Saturday, October 29, 2011

Hari Sabtu

Assalamualaikum semua..



Hari ni hari Sabtu ye..Macam semua orang tak tahulah kau ni..hehe~

Apa aktiviti korang?Aku hari ni duduk rumah jer sebab Zamri ada kerja kat PD..Bila kerja rumah semua dah siap aku pun ngadaplah laptop layan drama korea online..Tak lupa jugak update bloglah..

Sepatutnya hari ni aku ada kat satu tempat..Semalam ada orang call dari Esso, Meru call aku kata aku dapat lucky draw..Aku memang selalu isi minyak kat sana otw nak balik kampung aku..Aku gatal tangan hantar resit..Kononnya nak cuba nasib..Tak sangka dapat tapi tak dapat pergi sebab Zamri guna kereta..

Hari ni diorang ada buat event untuk meraikan customer yang selalu isi minyak kat situ..Tu yang diorang buat lucky draw..Siap ada makan free lagik..Rasamas tau..Aku dah pernah makan kat situ..Sedap gaklah makanan Rasamas ni..

Pagi tadi diorang call lagi..Dia nak aku datang gak..Tapi aku cakap dengan diorang memang aku tak dapat datang..Hadiah menarik agaknya..Rasa rugi plak tak datang..Mana tahu diorang nak bagi aku Ipad 2 ke..Laptop ke..Tak pelah bukan rezeki akulah tu..

Hope korang semua happy hari ni..Aku nak sambung tengok drama korea..Babai korang..;p


Friday, October 28, 2011

Mentarang Bakar

Assalamualaikum semua..

Weekend yang lepas aku balik kampung..Lama dah tak balik since raya hari tu..Hari Ahad kami nak pergi melawat atuk ngan nenek aku kat Simpang Lima, Sungai Besar..Sepanjang jalan merata orang jual mentarang..Last2 aku paksa Zamri berhenti salah satu stall yang jual mentarang bakar..

Family kami tak makan mentarang ni..Pernah masak rasanya macam pelik..Tapi, kak ijan dan kak fizah pernah beli mentarang bakar dan aku rasa sedap plak..Sebab tu aku paksa Zamri beli..Aku nak bagi semua orang rasa mentarang bakar ni..

Mentarang tengah dibakar..

Mentarang mentah lagi..Kami tak beli pun..

Part paling best pemilik gerai ni sediakan tempat makan yang agak best bagi aku..Tepi sungai..Sambil makan sambil nikmati pemandangan ikan yang dibela..
Bila letak jer mentarang bakar ni dalam pinggan kejap jer licin..Semua orang suka..Tak sangka aku..Aku dah kata sedap semua tak percaya..

Korang semua bolehlah cuba makan mentarang bakar kalau kebetulan lalu kat sini..Dari Sekinchan ke Sungai Besar merata orang jual mentarang ni..Gerai ni juga jual makanan lain macam nasi lemak, cucur udang juga..Air tebu pun ada..Tebu memang diorang tanam sendiri kat sebelah tu..Gerai Faridah tak silap haku..

Lepas tu boleh terus pergi Sungai Besar shopping kat sana..Syurga kainlah kat Sungai Besar..;p






Thursday, October 27, 2011

Pelangi Selepas Hujan


Assalamualaikum semua..

Image by google

Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat… 

Puas kita menangis…

Menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita… 

Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..:)


P/S: Waktu nak ambil anak dara nampak pelangi yang cantik sangat..Bila tengok pelangi kita rasa tenang jerkan..

Peluk Isteri Jangan Tak Peluk ye Wahai Suami Sekalian..;p



Assalamualaikum semua..


Khas untuk Zamri dan suami2 diluar sana..=)


Khasiat memeluk isteri kita dan pelukan suami untuk isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.


P/S: So, lepas ni rajin2lah peluk isteri ye..Lepas ni aku nak suruh Zamri peluk aku jer..Boleh turunkan berat badan dan untuk awet muda..Tak payah susah2 diet ye dak..;p




Aktiviti Sempena Cuti Deepavali


Assalamualaikum semua..

Best sangat cuti semalamkan..Kalau boleh hari ni tak nak keje ye dak..Kenapa cuti dibagi sehari jerr..Cubalah bagi 2 hari ke..Tunggu aku jadi perdana menterilah ye..Tapi tak tahu bilalah..haha~

Semalam aktiviti aku berjalan jer..Kononnya aku dah berangan nak tidur tapi Zamri ajak temankan dia pergi Ampang pergi rumah kawan dier katanya wayering problem..Pergilah..Angkut anak dara tu sekali..Semestinyalahkan..Mana aku nak campak diorangkan..

