Wednesday, January 2, 2013

Hari Orientasi Kakak


Assalamualaikum semua..

Semalam 31/01/12 adalah orientasi untuk kakak..Macam2 perasaan yang aku rasa..Al-maklumlah ini pengalaman pertama aku..Excited pun iya jugak..Takut kakak menangis pun iya jugak sebab pagi tu nak kejutkan dia dah nangis tersedu2..Nasib baik dah pakai baju semua dia ok tapi muka tu still tak gembira..

Sebelum keluar aku suruh dia sarapan juga..Buatkan dia susu dan roti bakar..


Kakak yang dah ready..Tengoklah muka dia..Muram jer..


Alhamdulillah, bila sampai mood dia ok jer..Bila suruh beratur dia ok..Mula2 aku suruh kakak beratur kat mana2 jer sebab tak tahu kelas mana lagi..Letak kat notice board..Lepas tu tulis kecil2..Memang aku tak nampaklah..Dah tu kena berebut-rebut dengan orang nak tengok..Last2 Zamri yang pergi tengok..Dengan badan dia macam tu siapa berani tolakkan..Lainlah macam aku..

Rupanya aku suruh dia beratur memang tepat tu kelas kakak..1 Delima..Patutlah aku cari tak jumpa sebab diorang eja salah nama kakak..Sepatutnya Nur diorang buat Nor..

Lepas kakak beratur guru memasing bawa ke kelas masing2..Ada ujian penilaian katanya..Mak bapak kena duduk kat dewan.. 

Lepas tu terpaksa tadah telinga dengar guru besar, guru penolong kanan dan guru penolong kanan sesi petang berucap plak..Nasib baik tak semua cikgu berucap..Bagi aku tak perlu kot  nak berucap panjang lebar dan benda yang nak disampaikan sama sahaja..Cukuplah guru besar jer yang berucap..Semua orang macam dah tak dengar sangat apa yang diucapkan..

Kebetulan pulak koperasi buka..Memang semua tuju kat situlah..Aku ngan Zamri pergi kantin lagi baik..Kitorang makan2 minum2 pun tak habis lagi..Hadoyai..

Zamri ajak pergi tengok kakak..Dia dengan adik jer pergi sebab aku takut tertinggal maklumat..


 Kakak tengah mewarna..Kakak memang pandai mewarna..Dari kecil lagi aku dah kenalkan dengan buku warna dan pencil colour..Kakak cool jer..Mamanya yang over..Alhamdulillah dia tak nangis pun..;p

Zamri beratur untuk pembayaran yuran..Aku malas nak beratur..Lepak dengan kakak..Adik pun sibuk nak duduk situ..Dia tak sabar jugak nak sekolah..Next week baru dia sekolah..

Sementara tunggu Zamri bayar yuran aku pun pergilah ambil buku teks kakak..Sekali aku tengok dekat koperasi beratur panjang bukan main lagi..Tunggu Zamri habis bayar yuran baru nak pergi..Aku rasa dekat 2 jam nak tunggu turn beli buku rampaian kat koperasi..Kesian kat Zamri beratur..Aku ngan anak2 tunggu kat kantin jer..


At last, settle jugak..Cuma lencana tak dapat nak beli sebab habis..Pelik aku macam mana boleh habis..Esok akan pergi balik tanya..Tak tahulah plak esok macam mana kakak disekolah kafa..Tak ada orientasi pun..

Nanti aku update pasal adik punya induction day plak ye..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...