Friday, January 4, 2013

Salam Jumaat..^_^

 
Assalamualaikum semua..
 
Alhamdulillah kita semua masih bernyawa lagi..;p
 
Sekejap je dah Jumaatkan..
 
Hari ni kakak ok..Bangun dia nak nangis tapi kena peluk2 dulu baru mood dia akan ok..Kalo papa dia kejutkan memang dia akan nangis..Dia sangat excited nak pergi sekolah..Start semalam juga dia dah naik van dan kena siap sendiri pergi ke kafa..Aku tanya Zamri dia pakai tudung ok tak..Zamri kata bila ambil dari kafa semalam anak tudung dah dekat nak kat mata..Haduyai..
 
Rupanya dia tak ikat rambut..Dia kata tak reti..Mungkin dia malu nak mintak tolong ikatkan rambut sebab selama ni mama dia yang ikatkan..Aku dah mesej dengan cikgu taska dia mintak tolong ikatkan rambut dia..Tengok jelah hari ni pula..
 
Hari ni pula adik request mintak hantar ke taska..Mungkin kakak dah cerita best..Adik dia pun excitedlah nak duduk taska..Senang kerja mama dengan papa kalau macam ni..^_^
 
Hari Jumaat biasa dengan tazkirah..So, hari nak cerita pasal adab angkat telefon dan letak telefon..Kalau angkat tu biarlah beradab sikit..Lagi2 kalau minta tolong orang..Kitakan orang melayu memang terkenal dengan adab sopan santun..Lagi aku tak boleh terima hempas telefon bila nak letak..Tak perlu kot buat macam tu..Menunjukkan yang kau memang kurang ajar..
 
Moralnya, belajarlah beradab jawab telefon dan letak telefon..

3 comments:

Ila said...

kakak dh besar dh

Siti Hajar Masri said...

aah..dah besar..mcm x sangka plak..

caera puttih said...

hik2 teringat time budak2 dulu .gi sekolah comel2 . balik MASYAALLAH :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...