Tuesday, December 17, 2013

Rahsia Kecantikan


Assalamualaikum semua..

Sejak akhir-akhir ni ramai tegur kulit aku dah cantik..Ada yang cakap cerah dan sihat bermaya..Dah macam iklan pulak aku rasa..Pergi mana-mana mesti ada yang tegur..Dan yang paling ketara yang aku perasan pergi mana-mana mesti orang tertoleh2 nak tengok..

Rasa macam baru orang nampak kewujudan aku..haha~

Aku pernah alami fasa kulit yang bermasalah..Pernah sampai ke New York Skin Care..Last2 produk NYSC aku bagi kat orang..

Macam-macam produk juga aku beli..


Tengok gambar aku sekarang ni..Aku jarang2 nak berselfie..Tapi demi korang aku sanggup..Sebab nak share rahsia kulit jadi sihat bermaya..Tak make up pun cantik hokeh..Ni just pakai bedak biasa je..Lepas solat malas nak make up over sangat..Abaikan pipi yang tembam tu..Ambik gambar side mana pun tetap nampak tembam..;p

Rahsia pertama yang aku cuba untuk memulihkan kulit aku pakai AS BEAUTY..Korang googlelah ye..Malas nak cari..hehe~

Just cuba tak harap pun kulit ok tapi lepas pakai 3 minggu dah nampak perubahan..Tak nak mengharap juga tapi ramai tegur maknanya produk ni sesuai untuk aku..

Produk kedua aku cuba ialah RADIGLOW..Selalu tengok instagram Irma Hasmie dok cerita pasal produk ni..Ajak member try..Dia pun ok..Sebab beli 2 kotak murah sikit..

Satu kotak habis kitorang beli lagi..Dan sekarang ramai tegur muka berseri2..Setakat ni saya dah ambil dekat 3 kotak..Makan pun senang..Hisap2 habis..Minum air yang bayak..Tipsnya kalau kau makan produk dalaman apapun mesti minum air yang banyak..Kalau tak memang tak menjadi..


Selain itu, aku amalkan minum vitamin c..Aku ambil redoxon..Selain jaga kesihatan vitamin c juga elok untuk kulit hokeh..

Seminggu sekali wajib scrub muka dengan tomato dan gula..Aku akan ajar kemudian ye..Masker pun jangan lupa pakai..At least seminggu sekali jugak..Nak cantik kena rajin..Kalau malas itulah yang kau dapat..Kalau rajin itu jugak yang kau dapat..

Dan petua yang selalu saya amalkan bangun2 pagi minum air..Sebelum buat apa-apa minum air dulu hokeh..InsyaAllah pagi pergi kerja muka glowing gitu..

Selamat mencuba..;p

Monday, December 16, 2013

Biar Papa Asal Bergaya


Assalamualaikum semua..


Ramai macam ni kan..Terpanggil nak buat entry ni sebab ramai di sekeliling aku berperangai macam ni..Meluat pun ada..

Ada orang tuh pakai kereta bukan buatan Malaysia pandang aku pakai kereta buatan Malaysia macam rendah sangat..Memang terasa rendah diri bila dia pandang macam tuh..Aku ingatkan aku seorang saje yang terkena rupanya ramai yang terkena..

Tapi Allah tu maha kaya..Allah nak tunjuk agaknya..Kau pakai kereta mahal tapi kau duduk kat rumah kos rendah..Aku bukan nak menghina tapi sebelum kau pandang hina kat orang muhasabah diri kau dulu..

Lebih baik kita pakai kereta biasa tapi dalam poket ada 7 ratus dari kau yang pakai kereta mewah tapi dalam poket kau hanya ada 7 ringgit..Makan bercatu bagai..

Bahagia ke hidup macam tu??

Bagi aku hidup ni biarlah bersederhana..Tak perlulah nak show off bagai..Mati pun tak bawak harta dunia ni semua..Kat dunia ni hanya pinjaman sahaja..

