Friday, July 29, 2011

My First Cheque From Churp Churp



Assalamualaikum semua..

Setelah berhempas pulas melawan penyakit akhirnya hari ni aku dapat berita gembira..Aku dapat cheque dari churp churp..Sangat gembira..Tak terkata kau..Cheque pertamalahkan..Itu yang excited terlebih..Hilang sakit perut aku tapi sekejap jelah..Lepas tu sakit balik..;p


Sesiapa nak join churp churp ni bolehlah klik sini..Memang berbaloi-baloi..Senang plak tu..Just share je link dia bagi kat facebook & twitter..Kalau tak percaya trylah..;p

Thursday, July 28, 2011

Dugaan

Assalamualaikum semua..

Sekian lama aku tak hapdet blog..Bukan malas ke hape tapi korang tahu jelah minggu ni hidup aku penuh dengan aktiviti..Bila banyak sangat aktiviti badan aku pun terkejut mulalah penyakit pun datang..

Penyakit yang datang kali ni aku rasa paling teruk dalam hidup aku..Malam semalam aku diserang gastrik yang teruk sampai aku terguling2..Tak pernah rasa macam ni..Double sakit plak bila aku kena cirit birit dan muntah2..Lebih 20 kali aku ulang alik ke toilet..

Satu malam aku tak boleh tidur..Pepagi aku suruh Zamri bawak aku pergi klinik..Doktor kata pakej penyakit aku kena ni..Doktor kata punca aku kena gastrik sebab aku ada ambil ubat yang kacau perut aku..Ye memang betul aku makan ponstan pagi kelmarin sebab sakit kepala sangat..Doktor kata untuk orang yang ada gastrik ni tak boleh simply makan ubat..Kena minta nasihat doktor..

Manalah aku tahu..Taubat aku..Lepas ni aku tak akan simply2 makan ubat..Sakit kau kena gastrik..Baring kanan tak kena baring kiri tak kena..Seumur hidup aku inilah paling teruk aku kena..

Pasal cirit birit ngan muntah tu doktor cakap aku kena keracunan makanan..Tak pasti makanan mana yang buat aku keracunan..Samada makanan kat training atau makan kat cafe ofis aku tu..Entahlah..

Inilah ubat yang aku kena telan..Banyakkan..Bila kaunter ubat bagi aku pun terkejut..Mana taknya double penyakit aku kena..

Bila sakit ni barulah nak muhasabah diri..Banyak dosa agaknya..Allah nak kurangkan dosa aku ngan bagi penyakit..Aku redha..;p

Friday, July 22, 2011

Super Duper Busy Weekend


Assalamualaikum semua..

Weekend ni aku tak rehat lagi..Aku dah nampak planning macam2 ada..Malam ni main badminton as usual..Balik sampai pukul 1..Ohh lebam..

Sesubuh Sabtu kena bangun nak pergi Putrajaya..Ada karnival 10,000 langkah sehari..Tunggang terbalik aku rasa balik dalam pukul 10.00 pagi..Lepas tu kena balik Melaka ada kenduri doa selamat..Kena gotong royong lagi sebab rumah mertuakan so kena tunjuk rajin..Nasib baik balik hari..Syukur sangat..;p

Balik Melaka aku rasa tengah malam..Esoknya kelas..Nasib baik ada 2 kelas..Start pukul 10.00 pagi habis pukul 4.00 petang..Bila masanya aku nak rehat ni????

Hari Isnin dan Selasa aku kena pergi training kat Bukit Tinggi tu..OMG..Bayangkan betapa stress dan penatnya haku..


Gaduh Baik Gaduh Baik..

Assalamualaikum semua..


Kali ni nak cerita pasal anak dara aku plak..Makin membesar aku rasa makin macam ragam..Yang paling ketara sekali sekarang ni suka bergaduh..Biasanya bergaduh berebut barang..Walhal semua barang kami dah beli sorang satu..

Macam malam tadi yang kakak koyakkan buku warna adiknya..Adik mengadu nangis2 ngan aku..Bila aku nak marah diorang dah gelak2 terbahak..Itu yang aku malas nak marah..Baru nak marah dah baik..Lepas tu gaduh balik..Baik lagi..Aku pun malas dah..Zamri je suka marah2..Mungkin dia tak faham feel anak dia lagi..Aku dah terlebih faham..;p

Sekarang ni anak dara aku dah pandai demand2..Diorang nak kasut raya yang tinggi macam mamanya..Nak warna merah plak tu..Hadooii..Itulah anak dara aku..


