Tuesday, February 28, 2012

Jamu Mak Dara

Assalamualaikum semua..



Baru 2 hari makan..Tunggu testimonial dari aku ye..Aku baca kat website Jamu Mak Dara khasiatnya banyak..Aku juga baca macam2 testimonial yang baik..Kalo nak testimonial jujur dari aku tungguuuuu..:p


Thursday, February 23, 2012

'Orang Gila'


Assalamualaikum semua..

Sejak akhir2 ni aku banyak jumpa orang gila atas jalan raya..Sorry to say ni bukan orang gila yang betul2 gila yang tak waras akal tu..Ini orangnya normal tapi akal tak der..

Yang selalu orang gila aku jumpa pagi2 buta semua orang kelam kabut nak pergi keje ada yang bawak keta slow nak mampos..Aku yang duduk belakang dia ni bawak keta kelajuan tak sampai pun 20km/j..Aku rasa dia tak tekan pun minyak..Kalau rasa nak jejalan pepagi ambil angin bukan pada hari bekerja ye..Kalo rerasa ada akal fikirlah..

Semalam aku lalu kat jalan area rumah aku seperti biasa untuk ke ofis..Di depan aku ada motor..Sebelah aku ada lori..Jalan tu sempit tak macam jalan kat highway..Tetiba orang yang bawak motor tu suruh aku potong dia..Mungkin dia sedar dia bawak slow tapi masalahnya macam mana aku nak potong dia..Langgar dia atau lori..Korang fikirlah sendiri..Dalam fikiran aku memang nak potong dia..Tunggu jalan besar sikit..Tapi yang buat aku hangin satu badan dia marah aku sebab tak potong..Lepas tu tunjuk isyarat yang tak sepatutnya..Ikut hati aku memang aku rasa macam nak langgar dia jer tapi disebabkan kewarasan akal aku ni makanya aku just ignore..Pepagi dah buat aku hangin..Spoil mood aku..Korang rasa tak yang dia gila? Otak ada tapi akal tak der..

Sebenarnya banyak lagi aku jumpa penunggang motosikal yang tak betul..Baru2 ni jugak aku  otw nak ke ofis..Lalu USJ, jalan jem jadinya aku nak ke line kanan..Aku bagi signal dulu..Bila aku tengok clear baru aku jalan tapi baru nak jalan tetiba ada motor bawak laju giler..Permulaan aku memang tak nampak dia..Mungkin dia cilok2 aku rasa sebab jalan jem..So, aku tak jadilah nak ke kanan..Dia lalu sebelah aku hon bagai nak gila siap cakap aku bodoh..Macam kes atas tadi kalau aku tahu dia macam tu aku terus je ke kanan.. Biar dia jatuh tapi sekali lagi ikut kewarasan akal aku ni aku anggap dia orang gila..Sebab aku nampak dialah aku tak jadi ke kanan dan tak ganggu pun jalan dia..

Ini kisah aku jumpa orang 'gila' atas jalan yang selalu buat aku stress pergi kerja..Dahlah stress dengan jem pepagi lagi..Ini belum kisah aku parking kat ofis aku..Kalo nak cite orang gila aku jumpa aku rasa aku boleh wat karangan 100 muka surat..

Aku bukan nak kata aku ni betul sangat tapi aku masih ada akal aku boleh fikir mana betul mana salah..Bila masa nak marah orang dan sebagainya..Use your brain wisely lorr..

P/S: Aku dah lama tak marah orang dalam blog tapi hati aku ni dah sebel sangat..Tahu tak sebel tu apa?..Kalo nak tahu tanyalah orang jawa ye..;p



Thursday, February 16, 2012

Motivasi - Bahana Letak Gambar Di Facebook @ Blog


Assalamualaikum semua..


Bagi aku ni untuk yang suka letak gambar yang buka aurat atau aksi2 yang tak sepatutnya..Gedik semacam..Ramai aku tengok yang buat macam tu..Tak faham aku yang buat gitu..Seronok kot nak bagi semua orang tengok tapi akibatnya ada fikir dak?

