Friday, June 29, 2012

Germany VS Italy

Assalamualaikum semua..

First sekali aku nak gelak guling2..Sebab ada orang berlagak ngan aku malam tadi..Kata German akan memang EURO kali ni..

Alih2 malam tadi Italy menangkan..kahkahkah..

En. Zamri akulah yang berlagak tu..Yang penting aku punya team masih bertahan lagi..SEPANYOL..hehe~

Maknanya dia hutang aku belanja makan..lalala..




Wednesday, June 27, 2012

Facial Time..;p

Assalamualaikum semua..


kelass kaww jah !!


Stress

Assalamualaikum semua..

Aku memang stress minggu ni..Bukan tahap biasa2 punya..Kerja makin banyak..Ada masalah kita dah highlightkan tapi satu action pun tak amik..Dengan perangai orang yang mcm2..Semua nak urgent semedang..

Tiba2 plak migrain datang..Lagi bertambah stress..Aku sebenarnya perlukan cuti untuk tenangkan kepala hotak haku ni..Niat hati next weekend nak pergi Cameron bercuti..Tapi hajat tak kesampaian sebab aku ada kelas..Sepatutnya kami pergi weekend ni tapi terpaksa postpone lagi sebab ada kenduri..

Zamri buat keputusan pergi lepas raya..Harap2lah jadi..Dah 3 kali postpone nak pergi sana..Agaknya bukan rezeki aku lagi nak pergi sana..Nak buat macam manakan..

Mungkin aku ada rezeki pergi tempat bawah ni kot baru jadi..BALI..;p


Tak payahlah berangan Hajar oi..Nak pergi dalam Malaysia pun banyak halangan apatah lagi nak pergi luar Malaysia..

Tapi aku memang perlukan rehat..:(

Monday, June 25, 2012

Sombong


Assalamualaikum semua..

Ada yang kata aku ni sombong kat facebook..Apatah lagi aku tak melayan chat orang kat facebook, tak layan mesej diorang dan sebagainya..Nak kata aku ni busy mengalahkan PM idoklah jugak..Tapi sibuklah jugak..;p

Aku tak kisah pun kalo ada yang cakap aku sombong sebab memang aku bukan jenis nak like apa yg org update, aku bukan jenis orang yang rajin nak komen2..Aku bukan jenis macam tu..Sukahati kaulah nak cakap apa..Yang penting aku bahagia..haha~

Aku bukak facebook pun boleh dikira dengan jari ko nak suruh aku like dan komen semua..Memang tak dapatlah..Pasal ada yang suka nak chatting dengan aku especially yang boboy tu pleaselah hentikan..Aku dah kahwinlah..My lovely Zamri tak suka aku chatting dengan lelaki..Kecuali yang dia kenal hokey..Aku ni isteri solehah mesti kena dengar cakap suami..

Di luar facebook pun ada yang cakap aku sombong..Jiran2 aku yang suka melepaklah..Aku bukan tak berminat nak join diorg tp pernah aku join diorg duk ngumpat orang jer..Lepas tu malaslah aku nak join..Jumpa diorg aku just senyum jer..Itupun nak kata aku sombong..Pelik2..

Pada yang dah jumpa aku tu mesti kata aku ni peramah punyalah..Takut tak layan aku jer..Sebab aku suka bercakap..hehe~

Kadang2 kita nak jaga hati semua orang tak bolehlahkan..Aku tak kisah orang nak cakap apa  janji aku ngan keluarga aku bahagia..

Sunday, June 24, 2012

Lotus


Assalamualaikum semua..

Hari tu ada Lotus & Satria Neo parking kat bawah ofis..Tak tahu kenapa..Parent company kitorangkan dah beli proton..Mungkin adalah tu agendanya..First day tu tengok jelah sebab malu nak ambil gambar..Orang ramai kot tengok..Hari kedua kitorg balik lunch tengok tak der orang apa lagi kami posinglah..Jom jamu mata tengok model kereta Lotus yang sopan..;p

Nak beli tak mampu dapat bergambar jadilah..;p

Konon2 waktu nak amik gambar ni ada orang lalu jadi kami buat2 mcm kebetulan lalu sini..haha~

Siapa peminat rally mesti kenal kereta nikan..

Korang rasa patut tak letak model solehah macam kami untuk kereta lotus?


Salam Ahad..;p


Assalamualaikum semua.. 

Mesti korang tengah lepak2kan..Hari ni aku kena pi kelas..First kelas utk sem8.. 

 Pagi ni mcm2 hal jadi..Dengan hp tertinggal, dengan tak tengok jadual terbaru..Kelas dah berubah..Pepagi dah berpeluh..Hilang lemak sekilo..haha.. 