Thursday, July 21, 2011

Aku Tak Pernah Naik Binatang Ni..:(

Assalamualaikum semua..


Hari ni banyak betul aku baca kat blog orang cerita pasal naik train dengan lrt bagai..Aku sedihlah sebab seumur hidup aku tak pernah naik binatang ni..Kesian haku..

Bila aku ajak Zamri naik binatang ni dia cakap dah ada kereta nak buat apa naik binatang ni..Hokeyy..Malas aku nak ajak orang macam ni..So, sesiapa nak naik binatang ni silalah ajak aku..**Tetiba buat muka comel**Nak rasa gak naik binatang ni..Nanti kalau dah ada pengalaman boleh cerita kat cucu2 aku..;p

Jom Ramai-ramai Join Karnival 10,000 Langkah Sehari MY Sihat

Assalamualaikum semua..


Yup..Aku join..Sebab aku nak sihat..Jomlah korang join..Kalau sesiapa nak jumpa aku bolehlah jumpa kat sana..Budget macam artis plak..Lagipun aku suka aktiviti macam ni..Aku suka hidup aku dipenuhi dengan aktiviti..;p

Zamri tak pergi pun..Dia kata dia dah terlebih sihat..Lagipun sebelum subuh kena ada kat sana..Confirm anak dara aku belum bangunkan..Elok juga Zamri tak pergi boleh jaga anak dara tu..Sementara tu mak dara nak berfoya-foya..haha~

Wednesday, July 20, 2011

Makanan Pasar Malam Pilihan Kami

Assalamualaikum semua..

Makanan pasar malam aku rasa yang best setakat ni..Tak payah booking2 tempat segala..Sedap plak tu..Tak layan spagethi ke pizza ke lasagne ke..Cewah..Konon bila breakfast nak spagethi jugak..haha~


Aku senaraikan ye makanan pasar malam pilihan kami sebabnya malam ni ada pasar malam kat rumah aku..Tak sabarnya..;p

Jagung bakar..Wajib ada..Nak tambahkan lemak lagi..

Keropok lekor kegemaran semua..

Bakso yang menjadi favourite aku..Sedap tau bakso kat pasar malam rumah aku..

Tak lupa yong tau foo..Favourite aku jugak..;p

Satay juga jadi mangsa pelahap kami anak beranak..Yang penting lebih sedap dari satay kajang..

Last sekali wajib ada cendol..Semua suka cendol..

Macam mana aku nak laksanakan program diet aku ni bila asyik terkenangkan makanan semua ni..Aduss..

**Gambar semua by google..

Tuesday, July 19, 2011

Damn Tired!

Assalamualaikum semua..

Tuan tanah kedaung ni cuti sakit semalam..Migrain datang lagi..Mungkin sebab aku tak cukup rehat dan tidur..Weekend aku pun tak rehat langsung..Hari Sabtu ada kenduri doa selamat dan tahlil..Habis pukul 12 lebih..

Balik-balik lif rosak tetiba..Kena gigih naik tangga sampai tingkat 5..Sampai rumah bersihkan make up segala terus tidur..Esok nak pi kelas..

Hari Ahad pergi kelas dengan muka 18 hari tak mandi sebab muka tak cukup rehat..Semester kali ni UITM buat kelas kat Fakulti Seni Bina, Perancangan Dan Ukur..Selalunya kat INTEC..Berapa banyak tangga aku kena rempuh untuk sampai kat blok C..

Sampai kelas tercungap-cungap..Pagi2 dah senam memang aku cergas jer hari tu..Lecturer pun tak banyak cakap bila aku sampai lambat..Aku kelas sampai petang..Drive sendiri..Zamri malas nak hantar..Sampai rumah dah nak maghrib sekali tengok lif rosak lagi..Aku kena gagahkan diri untuk naik sampai tingkat 5..Kuruslah peha aku macam ni..Berapa banyak tangga aku kena naik ni..Kalau dikira agaknya dah boleh sampai batu caves..;p

Walaupun semalam doktor suruh aku rehat tapi aku tak dapat rehat sepenuhnya pun..Anak dara tu buat bising jer..Macam mana aku nak tidur..Diorang kalau aku ada kat rumah mana nak pergi taska..Aku acah-acah nak hantar dah nangis tersedu2..