Ramai juga yang aku jumpa kaya tahap jutawan..Pakai shawl pun jenama fendi tapi tak pernah sombong dan pandang rendah pada orang..

Wednesday, December 11, 2013

Budget Retis


Assalamualaikum semua..

Gambar ni lama dah..Gambar raya sebenarnya..Tengah2 aku dok siapkan kerja diorang panggil ambil gambar..Gambar-gambar diambil lepas waktu kerja ye..Dalam pukul 6.30petang tak silap..Ramai dah tak ada sebenarnya..

Kami berposing mengalahkan retis pulak..Layan gambar ye..















Memang tak de kerjakan..;p

Boat Trip @ Pangkor


Assalamualaikum semua..

Lama betul aku nak update..Lama betul aku nak habiskan cerita Pangkor pulak..Malas bertimpa-timpa..haha~

Lepas kami makan dekat town petang tu..Kami buat keputusan nak naik bot..Dekat resort kami pun memang disediakan aktiviti2 macam ni..Kami nego dengan beach boy tuh..Diikutkan kira satu kepala RM10 tapi kami satu keluarga naik satu bot dah penuh pun..Kami ada 17 orang dapat harga RM150..Oklah tu kan..

Comel je anak aku pakai jaket ni..Orang duk fikir aku masih bujang coz anak dara aku langsung tak duduk ngan aku bila dah ada kawan..haha~

Bot trip ni ambil masa 1 jam jugaklah..Budak tu bawak kami ke pulau2..Ada macam-macam bentuk batu..Salah satu macam ikan kat bawah ni..

Ni je sempat ambil gambar..Semua gambar dari tab aku sebab kamera dslr aku tu rosak..Mungkin kami trade in ambil yang lain..Susah kot tak ada kamera..


Muka gembira masing2..Diorang happy aku pun happy juga..Tudung hitam tak nampak muka tu nenek aku..Macam-macam surah dia baca naik bot..Bila tanya tak takut tapi terpejam-pejam mata..

Orang tua macam tu kan..

Gambar kami..Kami duduk belakang sekali..Seronok sangat naik bot..Ni kali pertama aku naik bot..Tak mabuk pun..Berlagak kot..Macam nak naik lagi je..;p

Semua dok kata naik bot paling best dari trip Pangkor ni..Banyak2 aktiviti yang ni paling best..

Korang kalau pergi Pangkor wajib naik bot round satu Pangkor..Tak naik memang rugi..Kami cuma tak buat snorkelling sebab kesian pulak kat nenek aku kalau kami je yang seronokkan..Dia tengok je..Memang taklah..Kalau boleh kami bercuti sekali semua mesti seronok..

Balik dari bot trip ni diorang terus tukar baju mandi laut..Aku memang tak mandi..Tengah bulan mengambang..Maghrib masing-masing baru naik..

Kita sambung next entry ye..;p

Wednesday, November 27, 2013

Pangkor Village Beach Resort


Assalamualaikum semua..

Dah lama sangat simpan cerita Pangkor ni..Basi dah pun..;p

Cable baru ok..Mungkin lepas ni nak cari card reader plak..Senang sikit kerja..Kami pergi 2 hari 1 malam sahaja..Maklumlah bila dah hujung tahun ni masing-masing dah habis cuti..Lagipun Pangkor je pun..Tak perlulah cuti lama2 kan..

Kita mulakan entry dengan accomodation dulu ye..Kami duduk kat Pangkor Village Beach Resort..Nasib baik resort ni kosong..Kebanyakan hotel atau resort lain dah penuh..Call, book terus transfer duit deposit..Akak yang jaga kaunter tu pun terkejut aku buat transaction tak sampai 5 minit dah siap..Semua hujung jari kak oi..

