Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya

**Sticky post untuk beberapa hari jer..

Assalamualaikum semua..


Sempena syawal yang akan menjelma kami sekelurga mohon maaf kepada semua..Tak kira para pembaca blog aku atau kawan2 semua..

Hati-hati juga balik kampung ni..Jangan bawak laju2 tapi tekan habis..haha~Janganlah dengar nasihat aku ni ye..

Kali ni giliran kampung aku..Seronok sangat..Once again Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga..;p


P/S: Sebenarnya gambar ni beberapa tahun yang lepas..Lappy aku problem so ni je gambar yg ada kat pc aku..

Thursday, August 25, 2011

Yeay..Dapat Duit Raya..!!


Assalamualaikum semua..


Silalah jeles..Aku mak orang pun dapat duit raya..Seronok sangat..Tak sangka kau..Yang paling tak sangka amount dier..

Duit raya aku dapat bukan dari Zamri atau mak abah aku..Dari seseorang yang sangat bermurah hati..

Alhamdulillah sangat rezeki mencurah-curah akhir2 ni..Mungkin rezeki anak2..;p


Shopping Raya

Assalamualaikum semua..

Aku rasa dah 18 kali shopping baru aku nak cerita kat blog kot..Sebelum ni shopping barang aku memang tak sempatlah nak ambil gambar bagai..Excited terlebih..;p

Malam kelmarin aku pergi IOI Mall untuk shopping lagi..Barang Zamri ngan anak dara jer tak settle lagi..Kami memang suka pergi kat sini sebab dekat dan kami dah biasa kat sini..

Jom layan gambar..Gambar dari hp aku so tak berapa nak jelas sebab aku pakai hp cokia jer..

Waktu ni aku alihkan perhatian anak dara sebab Zamri ngah pilih und**wear..Jadi, anak dara ni tak boleh tengok gambar yang seksi meksi..Karang mulut diorang macam2 tanya..

Zamri kalau pilih apa2 memang lama..Bosan gak waktu ni menunggu dia..Last2 tak beli pun..Beli kat tempat lain..Buat penat jer..

Lepas tu kasut dia plak..Nasib baik dia dah usha lama kasut ni so bila sampai try terus beli..

Barang-barang yang kami beli setakat malam ni jer..hehe~

Sambil aku tunggu Zamri tengok seluar jeans bagai aku makan takoyakilah..Kongsi dengan anak dara..

Dalam jusco sementara tunggu Zamri jugak mencari barang2 elektronik dia baik kami bertiga berurut..Lagi best..


Actually korang mesti tengok kitorang semua nak beli baru ye..Kami jarang2 nak beli barang macam ni kecuali time nak raya..Bukan niat membazir tapi setahun sekali beli barang memang patutlah kan..;p

Wednesday, August 24, 2011

Fly Fly Fly To US



Assalamualaikum semua..

Dah tentulah bukan aku..Jadahnya aku nak pergi sana nak raya nikan..Belum ada rezeki lagi nak pergi sana..Hari Sabtu lepas aku pergi KLIA hantar anak saudara Zamri nak pergi study kat US..

Kebetulan waktu tu Zamri ada keje buat aircond kat Klang so memang kelam kabut sikit nak pergi KLIA..Bila sampai sana semua orang dah ada..Mak mertua eden pun ada ha..Ramai beno orang kat KLIA ni..Tak tahu kemana diorang nak pergi..Orang banyak duitkan..Aku jer tak der duit..Pergi KLIA hantar orang je..;p


Yang tengah tulah nak pergi sana..Kebetulan merah plak sama ngan haku..

Tak banyak gambar sebab kami tertinggal kamera dalam kereta..Kelam kabut sangat..Zamrilah macam apa jer..Lepas tu marah aku plak tinggalkan kamera..Sabar jelah..Flight Azim ni sebenarnya pukul 3..Kitorang sampai dalam pukul 11 lebih..Oklah kan..

Aku dengan kanak-kanak riang yang tak mahu duduk diam..

