Wednesday, November 30, 2011

MAC


Assalamualaikum semua..

Baru-baru ni kawan ofis aku tanya samada aku nak kirim beli barang MAC sebab husband dia pergi US tak silap haku..Aku apa lagi cepat2lah cari kod kirim kat dia..Harga kat sana lagi murah berbanding kat sini..Ikutkan hati aku macam2 nak beli tapi malu kot nak kirim banyak2..

Inilah barangnya..Bedak jer pun..


Orang ada tanya aku kenapa aku prefer barang MAC..Jawapan aku senang jer nak cantiklah..Dulu aku belajar make up salah sorang peserta ada juga tanya benda yang sama kenapa make up artis prefer barang MAC..Katanya bila guna barang MAC akan naik seri make upnya..


Bila aku dah guna memang berbeza dengan make up yang lain..Tak tahulah orang lain..Lagipun pakai make up MAC tahan lama jugak..Foundation dia ambil masa 6-7 bulan jugak nak habis..Rasa berbaloi jugaklah beli..


Lepas ni nak kirim lagi boleh ke kak Sal..hehe~Jom jenguk blog Kak Sal..Macam2 cenderahati dia dapat dari husband dia..Jeles haku..







Wordless Wednesday - Hilang Kesopanan


Assalamualaikum semua..



Aku dengan makanan memang tidak boleh dipisahkan..Hilang kesopanan bila mengadap makanan..haha~

Dalam hati cilakak siapa yang amik gambar aku..Ehhh ni bukan wordless dah ni..;p



Wednesday, November 23, 2011

Ultimate Cheesy Bites - Meleleh Air Liur Tengok..;p


Assalamualaikum semua..


Sila lap air liur korang..Aku pun terliur gak nengok gambar kat atas ni..Nak ajak Zamri pergi makan pizza kat atas nilah..Tapi macam dia nak pergi..Al-maklumlah orang tengah diet..Karang dia main gym sia2 jer..

Sesiapa rasa nak pergi tu sila ajak aku..Buat muka comel jap..;p




Wordless Wednesday - Dah Besar Rupanya Anak Mama


Assalamualaikum semua..


Cepat masa berlalu..Esok anak dara aku akan daftar pra sekolah..;p


Tuesday, November 22, 2011

Alhamdulillah Malaysia Menang..


Assalamualaikum semua..



Sangat mendebarkan perlawanan malam tadi..Rasa nak tercabut jantung aku ni haa..Lagi2 dengan Zamri menjerit macam dia plak jurulatih harimau muda..

Bila masa tambahan mata aku macam dah berat sangat..Aku ni kan sleeping beauty version moden..Kalau tak tidur awal gamaknya sakit kepalalah..Last2 aku tertidur gak tapi aku tak lena sebab Zamri terjerit2..Akibatnya pagi ni aku bangun sakit kepala..

Apa2 pun tahniah pada pasukan harimau muda..Pingat emas untuk Malaysia..MALAYSIA BOLEH..!!!!


Monday, November 21, 2011

Gambar Artis Yang Aku Suka Tengok Kat FFM Semalam


Assalamualaikum semua..

Ni semua gambar artis yang aku suka tengok kat FFM malam tadi..

Suka Fazura..Dia sangat elegan dan sopan..

Diana Amir yang sangat cantik..

Sudah tentulah Neelofa..Dia sangat anggun..

Last sekali Mia..Sangat comel..

Yang lain tak menarik perhatian aku..;p 

 Pendapat korang plak?

 **Semua gambar aku ambil kat beautiful nara..


Khasiat Green Tea / Teh Hijau


Assalamualaikum semua..


Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:
  1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
    • Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

  2. Membantu mengawal paras gula darah
    • Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

  3. Membantu dalam sesetengah penyakit barah
    • Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

  4. Menguatkan sistem imun
    • Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

  5. Menurunkan aras kolesterol
    • Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

  6. Menggalakkan pembakaran lemak
    • Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2.
    • Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.
Sumber dari sini..

P/S: Sememangnya aku tengah cari green tea..Banyak tu khasiatnya lagi2 boleh membakar lemak..Wajib cuba..Korang tahu tak brand apa yang ok untuk green tea ni?..Cer bagi pendapat sikit kat aku ni..




Saturday, November 19, 2011

Ombak Rindu Trailer


Assalamualaikum semua..





Baru tadi tengok Di sebalik tabir Ombak Rindu kat Astro Ria..Tak sabar nak tengok filem ni..Mungkin aku akan tengok filem ni ngan kawan2 sebab Zamri tak minat nak tengok cerita2 cintan cintun macam ni..

Dia siap bagi green light kat aku suruh tengok ngan kawan2..Sangat bagus..Boleh aku berfoya2 ngan kawan2..Dah lama tak keluar jadi bujang ni..;p


Thursday, November 17, 2011

Malaysia VS Indonesia


Assalamualaikum semua..