Hari ni aku rasa badan aku lesu sangat..Aku perlukan rehat..Nak cuti lama-lama boleh?..Boleh aje bos aku lepas tu aku kena bercuti selama-lamanya..haha~

Friday, July 15, 2011

Make Up Itu Penting..;p



Assalamualaikum semua..

Fakta tau bukan auta..Buktinya semalam aku pergi popular kat IOI Mall sementara tunggu nak buka puasa..Aku nampak novel Kasih Yang Suci..Aku dah pegang novel tu..Tiba-tiba aku teringat yang foundation bb cream aku dah abis lorr..

Kerana make itu penting dalam hidup Siti Hajar maka aku terus letak novel Kasih Yang Suci itu..Aku nak minta tajaan dari sugar daddy @ Zamri takut dia marah sebab anak dara dah pow dia dulu..Macam2 buku diorang beli..

Lagipun semalam juga sugar daddy aku dah taja kasut sukan,stokin dan tracksuit aku nak pergi training tu..Rasa macam melampau nak suruh dia taja novel tu plak..Yang penting aku tak nyesal pun sekarang ni sebab MAKE UP ITU PENTING..;p


**Sorry ye Seth Tan aku tak beli novel kau..haha~


Thursday, July 14, 2011

Alhamdulillah..Fazura Berhasrat Untuk Kekal Pakai Tudung Selepas Drama Tahajjud Cinta

Assalamualaikum semua..




Cantikkan Fazura..Dia tak pakai tudung cantik apatah lagi dia pakai tudung..Tersangatlah cantik..Korang tahu jelahkan aku memang suka kat Fazura ni..Apa-apa berkaitan dengan dia memang aku ambil tahu dan bila tahu dia berhasrat nak kekal pakai tudung aku mengucapkan syukur sangat..

Fazura jangan risau..Sebagai salah seorang peminat Fazura saya menyokong sangat tindakan Fazura..Jangan risau orang nak kata hapa pun..Abaikan..;p

Kena Pergi Training..*sob*

Assalamualaikum semua..

Tiba-tiba semalam dapat emel dr HRD yang aku kena pergi Training..Sedih meninggalkan anak dara & Zamri selama 2 hari tetapi gembira sebab training tu kat Selesa HillHomes Resort, Bukit Tinggi..OMG..!!!

Lepas tu kan part yang paling best..Group yang pergi kali ni geng2 bas sekolah aku..haha~Lawak jer..Abaikan ok..

Part sedih plak aku kena tinggalkan anak dara 1 malam..Tadi gembira sekarang sedih plak..Diorang kalau siang aku tak ada tak pe tapi kalau malam diorang tak boleh..Diorang akan tunggu kat tingkap depan tunggu aku balik..*sob..sob..sob*

Semangat Raya!



Assalamualaikum semua..

Aku tahu terlalu awal untuk bercerita pasal raya..Puasa pun belum lagi..Puasa ganti pun ada hutang satu hari lagi..InsyaAllah minggu ni habislah..Lepas tu aku nak pulun makan banyak2 sebelum nak puasa..;p


Untuk pengetahuan korang aku dah siap pun persiapan nak raya..Aku tak suka bab preparation nak raya buat last minute..Baju raya semua awal-awal dah tempah..Hujung bulan ni siap..Baju anak dara tu aku beli siap jer..Shopping sikit2..Janji tema sama..Baju aku jer kena tempah bagai..Kasut jer tak boleh beli sekarang..Kalo beli sekarang gerenti aku dah pakai..Kasut anak dara tak bolehlah beli sekarangkan..Karang tak muat plak..


Langsir pun aku dah tempah..Langsir aku dah 2 tahun tak tukar so tahun ni wajib tukar..Aku kalau boleh sebelum puasa semua barang dah ada..Senang kepala hotak aku..Tak payah fikir-fikir lagi..Duit raya plak mula-mula puasa aku nak tukar..


