Tuesday, May 31, 2011

Budak Yang Paling Banyak Banyak Banyak Cakap

Assalamualaikum semua..

Aku ada anak buah dua jer..Yang sulung sebaya anak aku yang no.2..Yang kecil tu umurnya dalam setahun lebih..Tapi yang membuat aku geram dan selalu nak ketawa yang kecil ni banyak sangat cakapnya..Sampai kitorang tak terlayanlah..Cakap dia pulak sangat-sangat lancar berbanding anak aku yang no.2 tu..Walaupun umur dia hampir masuk 4 tahun..


Korang nak tahu rahsianya?..Kakak aku suka bagi makan bontot ayam kat dia..Memang menjadilah kakak aku buat macam tu..Tak terlayan kami dengan cakapnya..Dialah yang menjadi penghibur kami sebab dialah paling kecil..Aku tak tahulah bila aku nak pregnant lagi..Ikutkan nak tahun depan tunggu habis belajar tapi rupanya lagi 3 semester aku kena hadapi..Maknanya tahun lagi satulah..Tapikan korang aku hanya merancang tapi Allah yang tentukan..Betul tak?..Korang doakan jelah ye..;p

Drama Nora Elena Yang Buat Aku Angau

Assalamualaikum semua..

Aku rasa bukan aku seorang kot yang angau pasal cerita ni..Semua orang aku rasa..Zamri pun mengikuti cerita ni..Tak pernah-pernah dia layan cerita-cerita drama tau..Lelaki tahu jelah..Cerita ni memang diadaptasi dari novel 'Kasih Yang Suci'..Penulisnya Meen Zulaikha..Aku memang peminat novel so aku rasa kalau pengarah-pengarah drama buat drama dari novel aku rasa memang meletup..Lagi satu novel tu pun akan meletup jugak..

Baru-baru ni aku pergi ke MPH..Memang sold out tau novel ni..Maknanya bukan cerita ni je yang meletup tapi novel dia juga..Sekarang balik jer dari office rasanya macam tergesa-gesa..Gara-gara nak tengok cerita ni..Memang terbaiklah drama ni..Sweet je tengok cerita ni..Tersenyum sorang-sorang pun ada..Kalau baca novel dia pun macam tu jugak..

Gandingan yang mantap dan sweet jer..Bila sesiapa baca novel tu mesti teringatkan watak-watak diorang nikan..;p

Tak sabar nak tunggu Nora Elena terima Seth ni..Mesti bestkan..

Jom layan salah satu lagu tema drama Nora Elena ni..

Tak sabar nak tunggu pukul 5 petang..;p

Monday, May 30, 2011

Macam-Macam Dugaan

Assalamualaikum semua..

Lama betul aku nak cerita pasal dugaan kami nak ke konvo adik aku..Aku tahu benda ni dah lama lepas tapi aku still nak cerita jugak..Kami pergi naik 2 kereta..Kalau 2 kereta baru muat semua orang..Al-maklumlah adik beradik aku ramai..Satu kereta adalah kereta abang ipar aku..Dia tak bawa kereta dia sebab rosak so dia pinjam kereta abang dia..Tapi rupanya kereta yang dipinjam juga rosak..

 Kami pergi ke bengkel yang ada kat Sekinchan tu..Lama jugaklah kami tunggu sampai mekanik tu check2 bagai..

Masih menunggu..Inilah kereta yang rosaknya..

Sekali tauke tu cakap kereta ni tak boleh bawak jauh sampai kat Ipoh..Aku tak fahamlah pasal kereta ni..Aku tahu bawak jer..hehe~Yang penting memang tak boleh bawak..Bila diorg tanya kos repair dan tukar semua barang dekat RM500 kau..Nasib baik Zamri pakar gak bab kereta..Abang dia ada bukak bengkel so dia tahulah harga2 barang dengan repair sekali..Dia kata kedai ni tipu jer..Abang ipar pun call abang long dia pula untuk pinjam kereta..Nasib baik ada kereta..Zamri dengan abang ipar akulah yang pergi ambil kereta dekat Sabak Bernam pulak..Dugaan2..

Sementara menunggu aku macam biasa ambil gambar semua orang..Tapi tak adalah aku publish semua kat sini ye..Ini adik aku yang no-4..Namanya dia Erma..Dia pakai speak mata sebab dahi dia kena cium dengan tebuan so effect kat mata jugak..3 hari jugaklah dia tak pergi sekolah..