Sekarang tengah rehat..Bagus pasukan Malaysia dapat 1 gol..Good job..Aku ni bukanlah peminat bola..Bila tengok bola aku boleh tidur..Sebenarnya terpaksa aku tengok sebab unifi problem..

Zamri dah kuasai tv jadinya aku kononnya nak layanlah drama korea online tapi tak dapat..Gara2 unifi..Tapi sekarang dah ok..Tu yang boleh ada entry ni..

Tengah syok2 Zamri tengok bola aku paksa dia call TM tanya pasal ni..Gedebak gedebuk lama jugaklah cakap dengan orang Unifi nak perbaiki kitorang punya internet..Rupanya router unifi kami tu lari setting..Mungkin anak dara aku ada tertekan agaknya..

Lama jugaklah baru internet kami ok..Sampai habis masa pertama Malaysia lwn Indonesia..Rupanya call line diorang berbayar..Aku ingatkan free..Diorang ni buat business betul ye..


Oklah korang aku nak sambung tengok "Full House"..;p




2 Sebab Aku Tak Suka Perokok


Assalamualaikum semua..

1. Suka buang puntung rokok merata-rata..

Paling aku tak suka buang kat kedai2 makan ngan buang ke luar kereta..Sangat2 biadap..Korang tahu tak setiap puntung rokok memerlukan sepuluh tahun untuk diurai..Lepas tu buang merata2..Memang tak reti nak jaga alam sekitar kita..Dahlah asap korang tu mencemari udara lepas tu puntung rokok korang boleh diurai selepas 10 tahun..

Apalah salahnya korang sediakan tong sampah dalam kereta untuk buang puntung rokok korang tu..Jagalah kebersihan sikit..Sebab tu janganlah marah kalo orang kaitkan perokok dengan pengotor..Tapi tak semualah..Ada jer aku tengok perokok jaga kebersihan..Itupun tak ramai..



2. Suka hembus asap kat siapa2 pun..


Diorang ni tak kira kau mengandung ke, kau ada anak kecil sikit pun tak peduli..Sungguh tak hormat orang lain..Macam sengaja hembus asap banyak2 bagi kat orang..Kita kat sebelah ni bagi hint pun tak peduli..Memang dasar tak hormat orang..Korang pernah dengar tak asap tu kawan jin..Dah tu yang pergi hisap lagi buat hapakan..


So, kepada perokok2 di luar sana silalah berhenti merokok jika anda bertanggungjawab dan sayang pada alam sekitar dan orang disekeliling korang..


Pesanan masyarakat dan ikhlas ni dari Hajar yang comel..;p


P/S: Alhamdulillah sangat Zamri dah berhenti merokok..Aku rasa lebih 3 tahun dah..



Tutorial Make Up Yang Senang Nak Ikut..;p



Assalamualaikum semua..

Kat bawah ni aku share tutorial make up untuk korang belajar dan senang nak ikut..Tak payah tunggu raya pun boleh buat..Aku dah try memang nampak lain..

h

Aku suka tutorial dia bagi..Tutorial style Hana Tajima pakai selendang pun ada..Tapi dia ni bagi tutorial tak suka bercakap..Tak kisahlah dia bercakap ke idak yang penting memang senang jer nak ikut tutorial dia ni..Orangnya pun cantik..

Apalagi jom try..;p


Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday - Samsung Galaxy Note


Assalamualaikum semua..


Tetiba aku berkenan dengan samsung galaxy note..Tak mahu dah ipad..Tapi kalau boleh nak dua2..Gila tamakkan..;p




Jangan Suka Mengata Orang


Assalamualaikum semua..

Dulu aku selalu kutuk orang..Especially bila orang tu asyik MC jer..Aku fikir macam sengaja sakit jer..Tapi sekarang aku dah ubah persepsi tu..

Sebab tahun ni paling banyak aku MC..Bukan sengaja tapi sememangnya sakitlah..Dulu, kononnya aku boleh tahan sakit..Tak payah MC2 pun..Kita punya badan mana boleh kita paksa2kan..Last2 ko kena balik gak sebab bila kau ada kat ofis belum tentu kau boleh buat kerja..

Teringat kisah lecturer aku dia pun suka kutuk orang suka MC..Last2 dia collapse sebab sakit pun tak pernah nak rehat..Sejak tu dia kata kalau doktor bagi MC balik jerlah..


Semalam aku MC lagi..Macam2 ubat doktor bagi..Korang tengoklah ubat aku besar mana..Yang tu antibiotik..Aku kena habiskan lorr..

Zamri siap cakap ngan aku senangnya awak dapat MC..Helllooooo aku memang sakit ok..Tu yang dapat..Tak der maknanya aku nak mintak2 MC dengan kerja yang tengah melambak sekarang ni..

Moral dari cerita aku ni janganlah suka nak ngata orang..Kan dah terkena batang hidung sendiri..Asyik MC jerr..;p



Tuesday, November 15, 2011

Keselamatan Di Dapur..;p


Assalamualaikum semua.. 