 Lepas tu ada plak lecturer membosankan..Belajar psl sejarah tp lecturer mcm apa jer..Bagilah subjek yg membosankan lecturer yg best..Bagi menarik sikit..Ye dak..? 

 Anyway korang happy weekend..;p


Thursday, June 21, 2012

Makan Pizza..Nyam..Nyam..Nyam..

Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah kenyang sangat dapat makan pizza..

Lately nikan korang dah berapa kali aku makan pizza..Makin demoklah aku..Makin bersuka ria lemak aku sebab ada tempat tinggal..haha~

Sebenarnya Zamri banyak dapat kupon pizza..Kawan dia keje kat PHD..Tiap kali jumpa kawan dia semedang bagi kupon..Naik muntah nak makan..Tapi setakat ni aku tak muak lagi makan..hehe~

Makan dengan akukan x dapat dipisahkan..Pernah malam tu aku lapar sangat 4 slice pizza aku boleh makan..Rasa2 korang nak kupon tu pergilah cari kekawan keje pizza..Ko hingat aku nak bagi..Selagi aku tak puas makan selagi tu aku tak bagi orang..haha~




Wednesday, June 20, 2012

Sleeq & Najwa Latif - Untuk Dia

Assalamualaikum semua



Suka lagu ni..Video dia lagi suka sebab ada Aaron Aziz & Siti Saleha..;p





Thursday, June 14, 2012

Kalau Cinta


Assalamualaikum semua..

Kalau cinta kita sangup buat apa sahajakan..Tak kiralah dia buat apa yang menyakitkan hati kita, kita tetap cinta dan terima diakan..

Tapi kalau memang kita ditakdirkan tak ada jodoh dengan orang tu buat apa kita masih tunggu orang tu..Lagi2 orang tu yang buang kita..Cuba kita bagi diri kita ni peluang untuk mencintai orang lain..Mungkin Allah akan turunkan pada kita seseorang yang boleh membahagiakan kita..

Pesanan ikhlas dari Hajar..;p






Wednesday, June 13, 2012

Birthday Kakak


Assalamualaikum semua..

9/6/12 hari tu birthday kakak..Tak belikan dia kek pun sebab dah janji nak celebrate kat sekolah..

Hari tu cuma kitorang nyanyi ramai2 (macamlah ramai sangatkan) dan bagi dia hadiah..Hadiah pun atas permintaan dia..


Korang tahu tak apa yang dia nak mula2..Dia kata nak jajan mamee..Zamri terus cakap kalo setakat mamee hari2 boleh beli..Macam2 dia minta yang merepek bagi akulah..

Ikutkan Zamri dia nak belikan helikopter control punya tu..Aku cakap bapak dia nak main ke anaknya..Lagipun anak aku tu gegirl..Mana boleh belikan benda2 gitu..

At last, kebetulan hari Sabtu tu ada cerita Barbie so kakak request nak hadiah Barbie..Kami tunaikan petang tu jugak..

Aku jarang cerita pasal anak dara's akukan..Bukan tak nak cerita tapi kalo cerita mcm2 cerita ada..Dahlah aku ni spesis malas nak taip..Kakak ni rajin kalo disuruh..Pandai plak tu buat kerja rumah walaupun umur dia baru 6 tahun..Tengoklah maknyakan..haha~

Dahlah..Karang aku merepek lagi..Aku cuma harap kakak berjaya di dunia dan di akhirat..;p


Tuesday, June 12, 2012

EURO 2012


Assalamualaikum semua..


Aku sokong Sepanyol..Korang plak?

Part paling best aku tak tengok pun apa2 game setakat ni sebabnya aku lagi sokong TIDO..haha~





Happy 7th Anniversary

Assalamualaikum semua..

Hari Ahad lepas anniversary kitorang..Sorrylah lambat update..Dah 7 tahun kami kahwin..Macam-macam yang kami hadapi..Tipulahkan kalo kata kami ni bahagia jer memanjang..

Ada masa bahagia,ada masa masam muka,ada masa tak nak tengok muka langsung pun ia jugak tapi alhamdulillah semuanya kami hadapi dengan tenang..

kami tak celebrate pun sebab sibuk ngan urusan anak nak sekolah balik..Cuma memasing tukar hadiah jer..Aku bagi Zamri jam jer..Tapi jam tu aku rasa jam paling mahal aku pernah beli sepanjang aku hidup..

Zamri plak bagi aku cincin..Gambar bungkusan je aku bagi tengok..Cincin tak yahlah ye..Karang ada yang kata aku riak..