Kalau pasal perabot segala tak adalah tiap tahun nak tukarkan..Kitorang bukan anak jutawan pun..So, korang punya preparation raya dah buat ke belum?



Wednesday, July 13, 2011

Skema itu HOT..Suka blog dier..;p



Assalamualaikum semua..

Siapa tak kenal dia nikan..Liliana dari Skema itu HOT..Sebenarnya lama dah aku jadi silent reader dia ni..Dia suka bagi review produk yang dia pakai..Tips2 penjagaan muka, rambut..Lagipun dia ni lawa sangat..Suka tengok dia..Banyak entry pasal kecantikan kat blog dier..Kalau korang nak tahu pasal kecantikan bolehlah ke blog dia..Sangat best..;p


Aku jadikan blog dia sebagai reference terutama bab nak cantik..Produk apa yang best..Masker yang best..Blog dia sangat-sangat membantu..Dan yang buat aku kagum dengan dia sebab dia student law..Aku memang kagum sangat dengan student law..Semester ni aku ada subjek law..Aku rasa tersangatlah susah sebab tu aku kagum dengan diorang yang belajar law..Boleh diorang belajar law setiap semester..Aku yang baru semester ni jer ada law dah susah hati..;p

Ni kira tips jugaklah ye..Sebab aku bagi korang reference yang paling senang..Aku nak buat review tersangatlah malas..Apapun jom ke blog Liliana..=)

Kecewa Sangat Dengan Sikap Manusia..:(



Assalamualaikum semua..

Ye..Sesungguhnya aku kecewa dengan sikap manusia..

Suka berjanji tidak ditepati..

Suka berkira walaupun itu memang tanggungjawab dia..

Tidak tahu tanggungjawab atau berpura-pura tak tahu..

Tiada ilmu agama tapi tidak pernah berusaha untuk belajar agama..

Suka mengungkit-ungkit..

Ya Allah, berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi orang ini..

Tuesday, July 12, 2011

Mutiara Kata Untuk Hari Ini..;p


Assalamualaikum semua..

"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

Renung-renungkan dan selamat beramal..;p

Monday, July 11, 2011

Tenangkan Fikiran..

Assalamualaikum semua..

Korang nak tahu tak kat mana aku tenangkan fikiran?Aku tenangkan fikiran kat bawah ni..;p


Fikiran aku akan tenang bila aku bau duit..Mesti korang cakap aku mata duitan..Tak kisah janji duit tu duit aku..Janji aku tak tipu duit orang..Siapa tak tenang fikiran bila dapat duit ye dok..

Hari ni Zamri ada masukkan duit lagi untuk aku..Bahagia dan tenangnya dapat bau duit..haha~

The new Vios G Limited and Vios TRD Sportivo Yang Buat Aku Terliur..

Assalamualaikum semua..

Merata-rata aku tengok iklan new vios ni..Kat NuffnangChurpchurp..Melelehlah tengok..Siapa tak nak kereta barukan..Aku pun nak..Kereta vios ni salah satu kereta idaman aku ni..Plak tu yang baru ni ala-ala sporty sikit..Memang buat aku mengigau siang dan malam..Apa pulak yang korang rasa bila tengok vios baru ni??


Korang nak tahu lebih lanjut pasal roadshow dan harga kereta vios baru ni silalah klik SINI..

Monday Blues..Mulakan Hari Anda Dengan Senyuman Yang Sangat Manis..;p

Assalamualaikum semua..


Aku tahu semua orang tengah monday blues termasuklah aku..Weekend ni asyik rehat jer kat rumah..Gara-gara BERSIH semua orang tak berani keluar..Area rumah aku parking pun penuh jer..Hari ahad aku tak keluar sebab Zamri plak demam..Member aku cakap ikea lengang..Kalau aku tahu memang aku akan pergi jugak..Jarang aku pergi IKEA lengang..Ye dok?

Apapun marilah kita hadapi hari ini dengan senyuman yang manis..Pakcik kat atas tu mewakili aku senyum..;p

Sunday, July 10, 2011

Transformers..Terbaiklah..!!!

Assalamualaikum semua..


