Thursday, June 30, 2011

Bersawang Sudah

Assalamualaikum semua..

Blog aku sudah bersawang..hehe~Kalau boleh memang aku nak tambah sawang lagi tapi hati aku tak berapa nak sedap plak..Minggu ni macam-macam hal jadi kat aku..Urusan pembayaran yuran,pengambilan module dan urusan pindah rumah buat aku penat sangat..Kat ofis pun banyak sangat kerja..Blog memang aku tak pandanglah..Sorry sangat pada yang singgah blog aku tapi aku tak balas kunjungan lagi..InsyaAllah kalau lepas pindah randah semua selesai aku akan kembali berblog dan melawat blog korang..;p


Pagi ni aku ada dapat mesej dari UITM yang mengatakan nama aku tersenarai dalam student yang kena gugur taraf..Gelabah aku..Aku call bendahari UITM tapi sokmo engaged jer..Sabor jelah..Last2 dapat jugak dan diorang kata ada kesilapan berlaku..Diorang suruh abaikan je mesej tu..Lega aku kau..Betul2 buat aku gelabah aku jap..Muka aku pun pucat jer..

Oklah setakat tu je aku nak cerita..Entry pasal rumah next timelah ye..;p 

Friday, June 24, 2011

Belajar Bahasa Isyarat

Assalamualaikum semua..

Kat ofis aku sekarang ni ada 3 orang OKU..Bukan OKU cacat kaki dan sebagainya..Diorang pekak dan bisu..Mula-mula memang susah nak berkomunikasi dengan diorang..Tapi lama-lama aku fahamlah sikit-sikit dan bolehlah berinteraksi dengan diorang..

Membuatkan aku ingin belajar bahasa isyarat sebabnya ada satu hari tu aku sarapan dengan diorang..Aku ni kan jenis banyak cakap tapi bila makan dengan diorang aku rasa aku yang bisu sebabnya diorang berkomunikasi guna bahasa isyarat..Memanglah bahasa isyarat abis dia nak guna bahasa apakan..Aku tak faham sangat bahasa isyarat diorang sebab laju sangat..

Sejak tu aku nekad nak belajar sikit-sikit..Aku buat satu hari satu perkataan..Selain aku belajar dari diorang aku juga belajar online..Banyak tau sebenarnya website untuk belajar bahasa isyarat..Google jer..Sekarangkan dah mudah..Aku share kat korang benda mudah jer..

ANGKA


HURUF


Selamat mencuba korang..Baguskan kita yang normal ni belajar bahasa isyarat supaya diorang tak rasa terasing sangat dengan kita..Lagipun diorang yang OKU ni sangat cantik tau..Kalau korang jumpa mesti tak sangka yang diorang ni OKU..Itulah kuasa Allahkan..

Kakak Yang Kurang Berat Badan

Assalamualaikum semua..

Sorrylah akhir-akhir ni aku jarang update blog..Tak ada mood..Tak tahu kenapa..Mungkin terlalu banyak kerja..Malam bila aku nak update blog broadband ni macam kura-kura plak..Zamri kata nak tukar unifi..Sangat best..Ada unifi aku layan cerita Korea jer lah..;p

Habis introduction aku yang merepek-repek tu..Hari ni aku nak cerita pasal anak dara aku..Jarangkan aku cerita pasal diorang..Anak dara aku tu macam biasa jer menjalani hidup sebagai kanak-kanak yang riang..Dalam riang-riang tu aku mestilah jaga makanan diorangkan..Untuk pembesaran diorang juga..Paling aku jaga ialah bab susu..Walaupun diorang dah tak minum dalam botol aku masih bagi susu kat diorang..Apatah lagi baru-baru ni diorang dapat susu kat Taska..Puncanya kakak kurang berat badan..


Tiap-tiap pagi memang aku kerah anak dara minum susu..Wajib..

Tapikan dalam aku bagi susu semua aku tengok adik jer yang berisi..Kakak tetap maintain kurus..Memang waktu pregnant dia aku tak lalu makan langsung..Minum air pun muntah apatah lagi makan..Mungkin dari dia dalam perut kurang zat..Aku tak nafikan..Teruk sangat waktu pregnantkan kakak sampai masuk hospital..