Lepas siap jer terus aku ajak dia shopping..Nak beli barang keperluan sikit..Aku ingat nak pergi Jusco tapi Zamri ajak pergi Tesco sebab ada kupon belum guna lagi..Oklah ikut je..Isteri mithalikan..

Sampai sana jer terasa perut lapar plak padahal pagi tu aku dah makan nasi lauk sardin semalam punya..Perut aku cepat hadam gamaknya..Tu yang asyik lapar jer..Alasankan..Lepas tu anak dara pun lapar bukan aku jerr..Bagus anak aku..;p

Nasi Ayam untuk anak dara aku..

Aku makan ni jer..Taklah makan yang berat2..Itupun Zamri dah geleng2..

Aku suruh posing elok2 tak mahu..Udahnya inilah resultnya..Budget comel lettew..

Kakak sopan sikit..Waktu ni menunggu Papanya beli air..

Tak bestnya sekarang ni kan Zamri jaga makan sangat..Dietlah..Sekarang ni dia pergi gym bagai..Kononnya nak kurus..Dulu bila aku diet dia paksa aku makan..Sekarang ni aku plak yang melantak lebih..Macam ada saka..Abah aku pun takut tengok aku makan..Mana taknya satu hari lebih 5 kali makan kot..Tak agak2 langsung..

Lepas balik dari Tesco aku ajak Zamri jejak orang yang jual Takoyaki yang selalu aku beli kat carrefour tu..Dia dah tutup kedai kat carrefour..Kawan aku cakap dia bukak kat luar carrefour..Nasib baik jumpa..Terus order 2 set..Ambik ko..Makan lagi..Zamri dah tak terkata waktu ni..

Ngam2 masuk kereta jer hujan lebat plak..Anak dara pun dah tidur..Terus ajak Zamri balik..Zamri kata elok pun hujan kalau tidak tak tahu apa aku beli lagi..Balik terus ngadap tv ngan laptop..Update bloglah..Sekarang entry aku semuanya schedule punya..Tiap2 malam aku karang..Aku tak nak kacau waktu kerja..Kononnya nak jadi pekerja yang berdedikasi..;p

Itu jelah aktiviti aku sempena cuti deepavali ni..Sebelum aku lupa nak ucap "Happy Deepavali" pada semua kawan aku yang beragama Hindu..Balik kampung tu hati2..;p


Wednesday, October 26, 2011

Kisah Benar



Assalamualaikum semua..


Siapa tengok drama Soffiya?..Mesti tahukan apa yang dilalui oleh Soffiya waktu zaman dia sekolah..Bapa dia rogol dan dera sampai dia melahirkan anak..

Baru2 ni aku balik kampung dan adik aku cerita apa yang berlaku kat kampung sebelah kitorang..Cerita benar yang membuatkan aku ternganga lama..Aku sangka cerita tu hanya di kaca tv tapi tak sangka ia berlaku di dunia realiti sebenarnya..

Seorang bapa rogol anaknya dari umur 12 tahun hingga 16 tahun..Kantoi baru2 ni sebab budak tu dah mengandung..Emak dia dah cuba lindungi anaknya tapi maknya kena pukul..Apatah lagi bila maknya nak minta bantuan orang kampung bapaknya pukul emaknya sampai tak boleh bangun..Sebijik cerita drama Soffiyakan..

Cerita ni kisah benar ye cuma tak dapat liputan dalam berita..Aku tak tahu nak cakap apa..Bagi aku orang sekarang ni makin ramai yang gila..Kurang iman pun ye jugak..Kalau betul kau gersang sekali pun pergilah kahwin lain ataupun kau cari je ayam..Merata tempat ada..Janganlah anak kau, kau rogol..Kalau anak tiri aku faham gak tapi anak kandung kot..

Dunia nak kiamat agaknya..Harap2 kita semua ambil iktibar dari apa yang berlaku sekarang ni dan moga kita dijauhkan dari orang2 macam ni..Amin..




Wordless Wednesday - Suasana Kampung


Assalamualaikum semua..


Rindu sangat dengan suasana kampung..Korang?


