Tuesday, January 31, 2012

Anak

Assalamualaikum semua..

Untuk renungan bersama yang ada anak..

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Thursday, January 26, 2012

Kawan


Assalamualaikum semua..

Dari dulu memang aku tak percaya pada konsep kawan..Kawan yang sanggup bersusah senang dengan kita..

Dulu aku pernah ada kawan baik..At last diorang tikam aku dari belakang..Sejak tu aku tak percaya pada konsep kawan ni..

Sekarang lagi aku tak percaya pada konsep kawan ni..Aku ingat dia lain tapi rupanya sama jer dengan yang lain..Caranya jer berbeza..

Now, sebagai pengajaran aku akan lebih pentingkan diri sendiri dan family aku jer..Tak perlu nak jaga hati kawan..

Sekian..





Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum semua..



Aku suka gambar ni..Gambar ni waktu cousin aku kahwin..Adik2 aku, sepupu aku, anak dara aku dan anak buah aku..Macam2 gelagat ada..

P/S: Dalam2 aku tak ada mood aku buatlah satu entry gak..Sayang kat korang punya pasal..Karang masuk blog aku benda yang sama jerkan..;p





Tuesday, January 17, 2012

Rindu Setengah Mati


Assalamualaikum semua..

Malam ni aku kurang2 mood mahu buat entry untuk esok..Nak tunjuk kat korang muka cousin aku yang aku makeupkan pada pertunangan dia..Tapi malas ya hamat aku nak upload gambar dari kamera..

Nak buat assignment pun lagilah malas..Tak tahu kemana hilangnya mood aku..Sebenarnya jiwa aku bukan kat sini..Badan je ada kat sini..Kawan2 aku tahulah kenapa aku jadi begini..Buat semua benda tak kena..Walaupun aku cuba buat2 sibuk tapi disudut hati aku ni terasa kosongnya..

Kat sini aku share video "Rindu Setengah Mati" yang sangat sesuai ngan jiwa aku sekarang ni..





Lelaki Juga Harus Jaga Penampilan


Assalamualaikum semua..

Lelaki sekarang tak macam lelaki dulu tau..Tak pentingkan penampilan langsung..Maksud aku tak jaga penampilan dari segi wajah..Zaman sekarang orang lelaki dah pandai jaga penjagaan wajah tau..Zaman pun dah berubahkan..Sekarang ni tak peliklah tengok lelaki jaga penampilan wajah..

Ada hari tu aku pergi Giant..Aku lalu kat area khas untuk lelaki..Macam2 produk untuk lelaki dijual kat situ..Tiba2 ada sorang lelaki kelam kabut letak balik barang  dan blah macam tu jer..Aku dah tergelak2..Confirm malulah tu..Dia nak pilih pencuci muka sebenarnya..Tiba2 aku lalu plak..Malulah diakan..

Bagi kaum lelaki diluar sana zaman sekarang tak pelik ye aku tengok lelaki jaga muka..Adik aku pun yang lelaki tu pakai pencuci muka tau..


Adik aku pakai produk kat atas nilah..Dulu muka dia banyak jerawat sekarang dah tak ada..Aku rekomenlah produk ni pada lelaki yang nak mencuba pencuci muka..


Losyen pun ada jugak..Bau dia best..Macam mana nak cakap ye..Bau lelakilah..Bau lelaki macho..haha~Siapa pakai losyen ni mesti terasa macho..

Aku sebenarnya buat entry ni nak bagi Zamri baca..Ada ke pencuci muka dia pakai sabun badan tu..jadahnya..Lepas tu losyen pakai aku punya..Tak macho betullah..Bau losyen macam bau losyen pompuankan..

Pada suami yang diluar sana jagalah penampilan korang ye..Kalau bab kutuk bini tak jaga penampilan bukan main lagi ye korang..Diri sendiri tak sedar plak ye..hehe~Senang cite nak jadi macho dan hensem macam Aaron Aziz tak?..Apa lagi cubalah produk kat atas ye..

Nasihat dan tips ikhlas dari Hajar berdasarkan pengalaman..haha~


Obsesiku - Aqasha OST Gemersik Kalbu



Assalamualaikum semua..


Siapa tengok drama Gemersik Kalbu mesti suka lagu ni..Suka Aqasha dalam cerita ni..Sweet sangat..Cerita ni adaptasi dari novel jugak..Siapa pernah baca novel ni mesti tak sabar2 nak tengok perkembangan cerita ni..

Sikit2 adalah diubah dari novel dia..Tapi tetap best..Zamri pun suka tengok..Dia yang tak layan sangat drama2 ni boleh layan cerita ni..Maknanya memang bestlahkan..



Monday, January 16, 2012

Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap


Assalamualaikum semua..


Kan aku dah kata jangan suka nak berdrama kat facebook..Banyak buruk dari baiknya..Jadikan iktibar ye..;p




Tuesday, January 10, 2012

Setelah Sekian Lama..


Assalamualaikum semua..

Setelah sekian lama aku tak update blog..Mesti korang bosan asyik entry yang lama jer..Aku pun bosan bila bukak blog aku sendiri..haha~

Sampai ada pembaca setia blog aku datang kat tempat aku suruh update blog sebab dia nak baca aku punya update..Hadoyai ko buat aku tertekan jer..Dahlah sekarang ni aku tengah jiwa kacau..Pasal jiwa kacau ni lain entrylah ye..

Sempena budak nak masuk sekolah ni aku pun busylah jugak..Anak dara aku tahun ni semua sekolah..Masuk pra sekolah..Adik masuk pra sekolah 5 tahun punya dan kakak masuk pra sekolah 6 tahun punya..Kelas dia sebelah2 tapi agak jauh..Minggu pertama sekolah Zamri hantar kakak dan aku hantar adik..

First day sekolah memang tragislah..Dua2 nangis..Padahal diorang ni biasa kena tinggal since dari kecil kot..Mungkin tak biasa dengan suasana baru..Sorry aku tak ada gambar diorang..Aku pun kelam kabut jugak..Lupa nak ambil gambar diorang..Pasal diorang sekolah ni nanti aku sambung lagi..

Lagi satu aku kurang nak update sekarang ni sebab laptop aku rosakkan..Memang aku tak beli lagi..Menunggu Zamri taja jer..Kali ni aku mintak dia komputer je senang..Tak payah aku angkut kemana..Zamri kata tunggu dia dapat payment dulu baru belikan..

Lagipun aku nak buat assignmnet pun susah..Curi2lah masa rehat aku buat assignment..

Oklah korang..Panjang berjela plak aku cite..Nanti aku sambung lagi ye..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...