Gambar kat atas ni kami dah sampai tapi sampai dalam pukul 3 petang..Adik aku punya konvo start pukul 2 petang..Kami terlewat satu jam..Itupun menantu2 mak dengan abah aku dah pecut habis semata-mata nak kejar masa..Mula-mula mak abah aku risaulah tak dapat masuk dewan sebab dari Sekinchan nak ke Ipoh ambil masa dalam 3 jam lebih..Tapi aku cakap dengan mak aku jangan risau menantu mak semua kaki racer..haha~Sebelum masuk dewan kami makan dulu..Mak aku bawak bekal nasi dengan lauk ayam masak usik..Korang mesti first time dengarkan..Itu masakan nenek aku cipta..Memang sedap..

Selesai je makan hujan turun selebat-lebatnya..Nasib baik kami dah selesai makan segala..

Tapi kami tak dapat pergi ke dewan disebabkan hujan lebat sangat..Inilah dewannya..Waktu gambar ni diambil hujan mulai renyai2..

Kami berteduh kat tepi bangunan ni..Kesiankan..Bila hujan terlalu lebat dan kena tempias juga kat tempat kami berteduh kami terpaksa bersembunyi dibelakang tabir cameraman punya kanvas..Macam merempat jer kami..Kelakar rasanya..Inilah namanya dugaan..Bila hujan dah reda kami pergilah ke dewan sekejap..Lepas tu kena halau dengan guard sebab orang besar dan berpangkat lagi mahu lalu..Aku cakaplah dia lalu kat carpet merah buat apa kau nak halau orang yang duduk tepi tu jer..Diorang tak faham apa kat luar hujan..Aku rasa tak semua orang yang datang kat situ adalah orang yang senang lenang..Mungkin macam kami juga..Betul tak?

Lepas habis semua majlis tu kami menuju ke masjid berdekatan untuk mandi manda dan solat sebelum teruskan perjalanan balik ke Sekinchan semula..Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah juga..Itulah dugaan yang kami alami..Tak delah teruk sangat tapi bagi aku sangat2 memberi kami pengajaran dan pengalaman..;p

Friday, May 27, 2011

My New Boyfriend..haha~

Assalamualaikum semua...


Hensemkan pakwe baru aku..Korang jangan nak fikir yang bukan-bukan plak..Ni office mate aku..Kami kat Restoran Selora Negori..Aku sebenarnya yang menyibuk sebabnya diorang buat makan-makan sempena ada yang akan resign dalam department diorang..Aku tak ada kena mengena dalam department diorang tapi korang tahu jelah akukan..Terlebih peramah..

Korang jangan tak percaya pakwe aku ni makan tau masakan padang..Dia paling suka makan pucuk ubi tempoyak..Wife dia tengah pregnant..Aku rasa ramai bebeno orang pregnant sekarang..Musim mengawan apa?..kihkihkih..

Thursday, May 26, 2011

Tahniah Pada Adik Aku..

Assalamualaikum semua..

Sorrylah lambat sangat aku nak cerita pasal adik aku konvo ni..Biasalah hantu malas meresap dalam badan aku..Nak buat macam manakan..Kali ni aku bagi satu gambar dulu..Adik aku study kat politeknik PUO kat Ipoh..Dia ambil kos accounting..Dia tiap-tiap semester mesti dapat anugerah dekan..Dia pandai sikit dari aku..

Inilah orangnya..Saja aku bubuh gambar mak dengan abah aku sekali..Abah aku tu berkerut jer..Macam masalah banyak jer..Dia tak tahu anak dia pun banyak masalah..kihkihkih..

Pada hari kejadian tukan..Bermacam-macam dugaan kami hadapi..Nanti aku cerita next entry ye..Tapi alhamdulillah sangat segalanya selesai dengan lancar..Berjaya juga adik aku konvo..Lepas ni turn aku plak..;p

P/S: Korang mesti nak tahu result akukan..Alhamdulillah result aku ok..Lebih baik dari sebelum ni..;p

Tuesday, May 24, 2011

Diva Red Riak Menunjuk

Assalamualaikum semua..