Tuesday, October 25, 2011

Itik Angsa

Assalamualaikum semua..

Kelmarin on the way dari kampung nak balik Puchong nampak sekumpulan angsa..Zamri panggil angsa tu "ITIK ANGSA"..Aku cakaplah yang itik is itik..Angsa is angsa..Dia kata aku salah..Dia siap kata aku tak tahu sebab aku tak bela "ITIK ANGSA" ni..

Bagi aku first time aku dengar orang panggil angsa ni dengan nama ITIK ANGSA..Kami siap berdebatlah dengan pendapat masing2..Dia suruh aku tanya semua orang..Aku salah ke Zamri yang salah?

Untuk pengetahuan semua ni itik ye..

Dan yang ni angsa bukan ITIK ANGSA ye..
So, apa pendapat korang?


Cerita Pasal Contact Lens


Assalamualaikum semua..

Sebenarnya dah lama aku peram cerita ni..Ingat nak peram lama2 tapi tak jadi hapa pun..Ingat boleh jadi makanan..Best gak kan..

Before raya aku ada beli contact lens..Sebab utama rabun dan sebab kedua dah tentulah nak melawa time rayakan..Sengaja beli colour coklat..Gambar bawah ni waktu aku pakai lens..

Mula2 nak pakai agak susah sikit..Mata agak sepet tu yang susah sikit..Tapi sekarang ni dah terror..;p

Gambar tak dapat nak edit kat mata sajer sbb laptop adik aku tak dak  software edit gambar..

Tapi sayangnya aku sekarang dah tak pakai lens tersebut..Pernah sekali budak ofis aku spray pewangi kat tempat aku..Mungkin pewangi tu terkena lens aku terus mata aku jadi merah dan berair..Sakit woo..Cepat2 bukak..Sejak tu aku nak pakai lens terus sakit..Mungkin kena infection kot..

Aku tak serik nak pakai..Still nak pakai lagi sebab aku rabun..Cuma aku kena beli yang baru..Mungkin yang sebelum ni lens tu tak sesuai ngan haku..Cuma satu aku nak nasihat sesiapa yang nak pakai lens tu make sure jaga kebersihan lens tu..Mata aset paling penting so haruslah jaga ye..

P/S: Aku dapat update blog guna laptop adik aku, Ika..Nasib baik dia bagi pinjam..Itupun schedule post jer..Janji ada ye dak..


Monday, October 24, 2011

Mulut Orang


Assalamualaikum semua..

Hari ni nak cerita pasal mulut orang yang terlalu lazer ni..Sebab utama aku nak cerita pasal ni dah tentu tak tahan mulut lazer orang ni..

Aku memang tak faham sesetengah manusia ni tak boleh tengok kita senang..Ada jer kesalahan kita nak cari..Lepas tu nak kondem..Pakai cantik sikit ada jer cacat celanya..Walhal semua orang cakap kita cantik..Puji idak tapi komen negatif jer..

Lepas tu laki orang pun sibuk nak uruskan..Tak faham aku..Cakap bini bukan main vogue tapi laki pakai serabai..Mendidih hati dengar bila org cakap macam tu..Yang peliknya yang cakap tu janda..Maknanya?..Korang fikirlah sendiri..

Kita ni kalau ada mulut jangan cakap ikut sukahati kita..Jaga sikit hati orang..Fikir dulu sebelum cakap..Kena cakap dengan orang kaki santau dah kena santau plak..Orang ni kalau sakit hati macam2 boleh buat..Oleh itu, jagalah mulut supaya tidak bercakap benda yang menyakitkan hati orang..

Nasib baik aku ni orang yang penyabar..Sukati kaulah nak cakap hapa pun..Bagi aku orang yang suka nyibuk hal orang ni gila..Dia tak dak kerja..Sibuk nak nguruskan orang lain..Hal sendiri pun tak betul sibuk nak betulkan orang..

Pesanan masyarakat ini dibawakan khas oleh Hajar yang baik hati dan comel..(Mood perasan)..;p


Tuesday, October 18, 2011

My Lappy Sakit


Assalamualaikum semua..

Sian tau dengan laptop aku tengah sakit..Since malam tadi dia sakit..Hari ni nak suruh gak doktor tengokkan..Macam mana aku nak update blog aku kalau laptop aku rosak..Sebelum ni battery dia rosak sekarang langsung tak nak hidup..