Semua orang cakap nasib baiklah tertinggal kamera kalau tak penuh gambar aku berposing di KLIA..Akukan sawan bergambar..haha~

Untuk Azim, maksu doakan awak selamat kat sana..Belajar rajin2..Balik mesti bawak something tapi bukan minah salleh..;p


Tuesday, August 23, 2011

Berbuka Puasa Di JM Briyani, Subang Jaya


Assalamualaikum semua..

Akhirnya ada juga orang nak belanja aku berbuka puasa makan nasi briyani..Sangat best..Kakak Zamri yang belanja..Bila Zamri tanya nak menu apa dah tentulah aku pilih lauk kambing..Bila orang belanja ni apa jadahnya makan ayam atau daging..Mesti pilih yang jarang2 kita makan..Confem ada orang takut nak belanja akulah tu..haha~

Kitorang sampai sini dalam pukul 7.00..Jalan jem sangat sebab ada kereta terbalik kat area USJ..Bila sampai makanan semua dah terhidang..Buat aku terliur jer..Sambil tunggu waktu berbuka puasa aku pun ambillah gambar..

Macam-macam ada..Lauk ayam,daging,kambing semua ada..

Untuk anak dara kami order ayam tapi kakak tak nak..Dia nak kambing..Nasib baik aku order kambing..Aku share dengan kakaklah..

Air bandung soda ni lagi mahal dari makanan yang ada kat sini..

Bila kakak ipar aku nak bayar dia terkejut gak dengan harga air bandung soda ni..Kami order 3 jag..Cer korang teka berapa harga 3 jag ni??

RM120.00 jerrrrr..

Walaupun bukan aku yang bayar tapi aku rasa memang mahal kau..Makanan tu aku fahamlah..Nasi briyanikan..Plak tu sedap tapi harga airnya tak patut2..

Nasi briyani kat sini memang sedap..Puas hati kalau makan..Aku bulan puasa ni nasi makan sikit jer tapi untuk nasi briyani ni aku makan satu pinggan sampai licin..Diet tak layan..Sebenarnya kira berjaya jugak tau aku buat macam tu..Bulan puasa ni je aku dah turun berat sampai 4 kilo..Semalam aku timbang..Seronok sangat..Rasa macam nak melompat tapi sedar diri aku ni mak orang..;p


Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya


Assalamualaikum semua..


Hari Ahad aku berbuka kat rumah kakak aku kat Sg buloh sebabnya anak dara aku kakak aku yang jaga..Aku ada kelas Zamri plak pepagi buta dapat call ada emergency kat DBP..Katanya ada paip pecah kat tingkat 15..Banjir katanya..Wajib pergi sebab dia yang handle projek tu..

Lepas habis kelas aku ajaklah Zamri pergi bazar..Takkan nak berbuka rumah orang tangan kosong je kan..Bazar kat area rumah kakak aku ni banyak warga asing..Tetiba aku rasa macam aku ada kat Jakarta..haha~

Tengah-tengah aku jalan berhimpit-himpit tetiba aku rasa diri aku kena tolak dengan sangat kuat..Nasib baik Zamri pegang aku..Bila aku pandang budak yang tolak aku..Aku rasa umur dia dalam 6-7 tahun tapi badan dia besar..Budak tu siap pandang aku macam tak puas hati macam aku yang tolak dia..Aku tergamam..Dan paling aku tak sangka budak tu berkali2 pandang aku macam tak puas hati..Macam aku yang bersalah..Aku terus tak terkata apa2 pun..Zamri pun macam tergamam gak..

Automatic aku terus tengok mak dia..Dalam kepala hotak aku ni terfikir mak dia tak ajar berbudi bahasa dengan orang tua ke??

Semalam plak aku pergi Jusco kat IOI Mall..Tetiba budak perempuan terlanggar aku sebab dia kena kejar dengan abang dia tapi that girl say "sorry auntie" sambil senyum..Aku pun senyum balik dan kata tak pe..Aku tergamam jugak dan automatic juga aku tengok mak dia..