Aku dah tengok cerita ni..Memang gempaklah cerita ni..Sebelum aku tengok cerita ni ada kawan aku post kat wall dia yang cerita ni tak best..Kawan aku tu mungkin tak tengok cerita ni part 1 & 2 sebab tu dia kata tak best..Bagi aku yang dah tengok cerita ni tersangatlah best..Tak puas tengok sekali..Lepas ni cd keluar aku nak beli jugak..

Aku dapat tengok cerita ni dengan harga yang sangat murah..Aku tengok hari Rabu dan bukan 3D..Anak aku bukan nak sangat pakai speak 3D sebab tu aku cari yang tiada 3D..Last2 anak dara aku tidur..Diorang tak kisah pun bunyi bising2..Lena je tidur..Wayang pun penuh jer..Semua orang nak tengok cerita transfomers ni aku rasa..

Siapa tak tengok lagi aku rasa tersangatlah rugi..Apalagi jom pergi tengok bagi yang belum tengok lagi tu..Nak ajak aku pun ok gak..Tapi korang belanja..;p

Satay Kajang Yang Mengecewakan

Assalamualaikum semua..


Hari tu Zamri bawa kami makan satay kajang kat Kajang..Selalunya kami makan satay kajang di Awan Besar tapi kali ni nak kelainan sikit..Memang lain dari yang lain..Ini pandangan aku ye..Bagi kami ni adalah kali pertama dan kali terakhir kami pergi sana..Suasana, makanan semuanya serba tak kena..
Parking tersangatlah susah..Kami ambil masa dekat 1 jam mencari parking..Pihak pengurusan patut ambil tindakan pasal parking ni..Kebetulan waktu tu memang aku tengah kebulur..Dengan mencari parking bagai jadi tension sangat..

Bila dah dapat parking satu masalah pulak timbul bila kena cari meja plak..Orang jangan cakaplah terlalu ramai..Dan aku tak suka suasana macam tu..Meja sangat-sangat rapat..Akhirnya kami dapat meja juga tapi kami kena cari meja lain pulak sebab meja kami duduk tu tak ada nombor..Kalau tak ada nombor mungkin apa yang kami pesan tak akan sampai..

Kami dapat meja tapi meja kitorang mengadap tempat orang cuci pinggan mangkuk..Tekak aku mulalah rasa lain..Bila makanan sampai lagi sekali kami terkejut..Satay tu macam biasalah..Kami order nasi goreng biasa dengan mee goreng tapi sangat mengecewakanlah..


Nasi goreng yang kami order..Harganya RM4.50.Nasinya sangat sikit..Memang tak sesuai dengan harganya..Zamri cakap patutlah boleh kaya..Berniaga macam ni..


Mee goreng yang aku order..Mee dia sangat sikit..Harga RM3.50..Rasa mee ni macam kau makan mee bubuh sos..

Malam tu memang kami makan agak kelam kabut sikit sebab tengok ramai orang mencari tempat duduk..Lagipun suasana terlalu ramai membuatkan aku tak selesa nak makan..Tempat kami plak mengadap tempat cuci pinggan segala..Memang aku makan tak berapa nak selera..Pulak tu mungkin kerana terlalu ramai orang diorang tak lap pun meja..Seluar kakak kotor sebab kerusi dia penuh dengan kuah kacang..

Tempat ni memang aku tak suggestkan..Kalau nak makan satay kajang pun better pergi kat awan besar..Kat sana suasana dia tersangatlah ok..;p

Thursday, July 7, 2011

Sales Sales & Sales Lagi

Assalamualaikum semua..

Merata tempat aku pergi semua buat sales..Sales untuk raya gamaknya..Puasa pun belum lagi..Baru-baru ni aku pergi IOI Mall untuk bayar bil maxis..Meriah jer aku tengok ada Home Furnishing Fair..Lepas tu tiba-tiba ada plak jerit-jerit kata 'Happy Hour'..Aku tak heran pun..Aku sales-sales ni aku tak berapa sangat sebabnya aku pernah kena kot..Aku pernah kena tipu dengan sales kat salah satu shopping complex terkenal gaklah..