Aku suspect screen rosak..Kalo screen rosak masak aku..Baik beli baru jer..Tetiba nak buat muka comel kat Zamri..Kalau Zamri layan ye dak..Dulu, aku nak beli laptop ni berapa lama aku kumpul duit sebab tak suka berhutang..Sekarang tak tahulah macam mana..:(

Nasib baik rosak aku tengah cuti sem kalau tak mana aku nak buat assignment bagai..Pulak tu yang kelakarnya baru2 ni baru pasang unifi tapi apa guna kalau laptop tarakkan..Ada tak yang buat contest dapat laptop?..Nak masuk itupun kalau menang..



Saturday, October 15, 2011

Peringatan: Pin ATM


Assalamualaikum semua.. 


Baru2 ni kawan aku kena ragut..Semua barang dia lesap termasuklah dompetkan..Kad atm semua ada dalam dompet tu..Dia ambil masa juga nak pergi block dia punya kad atm..Dalam jangkamasa dia nak block peragut tu cuba nak keluarkan duit guna kad atm kawan aku..

Tapi tak berjaya..Pihak bank cakap kad atm dia memang dah kena block sebab 3 kali salah pin..Maknanya peragut tu punya kerjalah..Salah satu pin yang dia try adalah tarikh lahir dia sbb ada ic dalam dompet tu..Kawan aku bertuah sebab dia tak guna tarikh lahir dia sebagai pin atm..

Dan salah satu no pin yang dia try juga terbalikkan tarikh lahir kawan aku..Maknanya janganlah sesekali kita menggunakan tarikh lahir sebagai no pin atm kita..Bahaya woo..Manalah tahu waktu tu time gaji masak duit kita lenyap gitu jer..

Peringatan untuk diri sendiri dan semua orang..Sebenarnya aku pun guna tarikh birthday sebagai no pin aku tapi sekarang tak lagi atas nasihat kawan aku..Cepat2 aku tukar..Dari kad atm sampailah kad kredit semua aku dah tukar..Kalau boleh no pin tak ada bersangkut paut dengan kita especially apa yg ada dalam dompet..

Sekian, khidmat pesanan masyarakat dibawakan oleh Hajar yang comel sgt2..;p


Monday, October 10, 2011

Kenapa Orang Lelaki Tak Suka Aaron Aziz?


Assalamualaikum semua..

Aku baca komen kat blog beautifulnara pasal Sesi Fotografi Aaron, Maya Dan Lisa, Pelakon Utama 'Ombak Rindu' ramai betul tak suka Aaron Aziz ni ye..Especially orang lelaki..


Kenapa ye korang benci sangat dengan Aaron Aziz ni ye..Aku tahu mesti korang tercabar dan jeles dengan kehenseman AA dan kemachoan AA lettew..haha~

Ini pendapat aku, AA memang sesuai melakonkan watak hero yang cerita diadaptasi dari novel..Dalam novel hero mesti hensem, macho, baik, romantik dan bergaya..Semua pakej tu ada dalam AA..Aku rasa pengarah filem atau drama pun berfikir cara aku fikir..Cewaah..

Cuba korang try buat survey hero pujaan malaya siapa?..Dah tentu orang akan vote kat AA..Tipulah kalau ada orang perempuan tak suka tengok AA berlakon..Selalunya mesti lelaki..;p

Tak sabar nak tunggu filem 'Ombak Rindu' sebab novel dia best tau..Lagi2 AA yang berlakon..Terus teruja..haha~




Sunday, October 9, 2011

Happy Merdeka To Me..;p

Assalamualaikum semua..

Hari ni habislah final exam aku untuk semester 6..Hoooray..Lagi 2 semester aku kena lalui..Tak sabar sangat nak habis..Tadi paper LAW..Berpeluh2 nak jawab..

Member aku cakap kitorg akan daftar balik dalam bulan 11..Gila cepat..Tak sempat pun nak enjoy..Kenapa kitorg budak diploma korang dera ye?Budak degree bukan main lama lagi cuti..Tak adil tau..Tapi bila fikir2 balik elok cepat habis..

Lepas jer habis exam tadi aku lapar giler..Tak sempat nak sarapan sebab kantin tak bukak..Tension betul..Terus aku mesej Zamri tanya dia dah masak ke belum..Kalau belum aku nak beli somethinglah..Hampeh punya bini tanya dah masak ke belum..Zamri sangat bagus bab2 ni..Bila aku exam atau kelas dia akan masak bukan beli ye..Baguskan..Sebab tu aku sayang sangat kat dier..Susah nak cari laki macam Zamri..