Kadang-kadang memanglah risau..Bila taska sampai dah bagitahu yang kakak kurang badan aku terus risau..Aku refer kat doktor..Doktor bagilah nasihat..Setiap 6 bulan mesti ambil ubat cacing..Itu memang aku buat..Aku siap suruh doktor remind kat aku..Doktor juga suruh dia ambil appeton lysine..Appeton lysine ni untuk menambahkan selera makan kakak..Kakak kalau makan nasi memang dengan kicap sahaja..Tak nak lauk lain..Cerewet macam Zamri..kihkihkih..


Appeton lysine untuk menambahkan selera makan anak-anak..

Selain tu doktor juga tanya pasal susu..Aku cakaplah diorang minum susu dutch lady..Doktor cakap susu dutch lady pun ok tapi lagi ok kalau kami bagi susu PediaSure..Doktor kata susu tu memang boleh untuk tambahkan berat badan..Dengan kakak yang umur 5 tahun doktor cadangkan minum sekali sehari pun dah cukup..Sebabnya doktor kata susu ni mahal wooo..Tapi benda elok memang mahalkan..Kami akan cuba beli sebab nak tengok kakak naik berat badannya..


Inilah susu yang mahal tu..Dulu, aku pernah bagi juga kat kakak tapi sejak adiknya lahir tak laratlah nak beli susu mahalkan..Dah dua orang yang minum susu..Mungkin sekarang kami akan beli juga untuk kebaikan kakak..Jangan kakak obesiti plak lepas ni..Korang jangan ingat budak-budak tak ada yang obesiti tau..Adik susuan aku kena..Baru sekolah rendah..Nurse yang datang kat sekolah suruh dia diet..Kecil-kecil lagi dah berdiet..Kelakar jer..

Bagi yang ada anak kurang berat badan macam anak dara aku ni bolehlah cuba nasihat yang doktor bagi kat aku ni ha..Yelah kita semuakan nak tengok anak kita sihat..Betul tak..?

Wednesday, June 22, 2011

10 Perkara Hal Yang Sia-sia

Assalamualaikum semua..
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.
5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.
7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.
10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
P/S: Thanks pada Amril yang gonjeng tu email kat aku pasal ni..;p

Tuesday, June 21, 2011

Isteri Nusyuz


Pengertian Nusyuz

Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

Antara perkara-perkara yang menunjukkan ketidaktaatan kepada suami yang dianggap nusyuz itu ialah sebagaimana berikut:

i. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadhi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dan suami tidak memintakan fatwa untuknya.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

ii. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara‘ seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami
berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau tha‘un.

iii. Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

iv. Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit.

v. Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

vi. Isteri mendakwa suaminya telah menthalaqnya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

Hukum Nusyuz Dan Kesannya

Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa isteri yang nusyuz terhadap suaminya hukumnya adalah haram, bahkan dia dilaknat kerana nusyuznya itu kecuali jika dia bertaubat.



(Hadis riwayat al-Bukhari)

Dengan berbuat nusyuz itu, hak isteri terhadap nafkah dan qasm iaitu hak giliran bermalam bagi isteri yang mempunyai lebih dari seorang isteri yang wajib ditunaikan oleh suaminya kepada
isterinya akan gugur.


***Kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal isteri nusyuz dan segala ni..Yang penting bukan aku ye..Mulalah tu nak fikir bukan-bukan..Aku just share untuk pengetahuan semua orang dan untuk tatapan kawan aku yang hadapi masalah ni..Isteri dia dah balik kampung hampir 9 bulan..Bukan dia yang hantar tapi mak bapak dia yang ambil..Bila ajak balik isteri dia suruh tanya mak bapak dia..Anak pun dia tak bagi jumpa..

Puncanya gaduh biasa jer..Biasalah suami isterikan..Aku ngan Zamri pun selalu jugak gaduh tapi tak adalah aku melibatkan orang luar dan perbesar2kan hal tu..Lagi satu isteri kawan aku ni tak boleh nak hidup susah..Nak kata family dia kaya sama jer macam family aku kat kampung..Bukan anak jutawan pun..Entahlah tapi bagi aku 9 bulan tu lama dan boleh dikategorikan isteri nusyuzlahkan sebab dia cuma nak dengar cakap mak abah dia dan tak nak dengar cakap suami..Tapi untuk kawan aku tu better refer kat pejabat agama..

