleeping Beauty Version Moden

Assalamualaikum semua..

Kali ni aku nak perkenalkan sleeping beauty version moden punya..Tak ada dimana-mana pun..Hanya di tempat aku je ada..Limited edition ye..


Nilah sleeping beautynya..Anak dara akulah..Air liur pun ada..


Lena je dia tidur..Tak sedar yang mak dia tengah ambil gambar dia..

Sebenarnya waktu ni kami nak tengok rumah tapi anak dara ni boleh pulak tidur..Zamri sorang jelah tengok..Bila aku boring macam nilah jadinya..;p

Tuesday, April 5, 2011

Persembahan Terbaik Di ABPBH 2010 - Anuar Zain

Assalamualaikum semua..

Banyak-banyak persembahan yang aku suka di ABPBH hari tu persembahan Anuar Zain..Mencairkan hati wanita aku..Aku rasa mencairkan hati semua wanita..Betul tak?Suara dia memang bestlah..Aku share video persembahan Anuar Zain kat ABPBH hari tu..


Memang cair tengok persembahan dia..Tolong keraskan aku balik..;p

Isu Video Seks Anwar Ibrahim

Assalamualaikum semua..

Beberapa hari ni dimana-mana sibuk membincangkan isu video seks Anwar Ibrahim..Semalam mana-mana sibuk juga menyiarkan video tersebut..

Aku bukanlah nak cerita pasal video seks ni..Aku serahkan pada polis je..Cuma aku nak nasihatkan pada blogger-blogger silalah hentikan share video seks tersebut..Kita ni negara Islam tau..Jangan kerana nak kejarkan trafik sanggup dedahkan video seks tersebut..

Kita tak tahu tau siapa yang tonton video tu..Sesiapa sahaja boleh google jumpalah video tu..Kalau yang tonton tu bawah 18 tahun..Memang trafik boleh naik gila-gila dan duit pun mendadak-dadak naik tapi berkat ke?

Aku harap sangat hentikanlah share video-video yang tak patut ditonton ni..Untuk kebaikan semua..Jadilah rakyat yang bertanggungjawab..;p

Cabaran Hidup Yang Perlu Dilalui Setiap Insan

Assalamualaikum semua..

Tajuk tak boleh blahkan..Skema je..Watak aku kat luar sebenarnya aku seorang yang suka bercakap..Kalau orang jumpa aku mesti tak terlayan nak layan aku punya cakap..Tapi bila aku nak menulis kat blog aku terfikir-fikir ayat apa aku nak tulis ni..Karang tulis yang menyinggung perasaan nanti blog aku kena block pulak..;p

Berbalik pada topik dalam hidup aku, aku memang sukakan cabaran..Aku tak suka hari-hari hadapi benda yang sama je..Kalau boleh aku nak ada aktiviti je dalam hidup aku..Sebab tu aku kerja,belajar dan berblog lagi..Ramai tanya aku macam mana aku bahagikan masa segala..Dengan kerja, dengan family lagi, dengan belajar, dengan berblog lagi..

Sebenarnya secara jujur aku tak pandai bahagikan masa..Aku bukan manusia sempurna yang pandai bahagikan masa secara adil & saksama..Tapi aku kena juga bahagikan masa untuk semua tu..Untuk belajar memang aku prefer waktu malam..Kadang-kadang bila assignment tak sempat siap aku bawa juga ke ofis..Tapi-tapi tak selalu sebab orang sentiasa lalu lalang tempat aku so memang line tak clear..

Kalau kerja memang hari-hari kena datanglahkan..Kalau tak mana ada gaji..Kalau company ni bapak aku punya aku tak payah datang pun tak pe..Abah aku punyakan..Itu cerita KALAU..Ni pulak cerita masuk lif tekan sendirilahkan..Rekod kedatangan aku cantik kau..Aku bukan kaki MC you..Bukan kaki EL juga..Setakat kelas satu hari Ahad idaknye aku MC atau EL hari Isnin..Sesiapa majikan nak staff yang jarang MC bolehlah ambil aku..haha~

