Tuesday, May 29, 2012

SAHO


Assalamualaikum semua..

Saho ni dalam bahasa Jepun..Bermaksud sopan santun dan berbudi bahasa..Selama ni kita dengar 5S sahajakan..Actually sekarang 6S..Yang keenam adalah SAHO..Mula2 aku pelik gak kenapa yang keenam adalah SAHO..

Sekarang baru aku faham kenapa dalam persekitaran kita bekerja perlukan SAHO supaya kita ni bila minta sesuatu atau nak sesuatu tolonglah bersopan santun..Tak perlulah nak kerek semacam..Sebabnya akhirnya orang tolong kau pun jadi tak ikhlas..

Orang pun tak nak berkawan dengan kau..Kita ni boleh fikir sendirikan kenapa orang tak nak bersembang atau tak nak berkawan dengan kita..Dah tentulah kita ni ada buat salah kat orang..Ye dak..

Apa2pun selalulah amalkan SAHO ye supaya semua orang suka berurusan dengan kita..;p


Saturday, May 26, 2012

OST Seindah Sakura Akasia TV3 - Buatku Di Sana...

Assalamualaikum semua..



Cerita ni jadi favourite semua orangkan..Walaupun ada yang tak suka Fasha Sandha tapi tetap tengok sebab cerita ni sangat best dan banyak bagi pengajaran pada semua orang..

Kadang2 kita ingat kita orang yang paling susah rupanya ada lagi orang lagi susah..Dari cerita ni juga aku ajar anak aku menghargai rezeki..Especially jangan membazir nasi..

Aku share lirik lagu ni sekali ye..;p

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

[Ulang Chorus]
Ohhh
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

P/S: Aku rasa semua lagu dalam cerita ni semua best sangat..;p



Sesungguhnya Aku Jeles

Assalamualaikum semua..

Mana aku tak jeles semalam ada orang dapat bunga kat ofis aku..Husband dia bagi sempena anniversary diorang..Serius aku jeles sebab Zamri tak mungkin bagi aku bunga macam tu..:(


Bulan enam ni anniversary kitorang..Nanti aku hapdetlah aku dapat apa ye..Yang pasti bukan bungalah..Kalau dapat bunga aku pengsan dulu..;p





Friday, May 25, 2012

Percubaan Kembali ke Pangkal Jalan


Assalamualaikum semua..

Sekian lama aku mendiamkan diri kat sini..Bukan disengajakan tapi ada sebab-sebab yang aku malas nak cerita dan x tahu macam mana nak cerita pun..

Lupakanlah pasal tu ye..Aku nak bukak buku baru sekarang ni..Mencuba kembali macam dulu..Niat hati aku nak tutup jer blog ni tapi saaaaaayaaangnyer..

Hai semua pembaca sorry sesangat buat korang ternanti2 entry aku..Itupun kalo ada yg nak bacalah..hehe~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...