P/S: Bila baca pasal hukum nusyuz ni aku takut sangat..Kenapa ada yang berani lagi buat macam tu..:(

Monday, June 20, 2011

Sayaaaaang Abah..!!!

Assalamualaikum semua..

Selamat hari bapa pada abah aku, pada Zamri dan tak lupa semua bapa-bapa kat luar sana..Jasa-jasa korang semua sangat-sangat kami hargai..Aku tahu aku dah lambat untuk ucapkan tu semua..Weekend aku busy sangat..My MIL masuk hospital..Macam-macam hal jadi..


Bila cerita pasal abah aku ni mulalah aku rindu kat dia..Yelah semalamkan hari bapa tapi aku tak dapat nak sambut bersama-sama dengan dia..Aku dapat call dia jer..Bila aku tanya abah nak apa nanti sebagai hadiah..Abah aku cakap nak kereta..Aku cakap kereta mainan bolehlah..Aku pun tak ada kereta..Lagipun abah aku tu mana ada lesen..Ada hati nak mintak kereta dengan aku..Aku cakap kereta sorong bolehlah aku belikan..haha~

Bila abah mintak macam-macam susahkan kita nak tunaikan..Tapi bila kita semua mintak macam-macam dulu abah kita sanggup lakukan..Itulah abah-abah kita semua..Sebenarnya bukanlah kemewahan yang abah kita harapkan dari kita..Janji kita boleh bahagiakan dia dan boleh jaga dia..Aku rasa itu dah cukup untuk seorang abah perlukan bila anak dia masing-masing dah besarkan..

Korang pernah dengar tak yang kejayaan kita berkat doa ibu bapa kita..Aku pernah dengar seorang jutawan ni boleh jadi jutawan disebabkan berkat doa ibu bapa dia..Sebabnya setiap bulan dia akan bagi separuh gaji dia kepada ibu bapa dia..Nampak simplekan tapi dia punya impak sangat besar..

Sebab tu aku sayaaaang sangat kat abah aku..Bukan sebab dia akan doakan aku jadi jutawan tapi memang aku sayang sangat kat dia..Abah aku banyak berjasa kat aku dengan adik-adik aku..;p

Sebab Musabab Episod Ulangan Kartun BoboiBoy

Assalamualaikum semua..


Aku dah maki hamun dah sebab dah berkali-kali aku tengok kartun boboiboy masih ulangan yang sama jer..Anak dara aku ok jer tapi aku ngan Zamrilah yang hangin semacam..Cerita ni best tapi kalau dah asyik ulangan yang sama aku fed up gak..

Rupanya Animonsta Studios ada menjelaskan dalam blog diorang kenapa siaran boboiboy masih episod ulangan jer..Nasib baik aku tak bako Animonsta Studio ni..kihkihkih..Itulah lain kali jangan nak marah sesedap rasa dulu..Nasihat kat diri sendiri..Kalau korang nak tahu sebab musababnya silalah klik sini ye..

Friday, June 17, 2011

Bersiaran Langsung Dari Subang Racquet

Assalamualaikum semua..


Waktu untuk keluarkan peluh dan lemak-lemak yang ada..;p

Churp Churp Dah Boleh Cash Out Tapi...

Assalamualaikum semua..

Gembira sangat churp churp dah boleh cash out..Dalam kepala ni macam-macam nak beli tapi bila fikir balik macam dapat seribu ye tak..Aku cerita kat Zamri pasal ni dia kata tak payah cash out..Alasan dia aku bukan tak ada duit pun..Dia kata biar banyak sikit baru cash out..Bila dapat banyak barulah boleh beli macam-macam..Bila aku fikir balik betul jugak cakap Zamri..

So, tak jadilah aku cash out..Nak kumpul banyak-banyak lagi..Kalau korang nak join churp churp ni sangatlah senang..Tak ada blog pun boleh buat tau..Janji ada facebook dan twitter..Dah cukup..Nak join sila klik sini..Selamat kumpul duit juga..;p

P/S: It's time to go to Hong Kong..!!!!


Scheduled Post

Assalamualaikum semua..