Family ni memang susah sikit..Kadang-kadang Zamri pun marah..Sokmo buat assignment je..Family belah aku memang sangat-sangat memahami aku..Namanya mak abah akukan..Lagipun aku belajar pun nak naik tarafkan family aku juga..Belah mertua tak payah kabor pun memang tak faham aku..Baik ke buruk aku juga..Pulak tu kadang-kadang Zamri boleh bagi alasan kami tak balik kampung sebab aku ada kelas walhal waktu tu aku tak de kelas..Tak baik menipu tapi alasan tu paling kukuh..;p

Bukan senang nak jadi senang sebenarnya..Bukan senang juga nak bahagikan masa dengan baik tapi pandai-pandai diri kita manage dengan baik..Tapi aku akan usaha ke arah senang tu..Aku bukan nak kaya bagai..Aku nak hidup senang..Mak abah aku minta duit anytime, anytime aku boleh bagi..Aku nak macam tulah..InsyaAllah aku akan capai kearah itu..Korang doakan je ye..

Jom Pergi Holiday!

Assalamualaikum semua..

Sesiapa rasa nak pergi holiday tu apa kata plan holiday korang pergi ke Christchurch, New Zealand..Air Asia menawarkan tiket tambang murah kesana..Bila lagi nak pergi overseakan..Asyik pergi over the sea je buat apa..Ye dok..Aku memang nak pergi tapi tunggulah aku habis belajar dulu..Tahun depan habislah..Tak sabar menanti..;p




Kalau korang nak tempah bolehlah kesini..

Monday, April 4, 2011

Gara-Gara Durian

Assalamualaikum semua..

Hari Sabtu Zamri beli durian..Sekarang tengah musim area Pahang kot..Sebab orang jual tu cakap dari Pahang..Zamri memang hantu durian..Dan kakak menjejaki perangai Zamri suka makan durian..

Nak jadikan cerita lepas beli tu aku cakap kalau nak makan durian kena makan nasi dulu..Semua orang kata ok..Tiba-tiba tengah makan kakak mengadu sakit perut..Aku cakap kalau sakit perut pergilah berak..Dia kata bukan nak berak..Aku yang tengah makan ni gelabahlah..Takut dia sakit perut kena angin ke apa..Cepat-cepat bubuh minyak angin..


Lepas makan Zamri nak bukaklah durian..Tiba-tiba kakak cakap dia ok..Aku cakap cepatnya sihat..Rupanya dia tipu je semata-mata nak makan durian tak nak makan nasi..Sabar jelah..Itulah kerenah orang yang hantu durian..Bila aku fikir-fikir balik kelakar pun ada..

Aku dah tua-tua ni tak berapa nak makanlah durian ni..Tak gemar sangat..Tapi untuk orang yang hantu durian ni sanggup buat apa sahaja sampai permainkan aku..Aku siap gelabah lagi..

Moral of the story : Kalau dah hantu durian tu nak buat macam manakan..;p

Hai Kawan-kawan..

Assalamualaikum semua..

Sorry dah lama tak update..Ada yang marah kat aku sebab tak update..Aku busy buat assignment..Dah last2 kelas untuk semester ni..Ada test bagai..Hari Ahad semalam aku kelas..Balik petang tu kononnya nak update..Maxis broadband buat hal..Slow nak mampos..Sabor jelah..Dugaan untuk aku..

Ada cerita yang membuatkan aku sedih sampai hari ni sebab kononnya hari Sabtu nak pergi Bukit Tinggi, Pahang..Last2 tak jadi..Sebab pertama assignment aku ada yang tak siap lagi..Tiba-tiba je printer aku habis ink..Tension betul..Lepas tu aku print kat cyber cafe..Aku kena hentam sampai RM23.00..

Sebab kedua tak jumpa anak dara tu punya baju sejuk..Yang kakak punya jumpa yang adik punya tak jumpa..Kesian pulak nanti diorang kesejukan..Lagi2 kitorang nak gerak lepas Subuh..So, Zamri cakap cancellah nak pergi sana..Tu yang sedih ni..


Lagipun Zamri cakap aku mesti tak senang hatilah nak jalan memikirkan hari Ahad aku ada test bagai..Betul jugak tu..Nanti buat spoil mood aku je..Tak pelah berkorban apa sahaja..

Anyway mulai hari ni aku janji akan rajin update untuk tatapan korang semua..;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...