Zamri reply baru nak masak tapi jiran sebelah ada bagi spagethi..Dia kata untuk akulah tu sebab anak dara dengan bapak dara dah kenyang..Bila dah tahu tu terus pecut balik..Lepas tu makan macam orang kebulur bebeno..

Lepas je makan tengok melodi tup2 aku dah sampai Australia..Tidurlah gamaknya..Dendam tidur..haha~Mana taknya beberapa malam ni mana aku tidur nyenyak memikirkan paper LAW ni..Dalam tidur pun aku rasa aku berfikir dan menghafal..

Sekarang hati aku lega sangat sebab exam dah habis..Semangat nak berblogging pun datang balik..Lepas ni jangan bosan baca aku punya bebelan ye..;p


Friday, October 7, 2011

Kempen Baik Punya

Assalamualaikum semua..


Ada juga kempen macam ni ye..Terbaeklah..;p


Thursday, October 6, 2011

(Cool) Perpustakaan Awam Di Negeri Selangor Yang Bertaraf Dunia

Assalamualaikum semua..

Kawan ofis ada share pasal ni, aku plak share untuk tatapan korang..Silalah kagum..

Bangunan yang anda lihat pada gambar di atas merupakan sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka bahawa bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan kerana bangunannya yang nampak sangat mewah.  

Perpustakaan tersebut bernilai RM70 juta dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai lalu. Melihat keadaan dalamnya menerusi gambar-gambar kat bawah ni, boleh kami katakan yang ianya adalah sebuah perpustakaan di Malaysia yang bertaraf dunia. Ya, bertaraf dunia. Korang lihatlah sendiri.  













Info tambahan:  
- Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.  
- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.  
- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur.  
- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.  
- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple. 

Aku tersangatlah kagum..Rasa nak pergi jer..Nak study kat sana..Last paper Ahad ni..Bawak anak dara aku pun macam best jer..Macam-macam aktiviti boleh buat..So, apa pendapat korang pasal perpustakaan ni?



Simpanan

Assalamualaikum semua..

Sebelum ni aku tak ada kesedaran langsung pasal simpanan..Bila dapat duit jer mesti nak habiskan jer..Tak tahu kenapa..Mungkin aku tak pernah terfikir tentang simpanan..Orang sekeliling aku selalu gak nasihatkan aku tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

Sejak akhir2 ni aku tiba2 jer dapat kesedaran tentang simpanan itu penting..Bila aku menyimpan banyak benda aku dapat beli dan boleh bagi mak abah aku duit yang banyak sikit..Automatik aku boleh ringankan beban mak & abah aku..

Sekarang ni kalau aku dapat duit dari Zamri ke atau gaji atau cheque dari nuffnang terus aku simpan..Tak ada aku berbelanja macam dulu..Dulu, aku boros sangat..Semua benda nak beli..Kalau boleh shopping complex tu aku nak beli..Alhamdulillah, sekarang tak lagi..Nak beli apa2 aku akan fikir panjang..

Nasihat aku pada yang suka boros macam aku startlah buat simpanan..Jangan belanja dulu baru nak simpan..Salah tu..Simpan dulu baru belanja..Baru betul..;p

P/S: Ada orang cakap ngan aku ASB tu haram..Betul ke?Nak tanya pendapat korang plak..



Wednesday, October 5, 2011

Jamuan Raya DRB - HICOM


Assalamualaikum semua..

Aku tahu bulan syawal dah abis..Tapi nak cerita jugak pasal raya..Cerita ni aku peram dah lama sebenarnya..Berbalik pada cerita sebagai anak syarikat dan duduk bawah bumbung DRB kami dijemput ke jamuan raya DRB..Tapi sebenarnya bukan setakat menghadiri kami kenalah taja apa2 yang telah ditetapkan..

Tahun ni company aku taja makanan..Banyak makanan..Dan kali ni specialnya sebab aku yang pergi cari semua makanan tu..Makanan yang aku cari ialah cendol & abc, tapai pulut, aiskrim cedok, rojak pasembor dan tauhu goreng..Alhamdulillah aku berjaya mencari kesemua makanan tu dalam 2 hari sahaja sebab kami dapat memo pun dah lambat..