Tengok gambar kat internet macam tak berapa menarik..Bila sampai pun rasa macam tak menarik tapi bila dah ambil kunci bilik terus kagum..Kami ambil family room..Depan kami laut..Berapa langkah je sampai..Suka..;p

Sampai2 wajib ambil gambar dulu..Bilik ni luas hokeh..Puas hati..Kami ambil 2 family room dan 1 deluxe room..Kami satu family dan nenek aku..Deluxe room jauh sikit dari laut..Better ambil family room..Lari2 sampai dah depan bilik..

Sampai mandi2 siap tidur lagi..Lepas tu kami nak pergi town cari makan..Masing2 kebulur waktu ni..Bekalan nenek aku bawak licin dah..


Sebelum tunggu ada yang belum siap kami sempat menikmati pemandangan jap..Fefeeling macam honeymoon walhal askar banyak kat belakang..


Abaikan adik aku yang feeling jugak kat belakang tuh..Belakang ni mak abah ngan nenek punya bilik..Dekatkan bilik kitorang ngan laut..Lepas balik dari makan2 kami ramai2 naik bot round satu pulau pangkor..Entry kemudian ye..

Paling best, esoknya lepas bangun tidur bukak pintu nampak pemandangan sangat indah..Tak boleh nak gambarkan betapa indahnya keadaan waktu tu..Dengan keadaan suyi sepi..Mungkin orang lain masih tidur..Dengar bunyi ombak,angin yang sepoi2..Memang best..Hilang tekanan semua..


Ni je yang sempat nak snap..Lagi nikmat menikmati..Kalau tahu keadaannya macam ni mahu 3 hari 2 malam duduk sini..;p


Lepas sarapan kami pun bersiap untuk pergi ronda satu pulau pangkor naik van pulak..Baju merah tu kakak aku..Sorrylah memang lupa nak ambil gambar keseluruhan bilik ni..Bila dah seronok sangat semua lupa..Nasib baik tak lupa ada anak ngan laki..haha~


Kesimpulannya kalau lepas ni datang Pangkor nak stay kat sini lagi..Puas hati..Harga korang boleh call diorang ye..Hari biasa lain, weekend lain, cuti sekolah mungkin lain jugak..Better call..

Lepas ni kita update pasal Pangkor lagi ye..

Monday, November 18, 2013

Mood ke Laut


Assalamualaikum semua..

Mood hari ni memang ke laut sikit..Tak tahulah apa sebabnya..Balik rumah kononnya nak update blog..

Nak cerita pasal Pangkor & sebagainya tapi tak boleh transfer gambar..Sakit pulak hati kita ni..;p

Mungkin cable rosak..Stress betul..

Facebook


Assalamualaikum semua..

Aku dah jarang update apa-apa kat facebook..Aku on fb kalau ada mesej, tag ataupun friend request..Aku accept je siapa pun nak kawan dengan aku..Kecuali kau ganggu hidup aku, aku akan block dan report pasal kau..

Banyak dah kena block ngan aku sebab mengganggu hidup aku..Hantar mesej yang bukan2..Aku memang nampak moden tapi aku bukan perempuan murahan yang senang-senang nak terima ayat jiwang karat kau tuh..

Itu salah satu sebab aku tak minat nak on fb..Lagi yang buat aku langsung tak berminat ngan fb sebab ada makhluk Allah ni dok update gambar syok sendir..Lepas tu show off barang2 dia beli..

Halooo..Orang lain dah pakai prada, chanel, celine bagai tak kecoh pun..Ada sekali aku tahap bengang ngan makhluk Allah ni sebab dia update wallet baru..Aku tak kisah pun sebenarnya kau nak update tapi yang pergi beli sebijik macam aku punya tu apasal??

Sebelum dia beli memang asal jumpa aku dok belek aku punya wallet..Ko memang tak ada citarasa yek?

Aku memang saje up entry ni..Biar dia baca..Aku dah lama tak update tup2 update entry macam ni pulak ye..haha~

Tuesday, October 29, 2013

Berlumut Sudah..

 
Assalamualaikum semua..
 