Sejak akhir-akhir ni aku busy sangat..Dengan kerja ofis yang tak henti-henti asyik ada jer..Memang tak sempat nak update blog pun..Jadi aku dah fikir masak-masak mulai sekarang aku nak buat entry menggunakan cara scheduled post..Aku akan karang malam-malam then aku akan guna scheduled post supaya blog ni tak adalah bersawang lama sangat..

Aku kena berkorban sikit masa rehat aku pada malam hari untuk memastikan blog aku sentiasa terupdate..Namanya nak jadi blogger yang famous macam redmummy..Lagipun redmummy juga menggunakan cara yang sama..Aku rasa..;p

Kelas aku pun dah nak start hari ahad ni..Lagilah hidup aku kembali busy dan kelam kabut..Kelam kabut nak siapkan assignment..hehe~

Untuk pengetahuan korang entry ni pun scheduled post juga..Korang pulak guna cara apa blog sentiasa update walaupun korang busy..Meh share kat sini..Sharing is caring kau..;p

Nasi Goreng Kampung Tak Nak Bilis Satu..!!!

Assalamualaikum semua..

Korang mesti pelikkan nak nasi goreng kampung tapi tak nak bilis..Itulah aku..Kalau aku order nasi goreng kampung mesti tak nak bilis sampai kedai yang biasa aku makan pun dah tahu..Bukan aku tak suka makan ikan bilis..Aku suka tapi kalau letak dalam nasi goreng aku tak suka sangat..Tak tahu kenapa..Pelik aku nak makan bila makan nasi goreng ada bilis..Lain orang lain tekaknyakan..

Inilah nasi goreng kampung tanpa bilis..Favourite aku bila makan kat kedai yang selalu aku pergi..Halwa Seafood namanya..Diorang pun dah kenal kami sebab pelanggan tetap kononnya..Kalau korang pergi kat Puchong korang mesti try kedai ni..Tom yam dia sedap, ikan siakap masak stim pun sedap..Semua sedaplah..Murah pun murah jugaklah..Aku makan ikan siakap stim, tom yam campur untuk 2 orang makan, kangkung masak belacan, telur dadar dengan nasi dengan air jus bagai..Baru RM40+..

Zamri pulak suka makan nasi goreng USA kat kedai ni..Sedap jugak..Daging dia lembut..Cukup rasalah..

Dan tak lupa yang selalu aku order adalah cili padi tanpa kicap..Tak suka juga bubuh kicap sebab masin nanti..

Motif utama nak cerita pasal nasi goreng kampung tak de bilis tapi dah alang-alang aku tolong promotekan kedai ni..Dalam seminggu aku mesti makan kat kedai ni dalam 3-4 kali sebab makanan dia semua best dan yang paling penting sedap..Siapa datang Puchong aku akan belanja dia makan kat sini..;p

Tuesday, June 14, 2011

Traffik Mencanak Naik Gara-gara Gempa Bumi Hari Ini..

Assalamualaikum semua..

Baru tadi aku check traffic nuffnang..Terkejut beruk aku tengok..Beruk pun tak terkejut macam aku..Traffic untuk blog aku hari ni sehingga pukul 4.00 petang hampir 700..Aku memang terkejut sebabnya tak pernah-pernah sepanjang aku berblog traffic sampai gitu sekali..Mungkin bagi yang otai-otai dalam blog tak heran pun..Ala baru 600++ belum 6,000 pun..Tapi aku heran..;p


Korang percaya tak setelah tengok ini..Aku masih tak boleh percaya..Traffic aku hari-hari biasa dalam 100++ jer..Niat aku untuk update gempa bumi ni bukanlah untuk mengejar traffic tapi untuk pengetahuan semua orang supaya berhati-hati terutama family aku..Risau kau..Siapa tak sayang familykan..

P/S: Aku masih teruja dengan traffic hari ini..;p

Gempa Bumi Lagi..Kat Sini Pun Rasa Goyang Juga..

Assalamualaikum semua..

Gempa lagi..Sama juga macam pagi tadi..Dekat Sumatera Utara..Kali ni 5.7 skala ritcher..Semua orang kat ofis aku turun kat bawah sebab dah dua kali rasa kot..Takutlah kan..Malang tidak berbau..Aku terus telefon mak aku..Rumah mak aku dekat area pantai..Dia kata rasa gegaran lepas tu siap keluar pergi shopping barang dapur..Apalah mak aku ni..

