Saturday, November 24, 2012

Dinner @ Tupai2 Steamboat, Shah Alam


Assalamualaikum semua..

Cerita ni dah lama tapi nak share juga di blog. Hari tu ofis kami busy buat 5S. First time kami akan di audit..Target kami adalah GOLD..Dan kami dapat capai target tu..Sukerr..^_^

Usaha untuk dapatkan GOLD tu atas kerjasama semua staf..Kami dibahagikan ikut zone..Aku tergolong dalam zone 2..Dimana our CEO pun satu zone dengan aku..En Zain telah berjanji dengan kami menang tak menang dia akan belanja since dia tengok kami bersungguh2 buat 5S.

Selepas result keluar kami terus decide the next day dinner kat tupai2 steamboat..Aku kalo bab makan memang tak boleh tolaklah..Makan free aku join makan bayar pun aku join..Kira muka aku ni muka makanlah..

Jom layan gambar..Semua gambar ni dari instagram aku..Silalah follow aku ye..@hajarzamri05..

Itulah CEO kami..En Zain..Yang belakang tu tak tahu nak cakap apa..Sangat nakal..

 Kami yang perempuan2 jelita..haha~

 Gambar aku x der..Sob2..

 Bila tengok balik gambar ni terliur kau..Tetiba nak buat muka comel kat Zamri..hehe~

Kawan aku snap gambar ni..Aku rasa aku cantik walaupun dari tepi..#Mintakklempang..;p

Lepas ni kitorang nak pow manager2 dari zone2 untuk belanja lagik..Makan free lagik..Sesiapa nak makan di tupai2 kat sini datanglah ye..Ala carte pun ada kalo x berapa suka makan steamboat..

Jom terjah:

No.2, Jalan Lompat Tinggi,
13/3 Seksyen 13, 40100 Shah Alam

No tel: 03-51262525

Berhadapan dengan Old Town White Coffee..

2 comments:

محمد رازيق said...

wah. cam best. kat bangi, jalan reko pun ada. cuma belum try lagi

ketikketok said...

Adakah saiz jadi faktor pertimbangan anda? OMG kini di S.Alam sedia membantu. Lawat I AM GORGEOUS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...