Thursday, February 23, 2012

'Orang Gila'


Assalamualaikum semua..

Sejak akhir2 ni aku banyak jumpa orang gila atas jalan raya..Sorry to say ni bukan orang gila yang betul2 gila yang tak waras akal tu..Ini orangnya normal tapi akal tak der..

Yang selalu orang gila aku jumpa pagi2 buta semua orang kelam kabut nak pergi keje ada yang bawak keta slow nak mampos..Aku yang duduk belakang dia ni bawak keta kelajuan tak sampai pun 20km/j..Aku rasa dia tak tekan pun minyak..Kalau rasa nak jejalan pepagi ambil angin bukan pada hari bekerja ye..Kalo rerasa ada akal fikirlah..

Semalam aku lalu kat jalan area rumah aku seperti biasa untuk ke ofis..Di depan aku ada motor..Sebelah aku ada lori..Jalan tu sempit tak macam jalan kat highway..Tetiba orang yang bawak motor tu suruh aku potong dia..Mungkin dia sedar dia bawak slow tapi masalahnya macam mana aku nak potong dia..Langgar dia atau lori..Korang fikirlah sendiri..Dalam fikiran aku memang nak potong dia..Tunggu jalan besar sikit..Tapi yang buat aku hangin satu badan dia marah aku sebab tak potong..Lepas tu tunjuk isyarat yang tak sepatutnya..Ikut hati aku memang aku rasa macam nak langgar dia jer tapi disebabkan kewarasan akal aku ni makanya aku just ignore..Pepagi dah buat aku hangin..Spoil mood aku..Korang rasa tak yang dia gila? Otak ada tapi akal tak der..

Sebenarnya banyak lagi aku jumpa penunggang motosikal yang tak betul..Baru2 ni jugak aku  otw nak ke ofis..Lalu USJ, jalan jem jadinya aku nak ke line kanan..Aku bagi signal dulu..Bila aku tengok clear baru aku jalan tapi baru nak jalan tetiba ada motor bawak laju giler..Permulaan aku memang tak nampak dia..Mungkin dia cilok2 aku rasa sebab jalan jem..So, aku tak jadilah nak ke kanan..Dia lalu sebelah aku hon bagai nak gila siap cakap aku bodoh..Macam kes atas tadi kalau aku tahu dia macam tu aku terus je ke kanan.. Biar dia jatuh tapi sekali lagi ikut kewarasan akal aku ni aku anggap dia orang gila..Sebab aku nampak dialah aku tak jadi ke kanan dan tak ganggu pun jalan dia..

Ini kisah aku jumpa orang 'gila' atas jalan yang selalu buat aku stress pergi kerja..Dahlah stress dengan jem pepagi lagi..Ini belum kisah aku parking kat ofis aku..Kalo nak cite orang gila aku jumpa aku rasa aku boleh wat karangan 100 muka surat..

Aku bukan nak kata aku ni betul sangat tapi aku masih ada akal aku boleh fikir mana betul mana salah..Bila masa nak marah orang dan sebagainya..Use your brain wisely lorr..

P/S: Aku dah lama tak marah orang dalam blog tapi hati aku ni dah sebel sangat..Tahu tak sebel tu apa?..Kalo nak tahu tanyalah orang jawa ye..;p



1 comment:

relevan Sokmo said...

Part parking tu yang lemah nya..ada sekali tu koi parking tepi semak kat pagar atas bukit tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...