Aku pun call Zamri..Zamri tu macam tak ada perasaan jer..Dia kata tak rasa pun..Malas aku cakap dengan dia..Macam tak ada perasaan jer..Membebel plak aku..


Korang nak tahu lebih lanjut boleh check kat sini..Korang rasa gegar ke apa ke cepat2lah check kat sini..

Gempa Bumi 14 Jun 2011

Assalamualaikum semua..


Pagi ni kat ofis aku ada rasa gegaran sikit..Tapi aku tak rasa pun..Mungkin aku masih atas motor..Cepat-cepat aku check dekat Jabatan Meteorologi Malaysia..Memang ada gempa sederhana bermagnitud 5.5 skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 pagi..



Korang nak tahu lebih lanjut boleh check kat website Jabatan Meteorologi Malaysia..;p

Friday, June 10, 2011

Happy Birthday To My Lovely Daughter, Sefia & Happy Annivesary To Us..

Assalamualaikum semua..

Sepatutnya semalam birthday kakak @ Sefia tapi mamanya lupa sebab ada masalah lupa yang sangat teruk..Lagipun semalam aku demamlah..Korang nak tahu macam mana aku ingat..Tiba-tiba Zamri bagi mesej wish happy annivesary kat aku..Dari situ baru aku ingat hari ni anniversary aku yang ke-6 dan semalam birthday kakak yang ke-5..Senang sekali sambut..;p

Mama harap kakak akan jadi insan yang berjaya didunia dan akhirat..Mama juga doakan kakak sentiasa ceria dan jangan nakal-nakal..Dengar cakap papa dengan mama ye..;p

Untuk annivesary kami ni aku harap dan berdoa semoga jodoh kami panjang hingga ke akhir hayat..Terima kasih banyak-banyak pada Zamri yang selama kita kahwin ni sangat2 bersabar dengan aku yang selalu drama queen ni..Bukan queen control ye..Aku sporting sangat..Aku selalu moody..Selalu banyak kerenah..Rajin sangat layan aku yang banyak sangat permintaan yang tak betul..haha~
Love u forever & ever..

Tuesday, June 7, 2011

Semangat Nak Exercise..!

Assalamualaikum semua..

Korang ingat tak entry aku pasal aku kononnya aku nak exercise main badminton..Tak ingat pun tak pe..Tak istiqamah pun exercisenya..Tapi kali ni aku semangat balik sebabnya office aku buat latihan badminton setiap hari Jumaat malam..Bukan aku jer yang bersemangat Zamri pun sama..Dia siap beli racket yang baru..Baru jer semalam dia ambil kat kedai tu..Dia beli untuk aku sekali..Sebelum ni kami pakai racket cap ayam..Pernah dengar tak?

Image by google

Semalam dah rasmikan dekat depan laman jer..Bunyi memang sedap..Tak sabar nak tunggu hari Jumaat ni..Tapikan yang sedihnya ada orang cakap aku makin berisi..Aku cakap dengan Zamri pasal ni..Zamri cakap senamnya seminggu sekali makannya 3 tan..Mana tak berisi..Lagi aku sedih..Hampeh punya laki..Sabor jelah..

Aku harap kali ni aku istiqamahlah buat exercise..Aku nak sihatkan badan aku juga..Kalau kat rumah tu asyik baring jer..Asal baring jer mesti terlelap..Alasan je sebenarnya malas ye dok..Jom ramai-ramai kita senam..Amalkan hidup sihat..Kalau suruh aku joging memang kirim salam..Main badminton oklah..;p

Ice Room

Assalamualaikum semua..

Ramai bercerita pasal Ice Room ni..Cerita diorang membuatkan air liur aku meleleh sekali..Diorang kata aiskrim kat Ice Room memang best2..Dah namanya Ice Roomkan mesti ada aiskrim..Selain aiskrim diorang cerita ada makanan lain juga..Yang bestnya ada spagethi..Aku memang giler spagethi..Zamri pun..Aku rasa hujung minggu ni aku nak ajak Zamri pergi Ice Room..

