Wednesday, January 2, 2013

My Sister Convocation..^_^


Assalamualaikum semua..

Dah basi juga tapi still jugak nak cerita..hehe~

Aku yang belajar dulu tapi kakak aku yang konvo dulu..Mak aku pun tanya bila nak konvo..Sentap sekejap..Mana taknya aku belajar kat uitm ambil masa 4 tahun nak habiskan..Ini pun aku tambah sem sebab aku ambil subjek sikit2..Tak pe biar slow2 janji nanti habis juga..Sedapkan hati..:(

Kakak aku belajar kat kolej swasta..Belajar diploma executive pengurusan perniagaan..Ambil masa setahun jer..Bayar memang mahallah..Namanya pun swastakan..Konvo ni buat kat PICC, Putrajaya..

Aku datang lambat..Abang ipar datang jemput sebab kakak aku tak sempat nak bagi kad jemputan..Dahlah kitorang pakai tak formal waktu ni tapi disebabkan kitorang masuk dah lewat diorang pun tak tercakap..Sepatutnya anak-anak tak boleh masuk..Tapi ada aku kisah..Lagipun tempat banyak kosong kot..

Bila ada dalam dewan tu tengok orang konvo terus sayu jer hati ni..Tak tahulah turn aku bila..Lagi2 bila fikirkan pengorbanan Zamri melayan aku dengan sabar selama aku belajar..Yuran pun dia yang support..Bila fikir rasa sebak jer..Zamri kata dia tak sabar nak tunggu aku konvo..Dia kata hadiah paling mahal yang jual kat situ dia akan belikan..Dia nak aku rasa hari konvo tu hari yang paling istimewa untuk aku..Lagilah aku sebak..

Ehh ni konvo kakak aku sibuk plak cerita pasal aku ye..Majlis tamat kami kena tunggu kakak aku kat luar..Diorang sibuk nak bergambar..Bukan selalukan dapat bergambar..Lagi2 konvo..;p

Anak kakak aku yang sulung..Dia sibuk pegang bunga..Kalau boleh dia yang nak bagi bondanya..

 Tak semua adik beradik aku yang ada..Janji mak abah wajib ada..

 Si adik monyok jer sebab kena marah dengan Zamri..Kat rumah kita suruh makan dia tak nak makan..Bila sampai sini sibuk lapar2..

 Ada orang kata muka kakak aku macam Marsha Londoh versi pakai tudung..Tengoklah adik dia pun lawa apa..Adik dia macam Marsha londeh..haha~

 The complete family kakak aku tapi si adik buat perangai plak masa ni..Tak nak pandang kamera..

 Mak abah pakai formal..Aku ngan Zamri jer pakai tak formal..Mana kitorang tahu nak masuk dewan..Tak jangka pun boleh masuk dewan..

Lepas ni kakak aku nak sambung degree plak..Aku ni diploma pun tak lepas2..Lagipun kitorang nak buktikan pada orang yang selalu pandang hina kat family kitorang..Tak sudah2 pandang hina sampai sekarang..Diorang ingat kitorang diam kitorang tak kisah..Buat apa nak cari gaduhkan..Kitorang balas dengan cara macam ni..Kejayaan yang kami bawa..Baru terbeliak sikit mata tu..

*Senyum bangga*

Ko ada??

2 comments:

zariffzarifah said...

konvo nie mmg ade aura... tapi best... rase nak konvo lg la hehe...

Siti Hajar Masri said...

zariffzarifah:
aura yg buat rs nak belajar lagikan..;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...