Thursday, February 7, 2013

Sakit


Assalamualaikum semua..

Hari ni aku jadi nurse untuk En Zamri..Dalam pukul 2.00pagi aku tersedar sebab bunyi bising sangat..Rupanya Zamri ngah muntah2 plus cirit birit..

Lepas tu tak sedar bila masa kami terlena..Pagi bangun kononnya nak pergi kerja..Sekali Zamri demam plak..Tak larat nak bangun..Kakak tetap kena sekolah..Akulah yang kena hantar kakak dengan adik sebab Zamri memang tak larat sangat nak bangun..Bini dia yang mithali lagi solehah ini mengambil keputusan ambil emergency leave sahaja..

Selalunya memang tugas Zamri hantar kakak dan adik..Sebab ofis aku jauh berbanding ngan Zamri..lagipun ofis aku dah macam sekolah..Kalau lambat gerenti kena ambil nama..

Zamri jarang sangat sakit..Bila sakit aku plak yang over risaunya..Macam2 fikir..

Dalam pukul 10.00pagi aku bawak pergi jumpa doktor..Macam2 ubat dia dapat..Makan ubat lepas tu oklah sikit..Sempat lagi panggil mekanik repair kereta kitorang kat rumah..Lepas kereta siap Zamri ajak keluar nak pergi bank..Ada urusan penting..


Lepas jer urusan bank selesai aku ajak shopping barang dapur kat Giant..Sekali demam dia datang balik..Sementara aku beli barang dia melepak kat kerusi urut ni..Boleh plak dia tidur..Nasib baik orang tak ramai sangat..

Balik dari Giant terus ambil adik dan kakak..Sampai sekarang dia masih tidur..Tu yang aku boleh update ni..Kalau dia terjaga memang kena mengadap..Orang lelaki ni kalau sakit mengada lebih ye..Nasib baik dapat bini baik hati lagi cantik deboom ni..haha~

Oklah korang..Bantal dah panggil2 suruh tidur ni..Dari pagi tak rehat2..

1 cakap hajar comel:

ctpayong said...

silap makan kot. muntah2 & cirit birit kalu kena serentak memang lemah seluruh badan.

semoga en zamri awak cepat recover.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...