Aku saja tengok keywords kat nuffnang..Kenapalah ada yang cari keyword ni..Aku rasa tak de pun aku cerita pasal ni..Mestilah diorang nak cari diva kitakan redmummy..Berani korang cakap dia macam tu..Aku tak rasa pun dia riak apatah lagi menunjuk..Betul tak?..Siapa setuju ngan aku angkat kaki..haha~


Tapi hari-harikan aku perasan ada je keyword pasal nak putihkan kulit..Rakyat Malaysia ni suka bebeno ye nak putihkan kulit termasuklah yang tengah taip ni..Itu memang naluri setiap insan untuk cantik..Asal putih je cantik..Ye tak?

P/S: Votelah untuk susu dutch lady yang best kat sini..;p

Result UITM Keluar Esok..

Assalamualaikum semua..

Sorrylah korang aku janji nak hapdet malam tadi tapi tak dapat..Zamri tu busy bebeno..Orang lain kahwin dia yang busy..Kawan dia mintak tolong cari van..Zamri angkutlah aku ngan anak-anak sekali..Dia mana boleh tinggal bini dia yang cun melecun ni..haha~

Berbalik pada tajuk esok result keluar..Awal bebeno..Aku rasa baru je habis exam..Tak sampai sebulan teman rasa..Katanya nak selaraskan dengan international punya education..Entahlah tak tahulah aku nak menerangkannya..Tapi untuk diploma je..Budak degree bestlah diorang cuti sampai bulan 9..Jeles2..Aku baru ingat nak berfoya2 tapi tak dapatlah..Berfoya-foya tu jalan-jalan tau..Jangan nak fikir lain plak..

Oklah korang aku tengah serabut sangat ni..Bukan sebab result ye..Benda lain yang aku peningkan..Nanti aku cerita lagi ye..

Body Shop Sale Sale!!!

Assalamualaikum semua..



Jom ramai-ramai serbu body shop..Nak tahu lebih lanjut kat sini..Banyak barang aku nak habis ni..Bolehlah beli kat body shop..Jimat banyak tu..;p

Monday, May 23, 2011

Alhamdulillah..Rezeki Lagi..

Assalamualaikum semua..

Sebenarnya aku macam dah malas nak update blog..Tak tahu kenapa malas sangat..Syaitan mana tah dah melekat kat aku..Sepatutnya habis exam aku banyak masa terluanglahkan..Tapi tak tahulah kenapa malas sangat nak hapdet..

Tapi sejak aku tak hapdet ni ramai pulak yang jumpa aku cakap suka baca blog aku..Terharu mak tau..So, semangat nak hapdet tu kembalilah balik..hehe~

Kononnya aku juga nak buang nuffnang gak sebab aku rasa nak bagi blog aku ni privasi untuk pembaca setia blog aku jer..Tapi tiba-tiba nuffnang bagi aku BE plak..Nampak sangat dia tak bagi aku buang dia..Sekarang aku biarkan jer..Kalau dah memang rezeki aku nak buat macam manakan..;p


Banyak benda aku nak hapdet sebenarnya..Aku baru balik dari Ipoh..Adik aku konvo..Penat sangat..Mungkin malam ni kot aku cite ye..Sambil tengok cerita 'Juvana'..Itupun kalau aku tak tido..hehe~

Thursday, May 19, 2011

RM35 FOR MANICURE + PEDICURE + CLASSIC NAIL ART OR FRENCH MANICURE / PEDICURE AT BEE BEE NAIL

Assalamualaikum semua..


Murahkan..Apa lagi deal kat sini..;p

Monday, May 16, 2011

Khas Untuk Cikgu..

Assalamualaikum semua..

Hari ni hari yang special sangat buat guru-guru kat luar sana..Sempena hari yang special ni aku nak ucapkan "Selamat Hari Guru" buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku..

Semua cikgu sekolah kebangsaan Parit Empat..Terima kasih ajar aku..Dari tak reti membaca sampai reti..Yang tahan perangai aku..Dulu aku nakal sebenarnya..;p

Tak lupa juga pada cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burong..Mengajar aku sampai aku habis SPM..Banyak kenangan kat sekolah tu..Rindu sangat dengan situasi sekolah dulu..

Last sekali untuk lecturer kat UITM..Yang mengajar aku dari semester 1 hinggalah semester 5..Walaupun kita jumpa sekejap tapi banyak membantu aku ni..Terima kasih banyak2..

