Thursday, September 29, 2011

Membaca Amalan Mulia..;p


Assalamualaikum semua.. 

Baru-baru ni aku dapat kupon MPH dalam RM100..Kawan aku yang bagi..Dia bagi kat aku sebab aku suka membaca dan suka beli buku especially untuk anak dara tu..Kalau korang nak tahu anak dara aku banyak sangat koleksi buku diorang..

Hasil dari kupon tersebut..Actually semuanya dalam seratus lebih aku cuma topup yang lebih tu jelah..;p
Aku memang suka baca novel..Tak kira novel apa pun..Novel hantu pun aku baca gak..Tapi novel yang aku beli tu belum baca lagi..Lepas habis exam baru nak baca..Plastik pun belum bukak lagi..

Untuk anak dara memang aku ajar dari kecil supaya suka buku..Alhamdulillah diorang kalau ada masa akan buka buku diorang..Tak kira untuk colour atau buku aktiviti ataupun buku cerita..Buku cerita confirmlah aku bacakan..Diorang tak reti baca lagi..Masih dalam proses kenal huruf dan belajar ejaan..

Siapa2 yang ada kupon MPH ke Popular ke bagilah kat aku ye..Boleh buat beli novel lagi..Membacakan amalan yang mulia..;p

 

Breakdown Punya Pasal


Assalamualaikum semua.. 

Hai korang..Sorrylah lama tak update..Ikut hati nak tunggu sampai exam habis tapi kesian kat korang asyik baca entry dah basi jer..;p
 Berbalik pada tajuk Sabtu yang lepas kami semua nak menghadiri jemputan open house..Dalam perjalanan ke USJ memang dah rasa gear kereta problem..Zamri cakap selepas pergi Puncak Alam terus balik..Siap call abang Zamri suruh repair hari Ahad tu..

Tup tup lepas balik dari Puncak Alam lagi teruk langsung tak boleh masuk gear..Lagi2 jalan jem plak nak balik Puchong..Kami lari dari jem tu tapi sampai Subang Jaya jem jugak..Last2 pasang double light..Abang dia nasihatkan kami berhenti kat tepi takut gearbox pecah plak..

Lepas tu kami pun tunggulah abang dia datang..Suruh dia tengok apa yang rosaklah..Nasib baik abang dia mekanik..Sambil tunggu tu kami call ejen insurans kereta tanya pasal towing..Ejen bagi no insurance semualah..

Bila abang Zamri datang memang dia kata kereta ni tak boleh jalan..Kena tarik jugak..Kalau jalan clear ok tapi hari tu memang merata jalan jem..Aku rasa semua orang pergi open house agaknya..Last2 kami call insurance suruh towing tarik kereta kami..

Kami tak tunggu lama lepas tu towing pun sampai..Aku rasa tak sampai 15 minit..Aku puji etiqa punya servicelah..Bolehlah tahun depan ambil etiqa insurance lagi..Free plak tu service diorang bagi..

Buat pertama kalinya aku naik kereta lepas tu towing yang tarik..Jatuh vogue mak..haha~Dengan panasnya lagi..Anak dara tu pun berpeluh2..Tapi alhamdulillah yang penting kami sampai ke rumah dengan selamat..

Esoknya Zamri ngan abang dialah repair kereta tu..Rupanya clutch pad yang pecah..Terbanglah duit almost RM450..Aku tak rasa sangat sebab semua tu duit Zamrilah..

Sebenarnya pada hari tu banyak lagi rumah yang kami nak pergi tapi disebabkan kereta breakdown semua rumah tu tak dapat kami jejaki..Minta maaf sangat..Tahun depan jemputlah lagi..Jangan serik jemput kami ye..;p


Wednesday, September 21, 2011

Latest Update


Assalamualaikum semua..

Sorry sangat tak hapdet..Busy study for my final exam..Esok first subjek..Korang doakan aku ye..Esok subjek local government in Malaysia..Kena ingat sejarah dan kronologi semua..Aku dahlah tak berapa gemar sejarah..

Tapi aku tanamkan dalam hati suka sejarah..Kalau benda yang kita tak suka selalulah cakap yang kita suka insyaAllah nanti kita suka benda tu..Aku belajar dari pengalaman..Since aku study public administration ni banyak benda aku tak suka macam account, math & sejarah2 nilah..Tapi bila aku mula belajar mulalah aku rasa subjek2 ni sebenarnya senang jer..

Asyik cerita pasal exam je ye..Bosan gak aku..Semalam baru aku tengok akaun nuffnang..Rupanya dah boleh cash out..Tapi aku tak cash outlah..Nak simpan banyak2 sikit..Aku nak ucapkan pada Nuffnang yang tak putus2 BE dia bagi kat aku walaupun aku jarang update sejak kebelakangan ni..Sayanglah Nuffnang..

OKlah korang setakat ni jelah aku rasa nak hapdet..Nak hapdet lebih2 tapi aku rasa lebih baik aku study..MASA ITU EMAS..
Babai korang..;p




Monday, September 19, 2011

Hantu Bonceng Terbaek..


Assalamualaikum semua..

Aku tahu dah lambat nak cerita tapi nak cerita gak..Hari Rabu minggu lepas aku tengok cerita ni..Ramai kata cerita ni best..So, aku bookinglah pada hari Rabu yang lepas..Aku suka tengok wayang hari Rabu sebab tiket murah lorr..

