Assalamualaikum semua..
Sorry dah lama tak hapdet..Busy dengan kerja ofis dan exam time..hehe~
Hari Sabtu lepas aku exam..Lega satu paper dah lepas..Peliknya aku ni kan asal nak exam jer mesti ada jer penyakit datang..Hari Jumaat sebelum exam tetiba dada aku sakit sangat..Nak gerak pun tak boleh..Malam tu Zamri bawak pergi klinik..Once again doktor cakap pasal perlanggaran tulang..Doktor bagi pain killer..
Hari Sabtu aku drive sendiri pergi dewan exam..Zamri tak hantar pun..Sob..sob..sob..Masa drive tu pun rasa sakit sangat especially bila u-turn..Habis exam Zamri ajak makan kat luar..Lepas tu dah tak rasa sakit plak..Pelik bin ajaib..
Kawan aku cakap aku ni gemuruh nak exam kot..Dia suruh aku amik air penawar..Akan buat..Manalah tahukan..Hari Sabtu ni ada satu subjek lagi..Tak tahulah sakit apa plak..Harap2 tak sakitlah..