Kita ni kalau buat kerja kat mana2 pun kena pentingkan keselamatan..Kalau tak mesti ada accident yang tidak diingini..

Kat bawah ni salah satu keselamatan yang aku amalkan ketika di dapur..Sebelum tu nak gelak terbahak2 di persilakan..



Kejadian ni raya haji kedua yang lepas kat rumah mak aku..Tengah tumbuk cili api nak buat sambal kicap kawww punyer..Mula2 adik aku yang buat..Tetiba dia jerit rupanya cili dah terpercik kat mata dia..Menangis tak berlagulah adik aku tu..

Last2 aku cakap ngan mak aku biar aku buat tapi kita kena belajar dari kesilapan..Tak naklah jadi macam adik aku maka aku tanya mak aku speak hitam tak de ke?..Mak aku cakap lupa letak mana..Korang jangan main2 mak aku pun ada speak hitam tau..haha~Last2 aku nampak helmet atas meja..Terus aku pakai sambil tumbuk cili padi..Kreatifkan aku..Memang selamat aku buat macam ni..Tak kena pun percikan cili padi tu..

Waktu ni semua orang gelakkan haku..Gelaklah sepuasnya..Janji mata aku selamat..Kalo korang nak try ok gak..Gerenti selamat..;p





Monday, November 14, 2011

Semangat Yang Hilang


Assalamualaikum semua..

Aku tahu sekian lama aku tak update blog..Sekian lama juga korang masuk blog aku tengok entry yang sama jer..Aku sedar tapi aku memang tak ada semangat untuk update blog seperti biasa..

Tak tahu apa yang berlaku kat aku..Sebenarnya aku tahu apa sebabnya cuma aku buat2 tak tahu sahaja..Aku juga tak tahu macam mana nak cerita..

Pernah tak korang buat sesuatu yang bersungguh2 tetapi hasilnya sangat mengecewakan..Itulah yang berlaku pada aku sekarang ni..Lama juga aku muhasabah diri..Lama juga aku ambil masa untuk kembali seperti biasa..Seorang pun tak tahu apa yang aku alami sekarang ni..Di depan semua orang aku berlagak seperti biasa..Orang gelak aku pun gelak..Apatah lagi di depan Zamri..Sikit pun aku tak tunjuk yang aku sebenarnya sedih yang amat sangat..Kadang2 aku rasa nak give up pun ada..

Tapi alhamdulillah doa aku Allah makbulkan..Aku kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan aku..Biar lambat asalkan aku berjaya..

Aku tahu tak sepatutnya aku cerita kat sini tapi biarlah hati aku ni lega sikit..Baru terasa ringan..Sempena aku dah bersemangat balik aku akan update macam biasa ye..

Sekarang ni aku ngah layan drama Full House kat youtube..Dah 18 kali aku tengok cerita tapi tetap nak tengok gak..;p




Wednesday, November 9, 2011

Demam Drama Soffiya Dah Abis Sekarang Demam Tentang Dhia Pulak


Assalamualaikum semua..

Semalam tengok tak ending drama Soffiya?Bagi aku ending dia best..Tak macam ending cerita Tahajjud Cinta..Ending tergantung..Ye dak?

Lagipun aku macam dah agak ending dia macam tu sebab Soffiya just anggap Ilyas sebagai kawan baik jer..Tapi ada ke manusia sejahat dan sekejam Fiona?



Petang ni nak tengok plak Tentang Dhia..Aku nak tengok sangat sebab suka sangat dengan Nora Danish..Lagi2 dia pakai tudung..Sweet sangat..


Aku suka tengok drama melayu yang macam ni daripada tengok drama Indonesia yang buat aku sakit hati..Siapa lagi nak sokong drama Melayu kalau bukan kita..So, jom ramai2 pacak kat depan tv pukul 7..Tapi jangan lupa solat dan masak ye..


Saturday, November 5, 2011

Jom Balik Kampung..;p

Assalamualaikum semua..

Sebelum terlupa nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua..Pada yang balik kampung tu hati2 di jalan raya ye..Aku jap lagi nak balik kampunglah..Balik kampung Zamri kat Melaka..

Turn rumah mak Zamri untuk hari raya haji kali ni..Hari Ahad petang balik rumah mak aku plak..Aku siap pesan kat mak aku kalau nak masak daging korban silalah tunggu aku..Lagi2 kalau buat sup tulang..Mak aku punya terbaek dari ladang..hehe~

Raya haji kali ni aku tak cuti panjang pun..Hari Selasa dah start kerja..Sama ngan Zamri gak..Kerja banyak woo kat ofis sekarang nih..

Oklah korang nak kemas baju2..Kalau balik rumah mak mertua memang sengaja lambat2kan kemas baju ye dak..;p



Tuesday, November 1, 2011

Renungan Untuk Hari Ini..;p


Assalamualaikum semua..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...