Kalau kita rasa tertipu better bawak ke tribunal pengguna..Bayar dalam RM5.00 tak silap..Aku tak pernah buat sebab waktu tu aku tak tahu kewujudan tribunal pengguna ni..Kalau tahu macam-macam kes aku nak bawak terutama kes digi khianat aku..Nama aku jadi blacklist dalam mana-mana telco..Hampeh tul..

Menyimpang jauh aku dari tajuk..hehe~Akukan suka mengarut..Kalau boleh macam-macam aku nak cerita..Takut korang plak tak larat nak baca..Kalau orang perempuan ni cerita pasal sales mesti sukakan tapi kewangan plak tak mengizinkan..Tul tak?Aku sekarang mengamalkan konsep berjimat sebab nak kumpul duit nak beli banglobang..;p

Wednesday, July 6, 2011

Bila Puasa

Assalamualaikum semua..

Hari ni aku puasa..Puasa ganti..Sebelum korang bebel kat aku ye aku tahu dah lambat nak ganti tapi nak buat macam mana aku suka buat last2 minute..Tak semua benda ye..Setelah sekian lama baru aku nak start puasa balik..Sangat-sangat susahlah..Macam-macam dugaan..Aku ingat nak masuk kelas ngaji tadi tapi kepala aku sakit sangat..Mungkin angin dah naik kepala..Tu yang asyik nak naik hangin jer..Aku tidur jap..;p

Tapikan korang bila puasa nikan macam-macam benda aku fikir nak makan bila buka nanti..Semua benda kalau boleh aku nak makan..Aku rasa dari pagi aku tengok resepi jer..Mungkin nafsu makan sudah menguasai aku..haha~Mana taknya kalau aku tak puasa aku asyik makan jer..

Aku senaraikan benda yang aku nak makan dan minum bila buka puasa nanti..


Aku nak minum air teh bunga..Tapikan korang kalau bukan bulan puasa susah nak cari air nikan..Tak kira aku nak jugak..Beli dalam tin sudah..;p


Aku nak makan roti john gak..Kalo bulan puasa benda ni wajib ada..Mana ada orang jual bukan bulan puasa ye dok..


Nasi ayam aku nak makan gak..Dah lama tak makan nasi ayam..Makan kat chicken rice pun ok gak ni..Memang bikin aku terliur..


Last sekali untuk pencuci mulut aku teringin nak makan onde-onde ataupun buah melaka..Dah lama tak makan..Sedapnya kalau dapat makan..

Malam ni kami nak tengok transformers kat Summit USJ..Mungkin aku akan buka puasa kat sana..Apa ada kat sana ye?Adakah yang aku inginkan diatas ada kat sana?...;p

Sumber gambar oleh encik google..

Kelebihan Bulan Syaaban

Assalamualaikum semua..
Bulan Syaaban akan bermula dari 3 Julai 2011 hingga 31 Julai 2011. Marilah kita banyakkan amalan di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
P/S : Jom kita beramal..;p

Cekodok Jepun @ Takoyaki

Assalamualaikum semua..

Korang pernah makan tak cekodok jepun @ takoyaki..Sangat sedap tau..Mula-mula kawan-kawan ofis aku yang kenalkan aku dengan benda ni..Tekak aku mula-mula macam tak boleh terima tapi sejak aku rasa dekat carrefour area rumah aku terus aku jatuh cinta..Lalu je wajib beli..;p


Dia tengah buat cekodok jepunlah ni..Halal tau korang sebab yang buat ni orang melayu kita..Owner kedai dia pun melayu..Dia cakap dia belajar buat takoyaki ni..Aku sebenarnya malu nak ambil gambar kesuluruhan kedai ni sebab tu gambar atas ni je ada..Akukan pemalu orangnya..haha~ 


Macam-macam perisa ada..Aku suka octopus..Unagi tu belut tau..Takut ada yang tak tahu nanti..


Inilah cekodok jepun @ takoyakinya..Korang mesti terliurkan..Masalahnya aku pun terliur sekarang ni..Zamri pun suka..Kalau aku nak beli mesti dia suruh beli 2 set..Dia pun dah jatuh cinta..;p

Korang wajib try..Aku tak tahu sangat kat mana je ada benda alah ni..Selain carrefour Puchong kat Sunway pun ada..Area kat Jusco..Lain tempat aku tak tahu..Selamat mencuba ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...