Gambar curi kat sini..

Gambar ni pun curi kat sini..Siapa tak meleleh tengok aiskrim macam ni..

Setahu aku Ice Room ni ada dekat Damansara dengan Nilai..Tak tahulah Zamri nak pergi yang mana sebab Nilai pun dekat ngan rumah aku..Damansara plak jalan memanjang jem..Kalau aku prefer Nilai walaupun kena bayar tol sebab aku tak suka jem..Membuang masa jer..

Sesiapa bermurah hati nak belanja aku kat Ice Room aku amat alu-alukan..;p

Monday, June 6, 2011

Monday Blues

Assalamualaikum semua..

Aku rasa semua orang tengah hadapinya..Aku pun..Selalunya aku tak macam ni tapi tak tahulah hari ni..Mungkin sebab aku balik kampung..Tak puas duduk kampung lagi dah kena balik bandar..Ayat tak boleh blah..Lagi satu aku penatlah..Aku balik kampung drive sendiri..Zamri pergi Kedah jadi DRIVER rombongan kahwin..Sajer je highlight driver tu ye..



Semalam, sebelum tidur aku suruh Zamri bubuh koyok kat belakang badan aku..Sakit sangat..Zamri cakap mengalahkan orang yang pergi Kedah..Biasalahkan..Aku mana biasa drive jauh-jauh ni..Badan pun manja semacam..Mengada2 orang cakap..Padahal bukan jauh mana pun..Sekinchan je pun..haha~

Aku tak suka Monday sebab Monday je aku penat..Korang plak?..;p

Lauk Yang Simple Tapi Sedap..!!

Assalamualaikum semua..

Hari ni nak cerita pasal makanan pula..Banyak-banyak lauk yang sedap kat dunia ni..Tak boleh tahan dunia kau..Aku paling suka lauk ni..Lauk ni simple tapi memang sedap..Kalau korang tengok aku makan lauk ni korang mesti cakap aku ada bela jin ke hantu..Aku akan makan bertambah-tambah..Air liur aku pun dah meleleh sekarang ni..;p


Resepinya pun simple jer..Janji ada bilis, bawang dengan cili besar atau cili padi..Senangkan..Petang ni aku rasa nak makan lagilah..hehe~

P/S: iPad 2 EVERY week for the month of June! 

Friday, June 3, 2011

Kenapa Orang Melayu makan Dengan Tangan?

Assalamualaikum semua..

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu......

P/S: Aku selalu makan guna tangan kecuali makan mee dan benda bersuplah..Tapi yang paling aku tak suka ada jer orang akan pandang serong bila kita guna tangan..

Thursday, June 2, 2011

Sikit Jer Lagi..

Assalamualaikum semua..

Pagi ni aku check churp churp akaun aku sangat teruja..Sikit jer lagi mahu cash out..Untuk pertama kali aku akan cash out..Selepas tu aku mahu kumpul..Dapat banyak baru best sikitkan..Tips cepat jer naik duit tu senang sangat..Kena rajin share..Itu je senang sangat..

Nak register churp churp kat sini..


P/S: Kalau korang rasa korang cute kliklah sini..;p

Tazkirah - Kenapa Kita Di Uji

Assalamualaikum semua..


Tazkirah pagi khamis..;p

KENAPA AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... - Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12



P/S: Sebelum aku baca tazkirah ni aku rasa macam nak putus asa tapi sejak semalam aku baca tazkirah ni aku tidak akan berputus asa..Mungkin Allah memberi dugaan pada aku..Tq pada kawan aku Amril bagi tazkirah ni..;p

Wednesday, June 1, 2011

Muka Aku Macam Pelakon..Kembang Sih..

Assalamualaikum semua..

Pagi ni aku rasa macam berada di awangan sebabnya ada visitor datang ofis aku cakap muka aku macam pelakon..haha~

Mula-mula aku gelaklah..Aku cakap dulu ada orang cakap muka aku macam penyanyi sekarang ni pelakon pulak..Aku malu orang macam tu..Lepas tu jadi kembang semangkuk punggung aku ni ha..Mulalah nak perasan sokmo..

Korang rasa ada ke muka aku ni macam pelakon?..Jujur dan ikhlas ye..;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...