Friday, July 27, 2012

Sahur - Day 7

Assalamualaikum semua..

Pagi ni aku sahur makan kurma sebijik dengan minum susu segelas jer..Kalau sebulan puasa ni aku wat cam tu mesti aku kuruskan..^_^

Kononnya nak update menu berbuka puasa tapi malas ya hamat..Yelah semua orang tayang gambar makanan aku pun nak gak..

Nantilah ye..Selamat berpuasa semua..



Tuesday, July 24, 2012

Aib Seseorang


Assalamualaikum semua..

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)


**Pesanan aku plak sebelum kita nak mengata atau bercerita pasal orang muhasabahlah diri kita dulu samada kita ini dah cukup sempurna atau belum untuk mengata orang..^_^



Countdown


Assalamualaikum semua..

01/09/2012..Lagi 38 hari lagi..Tarikh keramat untuk ofis aku..Selama ni aku duk tukar tarikh untuk countdown untuk ofis aku tapi aku x der feel langsung..

Sekarang, aku rasa macam nak terbalikkan jer masa tu..Aku salah satu ahli tender untuk uniform..Rasa macam tak cukup waktu jer..Lagi2 berlaku pada bulan puasa..Masa sangat terhad..Aku tak leh balik lambat selalu..Laki aku kang lari cari bini lain sebab bininya busy sokmo..Menangis tak berlagu nanti..

Pada masa yang sama ngan study aku lagi..Dalam masa 2 minggu ni memang aku tak sentuh langsung buku2 tu..Rasa macam tak dapat nak beri komitmen jer..Lagi2 project paper aku..Dahlah aku dah buat suku boleh plak PC aku corrupted..Data2 dlm PC aku tak dapat selamat..Rasa cam nak upah seseorang jer buatkan..

Siapa nak aku sanggup bayar janji kau buat sampai habis..Aku serius ni..Lantaklah orang nak cakap hapa..Diorang tak berada ditempat aku diorang tak tahu..So, sesiapa sudi contact aku ye..

Korang dah buka puasa belum? Dah buka lepas tu gi terawih ye..Minggu ni tak dapat ikut Zamri gi terawih..Paham2 jelah ye..

Happy fasting uols..;p


Friday, July 20, 2012

Bila Kakak Merayu

Assalamualaikum semua..

Kakak dah 6 tahun..

Semalam buat pertama kalinya aku dengar kakak merayu..Sayu sangat bunyinya..Adalah benda yang dia mintak tu..Tak boleh cerita kat sini..

Kadang2 kita sebagai mak ayah lupa walaupun anak kita masih kecil dia punya hati dan perasaan sama jer macam kita..

Rayuan kakak semalam buat aku sedar janganlah terlalu melebihkan kerja..Kerja boleh dicari tapi anak..:(




Ramadhan 1433/ 2012

Assalamualaikum semua..

Esok puasa..Korang dah ready ker?

Aku puasa sama jer macam sebelum2 ni..Cuma hari ni nak balik kampung..Excited terlebih..Kalau boleh nak terawih kat kampung malam ni..Kalau sempatlah..Kalau jalan tak jemlah..Tahu jelah jalan kat Kuala Selangor tu..



Selamat berpuasa pada semua. Minta maaf kalau selama aku berblog ni ada yang terkecil hati atau tersinggung perasaan tanpa disedari..;p

Esok petang jom reramai serbu bazar Ramadhan..hehe~


Monday, July 16, 2012

Isnin Yang Pilu..:(


Assalamualaikum semua..

"Kalau ada yang membenci kamu, itu perkara biasa, kerana hidup ini bukan untuk membahagiakan semua orang tetapi untuk mentaati perintah Allah s.w.t"



Sunday, July 15, 2012

Murah Rezeki


Assalamualaikum semua..

Cerita ni dah basi sebenarnya..Tapi nak cerita gak..Hari Jumaat yang lepas kami makan di kedai Nasi Ayam Ayob..Area depan ofis..

Kitorang share meja dengan 2 orang lelaki ni..Tup2 dia nak bayar dia kata bayar kitorg punya sekali..Kitorg terkejutlah..Sebab dia tak kenal kitorg dan kitorg pun x kenal diorg..

Kitorg ucap terima kasih dan member aku sorg ni selamba jer cakap jumpa lagi minggu depan..haha~

Sebelum dia bayar tu sebenarnya kitorg ngah deal harga dengan kak Ina pasal event gotong royong esoknya..Mintak kurang sikit harga..Mungkin dia ingat kitorg ni tgh mintak kurg sebab tak mampu bayar..Kelakar pun iye gak..Kak Ina ingat kitorang kenal mamat tu..Tak kenal..