Dan aku mula berfikir mesti mak dia ajar berbudi bahasa dengan orang..Tak kira tua atau muda..Sebab aku belum tua..;p

Daripada situasi yang aku sebut ni betapa pentingnya kita ajar anak kita berbudi bahasa dari kecil..Sangat2 penting supaya anak kita nanti membesar dengan sopan dan santun..Tak susahkan nak ajar anak kita perkataan maaf dan terima kasih..Ye dak..




Saturday, August 20, 2011

Peristiwa Yang Memalukan

Assalamualaikum semua..

Semalam kami pergi ke pasaraya nak beli barang-barang untuk berbuka puasa..Aku ingat nak masak spagethi..Macam-macam aku ambil..Bukan untuk masak spagethi je shampoo segala aku ambillah..

Dah habis ambil barang semua turn kami untuk bayar..Semua dalam 200++..Zamri pun nak bayar sekali dia kata duit tak cukup..Dia tanya aku..Sorrylah aku kalau shopping pasaraya kecil2 ni manalah aku bawa dompet..Takut kena ragut..Alasan je kan..

Aku tanyalah Zamri takkan awak tak tahu duit awak ada berapa..Tiba-tiba dia tepuk kepala..Dia kata dia dah guna duit yang dia keluarkan beli barang aircond..Dia dapat job buat aircond..

Aku dah geleng kepala waktu tu..Tengok belakang ramai betul yang beratur..Tiba-tiba aku rasa malu sangat..Kononnya nak cover malu aku pun tanyalah guna kad kredit boleh..Budak cashier tu cakap mesin kad kredit rosak..Lagilah malu berdouble2..

Atm pun mana ada area pasaraya tu..Terpaksalah cakap ngan cashier tu separuh barang terpaksa pulangkan..Tak jadi beli..Mesti ramai ngata kitorangkan..Nasiblah..Lepas tu aku bukan main laju keluar dari pasaraya tu..Malu kot..Confirm lepas ni aku tak g pasaraya tu..

Kat dalam kereta mulalah kami gaduh..Zamri salahkan aku dan aku pun salahkan dia..Last2 kami gelak..Buat malu jer..Moral kat sini kalau nak beli barang tu checklah dulu duit tu ye..Ni tak main ambil jer barang2..Lagi satu jangan nak tinggalkan dompet macam aku..Kononnya tak nak bayarlah..Kan dah dapat kemaluan..

Lepas buka puasa kami keluar balik beli barang kat carrefour plak..Kali ni kami check dulu duit ada ke tak ada..Takut jadi kemaluan lagi..;p

Thursday, August 18, 2011

Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif

Assalamualaikum semua..


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

P/S: Favourite lagu aku sekarang ni..Rasanya semua orang kot..;p

Mana Mak?

Assalamualaikum semua..

Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak….semoga ianya tidak berlaku kepada kita ye..

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, Along mana?
Mak jawab, Ada di dapur tolong siapkan makan.
Ayah tanya Mak lagi, Angah mana?
Mak jawab, Angah mandi, baru balik main bola.
Ayah tanya Mak, Ateh mana?
Mak jawab, Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?
Ayah tanya lagi, Adik dah balik?
Mak jawab, Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, Mana Mak?
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, Tak tahu.
Ayah tanya Angah, Mana Mak?
Angah  menonton tv.  Angah jawab, Mana Angah tahu.
Ayah tanya Ateh, Mana Mak?


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 




Ateh  menjawab, Entah. 


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, Mana Mak?
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.




Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.




Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 


Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.



Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 



Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 



Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, Mana mak?.
Hanya Adik yang jawab, Mak dah tak ada. 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 



Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 


Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 



Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "



Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    


Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?


P/S: Sangat sedih..Harap-harap kita bukan golongan anak-anak yang macam ni..Renung-renungkan dan selamat beramal..;p

Wednesday, August 17, 2011

Plan Berbuka Puasa Bersama Mak Mertua Eden


Assalamualaikum semua..