Sebenarnya ada cerita disebalik hadiah ni..Kononnya Zamri nak buat surprise bagi aku cincin tanpa tahu saiz jari aku..Last2 tak muat aku nak pakai..Dia ikut saiz jari aku masa kahwin dulu..Sekarang saiz jari aku dah berganda2 besarnya..;p

Kami pergi balik kedai tu tukar..Jari aku dah besar makanya tak banyak pilihan lorr..
Mula2 design Zamri pilih tak der saiz untuk aku..Sadis sungguh..Sebenarnya tak sangka dia akan bagi aku cincin..Planning Zamri sebenarnya nak bagi aku rantai tapi payment dia banyak sangkut..Siap nak tempah loket lagi..Sayang kamu..Tapi tak pe birthday aku pun x lama lagikan..hehe~

Hadiah yang tak terjangka..;p

Kadang2 sayang kadang2 menyampah..Biasalah lettewkan..
 
 
Baru aku perasan yang aku ngan Zamri dah lama tak amik gambar..Since laptop aku rosak tu mana ada gambar yang aku simpan..Gambar kat atas ni pun aku ambil kat facebook..Sekarang Zamri dah kurus..Badan ala-ala Aaron Aziz ko..haha~
 
Apapun Love u, En Zamri..
 
 

Wednesday, June 6, 2012

Berhati-hati Ketika Shopping Baju


Assalamualaikum semua..

Pengalaman ni aku hadapi sendiri ketika shopping baju hari tu..Waktu tu memang salelah..Aku pun jadi terujalah nak pilih2..Aku nak beli t-shirt..

T-shirt tu memang cantik coraknya..Aku ambillah beberapa helai..Aku ni jarang2 sekali bila beli t-shirt nak cuba..Tiba2 hati ni sibuk suruh cuba..Tapi aku just try depan cermin jer..

Bila aku cuba depan cermin aku mengucap panjang sebabnya baju tu ada lambang salib..Nasihat aku kalo nak beli t-shirt yang cantik coraknya silalah perhati betul2..

Aku tak boleh ambil gambar sebab memang tak bolehkan..Jadinya aku tanya budak sale kat situ pasal ni..Dia boleh kata tak tahu dan budak sale tu adalah melayu..Dan tak pastilah pulak kalau melayu tapi bukan islam..

Mungkin penjual tak peka pasal isu ni tapi aku harap kita sebagai pembeli ni berwaspadalah ye..;p




Tuesday, June 5, 2012

Jalan-Jalan Di The Mines

Assalamualaikum semua..

Hari Sabtu yang lepas bawak juga anak dara aku berjalan walaupun mood aku sudah lari..Kitorang decide nak bawak ke The Mines sebab kitorang tak pernah pergi sana..Kesiankan kitorang..

Perjalanan amik masa satu jam lebih walhal puchong dengan The Mines bukan jauh mana pun..Jem giler ko..Kalo aku yang bawak dah lama aku patah balik..

Sampai sana makan kat food court..Kononnya nak makan KFC atas permintaan anak dara aku tapi ramainya orang beratur..Kalo beratur gak tak tahulah pukul bape nak makan..


Aku tak amik gambar pun sebab aku lupa aku seorang blogger..Maklumlah dah lama sangat tak jenguk blog..Kami teringin nak naik cruise tu tapi ramainya..Tak sanggup aku nak tunggu..Lebih baik kami jalan2 habiskan duit..

Kami shopping baju,perfume dan macam2 lglah..Eh korang kalo nak beli perfume belilah kat bodyshop..Sekarang tengah sale..Zamri bukan takat beli perfume beli syampoo ngan mandian sekali..katanya murah ko..

Aku tak layak shopping kat bodyshop jadinya aku pi shopping kat elianto ngan watson jer..Kat situ pun sale gak..hehe~

Niat hati kami sebenarnya nak bawak anak dara aku pergi bercuti kat Cameron tapi gamaknya kawan aku nasihat janganlah pergi waktu cuti sekolah ni ha..Atas nasihat ramai orang aku akan pergi hujung bulan ni..Tak sabar nak tunggu..;p

Asyik aku jer cerita aktiviti korang apa plak sempena cuti sekolah ni??cer cite cer cite..





Saturday, June 2, 2012

Hati Tak Tenang..:(


Assalamualaikum semua..

Hati aku tak tenang sangat sekarang ni..Tidur pun tak lena memikirkan benda ni..Aku puas berfikir2 aku letak mana benda tu..Kalau hilang mati aku..

Ya Allah, bantulah hambamu ini mengingati dimana aku letak benda tu...

Hari ni nak bawak anak dara aku berjalan2 tapi mood aku pun dah down sekarang ni..Cam ne?

Update: Masalah selesai..;p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...