Apapun alasan dia aku doa rezeki dia makin murah..Dia kata belanja kitorg sebab hari tu hari Jumaat..Bagusnya..Lagipun dia tak heran kot belanja kitorg sebab dia nampak kaya..Lagi2 bawak kereta mewah ko..Banyak duit tapi tak kisah pun makan kat gerai..Tabik springlah..;p



Friday, July 6, 2012

Demok

Assalamualaikum semua..


Semua orang kata aku dah demoklah, tembamlah, dah berisilah..Macam2 orang cakap..Aku pernah cuba diet..Tak berjaya sebab asyik kena gastrik je..

Pakai corset kena gastrik juga..Nak beli ubat kurus takut kurus sangat plak..Berat aku bukanlah berat sangat..Lebih kurang 60kg jer..

Macam2 alasankan..Yang penting Zamri kata ok je dari aku yang dulu kurus..Maka aku buat bodoh je..haha~

Salam Jumaat

Assalamualaikum semua..


Pagi2 aku dah gelak baca ni..Hope korang pun ceria baca ni..;p

Thursday, July 5, 2012

Hello Blog..

Assalamualaikum semua..

Hari ni rasa tak de mood..Rasa macam kosong jer..Macam tak ada motivasi untuk kerja..Semalam kakak mengadu nangis kata tangannya sakit..Lagi rasa sentap sebab tak ada kat sisi dia..

Bila dengar dia nangis lagilah rasa sayu hati..:(

Hope kakak ok, hope mood aku ok..Kadang2 kita selalu sabar tapi ada masa sabar tu ada tahapnya jugakan..

Wednesday, July 4, 2012

14 Syaaban

 
Assalamualaikum semua..
14 syaaban iaitu mlm nifsu syaaban,maka mlm ini sblm maghrib buku amalan kita yg lama akan ditutup dtg ye buku amalan yg baru..jgn lupa setelah selesai solat maghrib,bacalah surah yaasin sebyk 3 kali sma ada secara berjemaah atau bersendirian dgn niat bacaan pertama mohon kpd Allah moga dipnjgkn umr dlm mentaati Allah,bacaan kedua mohon kpd Allah moga diluaskn rezeki yg halal,bacaan yg ketiga mohon kepada Allah moga dimatikan dlm keadaan beriman... 

 Mohon Kemaafan yg mengenali diri saya ataupun tidak, andai ada salah silap dari segi tutur kata,perbuatan n lain2..kita manusia tidak lari dari membuat silap walau 1 saat... moga pintu amalan kita diterima ALLAH, selamat dtg Syaaban & selamat tiba Ramadhan , Amin. Jom beribadah beramai2..;p

NABI MUHAMMAD S.A.W b’sabda : “Barang siapa yg mengingatkan kedatangan bulan ini, HARAM API NERAKA baginya”
 
 
 

Wordless Wednesday : Tak Cukup Besar


Assalamualaikum semua..


Tak cukup besar lagi? Siapa nak aku belikan..haha~

Tuesday, July 3, 2012

Saya Mahu Family Tiket ke Pameran Dinosaurs di Pusat Sains Negara


Assalamualaikum semua..

Tadi baca blog Eyriqazz pasal nak menang tiket ke Pameran Dinosaurs..Ni kira aku mencuba nasib..Dapat tak tak dapat aku redha..haha~

Sebab2 aku nak menang Family Tiket Ke Pameran Dinosaurs di Pusat Sains Negara ialah:

1. Tiket tu memang dah ngam2 untuk family aku..2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

2. Aku teringin sangat nak pergi sana dari aku kecil lagik..Kesiankan haku..

3. Hari tu tak dapat nak bawak anak dara aku pergi jalan2 maka kalau dapat pergi Pusat Sains pun jadilah..

4. Tak de motif Zamri nak bawak kitorang ke sini..Kalo dapat tiket free dah tentulah dia setuju..Dia kalo bab2 ilmiah sikit mana dia nak bawak kitorangkan..

5. Save budget..hehe~

6. Mengelakkan situasi rajuk merajuk..Aku nak pergi sangat tempat ni tapi Zamri tak nak..Dah satu kerja plak aku jadi drama queen..Zamri plak berbuih mulut nak pujuk bininya yang lawa sangat tuh..

7. Last sekali, aku nak kenalkan dinosaurs dengan anak dara's aku..At least dia ada pengalaman kenal dinosaurs..Macamlah dinosaurs tu hidup lagi..Kalo hidup lagi aku pun tak nak pergi..

Semua gambar aku curik dari blog Eyriqazz..hehe~Teringin nak tengok dinosaurs live..

Kalo keluar duit sendiri ni 18 tahun ungkit mengungkit tak habis2..;p

Itu jelah sebab musabab aku nak menang tiket ni..Kalo korang rasa nak menang gak pergilah terjah kat sini ye..Syarat2 pun ada kat situ..

Anyway, wish me luck..;p




Monday, July 2, 2012

Motivasi Isnin..;p

Assalamualaikum semua..


Renung2kan lah ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...