Wednesday, August 8, 2012

Berbuka Puasa @ Restoran Syed Seksyen 3, Shah Alam


Assalamualaikum semua..

Macam mana puasa korang setakat ni?Aku alhamdulillah setakat ni ok..Walaupun tak sahur tetap berpuasa..;p

Aku cerita pasal aku berbuka kat luar jelah ye..Malas nak update yang aku masak..First week puasa kitorang dah berbuka puasa kat Restoran Syed ni..Dah tentulah makan nasi bukhara..Terbaek kau dia punya nasi bukhara..

Siapa peminat separuh mati nasi briyani @ bukhara cubalah makan kat sini..Rasa sekali mesti nak lagi..Tak caye trylah..


Aku makan nasi bukhara ayam..Zamri makan bukhara kambing..Tak ingat pun nak amik gambar yang kambing punya sebab orang terlalu ramai..Malu nak amik gambar..


Kat depan restoran ni ada bazar..Sementara tunggu waktu berbuka pergilah..Ini je yang berkenan di hati..Itupun aku pow adik aku..haha~

Nasi dia memang banyak tapi aku boleh habiskan..Kawan aku semua terkejut bila aku cakap boleh habiskan nasinya..Aku kan peminat setia nasi briyani..Haruslah makan habis..;p


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...