P/S: Be a Sunsilk Perfectonista NOW! Boleh menang RM35,000..

Thursday, May 12, 2011

Insurans..Perlu ke??

 Sticky post, please scroll down for new entries.

Assalamualaikum semua..

Bagi aku tersangatlah perlu dan penting..Hari ni kita sihat esok lusa tak pasti lagi..Hari ni kita larat lagi nak buat kerja esok lusa plak kita larat ke?..Bak kata pepatah "Sediakan payung sebelum hujan"..Tapi sekarang ni musim panaskan..

Tak kiralah musim panas ke musim hujan ke musim salji ke (sejak bila plak Malaysia ada musim salji ni..hehe) kita semua kenalah sediakan insurans sebelum terlambat..Dekat market sekarang ni macam-macam insurans yang ada..Kadang2 sampai pening nak pilihkan..Aku tak pening sangat sebab kawan aku memang ejen untuk prudential BSN..

Aku amik insurans dengan dia untuk family aku termasuklah abah ngan mak aku..Punca aku ambil untuk mak dan abah aku lepas kematian arwah bapa saudara aku..Dia dimasukkan ke hospital kat salah satu hospital kerajaan..Korang tahu jelahkan kerjaan punya hospital macam manakan..Dengan jagaan nurse yang tengah praktikal..Korang faham-faham jelahkan..Sejak tu aku ambil insurans untuk abah aku..Aku hanya nak yang terbaik untuk abah dan mak aku..

My family

Banyak juga aku dengar yang bila suami meninggal, si isteri terpaksa menanggung hutang dan terpaksa menyara hidup mereka..Si isteri pula tak bekerja..Kalau suami tadi amik insurans mesti ni semua tak terjadikan..So, kepada isteri-isteri yang tak bekerja make surelah suami anda ambil insurans..;p

Sekarang ni juga cuaca sangat tak menentu..Penyakit pun banyak juga yang datang..Macam aku yang tengah selesema sekarang ni..Asyik pergi klinik ulang-alik jer..Tanpa insurans rasanya aku beli panadol je..hehe~So, dekat sini aku memang tekankan sangat pasal kepentingan insurans apatah lagi untuk anak-anak kita..Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan so lebih baik kita persiapkan awal2..

Untuk ambil insurans ni aku rasa korang kena ambil dengan ejen yang betul2 boleh dipercayai..Aku ambil dia bukan sebab dia sekadar kawan tapi kawan aku ni bukan jenis nak paksa-paksa..Kalau kau fikir masa hadapan baik ambil..Nak tahu banyak-banyak pasal benefit insurans ni korang bolehlah tanya kawan aku ni ye..Tanya tak ambil pun tak apa..Kalau ambil lagi bagus..;p

Ni detail2 dia..
Khafiz
017-3277423


P/S: Khafiz, kau kena belanja aku makan ni..:)

Wednesday, May 11, 2011

Dutch Lady's FIRST EVER Milk Election !

Assalamualaikum semua..

Dutch lagi ada memberi peluang pada kita semua untuk mengundi perasa terbaru yang best untuk pasaran..Dutch lady buat semua ni untuk menggalakkan rakyat Malaysia minum susu..Baguskan..Sebenarnya ramai juga yang tak minum susu ni..Antaranya adalah abah aku & makcik-makcik aku..Tak tahu kenapa..Walhal banyak tau khasiat minum susu ni..

Kalau korang semua nak undi bolehlah kesini..Empat flavour yang nak korang undi seperti kat bawah ni..


Undi Jangan Tak Undi..Kat sini tau..

P/S: Aku rasa aku nak undi sweet cornlah..Aku suka jagung..;p

Tuesday, May 10, 2011

Takziah Pada Mereka..

Assalamualaikum semua..

Beberapa hari ini kita semua dikejutkan dengan beberapa berita yang menyedihkan..Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnyakan..Aku cuma mampu berdoa 'Ya Allah,  Kau tempatlah anak-anak ini ditempat orang-orang yang beriman dan berikanlah kekuatan dan ketabahan pada ibu-ibu yang kehilangan anak mereka..'


Takziah pada Wan Azeela Wan Abdullah atas kehilangan puteri-puteri tersayang..


Takziah juga pada Kartika Sari atas kehilangan putera tersayang..Harap anda semua tabah hadapi ujian yang diberikan..

