Friday, December 14, 2012

Sesi Persekolahan 2013


Assalamualaikum semua..

Lega..Sebab semua persiapan untuk kakak dan adik sekolah hampir siap..Tinggal tudung kakak dengan stationery jer..Lain dah settle..;p


Barang2 yang kami dah beli..Baju2 tak termasuk dalam ni sebab dah susun kat almari baru mamanya sibuk nak ambil gambar..hehe~

Tahun depan kakak akan darjah satu..Alhamdulillah pembelian buku untuk sekolah kafa kakak dah selesai..Sekolah kebangsaan semuanya kena selesaikan pada hari orientasi..31/12/12..Macam tak percaya anak aku dah nak sekolah kebangsaan..Mamanya yang terlebih excited..^_^

Adik plak next year kita hantar Genius Aulad..Yurannya jangan cakap berapalah..Siapa yang pernah hantar anak ke situ tahulah..Tahun ni kami hantar ke prasekolah mengecewakan sikit..Adik tak reti mengeja pun..Frust sangat..Harap cuti sekolah ni je aku ada ajar sikit..

Cuma, aku nak minta pendapat sikit pada ibu2 yang ada pengalaman anak baru nak belajar pakai tudung..Korang rasa tudung apa yang sesuai untuk kakak dan nak beli kat mana?

Aku rasa dia sesuai pakai tudung yang selapis je..Tapi aku dah try cari kat jusco dengan tesco tak ada plak..Tolong aku ye..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...