Monday, June 25, 2012

Sombong


Assalamualaikum semua..

Ada yang kata aku ni sombong kat facebook..Apatah lagi aku tak melayan chat orang kat facebook, tak layan mesej diorang dan sebagainya..Nak kata aku ni busy mengalahkan PM idoklah jugak..Tapi sibuklah jugak..;p

Aku tak kisah pun kalo ada yang cakap aku sombong sebab memang aku bukan jenis nak like apa yg org update, aku bukan jenis orang yang rajin nak komen2..Aku bukan jenis macam tu..Sukahati kaulah nak cakap apa..Yang penting aku bahagia..haha~

Aku bukak facebook pun boleh dikira dengan jari ko nak suruh aku like dan komen semua..Memang tak dapatlah..Pasal ada yang suka nak chatting dengan aku especially yang boboy tu pleaselah hentikan..Aku dah kahwinlah..My lovely Zamri tak suka aku chatting dengan lelaki..Kecuali yang dia kenal hokey..Aku ni isteri solehah mesti kena dengar cakap suami..

Di luar facebook pun ada yang cakap aku sombong..Jiran2 aku yang suka melepaklah..Aku bukan tak berminat nak join diorg tp pernah aku join diorg duk ngumpat orang jer..Lepas tu malaslah aku nak join..Jumpa diorg aku just senyum jer..Itupun nak kata aku sombong..Pelik2..

Pada yang dah jumpa aku tu mesti kata aku ni peramah punyalah..Takut tak layan aku jer..Sebab aku suka bercakap..hehe~

Kadang2 kita nak jaga hati semua orang tak bolehlahkan..Aku tak kisah orang nak cakap apa  janji aku ngan keluarga aku bahagia..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...