Al-fatihah untuk semua arwah..

Sunday, May 8, 2011

Bulan Senyum

Assalamualaikum semua...

Image by google

Kakak panggil bulan ni bulan senyum..Bila bulan mengambang dia cakap bulan dah tak senyum..Malam tadi dia suruh aku ambil gambar bulan senyum tapi guna h/p aku mana nak clear..Bila bulan senyum dia tengok bulan pun senyum..

Walaupun aku dah ajar bulan tu bulan sabit dia masih lagi nak panggil bulan senyum..Dia kata bulan tu senyum ngan dia..Sweetkan..;p

P/S: kakak, anak dara aku yang first..

My Mum Is Amazing

Assalamualaikum semua..


Yes, my mum really amazing..Love u mak..Aku nak ucapkan 'Selamat Hari Ibu pada semua ibu-ibu diluar sana'..Semoga anda semua jadi ibu yang amazing..;p

Thursday, May 5, 2011

Pembakar Semangat Untuk Belajar

Assalamualaikum semua..

Setiap orang dalam dunia ni bila melakukan sesuatu mesti ada tujuannyakan..Macam tu jugalah ngan aku..Aku belajar pun ada tujuannya..Senang cerita pembakar semangat akulah..

Kawan aku yang belajar full time selalu cakap aku ni bersemangat berbanding dia..Aku cakap dengan dia pembakar semangat aku adalah duit..Kerana duit aku bersemangat nak belajar..Mesti korang fikir aku ni mata duitan..Bukanlah..Aku belajar guna duit sendiri sebab tu aku lebih menghargai..Tak macam student full time yang mengharapkan duit biasiswa, pinjaman atau duit mak abah diorang..Sebab tu diorang kurang menghargai sikit..Bukan tak menghargai langsung ye..


Bukan senang nak cari duit ni tau..Yang belum kerja tu hargailah duit..Jangan enjoy sangat..Selain guna duit sendiri, aku bersemangat nak belajar sebab nak ubah family aku..Aku tak nak family aku dipandang rendah lagi kerana kami miskin harta..Aku ingat lagi susah senang abah aku cari duit nak bagi kami makan dan sekolah..

Aku malas cerita panjang-panjang..Karang aku nangis plak..Tapi yang penting bila aku fikir bab duit memang aku jadi semangat nak buat kerja dan belajar..Dalam dunia ni kalau tak ada duit susah sangatkan..Semua duit..So, sesiapa yang tak ada semangat nak belajar tu bolehlah ikut tips aku ni..Konfem semangat lepas ni..;p

P/S: Jom join race ni boleh menang ipad2, blackberry bold atau ipod touch..Bestkan..!!!

Gigih Nak Cash Out Churp Churp..

Assalamualaikum semua..

Jeles aku tengok ada sesetengah blogger dah cash out churp churp..Serius jeles..Aku entah bilalah pulak..Koranglah tak nak tolong aku..Salahkan orang pulakkan..hehe~

Pada yang belum join churp churp ni cepat-cepatlah join sebab churp churp ni tak susah..Cukuplah ada facebook dengan twitter..Share je link yang dibagi..Sangat senang..Rajin share rajin jugalah duit korang naik..Tak macam aku..Malas nak share..

Korang tengoklah aku punya earning..Tolonglah aku nak cash out ye..;p

So, siapa nak join bolehlah klik sini ..

Tuesday, May 3, 2011

Dah Habis Exam..Yeehaaaaa..!!!!

Assalamualaikum semua..

Apa khabar semua??Aku sihat je..Terlebih sihat kot..Actually aku habis exam hari Sabtu yang lepas..Bukanlah aku tak nak hapdet blog tapi kat kampung aku manalah dapat line internetkan..Bila habis exam lepas tu balik kampung rasa macam nikmat sangat..Dada dan kepala rasa lapang je..

Bila dah kepala lapang maka nafsu makan aku pun lapang juga..Asyik makan je..Lepas tu makanan asyik depan mata je..Memang best hidup aku..Al-maklumlah semua mak sediakan..Rumah sendiri faham-faham dah ler..Nak makan kenalah masak..

Sesiapa yang nak aku update tu ni kira update jugaklahkan..Ada yang telefon, ada yang mesej kat fb, ada yang komen..Terharu mak..haha~

Lepas ni korang jangan muak baca plak ye..;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...