Aku dengan Zamri jarang2 sekali nak tengok cerita melayu kat wayang tapi kali ni nak tengok kat wayang..Tak sabar nak tunggu CD..Berbaloilah cerita ni aku tengok kat wayang sebab best sangat..Aku bagi 5 bintang..;p


Sebenarnya bukanlah bohsia jadi hantu..Kalau korang nak tahu pegilah tengok..hehe~

Dalam cerita ni diorang sweet sangat jadi couple..

Aku tak tahu cerita ni masih ada lagi ke idak kat panggung tapi memang tak rugi kalau pergi tengok..;p


Sunday, September 18, 2011

Cuti Yang Panjang..


Assalamualaikum semua..

Mesti korang tertanya-tanyakan kemanalah aku pergi tak hapdet blog pun..Sebenarnya tak kemana pun..

Busy aku mengalahkan PM..PM pun tak busy macam aku..hehe~Tak dinafikan sejak akhir2 ni aku busy sangat..Itu tak pelahkan..Memang aku dapat gaji dari situ..

Seminggu yang lepas ni aku tak berapa sihat sangat..Demam batuk selesema bagai..Kali ni paling teruk aku rasa..Aku tak boleh tidur langsung sebab tak boleh bernafas sangat..Sampaikan aku tidur duduk..Dah macam kerja jaga aku rasa..

Macam-macam ubat aku makan..Semua tak jalan..Tak tahu kenapa..Pelik sangat demam aku kali ni..Tapi alhamdulillah hari ni sihatlah sikit..Boleh bernafas macam biasa..

Tiba-tiba gusi aku plak bengkak..Sangat sakit..Nak makan pun tak selera sangat sebab gusi bengkak..Nak pergi klinik malas..Minggu ni minggu klinik bagi aku..Kekerapan datang klinik membuatkan aku malas nak pergi lagi..

Tahun ni aku rasa tahun sakit bagi aku..Tahun2 sebelum ni MC aku sangat2 sikit..Tak sampai 5 hari pun..Tapi tahun ni banyak sangat MC aku..Nak buat macam manakan dah memang sakit..
Mungkin ini dugaan aku..Dahlah minggu depan aku nak exam..Minggu ni langsung aku tak tengok buku langsung..Sakit punya pasal..

Dah beberapa hari aku tak tengok blog..Follower aku bertambah..Dah mencecah 1000..Alhamdulillah..Terima kasih sangat pada yang sudi jadi follower aku..Lagi2 yang rajin baca blog ni..Sayang koranglah..;p

I'm Back..;p


Assalamualaikum semua..

Miss me..??Tak ke? Sedihnya..Sob..sob..sob..

Lepas ni Insyaallah aku akan update macam biasa cuma aku akan buat scheduled post memandangkan aku akan exam..hehe~

Wednesday, September 7, 2011

Bakal Model..;p


Assalamualaikum semua..


Cer korang tengok gambar kat atas ni..Anak dara aku dah pandai posing ala-ala model..Aku tak tahu dia belajar mana..Ada bakat kot..kihkih..

Bila aku transfer gambar ni ke laptop..Terus aku berkenan gambar ni sebab adik pandai posinglah..Lentok2 gitu..Pakai baju kebaya merah plak tu..Feeeewwwiiit..


Kenapa Kejam Sangat Ni Sampai Nak Raya Pun Tak Boleh..

Assalamualaikum semua..

Balik-balik je dari raya tengok ada pengumuman kat i-class uitm..Ada bengkel untuk kami..Dah macam bengkel2 UPSR, PMR & SPM bagai plak aku rasa..

Bengkel diorang buat tiap2 minggu plak sebelum exam..Sadis betullah..Macam mana aku nak beraya sakan ni..Nak bawak mak abah beraya lagi..Weekend jelah free kot nak beraya..

Sebenarnya aku dah nak exam pun..Aku start exam 22/9..Lepas ni mungkin kurang aku nak hapdet sangat..Nak study giler2 sampai jadi giler..haha~

Doakan aku ye..Nak start study mulai malam ini..Malam tadi aku study 1/2 jam jer sebab sampai rumah dah pukul 11.00..Tidur lewat2 mata pun dah rupa PANDA..Mata panda pun tak macam mata aku..;p



Tuesday, September 6, 2011

Cerita Hari Raya

Assalamualaikum semua..

Sekian lama aku tak hapdetkan..Raya sakan gamaknya..Tak hingat benda lain dah..Ingat raya jer..;p

Raya aku macam biasa jer..Sama je macam orang lain..Cuma tahun ni aku excited terlebih sebab raya kat kampung aku dulu..Kebetulan kakak aku pun ada sekali..Seronok sangat sebab semua ada..

Yang paling best kitorang bekerjasama menyediakan hidangan untuk baraan atau marhaban kat kampung aku..Kelam kabut semua adalah terutama abah aku..Sampai aku cakap relakslah bah..

Hari raya kedua aku dah balik Melaka tapi sekejap jer sebab mak mertua aku pergi Penang nak menyelesaikan masalah..Zamri ajak balik Sekinchan petang raya ke-3..Aku sukalah..Rasanya seminggu raya ada kat kampung aku jer..haha~

Gambar raya pertama..Semua ada haa..
Raya tahun ni tema merah..
Anak dara tu aku belikan kebaya warna merah..Meletup gitu..Aku pakai baju kurung jer..Tak mahu yang ada fesyen2..Niat sebenar kalau pakai baju kurung ni boleh cover perut yang melantak pada raya pertama..;p

Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita tapi cukuplah kali ni jer..Nanti aku cerita lagi..Sesiapa yang nak jemput aku pergi open house rumah korang tu silakan..Tapi lembah Klang je lah..Kalau sampai Sabah Sarawak nak ajak aku tu kenalah kirim tiket sekali ye..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...