Friday, December 23, 2011

Tazkirah Jumaat....22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda


Assalamualaikum semua..


1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3. Rumah yang memelihara anjing.

4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6. Rumah yang sering meninggikan suara.

7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.

10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13. Rumah pemakan riba.

14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15. Rumah yang memiliki patung-patung.

16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17. Rumah yang didiami peminum arak.

18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

**Renung2kan & selamat beramal..;p


Thursday, December 22, 2011

Jom Berfesbuk..;p


Assalamualaikum semua..


Korang hado tak?

Tak payah susah2 kumpul duit beli iphone 4 S..Ye dak?




Wednesday, December 21, 2011

Gelaran Untuk Isteri


Assalamualaikum semua..

Seperti biasa aku share apa yang aku dapat ye..

Nama yang kita senaraikan dalam carian henfon kita cuma kita saja yang tahu, sebab nama yang kita catat tidak sama dengan nama sebenar. Contoh mudah jika kawan kita nama Man sudah pasti ada 6 atau 7 Man, so nak mudah cari kena tulis Man Teksi, kemudian Man Puyo atau lain2 nama yang boleh menyebabkan kita kenala siapa yang akan kita panggil atau yang memanggil kita.

Tetapi nama bagi isteri kita pula sudah pasti lain cara kita mencatatnya dalam henfon kita, ia bergantung berapa lama sudah berumah-tangga. Jika sudah lebih 50 tahun makan nama isteri kita akan ditulis OPAH sedangkan masa sebelum kawwen ditulis BUAHHATI. Cuba kita tengok senarai catatan dibawah ini.


① Baru menikah:MY LOVELY WIFE (♥♥,) ➳♥ 

② 1 tahun menikah:MY WIFE/MUMMY ♥♥ 

③ 5 tahun menikah:HOME (✿◠‿◠)

④ 10 tahun menikah:IBU PEJABAT :x 

⑤ 15  tahun menikah:BILIK GERAKAN ̃o.O

⑥ 20 tahun menikah:BUKIT AMAN (◑.◑) 

⑦ 25 tahun menikah:WRONG NUMBER 

⑧ 30 thn menikah:JANGAN ANGKAT ๏̯̃๏ 

⑨ 35 tahun menikah:MAK LAMPIR ٩(×̯×)۶

pada yang dah menikah, dah rasa tua rajin rajin la check henfon suami anda, tengok gelaran apa yang anda dapat.

Petang ni juga aku nak check hp Zamri..;p



Bones



Assalamualaikum semua..

Sebelum ni memang aku tak kisah tentang tulang aku..Bukan tak kisah jer tapi tak ambil tahu langsung..

Sihat ke tak sihat tulang aku ni..Tapi selepas aku buat ujian tulang kat ofis aku baru aku ada kesedaran nak jaga tulang aku ni..Korang tengoklah resultnya..Kalau aku tak jaga dari sekarang kemungkinan besar umur aku 40 tahun dah kena osteoporosis..


Lepas aku tunjuk result ni pada Zamri terus dia belikan aku susu Anlene macam kat bawah ni..Kebetulan waktu tu Giant ada buat promosi susu Anlene..Terus beli 2 pek..Satu kat rumah dan satu pek lagi aku bawak ofis..Satu hari kena minum 2 cawan..Zamri betul2 monitor samada aku minum ke tak..Bukan apa bininya ada masalah pelupa..


Dan sekarang aku hari2 kena ngadap air susu ni 2 kali sehari..;p


Sekian, kalau suka silalah like ye..Sayang korang..


Monday, December 19, 2011

Belajar Tiada Had - Ada Berani Nak Sekodeng Tak?


Assalamualaikum semua..


Hari ni banyak sangat email aku terima yang membuat aku gelak terbahak2..Gambar ni salah satu..Kira selingan petanglah ni..;p


Selera Sri Tongkang - Mihun Sup & Soto Sedap


Assalamualaikum semua..

Aku memang gila makan mihun sup untuk pengetahuan semua..Macam buat announcement jer..haha~

So, dimana ada mihun sup yang sedap memang aku akan pergi berulang kali..Contohnya kat Selera Sri Tongkang ni..Gerai dia ada kat Seksyen 13,Giant Shah Alam..Aku rasa dalam bulan ni jer entah berapa kali aku dah makan kat sini..Last makan malam tadi..hehe~

Inilah gerainya..Dekat area food court tau..

Mihun sup yang menjadi kegilaan aku..

Tak lupa air teh tarik..
Zamri selalu jer merungut bila aku ajak makan kat sini sebab dia tak suka makan mihun sup..Tapikan korang kalau aku masak mihun sup makan plak dia..Siap bertambah2 lagi..Maknanya aku masak sedap..;p

Peminat mihun sup & soto jom serbu gerai ni..Gerai ni patut bagi aku makan free ni..Dah tolong promote kedai dia nih..


Monolog Dalaman


Assalamualaikum semua..

Kadang-kadang rasa nak update blog..Kadang-kadang tak nak update..Banyak sangat cerita..Tapi bila mengadap laptop je terus blank kepala hotak haku ni..Lepas tu malas ya hamat..

Kadang-kadang rasa macam nak tutup jer blog dengan kesibukan aku di ofis dan tambah lagi sekarang ni dah start kelas..Tapi bila fikir balik..Sayanglah pulak..

Entahlah..




Wednesday, December 14, 2011

Why??


Assalamualaikum semua..


Aku gelak terbahak2 bila dapat email ni dari kawan aku..Aku rasa macam nak bagi kat bos jer..haha~





Friday, December 9, 2011

Rindu..


Assalamualaikum semua..