Sorry korang..Aku lupa aku ada blog..haha~
 
Sebab tu tak berupdate..;p
 
Aku share satu gambar kami bercuti di Pangkor..
 
 
Bercuti beramai-ramai..Kenangan yang tak dapat dilupakan..;p


Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

 
Assalamualaikum semua..
 
 
Selamat hari raya aidiladha aku ucapkan..;p
 
Tahun ni kami balik Melaka..Balik hari je pun..Esok sesubuh kami gerak..Sampai terus solat raya..Malam ni sibuk sikit..Nak masak rendang dan kuah kacang..
 
Pada yang balik kampong tu berhati-hati ye..^_^

Hujung Minggu Kami..;p

 
Assalamualaikum semua..
 
Semalam kami berjalan sakan..Kami pergi Ikea lepas tu pergi Taman Layang-layang kat Kepong..Hari Sabtu duduk rumah sahaja sebab Zamri kerja..
 
Pergi bersama-sama family kakak aku..Kakak aku punya borong macam dah tak ada hari esok untuk beli..
Kitorang memang pantang nampak cermin..
 
Kitorang ingat ikea tak ramai orang rupanya ramai sangat kot..Korang nih memang tak reti balik kampong ker??
 
 
Selfie lagi..;p
 
Karipap yang sentiasa menjadi pujaan kami..
 
Orang terlalu ramai kat restoran maka kami tapau meatball..Tuperware bawak dari rumah..Bijak tak haku..
 
Keluar dari ikea kami terus pergi taman layang - layang, Kepong..Sangat best kat sini..Angin memang kuat..Anak2 memang kami belikan layang - layang..Macam2 design dan macam-macam harga jugaklah..

 
Kami memang kaki berposing..

Bapak yang over main dari anak-anak ye..
 
Zamri tak berapa reti main tapi nak cuba gak..Tak naik pun sampai kat atas..Dia salahkan angin..Tak reti nak salahkan angin plak..
 
Aku pandai cakap je tapi tak reti jugak..Macam manalah ada yang sampai tinggi lepas tu elok je tak jatuh2..Sila share tips nak naikkan layang - layang please..

 

 
Korang boleh datang kat sini..Macam-macam aktiviti sebenarnya korang boleh buat kat sini..Anak-anak pun seronok sangat..
 
Aku plak balik dari sini terus migraine..Sampai ke hari nih..Terkejut tengok layang - layang kot..
 
Pada yang dah sampai kampong tuh seronoklah ye..Aku hari ni keje..Huwaaa..:(

Wednesday, October 9, 2013

Legaaaaa..


Assalamualaikum semua..

Baru balik dari uitm..Habis exam sudah..;p

Lega sangat..Final paper pagi tadi..

Oklah korang nak bayar hutang dulu..Lainkali aku update ye..

Nak bayar hutang "TIDUR"..hehe~

Friday, October 4, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan @ Modern Western Cuisine Restaurant, Putra Perdana Puchong


Assalamualaikum semua..

Petang semalam Zamri call tanya aku free tak malam..Untuk awak saya selalu free..hehe~

Dia ajak makan kat luar..Dapat projek lettew..Zamri suruh cari tempat..Dia teringin nak makan steak..Nak pergi area KL time tu memang hazablah..Zamri ajak pergi Murni, USJ tapi terkenangkan anak dara tu nak sekolah esoknya maka cancel pergi Murni..

So, aku google western area Puchong nih..Paling dekat Putra Perdana memang dekatlah dengan rumah kami..Tak tahu plak kat situ ada western restaurant..Kesian kami..

Zamri kata google terus terjah..Kata misi jalan-jalan cari makan kan..^_^

Kedai dia cantik..Suka sangat..Rupanya kat sini Jalan2 cari makan TV3 dah terjah..

Kedai dia guna konsep putih semua..


Aku suka makan pasta..Zamri suka makan stik..Memang kena lah dengan restaurant nih..Yang ni spagethi seafood marinara..Penuh seafood dalam tuh..Sedap..Kena dengan selera aku..