Pulak tu first time aku buat semua ni..Cabaran untuk aku juga..Aku memang sukakan cabaran..So, dari situ aku boleh belajarkan..Semua makanan yang aku order dan amik tu semuanya sedap belaka..Kembang hidung jap..

Panjang plak aku cerita..Terus layan gambarlah..

Aku pun tak tahu bila gambar ni diambil..Waktu ni majlis dah nak start..Aiskrim sampai lambat sebab lori tayar pancit plak..

Kitorang punya gerai..Hias bagai..Atas usaha kerjasama dari beberapa staff..

Yang paling special event ni sebabnya pengacara jemputan adalah Syarifah Shahira..

Tengok live dia sgt cantik tau..Lepas tu kelakar..Memg best..

Aku yang tak sempat nak makeup..Busy bebeno..Makan pun makan yang diorg ambil..Kalo tak gamaknya tak makanlah haku..

Bergambar kejap sebelum dia balik..

Dan paling istimewa dapat bergambar dengan Dato' Nadza..Dia sangat hensem..

Lastly kena kemaslah..Sambil kemas sambil posing..;p

Zamri ambil aku dalam pukul 8.00 malam..Aku bungkuskan rojak jer..Last2 Zamri singgah beli nasi briyani jugak..Nafsu makan tak hingat..Anak dara tu pun order gak nasi briyani..Tak tahan anak aku makan tak hingat juga..Aku waktu tu tak lalu nak makan..Aku nampak tilam & bantal jer..

Balik2 terus tumbang..First time aku jadi tulang belakang selalunya aku datang makan jer..Penat sangat..Tak tahulah tahun depan macam mana..Dahlah waktu ni aku musim exam..Serabut aku..Tapi best dapat pengalaman macam ni..


Tuesday, October 4, 2011

Lirik Di Saat Aku Mencintaimu - Dadali



Assalamualaikum semua..

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku



Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta


Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

P/S: Zamri dedicated this song to me..So sweet..;p



Monday, October 3, 2011

Monday Blues Lagi & Lagi


Assalamualaikum semua..

Setelah 4 hari aku bercuti nak kerja hari ni tersangatlah malas..Ditambah2 kerja melambak..Tambah tekanan lagi bila churp churp punya website kena block juga..

Maknanya diorang suruh aku ngadap buat kerja jer..Bila kerja tak ada carilah kerja ye..Oklah korang nak sambung kerja balik..Ngadap blog boleh kurangkan stress..;p


Sunday, October 2, 2011

Khas Untuk Pelajar PMR

Assalamualaikum semua..

PMR dah nak dekatkan..Tak silap akak start 4 Oktober ni..Tetiba akak plak..Al-maklumlah bercakap dengan student PMR..So, sempena nak PMR ni baik korang study kat tv..Bukan suruh tengok sinetron atau drama2 korea ye..Tengok Tutor Tv PMRlah..Nak tahu lebih lanjut kat sini..Korang boleh join community PMR dan boleh kongsi pendapat, masalah, doa2 ke & sebagainyalah..

Korang kira untung tau PMR zaman sekarang ni..Dulu mana ada zaman akak..Tutor TV bagai..Nak tuisyen pun fikir 18 kali..Last2 tak pergi sebab mak abah tak mampu so korang hargailah peluang yang ada sekarang ni..

Lastly akak wish korang gud luck..Buat yang terbaek tau..;p


Breathe Right Untuk Tidur Yang Lebih Lena


Assalamualaikum semua...

Ini bukan iklan atau spnsored post atau sebagainya..Aku nak cerita melalui pengalaman aku..Hari tukan aku ada kena selesema teruk sangat sampai nak tidur pun tak bolehkan..

Solutionnya, Zamri beli breathe right untuk aku..Seksa kau mata ngantuk tapi tak boleh tidur sebab tak boleh nafas..Bila pakai breathe right ni baru boleh tidur maknanya boleh bernafaslahkan..

Breath right ni bukan untuk orang berdengkur sahaja tapi boleh guna waktu selesema juga..Bila anak dara tu selesema aku beli ni jugak tapi yang untuk kanak2 punyalah..Hidung diorangkan comel lagi..

Untuk yang berdengkur tu aku tak tahu berjaya atau tidak tapi untuk selesema dan untuk tidur yang lebih lena gunalah breath right..;p

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...