Rindu sangat kat diorang..Diorang kat kampung sekarang ni..Now, kakak tengah merajuk sebab kami lambat call dia malam tadi..Selalunya selepas maghrib kami call tapi semalam kelam kabut nak pergi bank terlupa nak call..Ingat lepas pergi bank baru nak call..Rupanya kakak dah merajuk sebab dari Maghrib sampai pukul 9.30 malam dia pegang hp mak aku..

Betapa dia menunggu mama dengan papa dia call..Bila ingat aku sedih sangat..Tak sangka dia akan tunggu macam tu sekali..Bila kami call dia tak nak cakap pun dengan kami..Dia nangis tersedu2..Dia bertambah sedih bila papa dia tak call dia..Anak bapak..

Petang ni balik kerja kami berdesup terus balik kampung..Nak belikan 'bintang' dia sekali..Bintang tu honey star..Dia suka sangat kalau belikan tu..Nasib baik adik cool jer cuma asyik mengigau panggil mama jer bila tidur..Kakak je cengeng lagi2 kalo bab papa dia..




Tazkirah Jumaat - 7 Perkara Ganjil



Assalamualaikum semua..

Macam biasa kawan aku share pasal ni aku share kat korang plak..Renung2kan dan selamat beramal..Jangan renung lama sangat ye..;p

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.


" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."


Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..


Thursday, December 8, 2011

Review: Maybelline Hyper Sharp Liner


Assalamualaikum semua..

Hari ni aku terlebih rajin jadinya aku nak review salah satu produk maybelline..Aku nak review Hyper Sharp Liner..


Aku tahu produk ni dari Blogger2 yang cerita pasal produk ni..Tak silap aku diorang pergi event memperkenalkan Hyper Sharp Liner ni..Tapi aku tak berminat nak cuba lagi..

Lepas aku tengok tutorial make up by Miadhia kat youtube..Aku rasa nak try sebab Mia kata semua orang pasti suka dengan produk maybelline ni..Akukan memang pantang bab2 make up ni..

Jadinya terus ajak Zamri pergi Guardian cari menatang ni..Bila aku dah cuba memang aku suka..Sharp jer mata aku..Cantik je kalo tengok mata..Aku tak tahulah pendapat orang lain..Yang penting aku suka dan aku menggalakkan orang guna ni..Pada yang suka make up macam akulah..

Harganya pun tak mahal sangat..Dalam RM23.90 jer tak silap haku..Sekarang Guardian ada buat sale..Baik korang beli kat sana..Dapat lagi murah..Apa2pun selamat mencuba..;p


Tuesday, December 6, 2011

Family Is Everything


Assalamualaikum semua..


Family adalah segala-galanya bagi aku..Aku sanggup buat apa sahaja untuk mereka..Kami datang dari keluarga miskin tapi kami kaya dengan budi bahasa..Itulah yang mak abah aku ajar dan ingatkan sampai sekarang..

Kadang2 aku pelik dengan manusia yang bermuka2 ni..Tak suka dengan keluarga kami yang miskin..Bila ada yang kaya terhegeh2 kau ye..Aku nak tanya satu soalan hina sangat ke kami ni miskin???

Tak nak jemput kami bila ada buat majlis hari jadi..Takut kami menghabiskan kek diorang agaknya..Manusia2..Jangan jadi hamba harta..Bila mati tak bawak apa2 pun..Amalan jer..

Family aku..Sangat berbangga dengan diorang..
Disebabkan family aku sangat penting jadinya hari Sabtu malam Ahad hari tu aku sanggup redah jem semata2 nak bawak family aku pergi I-City..Actually aku tak suka pergi tempat2 macam ni..Terlalu sesak dengan manusia..Kami tak enjoy sangat sebab nak masuk snow walk terlalu ramai..Nak main permainan yang ada dalam tu pun ramai sangat..Tak sanggup nak beratur..


Banyak gambar lagi..Nanti aku cerita kat lain entry ye..Aku dah mengantuk sangat ni..Beberapa minggu ni weekend tak rehat langsung..Setiap minggu ada jer kenduri..Semuanya sepupu2..


Nak taip entry pun bantal memanggil2 suruh tidur walaupun sekarang aku boleh mengarang entry dengan tenang sebab anak dara aku semua kat kampung..Diorang gembira sangat duduk sana..Mak pak diorang honeymoon lerr kat sini..;p



Monday, December 5, 2011

Wedding Ummu


Assalamualaikum semua..

Sekarang ni musim orang kahwinkan..Tiap-tiap minggu ada jer kenduri..Musim cuti sekolah ialah musim orang kahwin..Jadinya sepupu aku, Ummu baru2 ni melangsungkan perkahwinan dia juga..

Ummu ni sepupu yang rapat juga..So, memang wajiblah kami semua datang..Kalau tak datang mahu kena piat telinga ngan mak haku..Cerita banyak tak nak jom layan gambar..


Mula2 sampai benda wajib patut buat adalah bergambar..Baju aku terlebih sinar hari tu..Pengantin pun orang tak nampak dek silau baju haku..haha~


Sengaja letak gambar ni..Aku suka sebab pengantin melirik kat aku ye..


Aktiviti paling penting ialah makan..Kat sini jer aku makan 2 kali..Bila aku makan memang aku tak pandang orang..Walaupun nak amik gambar haku..Makan first..;p


Sesi bergambar bersama pengantin plak..Nampak tak siapa yang terover dari pengantin..


 Cantikkan sepupu haku..Tengoklah baka siapa..haha~

Doa haku semoga Ummu & Fendi bahagia hingga akhir hayat dan cepat2 ada baby..Mesti comel..Baka baiklah katakan..;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...