Zamri punya mix grill..Semua ada lamb, chicken pun ada..Senang boleh rasa semua..Sedap juga..

FYI, kanak-kanak makan free..Ada menu pasta untuk kanak-kanak..Adik ambil spagethi bolognese..2 kali tambah..Refill pun free ye..

Kakak tekak dia nak makan sup sahaja..Kami order mushroom soup untuk kakak..Itupun dia kata dah kenyang sangat..

So, sesapa nak terjah di persilakan sangat..Harga berpatutan..Tak mahal sangat..Sedap pun sedap..Aku bagi alamat ye..

Modern Western Cuisine
Asian Fusion Restaurant
Jalan Putra Perdana 5c/1
Taman Putra Perdana, Puchong

Cuba jangan tak cuba..;p

Thursday, October 3, 2013

Tidur Lebih Lena..;p


Assalamualaikum semua..

Korang ingat lagi tak entry yang ni..Baju Raya hatta dolmat..Diikutkan aku nak beli design yang tu tapi aku beli design lain..Zamri yang pilih tapi hati ni tetap berkenan baju merah tuh..

kelmarin kat ig hatta dolmat beritahu baju rekaan dia kat zalora dapat potongan 50%..Time tu jugak aku bukak website zalora..Cari baju merah ni dan kebetulan ada lagi..Terus order kau..Lepas tu aku teringat Zamri ada dapat kupon dari Zalora sebanyak 20%..Aku guna terus kupon tu..

Harga aku dapat tak sampai RM150 pun..Berbaloi-baloi kot..

Semalam tengahari dah sampai..Malam tadi tidur lena terus..Dah dapat baju lepas tu menang giveaway lagi..Mahu tak senyum sampai ke malam..;p


Aku pakai baju ni time raya haji..Tak sabar lettew nak tengok aku pakai..Yang beli ni apatah lagi..

Tapikan korang yang aku musykil kenapa Zamri selalu dapat discount dari Zalora walhal dia tak pernah beli dari Zalora..Aku jangan cakap lah..Berkali-kali dah beli tapi tak dapat pun macam tuh..

Tak kisahlah janji aku boleh guna..Bagilah lagi ye Zalora..;p

Edast Giveaway..^_^


Assalamualaikum semua..

Aku follow instagram edast sebab suka tengok collection shawl dan tudung2..Baru-baru ni pun ada beli tudung dari situ..

Hari tuh Edast ada post pasal giveaway..Aku tengok senang je nak join..Maka aku pun repost je gambar..Tak terfikir pun nak menang..

Aku fikir giveaway macam ni mesti memerlukan like yang banyak tapi aku punya like sikit je..Aku bukan retis pun..

Tup-tup rupanya aku menang giveaway ni..Betapa bertuahnya diriku ini..^_^

Alhamdulillah..

Bila tengok instagram aku terpilih rasa nak jerit pun ada..Tak sangka sebab ni first time aku masuk giveaway dan terpilih..


Dapat barangan dari Edast sebanyak RM120.00..Ok sangat lerr tu..

Kau hado??

Wednesday, October 2, 2013

Mak & Abah


Assalamualaikum semua..


Tengok instagram Yana Samsudin dia ada share gambar nih..Bila tengok gambar ni automatik ingat dekat mak abah..Abah aku macam ni lah..Semua mak aku buat..

Bila dah besar ni pun kalau kami lambat siap memang dia akan bebel macam mak nenek..Tapi kitorang dah lali..Kitorang buat dek jer..haha~Kadang-kadang benda macam ni membuat kita akan terkenangkan diorang..Tiba-tiba aku rasa rindu sangat dengan diorang..

Dah lama pun aku tak balik..Sejak-sejak nak exam ni lagilah..Zamri pun makin banyak kerja..Tahu jelah dah buat business sendiri nih..

Rindu sangat kat mereka..:(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...