Hari ni aku cuti..Cuti sempena Nuzul Quran..Yang tak cuti tu selamat bekerja ye..Tetiba rasa untung jadi warga Selangor ni..;p

Sempena cuti hari ni Zamri ajak kami semua berbuka puasa kat rumah mak mertua aku..Sehingga hari ni kami belum berkesempatan berbuka rumah mak mertua aku lagi..Zamri pepagi lagi dah keluar tukar tayar baru sebab tayar kereta dah botak sangat..Siap basuh kereta lagi..Semangat nak balik kampunglah tu..

Aku ingat hari ni nak siapkan assignment tapi rasanya tak dapat kot..Takkan orang lain tengah berperang kat dapur aku sibuk ngadap laptopkan..Pulak tu rumah mertua..Haruslah tunjuk rajin..hahaha~
Oklah korang next entry nanti aku cerita pasal berbuka puasa kat sana ye..Menu apa semua..Korang doakan aku selamat sampai dan selamat balik udahler..
 

Tuesday, August 16, 2011

Birthday Zamri Yang Ke 27



Assalamualaikum semua..

Minggu lepas birthday Zamri..Tak boleh bagitau hari apa..Atas permintaan..Dia ajak berbuka puasa kat luar..Dalam hati aku cakap birthday aku buka kat rumah jer..Sebenarnya permintaan aku gak..hehe~Zamri tanya makan kat mana..Aku laju je cakap nak makan kat secret recipe sebab dia yang nak belanja..

Seharusnya aku yang belanja ye dak tapi haku ni mana banyak duit..Lainlah macam Zamri dia orang business..Kalau haku belanja makan kat kedai Halwa jer..haha~

Dalam pukul 6.00 aku pun googlelah kat mana secret recipe yang paling dekat dengan rumah haku..Sebenarnya banyak choice tapi kami nak shopping sekali so kami prefer kat Jusco Equine Park..

Sampai je sana dalam pukul 7.00 malam tapi nasib baik kau secret recipe banyak lagi tempat kosong..Cepat2 kami order makanan..Takut lambat plak makanan sampai..Tapi secret recipe kat Jusco Equine Park ni cekap..Makanan kami sampai sebelum azan..Senarai makanan kami order silalah scroll ke bawah..;p


Zamri yang order..Dia tak boleh kalau buka puasa tak makan nasi..

Zamri punya gak..Sajer tayang 2 kali..Kasi korang terliur sikit..Dia order air tembikai..

Aku punya makanan..Tom Yam Kung..Sedapnya..

Lagi sekali tayang..Ohh sedapnya..

Satay ni adik punya..Sedap gak tapi korang tahu jelah harganya..

Kakak punya..Dia order yang ni sebab ada udang jer..

Kurma yang dibagi..Free jer..Selain kurma setiap hidangan diorang bagi air sirap..
Aku cuma belanja Zamri kek..Itupun aku beli satu slice jer..Sebab confirm nanti tak habis..Kek birthday aku hari tu pun bawak ofis..Orang yang tak puasa bedal kek aku..Licin plak tu..

Thanks pada Zamri belanja kitorang makan mahal-mahal..Dia punya birthday dia plak belanjakan..Kami (wakil anak dara sekali) doakan papa murah rezeki dan panjang umur..;p

Adab Mendengar Azan



Assalamualaikum semua..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya 
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa 
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat 
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik 
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut'

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

'Hendaklah 
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah 
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' 

Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan 
Diri,

jangan berkata apa-apa pun semasa azan 
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib 
Menghormati azan Banyak fadhilatnya

Jika lagu 
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan 
Diri. 
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? 
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah 
Akan kelukan lidahnya ketika nazak .. Kita takut dengan 
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita 
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang 
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika 
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan 
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama 
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah 
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian 
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' 
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .' 

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ...

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, 
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah 
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan 
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan 
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, 
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir 
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa 
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik 
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan 
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar! 

P/S: Aku selalu praktikkan semua ni dekat rumah dan alhamdulillah anak dara tu kalau azan dia akan bangun dan diam..Habis azan terus dia tadah tangan walaupun dia tak tahu doa selepas azan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...