Renung2kanlah dan selamat beramal..Jangan lama sangat renungnya..;p


Wednesday, February 15, 2012

Sakit Mata @ Sakit Hati


Assalamualaikum semua..


Kata2 yang penuh maksud tersirat..Abah aku selalu pesan kalau cari calon suami atau calon isteri betul2 yang boleh membahagiakan kita..Tak kisahlah sakit mata janji jangan sakit hati..Ye dak?

Aku jumpa gambar ni kat facebook..;p



Shopping Buku..;p


Assalamualaikum semua..

Baru2 ni aku dapat baucar buku dari kerajaan..Akukan student gak walaupun jarak jauh..Kawan2 aku semua jeles aku dapat..Baucar buku ni pun aku baru amik..Awal2 ambil confirm beratur panjang..

Baru2 ni aku pergi amik kat pejabat bendahari lengang giler kot..Senang hati jer..Maknanya ramai dah ambil awal..Bagus..;p

Hasil pembelian aku..Belanja kat Popular kat Jusco Bukit Raja..


Buku untuk aku 2 jer..Bukan buku belajar pun novel jer lebih..Yang lain semua buku anak dara aku..


Stationery pun bukan untuk aku tapi untuk anak dara aku..Beli banyak terus..Senang..

Lepas tu part yang best aku dapat free membership kat Popular..Senang aku nak beli next time..Aku memang suka belanja kat Popular pun..

Suka beli novel..Akukan pencinta novel..;p

Sesiapa rasa tak boleh nak belanja korang punya baucar meh bagi aku..Boleh aku wat koleksi novel..hehe~


Tuesday, February 14, 2012

Meatballs Oh Meatballs

Assalamualaikum semua..


Akhirnya aku dapat juga makan meatballs yang kat ikea tu..Selalunya aku pergi kat Ikea tak pernah dapat makan..Penuh sokmo..Kali ni aku dapat makan sebab aku pergi waktu kerja..Aku kena cari cenderahati untuk satu event kat ofis aku..

Alang2 dah pergi sanakan so makanlah menatang ni..Aku order yang sepuluh punya..Gila tamak..Last2 semput nak habiskan..Kawan aku dah cakap jangan tamak sangat..Tulah orang tamak selalu rugi..Tapi aku berjaya juga habiskan menatang ni..;p

Memang sedap..Bila fikir sekarang ni rasa macam nak makan lagik..hehe~Siapa tak rasa lagi memang rugi..lalala..


Update Blog

Assalamualaikum semua..

Niat di hati tu ada nak update blog tapi sekarang ni masa untuk update blog memang tak ada..Siang hari confirmlah aku 100% pada kerja kat ofis jer..

Bila malam masa aku pada keluarga dan assignment sahaja..Tak sempat nak tengok blog..Aku ingat nak ubah wajah blog aku ni ha..Kononnya tahun 2012 ni nak wajah barulah..Tapi tak tahulah bila hajat aku kesampaian..Rasa macam nak upah orang jer watkan..

Bagi yang hari2 dok bukak aku punya blog tu aku minta maaf ye..Lepas ni insyaAllah aku update ye..;p




Wednesday, February 8, 2012

Misi Berjaya..;p


Assalamualaikum semua..

Apa yang berjaya ye? Aku berjaya bila Zamri dah start guna pencuci muka yang sepatutnya..Bukannya sabun badan dia buat pencuci muka..

Dia guna yang aku suggestkanlah iaitu...


Aku bukanlah tak suka muka dia yang sekarang tapi aku tak suka dia guna sabun badan untuk cuci muka dia..Tak baguslah..Lagipun muka dia tak akan berubah pun kalo pakai Vaseline ni haa..Tapi kalo berubah jadi putih pelik plak aku nengoknya..

**Aku update ikut mood aku lorr..;p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...